WorksheetsSEJARAH T2 (Bab 1)
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
"Pada masa dahulu,Alam Melayu terdiri daripada gugusan tanah luas terbentang menghubungkan kawasan daratan dengan kepulauan."
Maklumat berikut berkaitan dengan Alam Melayu
Dunia Melayu
Pentas Sunda
Asia Tenggara
Kepulauan Melayu
Gambar berikut ialah Profesor Emeritus Tan Sri Dato'Dr.Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman yang memberi pendapat berkaitan dengan konsep Alam Melayu.Apakah kawasan Alam Melayu mengikut pendapat tokoh berikut?
I Brunei
II Australia
III New Zealand
IV Kepulauan Solomon
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Jadual berikut berkaitan dengan persamaan bunyi perkataan bagi beberapa etnik di Alam Melayu.Siapakah tokoh yang mengemukakan persamaan bunyi perkataan tersebut?
Dato' A.Aziz Deraman
Abdul Hadi Haji Hassan
Profesor Dr.Ding Choo Ming
Profesor Emeritus Dato' Dr Asmah Haji Omar
Masyarakat Alam Melayu telah mempunyai persamaan budaya dalam aspek seni persembahan.Apakah aspek seni persembahan tersebut?
Wayang kulit
Tarian Zapin
Dikir Barat
Nazam
Kerajaan Majapahit telah berkembang sejak abad ke-13.Apakah pusat kerajaan Alam Melayu tersebut?
Pangkalan
Indrapura
Harihalaya
Kota Trowulan
Mengapakah kerajaan Funan mengalami kemerosotan?
Pemimpin lemah
Ancaman pengaruh China
Serangan kerajaan Chenla
Kematian pengasas kerajaan
Pemerintah kerajaan Champa iaitu Indravarman telah meninggal dunia pada tahun 1441.Apakah kesan peristiwa tersebut?
Diganggu kuasa Rom
Diserang oleh Dinasti Ming
Ditawan semula oleh Dai Viet
Dibina pusat pentadbiran baharu
Apakah kerajaan Alam Melayu yang menjadi pusat pengajian agama Buddha?
Srivijaya
Champa
Majapahit
Gangga Nagara
Bagaimanakah Jayavarman II membuka kerajaan Angkor pada abad kesembilan?
Menghantar tentera
Menyatukan wilayah
Menggubal undang-undang
Menggalakkan penghijrahan
Gambar berikut ialah Angkor Thom di Kerajaan Angkor.Siapakah tokoh yang membina pusat ibadat tersebut?
Sangrajaya III
Suryavarman III
Indravarman IV
Jayavarman VII
Tokoh Raden Vijaya telah mengasaskan kerajaan Majapahit pada abad ke-13.Bagaimanakah tokoh tersebut mengasaskan kerajaan tersebut?
Menamatkan perang saudara
Menjalankan perluasan kuasa
Menerima bantuan tentera Mongol
Mengatasi ancaman kerajaan Siam
Mengapakah kerajaan Kedah Tua mengalami kemerosotan kegiatan perdagangan pada tahun 1025?
Perairan tidak selamat
Kadar cukai yang tinggi
Serangan tentera Chola
Pengurusan pelabuhan lemah
Bagaimanakah kerajaan Alam Melayu mengadakan hubungan dengan kerajaan luar?
Kesenian
Kebudayaan
Perkahwinan
Perdagangan
Apakah faktor yang mendorong pemerintahan kerajaan Alam Melayu menjalin hubungan perdagangan dengan kerajaan lain?
Kekayaan hasil bumi
Keperluan bahan mentah
Penyebaran agama Hindu
Peningkatan ekonomi negeri
Hubungan kerajaan Alam Melayu dengan kerajaan luar telah bermula dari abad pertama hingga abad ke-15.Apakah kesan hubungan luar tersebut terhadap Alam Melayu?
Meningkatkan pertukaran teknologi
Mengukuhkan sistem ketenteraan
Membawa kemakmuran ekonomi
Membaiki taraf hidup masyarakat
Apakah sikap yang dapat dikaitkan dengan penduduk Alam Melayu berhubung penyebaran agama Hindu,Buddha dan Islam sejak abad ketiga?
Kesukuan
Kebebasan
Kepimpinan
Keterbukaan
Mengapakah kerajaan Kedah Tua menjalin hubungan diplomatik dengan China pada abad ketujuh?
Memohon bantuan ketenteraan
Meningkatkan hubungan keagamaan
memperkukuhkan hubungan perdagangan
Memulihkan perhubungan selepas peperangan
Apakah kepentingan kerajaan Majapahit mewujudkan hubungan luar dengan kerajaan China?
Mengatasi perebutan kuasa
Mengatasi ancaman Dai Viet
Meningkatkan kemajuan ekonomi
Mengeratkan hubungan persahabatan
Kerajaan Alam Melayu telah mengadakan hubungan denga China untuk memulihkan hubungan setelah berperang dengan sekutu China iaitu Dai Viet.Apakah kerajaan Alam Melayu tersebut?
Angkor
Champa
Srivijaya
Kedah Tua
Apakah kerajaan Alam Melayu yang menghantar utusan ke India pada abad kesembilan?
Gangga Nagara
Kedah Tua
Srivijaya
Champa
