NEW
Font size
WorksheetsPrinsip-prinsip latihan
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
1. Berikut merupakan prinsip-prinsip tambah beban kecuali….
A. Meningkatkan rintangan atau bebanan.
B. Memendekkan masa yang diambil bagi sesuatu aktiviti atau kerja.
C.Memendekkan jarak yang diambil bagi sesuatu aktiviti atau kerja.
D. Meningkatkan bilangan ulangan.
2. Terdapat beberapa aspek yang perlu ditekankan di dalam prinsip tambah beban kecuali….
A. Kekerapan Latihan
B. Intensiti
C. Tempoh Latihan
D. Daya Tahan
3. Diantara berikut, kenyataan manakah yang paling tepat mengenai INTENSITI LATIHAN….
A. Latihan yang menghadapi rintangan diukur dengan menggunakan kilometer.
B. Intensiti merujuk kepada komponen kualitatif, kerja yang dilakukan dalam jangka masa tertentu. Lebih banyak kerja/ beban yang dilakukan lebih tinggi intensitinya.
C. Tahap intensiti tidak boleh diukur berdasarkan jenis latihan.
D. Latihan yang melibatkan kelajuan tidak boleh diukur dalam meter/saat (m/s) atau kadar/minit melakukan aktiviti.
4. Di antara berikut, kenyataan manakah adalah tidak benar….
A. Aktiviti anaerobic adalah aktiviti yang tidak menggunakan bekalan oksigen untuk menghasilkan tenaga. Tenaga diperolehi dari bahan kimia Adinosin Trifosfat (ATP).
B. Tenaga dibebaskan bila bahan kimia yang kaya dengan tenaga yang dipanggil Adenosin Trifosfat (ATP) dipecahkan kepada yang lebih besar yang dipanggil Adenosin difosfat (ADP).
C. Aktiviti Aerobik merupakan aktiviti yang dilakukan secara konsistan, di mana intensiti pergerakannya cukup rendah untuk membolehkan sistem kardiovaskular memenuhi permintaan oksigen.
D. Walaupun ATP merupakan pembekal tenaga kepada semua sel, bekalannya adalah terhad dan hendaklah dibina secara berterusan untuk memberi bekalan yang berpanjangan.
5. ATP di dalam otot dan fosfokreatin (PC) bersama-sama _______________ yang cukup untuk usaha maksima antara 5-10 saat. Hanya sebahagian kecil ATP disimpan di dalam sel-sel otot dan perlu dibina semula.
A. meningkatkan instensiti
B. membina tenaga
C. membekalkan tenaga
D. membekalkan oksigen
6. Pengumpulan asid laktik di dalam otot akan ______________ proses penguncupan dan melambatkan pergerakan dan akhirnya menyebabkan kelesuan.
A. mengganggu
B. meningkatkan
C. mengurangkan
D. membebankan
7. Sistem aerobik memerlukan lebih kurang ____________ saat untuk mula mengeluarkan tenaga bagi penggabungan ATP dari ADP + P. Kadar jantung dan pernafasan akan meningkat dengan secukupnya untuk membawa O2 yang diperlukan ke sel otot dalam mana glikogen dilerai dengan kehadiran oksigen. Leraian glikogen dengan kehadiran O2 akan mengeluarkan sedikit atau tiada langsung asid laktik.
A. 40 - 60 saat
B. 50 – 70 saat
C. 60 - 80 saat
D. 90 – 100 saat
8. Penguncupan otot berlaku apabila terdapat empat kumpulan actin. Antara berikut, kenyataan mana adalah tidak benar?
A. Bila terdapat rangsangan impuls pada sarkomere, sarkoplasmic retikulum akan terangsang.
B. Ion kalsium dirembes dan dihantar ke troponin lalu bercantum dengannya.
C. Filamen actin akan tertutup untuk membolehkan ion kalsium bercantum dengannya.
D. Miosin akan melekat pada actin. Putaran miosin akan menarik actin ke tengah sarkomere akan memendekkan fiber otot mengakibatkan berlakunya penguncupan otot.
9. Prinsip ini adalah berasaskan idea bahawa _____________ harus dijalankan pada tahap-tahap yang sentiasa meningkat bersesuaian dengan proses penyesuaian badan kepada rangsangan senaman.
A. Latihan
B. Bebanan
C. Intensiti
D. Tempoh latihan
10. Berikut merupakan prinsip kebolehbalikan, kecuali….
A. Menukarkan program latihan
B. Menukarkan aktiviti latihan
C. Menukarkan tempat Latihan
D. Mengelakkan aktiviti rekreasi semasa melaksanakan program latihan
