NEW
Font size
WorksheetsUlangkaji Sains Tahun 4 / Tahun 2020 (Kertas 1)
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Rajah 1 menunjukkan dua situasi yang menggunakan tenaga.
Apakah bentuk tenaga yang terlibat dalam situasi di atas?
R: Tenaga kimia, S: Tenaga elektrik
R: Tenaga keupayaan, S: Tenaga bunyi
R: Tenaga kinetik, S: Tenaga cahaya
R: Tenaga keupayaan, S: Tenaga haba
Rajah 2 menunjukkan sel suria yang dipasang pada bumbung sebuah bangunan.
Nyatakan perubahan tenaga yang berlaku.
Tenaga keupayaan ---------> Tenaga cahaya
Tenaga elektrik ---------> Tenaga cahaya
Tenaga suria ---------> Tenaga kimia
Tenaga suria ---------> Tenaga elektrik
Rajah 3 menunjukkan dua kumpulan sumber tenaga.
Maklumat berikut berkenaan dengan X.
- Menghasilkan tenaga haba
- Menyebabkan pencemaran
- Boleh habis jika tidak digunakan dengan bijaksana
Antara berikut, yang manakah tidak dikategorikan dalam kumpulan X?
Rajah 4 menunjukkan satu organ perkumuhan manusia.
Apakah bahan buangan yang dikumuhkan oleh organ ini?
Peluh
Wap air
Karbon dioksida
Air kencing
Rajah 5 menunjukkan tiga jenis haiwan, P, Q dan R.
Antara berikut, yang manakah menunjukkan organ pernafasan bagi haiwan-haiwan di atas dengan betul?
P: Kulit lembap, Q: Spirakel, R: Spirakel
P: Peparu, Q: Insang, R: Kulit lembap
P: Insang, Q: Spirakel, R: Kulit lembap
P: Kulit lembap, Q: Peparu, R: Spirakel
Rajah 6 menunjukkan bahagian-bahagian yang terdapat pada seekor belalang.
Di bahagian manakah terletaknya organ pernafasan belalang?
P
Q
R
S
Maklumat berikut adalah tentang haiwan P.
- Haiwan vertebrata
- Hidup di air
- Bernafas menggunakan peparu
Apakah haiwan P?
Rajah 7 menunjukkan penyiasatan tentang gerak balas tumbuhan terhadap suatu rangsangan.
Apakah yang akan berlaku kepada tumbuhan tersebut selepas lima hari?
Pucuk tumbuhan bergerak ke arah lubang kotak
Pucuk tumbuhan bergerak menjauhi arah lubang kotak
Pucuk tumbuhan bergerak ke atas mengikut cahaya matahari
Pucuk tumbuhant tidak mendapat cahaya matahari dan mati
Antara tumbuhan berikut, yang manakah daunnya akan bergerak balas terhadap rangsangan sentuhan?
Bagaimanakah tumbuhan mendapatkan keperluan asas seperti air untuk membuat makanan sendiri?
Menunggu haiwan mendapatkan air untuk tumbuhan
Akar tumbuhan menjalar ke dalam tanah untuk mendapatkan air
Bergerak ke tempat yang mempunyai sumber air yang banyak
Mendapatkan air daripada air hujan
Rajah 8 menunjukkan dua orang kanak-kanak sedang bermain jongkang-jongket di taman.
Apakah mesin ringkas yang terlibat dalam situasi di atas?
Tuas
Roda dan gandar
Skru
Satah condong
Rajah 9 menunjukkan suatu penyiasatan tentang kebolehan bahan untuk menyerap air.
Berapakah isi padu air yang terkumpul sekiranya penyiasatan ini diulang dengan menggunakan plastik?
250 ml
150 ml
50 ml
0 ml
Berikut menunjukkan empat kumpulan objek.
Kumpulan yang manakah berasal daripada sumber asas batuan?
K dan L
K dan M
L dan M
K dan N
Rajah 10 menunjukkan satu litar elektrik.
Didapati mentol di dalam litar menyala.
Apakah contoh objek Y yang digunakan?
Pensel
Pemadam
Pembaris besi
Bulu tangkis
Antara berikut, yang manakah merupakan sifat bagi objek yang diperbuat daripada getah?
Boleh diregangkan
Boleh menyerap air
Dapat mengalirkan haba
Membenarkan cahaya menembusinya
Rajah 11 menunjukkan sebuah troli.
Apakah mesin ringkas yang digunakan?
Tuas
Takal
Roda dan gandar
Gear
Rajah 12 menunjukkan seorang budak lelaki melihat sebatang lilin yang menyala.
Tiub yang manakah membolehkan dia melihat cahaya lilin melaluinya?
Rajah 13 menunjukkan suatu penyiasatan.
Antara berikut, bayang-bayang yang manakah akan terbentuk?
Rajah 14 menunjukkan suatu penyiasatan dan bentuk bayang-bayang yang terbentuk.
Objek terdiri daripada empat bahan yang berlainan. Bahan yang manakah bersifat legap?
P
Q
R
S
Antara berikut, fenomena yang manakah dihasilkan kesan pembiasan cahaya?
Antara alat muzik berikut, yang manakah menghasilkan bunyi dengan cara memetik?
Antara aktiviti berikut, yang manakah tidak menghasilkan bunyi?
Mengetuk tin dengan sudu
Menggesek pinggan yang basah
Memetik gelang getah
Berbaring di atas tilam
Rajah 15 menunjukkan hujung satu pembaris plastik yang ditekan dan dilepaskan.
Apakah yang akan berlaku?
P - Pembaris akan patah
Q - Pembaris akan bergetar
R - Bunyi akan dihasilkan
P sahaja
Q sahaja
Q dan R sahaja
P, Q dan R
Rajah 16 menunjukkan tiga objek, X, Y dan Z.
X beredar mengelilingi Y. Pada masa yang sama, kedua-dua X dan Y juga beredar mengelilingi Z. X, Y dan Z masing-masing mewakili
X: Matahari, Y: Bulan, Z: Bumi
X: Bulan, Y: Bumi, Z: Matahari
X: Bulan, Y: Matahari, Z: Bumi
X: Bumi, Y: Bulan, Z: Matahari
Rajah 17 menunjukkan lima kawasan di Bumi.
Kawasan yang manakah mengalami waktu malam?
V dan W
X dan Y
U sahaja
Y sahaja
Rajah 18 menunjukkan arah bayang-bayang yang terbentuk pada waktu K.
Apakah waktu K?
9.00 a.m.
12.00 p.m.
2.00 p.m.
5.00 p.m.
Rajah 19 menunjukkan pengelasan mesin ringkas.
Antara berikut, yang manakah mewakili Y dan Z?
Y: Tuas, Z: Pahat
Y: Roda dan gandar, Z: Pemecah ais
Y: Tuas, Z: Spanar
Y: Skru, Z: Pisau
Rajah 20 menunjukkan organ pernafasan berlabel X pada ikan.
Antara haiwan berikut, yang manakah bernafas dengan organ pernafasan yang sama?
Penyu
Lipas
Cacing tanah
Berudu
Apakah yang dimaksudkan dengan proses perkumuhan manusia?
Proses menyingkirkan tinja dari badan
Proses menyingkirkan air kencing dari badan
Proses menyingkirkan karbon dioksida dan wap air dari badan
Proses menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan dari badan
Rajah 21 menunjukkan proses fotosintesis.
Antara berikut, yang manakah mewakili P dan Q?
P: Oksigen, Q: Wap air
P: Wap air, Q: Oksigen
P: Karbon dioksida, Q: Oksigen
P: Oksigen, Q: Karbon dioksida
Rajah 22 menunjukkan hasil fotosintesis.
Apakah kepentingan M kepada tumbuhan?
Untuk membekalkan tenaga kepada tumbuhan untuk membesar
Untuk menghasilkan oksigen dan kanji
Untuk membekalkan cahaya matahari kepada tumbuhan untuk menghasilkan makanan
Untuk membekalkan air kepada tumbuhan untuk membesar
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar?
Bumi berputar pada paksinya dari timur ke barat
Bumi berputar pada paksinya dari barat ke timur
Bumi berputar pada paksinya dan tidak beredar
Bumi hanya beredar dan tidak berputar
Apakah tabiat yang mengganggu proses gerak balas manusia terhadap rangsangan?
Menghidu gam
Suka membaca
Bersenam setiap hari
Menggosok gigi dua kali sehari
Rajah 23 menunjukkan sejenis sumber tenaga.
Sumber tenaga ini menghasilkan bentuk tenaga X dan Y. Apakah bentuk tenaga X dan Y?
Tenaga haba dan tenaga bunyi
Tenaga cahaya dan tenaga haba
Tenaga kinetik dan tenaga suria
Tenaga elektrik dan tenaga haba
Rajah 24 menunjukkan sumber tenaga P.
Sumber tenaga ini akan cepat kehabisan jika tidak digunakan secara berhemat. Apakah kepentingan menggunakan sumber tenaga ini secara berhemat?
Untuk menjamin bekalan tenaga yang mencukupi untuk kegunaan generasi akan datang
Untuk menjamin bekalan tenaga yang mencukupi buat masa ini
Untuk memastikan tahap kesihatan manusia sentiasa memuaskan
Untuk memastikan kestabilan harga barang keperluan
Apakah maksud mesin ringkas?
Alat yang sangat ringkas
Alat yang memudahkan kerja dan menjimatkan masa
Alat yang memerlukan banyak tenaga untuk bekerja
Alat yang memudahkan kerja dan mudah rosak
Rajah 25 menunjukkan sejenis mesin ringkas.
Jarak Q mempengaruhi daya yang diperlukan untuk mengangkat beban. Antara berikut, yang manakah memerlukan daya yang paling sedikit untuk mengangkat beban?
50 cm
40 cm
30 cm
20 cm
Apakah mesin ringkas yang sesuai digunakan untuk memudahkan kerjanya?
Satah condong
Gear
Tuas
Takal
Antara berikut, yang manakah bukan haiwan vertebrata?
Antara berikut, yang manakah merupakan pencemaran bunyi?
Bunyi siren bomba
Bunyi jam loceng
Bunyi nyanyian yang merdu
Bunyi kapal terbang berlepas
