wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN KESIHATAN TINGKATAN 1

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah perubahan dari aspek fizikal yang berlaku pada murid lelaki dalam perkembangan seksual sekunder?

a)

Berasa sensitif

b)

Saiz otot meningkat

c)

Suara semakin lunak

d)

Mudah tersinggung

2.

Mengapakah kita perlu mengelakkan daripada mencukur bulu ketiak?

a)

Terhindar daripada iritasi kulit seperti melecet

b)

Supaya ketiak berbau wangi

c)

Untuk tujuan kecantikan

d)

Untuk menjaga kesihatan diri

3.

Berikut merupakan tips penjagaan muka berjerawat, KECUALI

a)

Dapatkan rawatan doktor

b)

Amalkan gaya hidup sihat

c)

Makan makanan yang seimbang

d)

Memicit jerawat pada muka

4.

Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran asertif ?

a)

Mencerminkan tahap keruntuhan moral yang serius

b)

Menolak sesuatu ajakan secara tegas tetapi berhemah

c)

Tindakan melulu sehingga memudaratkan diri sendiri

d)

Menolak sesuatu ajakan menggunakan perlakuan atau isyarat dengan berhemah

5.

Apakah risiko seks sebelum nikah terhadap remaja?

a)

Anak tidak sah taraf

b)

Hamil selepas nikah

c)

Mencemarkan maruah keluarga

d)

Menggugurkan kandungan

6.

Pernyataan yang manakah menunjukkan langkah

untuk menangani tingkah laku seksual berisiko?

a)

Mengisi masa lapang dengan aktiviti fizikal

b)

Melayari laman web pornografi

c)

Memiliki bahan seperti majalah lucah

d)

Berdua-duaan di tempat sunyi

7.

Berikut merupakan kesan ketagihan alkohol, KECUALI

a)

Kabur penglihatan

b)

Degupan jantung tidak berkala

c)

Menguatkan otot

d)

Mati pucuk


8.

Apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran positif?

a)

Sentiasa mengalah dan memberi ruang kepada orang lain untuk menang

b)

Kebolehan berfikir dan bertindak secara rasional dalam menghadapi sebarang situasi

c)

sesuatu perasaan atau jiwa yang kuat terbit daripada dalam diri seseorang

d)

Keupayaan untuk sentiasa gembira sepanjang hari


9.

Antara berikut, yang manakah merupakan kata-kata pemikiran positif?

a)

Saya tidak mahu melawan cakap guru

b)

Mulai tahun ini, saya tidak akan lewat ke sekolah

c)

Saya tidak mahu bermain-main di dalam kelas lagi

d)

Saya akan memberikan tumpuan pada pengajaran guru

10.

Perkahwinan membolehkan seseorang lelaki dan perempuan tinggal bersama.

Apakah kategori keluarga apabila suami dan isteri telah berpisah?

a)

Keluarga nukleus

b)

Keluarga tunggal

c)

Keluarga extend

d)

Keluarga Kembangan

11.

Berikut merupakan langkah-langkah mengatasi masalah senggugut kecuali

a)

amalkan senaman rutin

b)

elakkan pengambilan minuman beralkohol

c)

mengamalkan pengambilan vitamin tertentu

d)

kerap mencuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari

12.

Makronutrien terdiri daripada …

a)

karbohidrat

b)

protein

c)

lemak

d)

mineral

13.

Mikronutrien berperanan untuk …………….

a)

membekalkan tenaga

b)

mengawal fungsi tubuh badan

c)

membantu pembinaan tulang

d)

membina sel tubuh badan

14.

Antara berikut, manakah waktu makan yang penting bagi mengelakkan seseorang pelajar berasa letih dan lesu di dalam kelas sesi pagi?

a)

Minum petang

b)

Sarapan pagi

c)

Makan malam

d)

Makan tengah hari

15.

Pertolongan cemas amat berguna dalam situasi berikut …

a)

kematian

b)

perkahwinan

c)

kemalangan

d)

kenduri-kendara