wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PerniagaanT4_B1_0

Total questions: 40

Worksheet time: 27mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah konsep asas perniagaan?

a)

I. Pertukaran nilai

b)

II. Bonus

c)

III. Kebajikan ahli

d)

IV. Barang dan perkhidmatan

2.

Pernyataan di bawah berkaitan dengan konsep asas peniagaan.


X – sesuatu yang boleh dilihat atau disentuh.

Y – aktiviti yang boleh mendatangkan faedah kepada pengguna.

a)

X - barang, Y - keuntungan

b)

X - barang, Y - perkhidmatan

c)

X - perniagaan, Y - perkhidmatan

d)

X - keperluan, Y - kehendak

3.

Aktiviti perniagaan dapat dibahagikan kepada aktiviti berasaskan barang dan perkhidmatan. Antara yang berikut, yang manakah merupakan aktiviti berasaskan perkhidmatan?

a)

Pembuatan

b)

Penternakan

c)

Pemasangan

d)

Pengangkutan

4.

Apakah motif utama penubuhan sesebuah oraganisasi perniagaan?

a)

Memperoleh keuntungan

b)

Menjaga kebajikan ahli

c)

Menyediakan kemudahan awam

d)

Menyediakan perkhidmatan percuma

5.

Pernyataan di bawah berkaitan dengan tujuan perniagaan.


· Pasar Raya Ara menjual pelbagai barang keperluan harian.

· Syarikat Logistik Maju menyediakan perkhidmatan barang untuk pelanggannya.


Antara yang berikut, yang manakah tujuan perniagaan sesuai dengan situasi di atas?

a)

Menawarkan barang pada harga kos

b)

Menawarkan barang secara percuma

c)

Menawarkan barang dan perkhidmatan

d)

Menawarkan barang di bawah harga kos

6.

Antara yang berikut, pernyataan yang manakah menerangkan organisasi bukan bermotifkan keuntungan dengan tepat?

a)

I. Mementingkan kebajikan ahli

b)

II. Bertujuan memaksimakan keuntungan

c)

III. Menjalankan aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan.

d)

IV. Sumber kewangan diperolehi daripada kerajaan, sumbangan dan yuran keahlian

7.

Apakah kepentingan keuntungan kepada perniagaan?

a)

I. Menambah kos perbelanjaan

b)

II. Meningkatkan imej perniagaan

c)

III. Untuk mengembangkan perniagaan

d)

IV. Meningkatkan kadar bayaran cukai

8.

Kerajaan memberi subsidi minyak agar harga minyak di pasaran tidak meningkat secara berterusan. Apakah kaedah perniagaan yang digunakan?

a)

Secara percuma

b)

Jualan pada harga kos

c)

Jualan pada harga di atas kos

d)

Jualan pada harga di bawah kos

9.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri – ciri perniagaan milikan tunggal?

a)

I. Mudah ditubuhkan

b)

II. Kadar cukai rendah

c)

III. Liabiliti terhad

d)

IV. Menikmati ekonomi bidangan

10.

Aini ingin memulakan perniagaan pakaian secara kecil – kecilan. Apakah kelebihan jenis pemilikan perniagaan tersebut?

a)

Kemahiran yang pelbagai

b)

Kos penubuhan yang rendah

c)

Mudah mendapat keuntungan

d)

Menanggung risiko bersama dengan pelanggan

11.

Maklumat di bawah menunjukkan sejenis pemilikan perniagaan.


Kedai Runcit Muslihah


Antara yang berikut, yang manakah merupakan kelebihan perniagaan di atas?

a)

I. Penyebaran risiko antara rakan kongsi

b)

II. Kebebasan mengurus perniagaan

c)

III. Cukai pendapatan perseorangan yang rendah

d)

IV. Kemahiran pengurusan yang pelbagai

12.

Gambar menunjukkan sejenis pemilikan perniagaan

Antara yang berikut, yang manakah menerangkan jenis perniagaan di atas?

a)

I. Proses penubuhan perniagaan adalah rumit

b)

II. Pemilik hanya membayar cukai pendapatan perseorangan

c)

III. Pemilik boleh mengurus perniagaan dengan cara sendiri

d)

IV. Liabiliti perniagaan adalah terhad

13.

Gambar berkaitan dengan pemilikan perniagaan.

Mengapakah Encik Thahir memilih penubuhan perniagaan tersebut?

a)

Liabiliti terhad

b)

Proses penubuhan adalah rumit

c)

Bilangan pemilik ialah antara 2 hingga 20 orang

d)

Pemilik mempunyai kawalan secara langsung ke atas perniagaan

14.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan perniagaan perkongsian?

a)

Perniagaan diuruskan oleh rakan kongsi nominal

b)

Perniagaan dikenakah cukai pendapatan syarikat

c)

Modal diperoleh menerusi penjualan saham kepada orang awam

d)

Setiap rakan kongsi menyumbang modal mengikut kadar yang dipersetujui

15.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pemilikan perniagaan.


Menyumbang modal sahaja dan tidak aktif dalam aktiviti perniagaan


Apakah jenis rakan kongsi di atas?

a)

Rakan kongsi aktif

b)

Rakan kongsi lelap

c)

Rakan kongsi terhad

d)

Rakan kongsi nominal

16.

Pernyataan yang manakah benar tentang ciri – ciri sebuah perniagaan perkongsian?

a)

Liabilit tidak terhad

b)

Jangka hayat adalah kekal

c)

Bilangan pemilik ialah antara 2 orang hingga 50 orang

d)

Perniagaan boleh diteruskan jika terdapat rakan kongsi meninggal dunia

17.

Pernyataan di bawah berkaitan dengan perniagaan perkongsian.


Rakan kongsi yang menyumbangkan nama sahaja dan tidak aktif dalam aktiviti operasi perniagaan.


Rakan kongsi di atas merujuk kepada...

a)

Rakan kongsi aktif

b)

Rakan kongsi lelap

c)

Rakan kongsi berhad

d)

Rakan kongsi nominal

18.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kelebihan perniagaan perkongsian berbanding dengan milikan tunggal?

a)

Mudah ditubuhkan

b)

Liabiliti tidak terhad

c)

Cukai pendapatan perseorangan

d)

Risiko kerugian boleh ditanggung bersama

19.

Antara yang berikut, aspek yang manakah menerangkan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)

a)

Liabiliti terhad

b)

Mudah ditubuhkan

c)

Jangka hayat pendek

d)

Kewujudan tidak kekal

20.

Pemilikan perniagaan manakah mempunyai liabiliti terhad?

a)

I. Kedai Cermin Mata Ling

b)

II. Kedai Kasut Yong dan Ling

c)

III. Syarikat Mega Sdn Bhd

d)

IV. Syarikat Hijau Aman Bhd

21.

Tujuan perniagaan adalah untuk......

a)

Meningkatkan taraf hidup

b)

Menawarkan barang dan perkhidmatan

c)

Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

d)

Memastikan perniagaan dapat beroperasi lebih lama

22.

Perniagaan manakah yang merupakan milikan tunggal?

a)

Kedai Runcit Ali

b)

Restoran Syed dan Sheikh

c)

Koperasi Kg Rebana Berhad

d)

Syarikat JAZZ Sendirian Berhad

23.

Rajah menunjukkan satu bentuk pemilikan perniagaan.

Antara berikut, yang manakah benar tentang bentuk pemilikan perniagaan tersebut?

a)

I. Kadar bayaran cukai syarikat adalah rendah

b)

II. Semua pemegang saham menanggung liabiliti yang tidak terhad

c)

III. Bilangan ahli yang dibenarkan adalah antara dua orang hingga 50 orang.

d)

IV. Milik saham hanya boleh dipindah selepas mendapat kebenaran ahli Lembaga Pengarah

24.

Antara yang berikut, pernyataan yang manakah benar tentang ciri – ciri umum perniagaan francais?

a)

I. Francaisi perlu membuat bayaran dalam bentuk royalti

b)

II. Francaisi mendapat bantuan daripada francaisor

c)

III. Francaisor dan francaisi perlu menjalankan perniagaan bersama – sama

d)

IV. Francaisor mengalami kehilangan hak pemilikan perniagaan

25.

Apakah kelebihan perniagaan francais kepada francaisi?

a)

I. Tidak dikawal oleh francaisor

b)

II. Risiko kegagalan yang rendah

c)

III. Tidak perlu banyak pengalaman

d)

IV. Reka bentuk yang tidak seragam

26.

Encik Arif berhak untuk menggunakan rahsia dagangan francaisor dengan membuat bayaran dalam bentuk royalti. Apakah kelebihan yang didapati oleh Encik Arif dengan menjalankan perniagaan tersebut?

a)

Risiko kegagalan dalam perniagaan rendah

b)

Perniagaan boleh dijalankan secara berterusan

c)

Tidak perlu mengawal kualiti barang yang dijual

d)

Kerugian perniagaan ditanggung oleh francaisor

27.

Maklumat di bawah berkaitan dengan satu bentuk perniagaan.


Syarikat Maju Berhad membuat perikatan dengan Syarikat Inovasi Berhad untuk mengeluarkan barang ICT dalam tempoh tiga tahun.


Bentuk perniagaan di atas dikenal sebagai ….

a)

Syarikat

b)

Francais

c)

Koperasi

d)

Usaha sama

28.

Antara yang berikut, yang manakah menerangkan kelebihan bentuk perniagaan usaha sama?

a)

I. Cara pengurusan yang sama

b)

II. Mudah mendapat bahan mentah

c)

III. Membantu memperluaskan pasaran

d)

IV. Visi dan misi antara dua pihak adalah sama

29.

Apakah tujuan organisasi bermotifkan untung ditubuhkan?

a)

Membantu golongan berkemampuan mendapatkan perkhidmatan percuma

b)

Mementingkan kebajikan ahli dan masyarakat setempat

c)

Menyediakan premis perniagaan kepada usahawan

d)

Menawarkan barang dan perkhidmatan

30.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri bentuk pemilikan perniagaan


· Hal ehwal syarikat dirahsiakan

· Tidak bebas pindah milik syer

. Liabiliti terhad


Apakah bentuk pemilikan tersebut?

a)

Syarikat sendirian berhad

b)

Syarikat awam berhad

c)

Milikan tunggal

d)

Koperasi

31.

Pernyataan di bawah merujuk kepada suatu bentuk perniagaan.


· Dimiliki dan dikawal oleh seorang individu sahaja

· Sumber pembiayaan seperti simpanan pemilik, pinjaman dan saudara –mara

· Dikenakan cukai pendapatan perseorangan.


Apakah bentuk milikan perniagaan tersebut?

a)

Koperasi

b)

Perkongsian

c)

Syarikat Berhad

d)

Milikan Tunggal

32.

1. Berdasarkan maklumat berikut, Apakah kelebihan menjadi anggota perniagaan tersebut?


KOPERASI KONTRAKTOR BUMIPUTERA BERHAD

CAWANGAN BATU PAHAT

a)

I. Liabiliti tidak terhad

b)

II. Terima komisen

c)

III. Terima dividen

d)

IV. Terlibat dalam proses membuat keputusan.

33.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan tujuan perniagaan kepada peniaga?

a)

Mewujudkan faedah kepada pihak pengguna

b)

Mengagihkan barang daripada pengeluar kepada pengguna

c)

Menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan

d)

Melakukan pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan

34.

Apakah kelebihan syarikat sendirian berhad berbanding syarikat awam berhad?

a)

Beban cukai yang rendah

b)

Syer boleh dipindah milik secara bebas

c)

Laporan kewangan tidak perlu diumumkan kepada orang ramai

d)

Liabiliti pemegang saham terhad kepada modal yang dilaburkan

35.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri suatu bentuk pemilikan perniagaan.


· Perniagaan dikendalikan mengikut satu sistem piawaian yang ditetapkan oleh pemegang hak sesuatu jenama

· Peniaga boleh menggunakan jenama atau cap dagangan pemegang hak

. Peniaga tidak boleh melakukan sebarang inovasi tanpa kebenaran pemegang hak


Apakah bentuk pemilikan tersebut?

a)

Francais

b)

Usaha sama

c)

Kedai sejaras

d)

Syarikat Sendirian Berhad

36.

Maklumat berikut berkaitan dengan bentuk pemilikan perniagaan.


· Mudah ditubuhkan dan mudah diurus

· Dikenakan cukai individu

. Keputusan dibuat sepenuhnya oleh pemilik


Apakah contoh pemilikan perniagaan tersebut?

a)

Prima Global Sdn. Bhd.

b)

Tiga Dimensi Enterprise

c)

Koperasi Belia Johor Bahru Berhad

d)

Perniagaan Rahmat dan Rakan – rakan

37.

Apakah tanggungjawab francaisi dalam perniagaan francais?

a)

Membayar fi tertentu kepada francaisor

b)

Melaksanakan penyelidikan produk

c)

Menyediakan skim latihan pekerja

d)

Melakukan promosi

38.

Antara yang berikut, manakah kelebihan usaha sama?

a)

I. Dapat menjamin keuntungan

b)

II. Risiko perniagaan dapat dikurangkan

c)

III. Dapat mengelakkan berlakunya konflik

d)

IV. Mudah untuk mendapat pelbagai sumber

39.

Mengapakah Encik Mazlan lebih cenderung untuk memiliki syer dalam syarikat awam berhad berbanding dengan syarikat sendirian berhad?

a)

Menanggung liabiliti terhad

b)

Mudah memindah milik syer

c)

Berhak memilih ahli lembaga pengarah

d)

Dapat menghadiri mesyuarat agung tahunan

40.

Perniagaan manakah yang dikategorikan sebagai aktiviti berasaskan perkhidmatan?

a)

Syarikat Teh Cameron Sdn. Berhad

b)

Spa Kejelitaan Ayu

c)

Restoran Cik Bedah

d)

Kilang Kopi 434