wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PEL. 15 KORBAN DAN AKIKAH - UNIT 2 AKIKAH

Total questions: 30

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud akikah?

a)

menyembelih binatang ternakan al an'am sempena kelahiran bayi sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT

b)

menyembelih binatang ternakan al an'am untuk mensyukuri nikmat Allah SWT

c)

menyembelih binatang ternakan al an'am bertujuan menunjukkan ahli keluarga baharu

d)

menyembelih binatang ternakan al an'am agar dapat memberi makanan atau sedekah kepada orang lain

2.

Hukum melakukan akikah ialah

a)

sunat

b)

harus

c)

wajib

d)

sunat muakad

3.

Hukum orang yang bernazar melakukan akikah adalah...

a)

Haram

b)

wajib

c)

sunat

d)

makruh

4.

Bilakah hari afdhal melakukan akikah?

a)

Pada hari jumaat kelahiran bayi

b)

Pada hari ke-10 kelahiran bayi

c)

Pada hari ke-7 kelahiran bayi

d)

pada hari ke-3 kelahiran bayi

5.

Berikut adalah padanan umur binatang akikah yang betul kecuali...

a)

Unta - 5 tahun

b)

Kerbau - 3 tahun

c)

kambing - 2 tahun

d)

Biri-biri - 1 tahun

6.

Pilih sifat binatang al-an'am yang betul

a)

Binatang kurus

b)

Binatang cacat @ tempang

c)

Binatang yang berpenyakit

d)

Binatang yang sihat & gemuk

7.

Berikut adalah perkara sunat akikah. .kecuali..

a)

Berdoa ketika hendak menyembelih

b)

mematahkan tulang binatang akikah

c)

menyembelih ketika matahari naik

d)

mencukur rambut bayi selepas menyembelih

8.

Tempoh sunat melaksanakan akikah ialah

a)

bila-bila masa sebelum meninggal dunia

b)

ketika bayi berumur 7 hari

c)

ketika bayi sudah bekerja

d)

setelah sempurna kelahiran sehinggalah bayi baligh

9.

Pembahagian daging akikah adalah seperti berikut..kecuali

a)

Sunat dimasak manis

b)

sunat disedekahkan setelah dimasak

c)

sunat dimakan oleh orang yang melakukan akikah

d)

sunat disedekahkan dalam keadaan daging mentah

10.

Perkara sunnah dilakukan kepada bayi:

a)

cukur jambul

b)

bercukur

c)

majlis berendoi

d)

beri nama yang baik

11.

'Disapukan pada lelangit mulutnya sedikit buah kurma yang direndam dalam air zam-zam'

a)

bercukur

b)

tahnik

c)

bersunat

d)

azan iqamah

12.
Sunat mencukur rambut bayi ____ penyembelihan binatang Aqiqah.
a)
Sebelum
b)
Selepas
13.
Antara Sunat Aqiqah ialah menyembelih binatang ketika matahari ________.
a)
Sedang naik
b)
Terbit fajar sadik
c)
Tergelincir
d)
Terbenam
14.
Daging sembelihan aqiqah  ____ disedekahkan kepada faqir & miskin.
a)
Wajib
b)
Tidak Wajib
c)
Sunat
d)
Sunat Muakkad
15.
Bagi anak yang sudah baligh dan belum dibuat Aqiqah, pelaksanaan Aqiqah boleh ______.
a)
diurus ibu bapa
b)
diurus sendiri
16.

Berikut adalah syarat-syarat sah akikah kecuali

a)

Niat akikiah semasa menyembelih

b)

Memenuhi syarat-syarat sembelihan

c)

Pada hari ketujuh kelahiran bayi

d)

Menyembelih binatang al-An'am yang cukup umur

17.

Sekiranya En Hassan ingin melaksanakan akikah dengan unta hendaklah umur unta itu mencukupi ____ tahun bagi memastikan akikahnya sah .

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

18.

Pernyataan manakah yang tidak menerangkan tentang kebaikan akikah kepada bayi yang baru lahir

a)

Bayi dapat membesar dengan sihat dan sempurna

b)

Mendidik bayi dengan amalan bersedekah sejak kecil

c)

Kehidupan bayi sentiasa diberkati dan dirahmati Allah

d)

Memulakan kehidupan bayi dengan amalan yang mulia

19.

Daging akikah sebaik-baiknya

a)

Dimasak manis dan disedekahkan kepada fakir miskin

b)

Diberi kepada fakir miskin dalam keadaan mentah

c)

Diagihkan kepada jiran tetangga

20.

Sebaik-baiknya akikah bagi anak lelaki ialah

a)

seekor kambing

b)

seekor lembu

c)

Dua ekor kambing

d)

Dua ekor lembu

21.

Bayi perempuan sunat diakikahkan dengan ______ ekor kambing.

a)

4

b)

3

c)

2

d)

1

22.

Seorang bapa mengakikahkan anaknya ketika berumur 11 tahun. Hukum akikahnya adalah

a)

wajib

b)

harus

c)

sunat

d)

sunat muakkad

23.

Berikut adalah pembahagian daging akikah yang betul kecuali

a)

sunat dimasak dengan masakan yang manis dan disedekahkan sesudah dimasak.

b)

masakan itu sunat dimakan oleh orang yang berakikah.

c)

masakan itu afdhal disedekahkan kepada orang miskin.

d)

masakan itu tidak boleh dimakan oleh orang yang berakikah

24.

Rambut bayi yang dicukur hendakalah ditimbang dan beratnya _____________ bersedekah emas kepada fakir miskin.

a)

wajib

b)

sunat

c)

harus

d)

makruh

25.

Pernyataan berikut manakah yang benar mengenai hikmah akikah

a)

mengagungkan syiar Islam

b)

sebagai menzahirkan tanda syukur kepada Allah atas kurniaan zuriat

c)

memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

d)

sebagai tanda ingin menunjuk-nunjuk kemampuan melakukan akikah

26.

Hukum akikah menjadi wajib apabila seseorang itu

a)

bernazar

b)

Dikurniakan cahaya mata

c)

Berjanji dengan orang lain

d)

Memiliki harta yang banyak

27.

Akikah dapat melahirkan umat Islam yang sanggup berkorban pada jalan kebaikan kecuali

a)

akikah mendorong orang Islam supaya rajin menderma

b)

sanggup berkorban dan mengeluarkan sedikit harta demi memenuhi syariat Islam

c)

ibadat akikah mendorong mementingkan diri dan keluarga sahaja

d)

akikah mendorong seseorang supaya berani berjihad pada jalan Allah

28.

Berikut ialah hikmah akikah terhadap masyarakat kecuali

a)

Mengeratkan hubungan silaturahim dengan jiran

b)

Menggalakkan amalan bersedekah bagi ibu bapa

c)

Mendekatkan bayi dengan penghayatan Islam

d)

Menghebahkan berita kelahiran bayi

29.

Sunat disedekahkan dalam keadaan masak

Penyataan di atas merujuk kepada…

a)

Sembelihan

b)

Korban

c)

Akikah

d)

Walimatul urus

30.

PILIH PENYATAAN YANG TIDAK BENAR MENGENAI HIKMAH IBADAH AKIKAH TERHADAP MASYARAKAT.

a)

Dapat bersama-sama menikmati rezeki Allah.

b)

Dapat menjamu orang miskin.

c)

Dapat makan daging unta yang jarang didapati.

d)

Mewujudkan semangat muafakat.