NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu SPM ( Jenis ayat)
Total questions: 15
Worksheet time: 7mins
1.Ayat ialah satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat. Subjek ialah
A. Cerita berkenaan perkara itu
B. Perkara yang diceritakan.
2.Manakala predikat ialah
A. cerita berkenaan perkara itu
B. perkara yang diceritakan
3.Terdapat.................... jenis ragam ayat dalam bahasa Melayu.
A. 2
B. 3
C. 4
D. 5
4.Berikut ialah jenis ragam ayat, kecuali
A. Ayat penyata
B. Ayat tanya
C. Ayat perintah
D.Ayat majmuk
5.Ayat penyata ialah.....
A. Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
B.Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.
C.Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu
D.Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya
6.Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya ialah ayat...
A. Ayat seruan
B. Ayat penyata
C.Ayat perintah
D. Ayat tanya
7.Ayat tanya terdiri daripada............bentuk.
A. 1
B. 2
C. 3
D. 4
8.Tentukan jenis ayat tanya dibawah.
Siapakah nama bapa kamu ?
A. Ayat tanya dengan kata tanya
B. Ayat tanya tanpa kata tanya
9.Ayat perintah terbahagi kepada 4 jenis. Antara berikut, yang manakah bukan tergolong dalam aya perintah.
A.Ayat Permintaan
B.Ayat Larangan
C. Ayat pujukan
D.Ayat Suruhan
10.Tentukan jenis ayat perintah dibawah.
Hantarlah buku itu sebelum pulang.
A. Ayat suruhan
B. Ayat larangan
C. Ayat silaan
D. Ayat permintaan
11.Tentukan jenis ayat perintah dibawah.
Minta hadirin semua bergerak ke bilik jamuan.
A. Ayat larangan
B. Ayat silaan
C. Ayat permintaan
D. Ayat suruhan
12.Tentukan jenis ayat perintah dibawah.
Usahlah menangis lagi.
A. Ayat permintaan
B. Ayat silaan
C. Ayat larangan
D. Ayat suruhan
13.Pilih penyataan dibawah yang tergolong dalam jenis ayat silaan.
i.Datanglah ke rumah saya.
ii.Turunlah dari sini sekarang juga.
iii.Jemputlah menikmati kuih ini.
iv.Oh, dia sudah pergi ke sekolah !
A. i,ii,iii sahaja.
B.i dan ii sahaja.
C. i dan iii sahaja.
D.i,ii,iii dan iv
14.Tentukan jenis ayat bagi penyataan dibawah.
i. Puan Rusiah berasal dari utara semenanjung.
ii.Rosli sanggup memutuskan persahabatannya dengan Meor kerana berebut jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Bukit Tinggi.
A. Ayat perintah
B. Ayat seruan
C.Ayat penyata
D. Ayat permintaan
15.Antara penyataan dibawah, yang manakah merupakan ayat tanya tanpa kata tanya.
i.Istana di atas bukit itu cantik?
ii.Bilakah acara penutupan majlis Kejohanan Olahraga Sekolah akan diadakan?
iii.Sekarang jugakah ayah hendak membaca akhbar semalam?
iv. Projek pembinaan rumah kos rendah akan dimulakan bila?
A. i dan ii sahaja
B. i,iii dan iv sahaja
C. ii,iii dan iv sahaja
D.i,ii dan iv sahaja
