wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN TING. 5 BAB 4

Total questions: 45

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maklumat yang terkandung dalam penyata kewangan?

a)

Potensi perniagaan

b)

Kelemahan perniagaan

c)

Keuntungan perniagaan

d)

Kedudukan ekuiti perniagaan

2.

Manakah yang diperoleh daripada Penyata aliran tunai?

a)

Penggunaan dana

b)

Kedudukan liabiliti

c)

Jumlah untung kasar

d)

Hutang perniagaan jangka pendek

3.

Antara yang berikut, butiran manakah yang terdapat dalam Akaun Perdagangan dan Untung Rugi?

a)

Kos belian

b)

Aset semasa

c)

Jualan bersih

d)

Ekuiti pemilik

4.

Rumus yang berikut digunakan untuk menghitung kos belian. Apakah X?

a)

Gaji

b)

Sewa

c)

Inventori awal

d)

Angkutan masuk

5.

Manakah yang dikategorikan sebagai aset bukan semasa dalam Kunci kira-kira?

a)

Tunai

b)

Kenderaan

c)

Perabot

d)

Akaun berlum terima

6.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan hutang perniagaan jangka panjang?

a)

Gadai janji

b)

Overdraf bank

c)

Pinjaman bank

d)

Akaun belum bayar

7.

Butiran manakah yang terdapat dalam Penyata Aliran Tunai?

a)

Jualan Kredit

b)

Hutang lapuk

c)

Ambilan barang niaga oleh pemilik

d)

Penerimaan daripada penghutang

8.

Rumus manakah yang betul bagi menghitung baki h/b dalam Penyata Aliran Tunai?

a)

Baki h/b = Baki b/b + Penerimaan - Pembayaran

b)

Baki h/b = Baki b/b - Penerimaan - Penerimaan

c)

Baki b/b = Bakib/b + Penerimaan + Pembayaran

d)

Baki h/b = Baki b/b - Penerimaan - Pembayaran

9.

Manakah pihak yang berkepentingan kepada penyata kewangan sesebuah perniagaan?

a)

Isi rumah

b)

Pembekal

c)

Pengeksport

d)

Institusi kewangan

10.

Siapakah yang menggunakan maklumat dalam penyata kewangan untuk mengetahui kemampuan perniagaan membayar hutang?

a)

Pelabur

b)

Pembiaya

c)

Pemegang saham

d)

Pihak pengurusan

11.

1. Antara yang berikut, yang manakah merupakan jenis

penyata kewangan?

I Penyata perdagangan

II Penyata Untung Rugi

III Kunci Kira-Kira

IV Penyata pendapatan

a)

A. I dan II

b)

B I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

12.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan jenis penyata pendapatan?

I Penyata perdagangan

II Penyata pendapatan danperbelanjaan

III Penyata aliran tunai

IV penyata untung rugi

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

13.

Apakah maksud penyata pendapatan?

a)

Penyata yang menentukan untung kasar atau rugi kasar perniagaan

b)

Penyata yang menentukan untung bersih atau rugi bersih perniagaan

c)

Penyata yang menentukkan hasil perbelanjaan, serta untung atau rugi perniagaan

d)

Penyata yang menentukan aset, liabiliti, dan ekuiti pemilik perniagaan

14.

Apakah maksud Kunci Kira-Kira?

a)

Penyata yang menunjukkan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik perniagaan

b)

Penyata yang menunjukkan sumber dan pembiayaan dana perniagaan

c)

Penyata yang menunjukkan sumber dana perniagaan bagi menjelaskan hutang

d)

Penyata yang menunjukan sumber pembiayaan perniagaan

15.

Pernyataan manakah yang benar tentang penyata pendapatan?

a)

Untung kasar = Jualan – Kos jualan – Belanja operasi

b)

Untung bersih = Untung kasar – Kos jualan – Belanja operasi

c)

Untung kasar = Jualan – Kos jualan

d)

Untung bersih = Untung kasar – Belanja belian – Belanja operasi

16.

Pernyataan yan manakah yang benar tentang Kunci Kira-Kira?

a)

Liabiliti = Ekuiti pemilik – Aset

b)

Aset + Liabiliti = Ekuiti pemilik

c)

Liabiliti – Aset = Ekuiti pemilik

d)

Aset = Ekuiti pemilik + Liabiliti

17.

Antara yang berikut, yang manakah dicatat dalam penyata pendapatan?

I Stok awal

II Tunai di tangan

III Tunai di bank

IV Stok akhir

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Antara yang berikut, yang manakah dicatat dalam Kunci Kira-Kira?

I Stok akhir

II Overdraf bank

III Stok awal

IV Untung kasar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan pihak berkepentingan yang memerlukan penyata kewangan perniagaan?

I Pekerja

II Pemegang saham

III Pemiutang

IV Penghutang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan sebab pesaing memerlukan penyata kewangan perniagaan?

a)

Mengetahu prestasi perniagaan yang akan dijadikan sebagai asas untuk menentukan hala tuju syarikat mereka

b)

Mengetahui daya saing perniagaan dalam pasaran bagi suatu tempoh masa tertentu

c)

Merancang strategi perniagaan yang sesuai bagi menangani perniagaan di pasaran

d)

Merancang strategi pemasaran yang berkesan bagi memasarkan produk dan perkhidmatan yang baharu di pasaran

21.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan jenis penyata kewangan?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Penyata Perdagangan

b)

Penyata Untung Rugi

c)

Kunci Kira-kira

d)

Penyata Pendapatan

22.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan jenis penyata pendapatan?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Penyata perdagangan

b)

Penyata pendapatan dan perbelanjaan

c)

Penyata aliran tunai

d)

Penyata Untung Rugi

23.

Apakah maksud penyata pendapatan?

a)

Penyata yang menentukan untung kasar atau rugi kasar perniagaan

b)

Penyata yang menentukan untung bersih atau rugi bersih perniagaan

c)

Penyata yang menentukan hasil, perbelanjaan serta untung atau rugi perniagaan

d)

Penyata yang menentukan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik perniagaan

24.

Apakah maksud Kunci Kira-kira?

a)

Penyata yang menunjukkan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik perniagaan

b)

Penyata yang menunjukkan sumber dan dana perniagaan

c)

Penyata yang menunjukkan sumber dana perniagaan bagi menjelaskan hutang

d)

Penyata yang menunjukkan sumber pembiayaan perniagaan

25.

Pernyataan manakah yang benar tentang penyata pendapatan?

a)

Untung kasar = Jualan - Kos jualan - Belanja operasi

b)

Untung bersih = Untung kasar - Kos jualan - Belanja operasi

c)

Untung kasar = Jualan - kos jualan

d)

Untung Bersih = Untung Kasar - Belanja belian - Belanja operasi

26.

Pernyataan manakah yang benar tentang Kunci Kira-kira?

a)

Liabiliti = Ekuiti pemilik - Aset

b)

Aset + Liabiliti = Ekuiti Pemilik

c)

Liabiliti - Aset = Ekuiti Pemilik

d)

Aset = Ekuiti pemilik + Liabiliti

27.

Antara yang berikut, yang manakah dicatat dalam penyata pendapatan?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Stok awal

b)

Tunai di tangan

c)

Tunai di bank

d)

Stok akhir

28.

Antara yang berikut, yang manakah dicatat dalam Kunci Kira-kira?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Stok akhir

b)

Overdraf bank

c)

Stok awal

d)

Untung kasar

29.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan pihak berkepentingan yang memerlukan penyata kewangan perniagaan?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Pekerja

b)

Pemegang saham

c)

Pemiutang

d)

Penghutang

30.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan sebab pesaing memerlukan penyata kewangan perniagaan?

a)

Mengetahui prestasi perniagaan yang akan dijadikan sebagai asas untuk menentukan hala tuju syarikat mereka

b)

Mengetahui daya saing perniagaan dalam pasaran bagi suatu tempoh masa tertentu

c)

Merancang strategi perniagaan yang sesuai bagi menangani perniagaan di pasaran

d)

Merancang strategi pemasaran yang berkesan bagi memasarkan produk dan perkhidmatan yang baharu di pasaran

31.

Pernyataan manakah yang benar tentang titik pulang modal?

a)

Satu tahap kuantiti pengeluaran apabila hasil purata sama dengan jumlah kos

b)

Satu tahap kuantiti pengeluaran apabila jumlah hasil sama dengan kos purata

c)

Satu tahap kuantiti pengeluaran apabila hasil purata sama dengan kos purata

d)

Satu tahap kuantiti pengeluaran apabila jumlah hasil sama dengan jumlah kos

32.

Pernyataan manakah yang benar tentang kos berubah?

a)

Kos yang bertambah dengan pengeluaran output

b)

Kos yang berkurang dengan pengeluaran output

c)

Kos yang berubah dengan pengeluarann output

d)

Kos yang tidak berubah dengan pengeluaran output

33.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kos tetap?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Insurans kilang

b)

Belanja alat-alat kecil

c)

Angkutan masuk bahan mentah

d)

Belanja pengiklanan

34.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kos berubah?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Sewa kilang

b)

Bayaran royalti kilang

c)

Duti atas belian bahan langsung

d)

Gaji pengawal keselamatan kilang

35.

Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran produk Q bagi Alia Sdn Bhd.


Kos tetap RM45 000

Kos berubah seunit RM120


Hitung harga jualan seunit sekiranya titik pulang modal bagi produk Q ialah 3000 unit.

a)

RM124

b)

RM132

c)

RM135

d)

RM146

36.

1. Yang manakah yang merupakan komponen Penyata Pendapatan?

a)

A. Kunci Kira-Kira

b)

B. Akaun Untung Rugi

37.

Yang manakah merupakan aset semasa?

a)

A. Inventori

b)

B Bangunan

38.

Apakah ciri aset semasa?

a)

Mempunyai tempoh penggunaan kurang daripada setahun

b)

Mempunyai jangka hayat yang melebihi satu tahun

39.

Antara yang berikut, yang manakah terkandung dalam penyata pendapatan?

a)

Kos jualan

b)

Modal kerja

40.

Penyata pendapatan terdiri daripada...

a)

Akaun Perdagangan dan Akaun Untung Rugi

b)

Akaun Perdagangan dan Kunci Kira Kira

c)

Akaun Pembayaran dan Akaun Penerimaan

41.

Jualan, Jualan Bersih, Kos Belian dan Kos Jualan adalah butiran yang terdapat dalam...

a)

Kunci Kira-Kira

b)

Penyata Aliran Tunai

c)

Penyata Pendapatan

42.

Sewa, Insurans dan Gaji merupakan....

a)

Jualan

b)

Belian

c)

Belanja

43.

Apakah yang dimaksudkan dengan ekuiti pemilik?

a)

Pemilik mengambil aset perniagaan

b)

Hutang perniagaan jangka pendek

c)

Modal yang dilaburkan untuk memulakan perniagaan

44.

Kenderaan, mesin dan kelengkapan pejabat merupakan...

a)

Aset Semasa

b)

Aset Bukan Semasa

45.

Pilih pasangan yang betul

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D