NEW
Font size
WorksheetsBAB 10 SARAWAK & SABAH
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
Gua Niah dan Bukit Tengkorak adalah petempatan awal bagi masyarakat Sarawak dan Sabah . Antara berikut, persamaan aktiviti manakah yang dilakukan oleh masyarakat tempatan yang mendiami kawasan tersebut?
Mengukir kayu
Melombong emas
Membuat tembikar
Membina perahu layar
Antara berikut, kawasan manakah yang berada di bawah pengaruh kerajaan Majapahit di Sabah?
Barat Sabah
Utara Sabah
Timur Sabah
Selatan Sabah
Penemuan gendang gangsa jenis Moko di Pulau Banggi, Sabah membuktikan wujudnya hubungan perdagangan antara penduduk di utara Sabah dan sebuah kerajaan di Alam Melayu. Apakah kerajaan tersebut?
China
Jawa
Jambi
Majapahit
Antara berikut, kerajaan manakah yang memainkan peranan penting dalam penyebaran agama Islam di pantai timur Sabah?
Kesultanan Sulu
Kesultanan Pasai
Kerajaan Saribas
Kerajaan Samadong
Apakah bukti yang menyatakan bahawa Sarawak dan Sabah mempunyai hubungan dengan kerajaan Alam Melayu?
Kewujudan pusat perdagangan
Pengamalan budaya Melayu
Penggunaan bahasa Melayu
Pengamalan adat Melayu
Sungai Retus ialah lokasi kerajaan awal yang berfungsi sebagai pusat pemerintahan dan pentadbiran. Apakah kerajaan awal yang telah memilih kawasan tersebut?
Kalka
Melano
Sawaku
Samadong
Kesultanan Melayu Brunei mengiktiraf suku kaum di pedalaman Sarawak ketika zaman pentadbirannya dan pemimpin tempatan diberikan gelaran. Apakah gelaran tersebut?
Datu
Datuk Seri
Orang Kaya
Datuk Abang
Kerajaan X pernah meluaskan pengaruhnya di bahagian selatan Sarawak bagi mengawal perdagangan di Laut China Selatan. Apakah kerajaan X tersebut?
Brunei
Srivijaya
Samadong
Singhasari
Manuskrip tempatan iaitu Hikayat Datu Merpati Jepang telah dihasilkan oleh masyarakat tempatan di Sarawak. Apakah kerajaan awal yang dibuktikan dalam manuskrip tersebut?
Kerajaan Saribas
Kerajaan Sawaku
Kerajaan Samadong
Kerajaan Santubong
Apakah faktor yang mempengaruhi pembentukan pentadbiran di Sarawak?
Lokasi
Agama
Bahasa
Budaya
Pilih antara fungsi wakil raja di kawasan lembah sungai Sabah.
Mengutip cukai
Merancang strategi peperangan
Menjaga kawasan perairan pantai
Menguruskan hal ehwal adat istiadat
Corak kepimpinan ini dibentuk di pedalaman mengikut kaum masing-masing
Wakil raja
Kepimpinan lembah sungai
Ketua bebas
Kepimpinan kesukuan
Ketua setiap suku kaum mempunyai gelaran yang tersendiri. Apakah gelaran yang diberikan bagi ketua kaum Kenyah?
Hipun Uma
Laih Rayeh
Peran Lepo
Tuai Rumah
Di manakah kawasan kekuasaan bagi Datu Kurunding?
Tungku
Marudu
Saribas
Kuala Sungai Kalka
Corak kepimpinan ini dibentuk di lembah-lembah sungai. Contoh ialah kerajaan Samadong. Apakah bentuk kerajaan ini?
Kerajaan kepimpinan kesukuan
Wakil Raja
Ketua Bebas
Kerajaan Kepimpinan Lembah Sungai
