WorksheetsLATIHAN STPM SEM 3 LARAS SIRI 1
Total questions: 20
Worksheet time: 40mins
Yang manakah yang benar tentang laras bahasa?
i. variasi bahasa yang berbeza-beza bentuk dan penggunaannya.
ii. berdasarkan bidang tertentu yang diperkatakan oleh masyarakat.
iii. suatu perlakuan bahasa dalam situasi atau komunikasi yang sebenar.
iv. kelainan bahasa yang wujud dalam konteks penggunaan yang sebenar.
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Yang manakah berkaitan dengan laras bahasa ekonomi?
i. Ragam ayat pasif banyak digunakan
ii. maklumatnya jelas,tersusun, dan eksplisit.
iii.fakta dibuktikan dalam bentuk data atau statistik.
iv. Kandungannya berdasarkan kajian, fakta, dan eksperimen.
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Yang berikut merupakan kosa kata yang menggambarkan laras bahasa ekonomi, kecuali
emolumen
bursa saham
prima facie
rizab luar negara
Yang manakah ciri laras bahasa undang-undang?
i. Bersifat kreatif dan imaginatif.
ii. Terdapat nota tepi atau catatan tepi.
iii. menggunakan penomboran yang sistematik.
iv. unsur-unsur kohesi dan koheran jelas dan terkawal
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Yang manakah pernyataan yang benar tentang laras bahasa sastera?
i. menggunakan gaya bahasa yang indah dan menarik
ii. menggunakan tamsil dan ibarat untuk memberikan pengajaran.
iii. bersifat saintifik, formal,objektif, dan mementingkan ketepatan makna.
iv. mementingkan penyusunan, pengulangan, dan pemilihan kata yang berkesan.
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Laras bahasa yang terhasil daripada cetusan
imaginasi dan pengalaman yang menjurus
tema,kronologi, dan mesej yang disampaikan.
·
Laras bahasa ini bersifat figuratif,yakni berlaku penyimpangan makna daripada bahasa biasa
Pernyataan di atas merupakan ciri-ciri laras bahasa
agama
sastera
sains
sukan
Yang manakah yang benar tentang laras bahasa iklan?
mementingkan kesan emotif kepada audien
menggunakan bahasa yang bersifat emotif dan sensasi
terdapat pengaruh bahasa Arab yang amat ketara terutama dari segi kosa kata.
mementingkan penyusunan, pengulangan, dan pemilihan kata yang berkesan
Yang manakah pernyataan yang benar bagi iklan yang dihasilakn melalui kaedah gesaan?
Anda mahu langsing?Cubalah Produk Kurus Tanpa Sengaja (KTS).
Beli sehingga RM500, dapat baucer RM50. Makin banyak beli,makin untung.
Cepat,Cepat,Stok Amat Terhad. Kalau habis melepaslah nanti. Tak dapat nak tolong.
Rumah Teres Dua Tingkat Untuk Dijual. Perabot diberikan percuma. Harga bole bincang.
Yang manakah tujuan utama laras bahasa iklan digunakan untuk menyampaikan maklumat
berkongsi ilmu dengan orang lain tentang isu terkini
berkongsi tentang cetusan imaginasi dan pengalaman seseorang
menyampaikan mesej yang positif dan berguna kepada masyarakat
memperkenalkan barangan atau perkhidmatan yang hendak diniagakan.
Ciri-ciri laras Z
- mengandungi huraian cara
- memperincikan langkah-langkah secara berurutan
- banyak menggunakan ayat perintah
- ayat-ayatnya ringkas dan mudah difahami
Laras bahasa Z ialah
laras bahasa sains
laras bahasa sukan
laras bahasa resepi
laras bahasa sastera
Yang manakah bukan kosa kata laras bahasa sains kimia?
Asid nitrik
membran sel
natrium klorida
magnesium dioksida
Yang manakah ciri laras bahasa sains?
kurang mementingkan aspek tatabahasa
mementingkan keobjektifan, kejelasan, dan kepersisan
maklumat disampaikan secara tersusun, jelas, dan eksplisit
banyak menggunakan kata nama dan kurang menggunakan kata adjektif
Yang manakahbukan contoh ayat yang menggunakan laras bahasa iklan?
Yokohama kini lebih berkuasa lagi.
UNIMAS akan mengambil 6865 orang pelajar baru
Kami menentukan mutu, abda menentukan gaya.
Untuk rupa yang segak, sealiran dengan tahun 90-an, tirulah saya.
Yang manakah pernyataan yang benar tentang laras bahasa?
i. Laras bahasa mementingkan pemilihan kata, frasa, dan susunan ayat.
ii. Laras bahasa merujuk kepada ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa mengikut bidang
iii. Laras bahasa merupakan bahasa persuratan yang melibatkan penyampaian fakta dengan bahasa yang menarik dan berkesan.
iv.Laras bahasa ialah bentuk bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu, seperti lisan, sastera, hujah, dan cerita.
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
memerlukan tafsiran
merupakan ketetapan
mementingkan kepersisan
mementingkan keobjektifan
Yang disenarikan di atas merupakan ciri-ciri laras bahasa
sains
sastera
agama
undang-undang
Yang manakah istilah yang berkaitan dengan laras bahasa sains biologi?
i. Glukosa
ii. Nefron ginjal
iii. Sel darah merah
iv. Kanta cembung
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Yang manakah bukan istilah laras bahasa sains fizik?
halaju seragam
sudut pantulan
persenyawaan
kanta cembung
Yang manakah yang menjadi asas penentuan sesuatu laras?
i. Penggunaan istilah
ii Kepelbagaian kosa kata
iii. Tajuk yang menjadi fokus
iv. Keberkesanan penggunaan bahasanya
i dan iii
i dan iv
ii dan iii
ii dan iv
Laras bahasa iklan dan laras bahasa sastera mempunyai persamaan yang jelas dari segi
i ketepatan kosa kata
ii diksinya menarik
iii. keindahan penggunaan bahasanya
iv. kejelasan mesej yang hendak disampaikan
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Aspek yang manakah yang tidak menimbulkan laras bahasa yang berbeza?
Lokasi kediaman
Hubungan sosial
perkara yang diperkatakan
fungsi sosial lakuan bahasa
