wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU STPM 910/1 BERSAMA CIKGU ZULKARNAIN FARIHIN

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah betul tentang definisi awal istilah Melayu?

a)

Istilah maleu-kolon dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakom atau malaikurram.

b)

Perkataan Malaya Dvipa merujuk kepada beberapa buah gunung di Semenanjung Pulau Jambi

c)

Perkataan Mo-lo-yeu tercatat dalam buku catatan M'Ptolemy, Geographike Sintaxis yang menceritakan pada masa dahulu ada sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mengirimkan utusan ke negara China bagi mempersembahkan hasil bumi kepada raja China.

d)

Sebuah patung gangsa yang ditemukan di Kedukan Bukit, Palembang tercatat perkataan "Malaya" atau "Melayu" di belakangnya.

2.

Yang manakah betul tentang lingkungan penggunaan rumpun bahasa-bahasa Nusantara?

a)

Bahasa-bahasa Nusantara digunakan di Kepulauan Easter, di kepulauan Hawaii, dan Moari.

b)

Bahasa-bahasa Nusantara digunakan di Kepulauan Fiji hingga ke kepulauan Pala'u di Barat.

c)

Bahasa-bahasa Nusantara digunakan di kepulauan Madagaskar hingga ke Mikronesia dan Formusa.

d)

Bahasa-bahasa Nusantara digunakan di kawasan Marshall, Mariana, Karolina, dan Gilbert.

3.

Yang manakah merupakan subkeluarga bahasa di Nusantara?

a)

Irian, Halmahera, Sumatera

b)

Tonga, Toraja, Jawa

c)

Ambon-Timur, Moari, Bungku-Laki

d)

Bima-Sumba, Sula-Bacan, Halmahera Selatan-Irian Barat

4.

Yang manakah ejaan bahasa Melayu kuno yang kesemuanya betul?

a)

tuba, wuluh, bhumi

b)

wanua, riwu, sahaya

c)

duka, lapas, dangan

d)

sukachita, dalamna, wulan

5.

Yang manakah batu bersurat yang menjadi bahan bukti penggunaan bahasa Melayu Kuno?


I. Batu Bersurat Gandasulii, daerah Kedu.

II. Batu Bersurat Minye Tujuh, Acheh

III. Batu Bersurat Pagar Ruyung Palembang

IV. Batu Bersurat Karang Brahi, Meringin, Daerah hulu Jambi.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Yang manakah betul tentang ciri bahasa Melayu klasik?

a)

Banyak menggunakan ragam ayat aktif.

b)

Banyak menggunakan ayat majmuk susunan biasa yang panjang-panjang, kadang-kala maksudnya sukar difahami

c)

Pengunaan kosa kata bahasa Sanskrit telah digantikan dengan kosa kata bahasa Arab.

d)

Penggunaan partikel pun dan -lah banyak digunakan dalam teks klasik.

7.

Yang manakah kesemuanya karya Za'ba?

a)

Rahsia Ejaan Jawi, Ilmu Mengarang Melayu, Ilmu Bahasa Penggal I dan II.

b)

Pelita Bahasa Melayu Penggal I, II, dan III, Jalan Bahasa Melayu, Buku Ketetapan Hejaan Melayu

c)

Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi, Gurindam Dua Belas, Bustanul-Katibin

d)

Buku Katan, Kitab Pelita Mengarang, Kitab Pedoman Guru Penggal 1 dan 2

8.

Yang manakah pertubuhan atau institusi yang berjuang untuk memperluas dan mempertingkatkan martabat status kesusasteraan dan kebudayaan Melayu yang menjadi tunjang pembentukan masyarakat majmuk di negara ini?

a)

Pejabat Karang Mengarang

b)

Sultan Idris Tranning Collage (SITC)

c)

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ASAS 50

d)

Pakatan Belajar Mengajar Bahasa Melayu

9.

Yang manakah kesemuanya imbuhan awalan daripada bahasa Sanskrit?

a)

swa-, bi-, pro

b)

eka-, dwi-, tuna-

c)

maha-, anti-, panca-

d)

tata-, makro-, tri-

10.

Yang manakah salah tentang konsep-konsep penting dalam penghasilan dan penggolongan bunyi bahasa?

a)

Pasangan minimal ialah pasangan kata yang mempunyai perbezaan bunyi yang minimal.

b)

Variasi bebas ialah pasangan kata yang mempunyai perbezaan bunyi minimal tetapi ia tidak membezakan makna

c)

Daerah artikulasi ialah organ pertuturan yang boleh digerak-gerakkan.

d)

Bunyi bersuara ialah bunyi yang semasa penghasilannya keadaan pita suara berkeadaan rapat.

11.

Bunyi sengauan akan berlaku apabila

a)

rongga tekak ditutup

b)

pita suara bergetar

c)

anak tekak dinaikkan

d)

hujung lidah dikebelakangkan

12.

Yang manakah benar tentang bunyi vokal?

a)

Semua bunyi vokal merupakan bunyi bersuara.

b)

Bunyi vokal biasanya memerlukan geseran.

c)

Penghasilan bunyi vokal memerlukan penurunan lidah.

d)

bunyi vokal depan dihasilkan dengan membundarkan bibir

13.

Hujung lidah dikenakan pada gusi

Hujung lidah menampar-nampar gusi

Udara yang keluar melaluinya mengalami getaran

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan.

Pita suara digetarkan.


Perkataan yang terhasil daripada proses penghasilan bunyi di atas ialah

a)

lalat

b)

tamat

c)

lazim

d)

sabar

14.

Yang manakah perkataan yang menggunakan letupan lelangit lembut tak bersuara?

a)

adab

b)

pancing

c)

tegar

d)

karam

15.

Yang manakah ayat yang menggunakan perkataan yang dieja mengikut pola kekecualian keselarasan vokal?

a)

Lepasan universiti yang berminat menjadi guru ganti perlu mengisi borang permohonan terlebih dahulu.

b)

Kereta itu melanggar pokok di selekoh sebelah kanan berdekatan dengan rumah saya.

c)

Semua orang sanggup berbelanja besar untuk kelihatan awet muda.

d)

Remaja yang suka bercakap bohong itu akhirnya ditangkap polis kerana mencuri barang di sebuah pasar raya.

16.

Yang manakah kesemuanya mengandungi diftong?

a)

hairan, meterai, kuih

b)

taut, pandai, halau

c)

Ghairah, kerbau, mulai

d)

sepoi, pulau, haiwan

17.

Yang manakah kata yang kesemua suku katanya suku kata terbuka?

a)

melupas, nyentak, obligasi

b)

muslihat, nihilisme, olahraga

c)

mursyidul, normatif, orkestra

d)

maharana, nagasari, organisasi

18.

Dalam ayat, manakah ejaan klitiknya betul?

a)

Ibumu memberitahu bahawa kauputus tunang dengan Saleha.

b)

Kauingat semua kekayaan yang kaumiliki itu mampu memberikan kebahagiaan.

c)

Barang yang sudah ku beli secara atas talian belum lagi ku terima.

d)

Kuhadiahkan rumah itu untukmu yang tersayang.

19.

Yang manakah kata yang kesemuanya betul ejaannya?

a)

Pengeklasifikasikan, memerlekehkan, kadangkala

b)

menaiktarafkan, menyah-toksikkan, mensasarkan

c)

pengemaskinian, memporak-perandakan, urus setia

d)

tanda tangan, menertawakan, olahraga

20.

Yang manakah ayat yang menggunakan tanda koma (,) yang betul?

a)

Dengan perkataan lain, dapat dikatakan bahawa pertambahan golongan bujang di negara kita kerana mereka tidak mahu terikat dengan komitmen hidup berumahtangga.

b)

Awang kami berhajat besar, untuk meminang anak awak!

c)

Pada hari Isnin yang lalu anaknya telah dikejarkan ke hospital, kerana pengsan secara tiba-tiba.

d)

Tidak saya tidak akan pergi ke majlis itu, selagi dia tidak memberikan kad jemputan.