wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PERNIAGAAN

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tujuan perniagaan?

a)

Menawarkan barang dan perkhidmatan

b)

Meningkatkan taraf hidup masyarakat

c)

Meningkatkan pendapatan negara

d)

Mewujudkan peluang pekerjaan

2.

Apakah ciri lain bagi Syarikat Sdn. Bhd.?

a)

Setiap ahli hanya mempunyai satu undi untuk memilih setiap ahli lembaga

b)

Hal ehwal kewangan syarikat perlu diumumkan kepada orang ramai

c)

Bilangan ahli di antara dua hingga lima puluh orang

d)

Liabiliti tidak terhad

3.

Apakah peranan kerajaan pusat dalam menangani isu-isu perniagaan?

a)

Menggubal undang-undang berkaitan perniagaan

b)

Menguruskan urusan berkaitan lesen perniagaan di kawasan perumahan

c)

Menguruskan urusan berkaitan cukai pintu premis perniagaan

d)

Menubuhkan perbadanan perniagaan negeri

4.

Antara yang berikut, yang manakah aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh sektor primer?

a)

Pengilangan dan pembuatan

b)

Perkhidmatan Awam

c)

Pembalakan

d)

Pembinaan

5.

Isu yang manakah yang perlu diatasi oleh pihak kerajaan tempatan?

a)

Isu negara

b)

Isu serantau

c)

Isu dua hala

d)

Isu tempatan

6.

Apakah maksud visi?

a)

Visi merupakan satu perancangan jangka panjang di dalam sesebuah organisasi.

b)

Visi merupakan satu perancangan jangka pendek di dalam sesebuah organisasi.

c)

Visi merupakan satu ketetapan menjelaskan aktiviti organisasi yang akan dilaksanakan untuk mencapai visi.

d)

Visi merupakan maklumat tentang tujuan perniagaan dengan tepat dan khusus.

7.

Apakah tujuan penetapan visi perniagaan?

a)

Meningkatkan keuntungan

b)

Mengenal pasti peluang perniagaan

c)

Menggambarkan pencapaian yang khusus

d)

Merancang matlamat jangka masa panjang

8.

Pernyataan berikut berkaitan dengan objektif Syarikat Peralatan Elektrik Berhad.


Mengimport barangan peralatan elektrik buatan Jepun yang dikeluarkan dari kawasan industri Kobe untuk dijual di Malaysia pada musim perayaan.


Apakah ciri objektif bagi syarikat tersebut?

a)

Realistik

b)

Spesifik

c)

Jangkamasa

d)

Boleh diukur

9.

Antara yang berikut, yang manakah faktor dalaman yang boleh mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif perniagaan?

I Ekonomi

II Sosiobudaya

III Sumber manusia

IV Kewangan

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

10.

Pernyataan objektif "Keuntungan meningkat sebanyak 30% dalam tempoh 3 tahun".

Nyatakan SMART yang ada dalam pernyataan objektif.

a)

Boleh diukur dan spesifik

b)

Munasabah dan jangkamasa

c)

Boleh diukur dan jangkamasa

d)

Munasabah dan boleh diukur

11.

Apakah kesan negatif yang wujud jika sesebuah perniagaan tidak membentuk objektif perniagaan yang sesuai?

a)

Berlaku kerugian

b)

Sumber tidak diagih dengan betul

c)

Wawasan perniagaan tidak dapat dicapai

d)

Perniagaan tidak berada pada landasan yang betul

12.

Apakah maksud struktur organisasi?

a)

Struktur jawatan pihak atasan

b)

Struktur pengagihan tugasan pekerja

c)

Sistem pembahagian jawatan dan tugasan dalam organisasi

d)

Susunan dan hubungan antara setiap bahagian fungsian yang terdapat dalam sesebuah organisasi perniagaan

13.

Manakah tujuan bahagian fungsian pengagihan?

a)

Memastikan pembekal mematuhi prosedur pembekalan

b)

Memastikan pelanggan berpuas hati dengan produk yang diterima

c)

Memastikan organisasi membuat bayaran yang tepat kepada pembekal

d)

Memastikan setiap barang yang dikeluarkan dapat diterima oleh pengguna

14.

Penggunaan teknologi maklumat dalam sesebuah perniagaan dapat meluaskan pasaran ke peringkat global.


Berdasarkan pernyataan tersebut, apakah peranan bahagian fungsian teknologi maklumat?

a)

Membuat promosi melalui radio dan surat khabar

b)

Membina laman web untuk memperkenalkan barang

c)

Menggunakan kapal terbang untuk menghantar barang

d)

Mengambil lebih ramai pekerja untuk memeasarkan barang

15.

Pernyataan manakah yang menunjukkan trend pertumbuhan ekonomi yang baik?

a)

Guna tenaga semakin menurun

b)

Peniaga mengurangkan operasi pengeluaran

c)

Cukai yang dikutip kerajaan semakin meningkat

d)

Jualan dan keuntungan perniagaan malar