NEW
Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU (peribahasa)
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Salina sangat mudah memahami apa yang diajar oleh gurunya kerana dia murid yang ()
keras kepala
kepala angin
otak cair
otak udang
Dalila merupakan anak kesayangan ibu dan bapanya kerana dia ().
anak angkat
anak tunggal
anak buah
anak jati
Maisarah tidak sabar untuk pulang ke kampung kerana dia amat rindu akan () ibunya yang lazat.
buah tangan
ringan tangan
panjang tangan
air tangan
Amin lari dengan sekuat-kuat hatinya apabila dikejar oleh seekor anjing liar semasa pulang dari sekolah.
Pilih simpulan bahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas.
langkah seribu
langkah kanan
lupa daratan
lupa diri
Ayah () untuk menampung kehidupan kami sekeluarga.
membawa diri
memerah keringat
menghulur tangan
menabur bakti
Wawa () sejak memenangi Kuiz Jutaria anjuran TV3
bagai pungguk rindukan bulan
bagai kerbau dicucuk hidung
bagai tikus jatuh ke beras
bagai sampah hanyut
Ramizan () apabila menghalau rakan serumahnya yang banyak membantu semasa dia susah.
bagai mendukung biawak hidup
bagai kacang melupakan kulit
bagai kucing kehilangan anak
bagai kera mendapat Bunga
Zamani () kerana bertuah dapat berkahwin dengan Amira yang cantik dan pandai memasak
bagai bulan jatuh ke riba
bagai bulan empat belas
bagai bulan dengan matahari
bagai bulan dipagari bintang
Hati Syuhadah () apabila melihat ibunya bersusah payah bekerja untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.
bagai denai gajah lalu
bagai duri dalam daging
bagai hempedu lekat di hati
bagai dihiris sembilu
Ketua kampung selalu berpesan mengamalkan sikap () antara penduduk kampung supaya kehidupan sejahtera bersama.
bagai itik pulang petang
bagai aur dengan tebing
bagai ayam mengeram telur
bagai pahat dengan penukul
