wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PEPERIKSAAN MAYA TINGKATAN 3 BAHASA MELAYU

Total questions: 40

Worksheet time: 10hrs 0mins

Name
Class
Date
1.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


I Ibu mengacau bubur dengan menggunakan senduk

kayu.

II Kenangan pahit itu sering mengacau fikirannya.

III Ibu mengacau tanah di dalam pasu itu untuk

menanam pokok.

IV Sekawan burung murai bertenggek di dahan pokok

sambil mengacau.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV

c)

I, II, dan III

d)

II, III dan IV

2.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


I Datuk Adam dimasukkan ke hospital kerana sakit berat.

II Kotak yang berisi buku-buku terpakai itu sangat berat.

III Berat hati Puan Masnah untuk tinggal berjauhan

dengan anak tunggalnya itu.

IV Amin mengalami obesiti kerana dia gemar makan makanan berat.

a)

I dan II sahaja

b)

II dan III

c)

I, II, dan III

d)

II, III dan IV

3.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


I Tindakan keras akan dikenakan terhadap pesalaha jalan raya.

II Kata-kata keras oleh Aina menyinggung perasaan saya.

III Baju-baju yang keras sudah diangkat oleh kakak.

IV Kami menyanyikan lagu kebangsaan dengan semangat keras.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV

c)

I, II, dan III

d)

II, III dan IV

4.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


I Baju adik ini sudah ketat.

II Syarat ketat dikenakan oleh bank untuk memohon

pinjaman.

III Nina mengisikan air di dalam botol hingga ketat.

IV Puan Siti bersabar terhadap sindiran ketat jirannya.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV

c)

I, II, dan III

d)

II, III dan IV

5.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


I Sikap Nadia yang berada kurang disenangi oleh rakan-rakannya.

II Kita berangkat sekarang kerana semua sudah berada.

III Kami berada di kampung semasa kejadian itu berlaku.

IV Beliau yang berada sering membantu orang yang susah.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV

c)

I, II, dan III

d)

II, III dan IV

6.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


I Permohonan yang lewat tidak akan dilayan.

II Murid itu didenda oleh guru kerana sering lewat ke sekolah.

III Ayah sering berjaga hingga lewat malam.

IV Bunyi tembakan itu lewat hingga satu kilometer jaraknya.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV

c)

I, II, dan III

d)

II, III dan IV

7.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


I Nenek mengukur kelapa dengan menggunakan parut kelapa.

II Ibu sedang mengukur lebar kain dengan menggunakan pita pengukur.

III Pak Cik Abas sedang mengukur kayu di bengkelnya.

IV Dia cuba mengukur perasaan iri hati terhadap sahabatnya itu.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV

c)

I, II, dan III

d)

II, III dan IV

8.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


I Puan Marina gemar memakai pakaian yang berwarna terang.

II Nenek memakai cermin mata kerana pandangannya kurang terang.

III Cikgu Khalid agak terang tetapi beliau sangat penyayang.

IV Lampu pelita itu semakin terang kerana kehabisan minyak tanah.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV

c)

I, II, dan III

d)

II, III dan IV

9.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


I Hanya Ismail yang belum menjelaskan yuran pendaftaran kelab tersebut.

II Ali diminta menjelaskan sebab dia tidak hadir ke mesyuarat komuniti semalam.

III Pihak berwajib telah menjelaskan isu kenaikan harga minyak kepada rakyat.

IV Pengerusi taman menjelaskan penduduk di situ untuk menjaga kebersihan taman.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV

c)

I, II, dan III

d)

II, III dan IV

10.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


I Rakyat Malaysia murah dengan senyuman.

II Set gelas yang dibeli oleh ibu itu murah harganya.

III Husni tidak murah putus asa apabila dia gagal dalam pertandingan catur.

IV Wakil rakyat yang murah itu disenangi oleh penduduk di kawasan itu.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV

c)

I, II, dan III

d)

II, III dan IV

11.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I Sikap amanah menyebabkan kita mendapat kepercayaan daripada orang ramai.

II Jelaslah bahawa gejala rasuah mendatangkan banyak kesan buruk kepada negara.

III Pelbagai langkah-langkah telah diambil untuk memartabatkan bahasa Melayu di negara kita.

IV Keharmonian dapat dicapai apabila tiap rakyat memahami dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

a)

I dan II sahaja

b)

II dan IV

c)

I, II, dan III

d)

II, III dan IV

12.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I Karya sastera dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak.

II Kedua orang anak Pak Jusoh berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

III Kita digalakkan menziarahi pesakit untuk memberikan semangat kepada mereka.

IV Hari Kebangsaan disambut pada setiap tahun sebagai tanda memperingati tarikh kemerdekaan negara kita.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV

c)

I, II, dan III

d)

II, III dan IV

13.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I Suzana dan Mira berjanji akan ke perpustakaan di hari Ahad.

II Encik Abu membawa keluarganya makan malam di Restoran Aminah Tomyam.

III Pak Cik Salleh sanggup membanting tulang empat kerat demi menyara keluarganya.

IV Beberapa orang guru sedang menghias pentas bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV

c)

I, II, dan III

d)

II, III dan IV

14.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I Tanah di hujung kampung itu bukan milik datuk saya.

II Ayam goreng berempah yang kami makan di gerai itu amat enak sekali.

III Aini duduk antara Suzana dengan Siew Fong sewaktu mendengar taklimat PT3.

IV Perompak itu berjaya meloloskan dirinya dari sekatan jalan raya oleh pihak polis.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV

c)

I, II, dan III

d)

II, III dan IV

15.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I Semua murid-murid hendaklah menjaga harta benda sekolah dengan sebaik-baiknya.

II Kemelesetan ekonomi menyebabkan beribu pekerja kilang terpaksa diberhentikan secara berperingkat.

III Pelbagai jenis cenderamata dijual di kedai itu.

IV Segenap lapisan masyarakat diingatkan agar berbelanja secara berhemah.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV

c)

I, II, dan III

d)

II, III dan IV

16.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I Puan Bariah berbual-bual dengan Puan Mei di hadapan rumahnya.

II Irdina dan Syuzen pergi ke pekan untuk membeli buku dan alat tulis.

III Pak Hamid sedang membakar sate ayam yang dipesan oleh pelanggan.

IV Pelbagai usaha-usaha dilakukan untuk meningkatkan tahap capai akademik murid-murid di sekolah itu.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV

c)

I, II, dan III

d)

II, III dan IV

17.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I Iskandar adalah murid yang paling terpintar di kelasnya.

II Setiap ahli-ahli sukan dikehendaki mengikuti latihan pada setiap petang.

III Mereka sedang bermesyuarat di dewan utama Hotel Permata.

IV Selain masalah pelajaran, murid boleh mengadu hal-hal lain kepada guru kaunseling juga.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV

c)

I, II, dan III

d)

II, III dan IV

18.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I Kita mesti membuat perancangan yang teguh agar majlis itu berjalan dengan lancarnya.

II Para pengguna tidak berpuas hati terhadap peniaga-peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati.

III Fuad kehujanan kerana tidak ada tempat berteduh di situ.

IV Beberapa buah daerah di negeri Sabah akan terlibat dalam catuan bekalan air mualai malam ini.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV

c)

I, II, dan III

d)

II, III dan IV

19.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I Pagi-pagi lagi Pak Wahid dan isterinya ke kebun getah untuk menoreh.

II Beberapa orang anggota bomba dihantar berkursus ke luar negara.

III Cuaca di puncak bukit itu sangat sejuk terutamanya di waktu malam.

IV Sudah berbulan Syamil terlantar di hospital akibat kemalangan jalan raya.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV

c)

I, II, dan III

d)

II, III dan IV

20.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I Banyak orang yang sukakan sikap pegawai yang ramah itu.

II Jasa guru tidak akan dilupakan oleh kami selagi hayat dikandung badan.

III Majlis perkahwinan anak Encik Faiez akan diadakan pada bulan depan.

IV Pesanan arwah ayahnya itu masih terngiang-ngiang ditelinganya.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV

c)

I, II, dan III

d)

II, III dan IV

21.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang diberi.


Para guru harus bijak mengendalikan pembelajaran di dalam kelas supaya murid tidak akan berasa bosan.

a)

Semua guru akan berasa bosan jika murid tidak bijak mengikuti proses pembelajaran.

b)

Murid-murid akan berasa bosan jika guru tidak bijak mengendalikan proses pengajaran di dalam kelas.

c)

Murid mudah bosan ketika belajar di dalam kelas disebabkan sikap guru yang tidak bijak mengajar.

d)

Kebosanan murid di dalam kelas dapat dielakkan jika guru bijak mengendalikan proses pembelajaran.

22.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang diberi.


Semua pengguna jalan raya perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

a)

Peraturan yang sudah ditetapkan oleh pihak berkuasa perlu dipatuhi oleh semua pengguna jalan raya.

b)

Peraturan yang digubalkan oleh pihak berkuasa akan dipatuhi oleh semua rakyat di negara ini.

c)

Pihak berkuasa menetapkan supaya semua pengguna jalan raya memahami peraturan jalan raya.

d)

Pihak kerajaan telah membuat ketetapan supaya semua pengguna jalan raya menggubalkan peraturan jalan raya.

23.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang diberi.


" Kamu jangan sesekali bergaul dengan budak-budak nakal itu," kata Pak Wahid kepada Hafizi.

a)

Pak Wahid dilarang oleh Hafizi agar tidak berkawan dengan budak-budak nakal itu.

b)

Hafizi ditegah oleh Pak Wahid supaya berkawan dengan budak-budak nakal itu.

c)

Hafizi ditegah oleh Pak Wahid supaya tidak berkawan dengan budak-budak nakal itu.

d)

Pak Wahid melarang budak-budak nakal itu supaya jangan berkawan dengan Hafizi.

24.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang diberi.


Masalah penganguran dalam kalangan siswazah masih berlaku di negara kita sejak dua dekad yang lalu.

a)

Walaupun sudah dua dekad, masalah pengangguran masih serius di negara kita.

b)

Sejak dua dekad yang lalu, masalah pengangguran dalam kalangan siswazah di negara kita masih berlaku.

c)

Masalah utama di negara kita sekaran sama seperti masalah yang dihadapi dua dekad yang lalu, iaitu masalah penganguran.

d)

Masalah siswazah yang menganggur masih berlaku di negara kita sejak dahulu lagi hingga sekarang.

25.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang diberi.


Masalah penganguran dalam kalangan siswazah masih berlaku di negara kita sejak dua dekad yang lalu.

a)

Walaupun sudah dua dekad, masalah pengangguran masih serius di negara kita.

b)

Sejak dua dekad yang lalu, masalah pengangguran dalam kalangan siswazah di negara kita masih berlaku.

c)

Masalah utama di negara kita sekaran sama seperti masalah yang dihadapi dua dekad yang lalu, iaitu masalah penganguran.

d)

Masalah siswazah yang menganggur masih berlaku di negara kita sejak dahulu lagi hingga sekarang.

26.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang diberi.


Kereta-kereta tempatan menjadi pilihan utama rakyat negara ini kerana harganya yang lebih murah berbanding dengan kereta import.

a)

Pilihan utama rakyat negara ini ialah kereta-kereta tempatan yang harganya lebih rendah daripada kereta import.

b)

Kereta import lebih rendah harganya daripada kereta-kereta tempatan yang menyebabkan rakyat negara ini kurang membelinya.

c)

Harga kereta-kereta tempatan lebih rendah daripada kereta yang diimport kerana rakyat negara ini lebih suka membelinya.

d)

Rakyat negara ini lebih suka memilih kereta-kereta tempatan dan kereta yan diimport kerana harganya lebih murah.

27.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang diberi.


Internet banyak faedahnya walaupun sering dikaitkan dengan kesan negatif.

a)

Internet sering dikaitkan dengan kebaikan dan keburukannya.

b)

Internet mengandungi unsur negatif walaupun banyak kebaikannya.

c)

Internet ada kebaikannya walupun dikatakan tidak banyak mengandungi kesan negatif.

d)

Banyak faedah Internet meskipun selalu dikaitkan dengan kesan buruk.

28.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang diberi.


Pemain badminton itu tidak gentar untuk berhadapan dengan sesiapa pun kerana dia telah membuat persediaan yang rapi.

a)

Sesiapa pun yang bermain badminton tidak akan berasa gentar sekiranya telah membuat latihan yang secukupnya.

b)

Oleh sebab telah membuat persediaan yan secukupnya, pemain badminton itu tidak takut untuk berhadapan dengan sesiapa pun.

c)

Pemain badminton itu gentar untuk membuat persediaan yang rapi kerana tidak berhadapan dengan sesiapa pun.

d)

Sesiapa pun tidak gentar untuk berhadapan dengan pemain yang telah membuat persiapan rapi itu.

29.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang diberi.


Punca utama kenaikan suhu dunia ialah penebangan hutan yang tidak terkawal untuk tujuan pembangunan dan kemajuan negara.

a)

Kenaikan suhu dunia untuk tujuan pembangunan dan kemajuan negara menjadi punca utama penebangan hutan yang tidak terkawal.

b)

Penebangan hutan untuk tujuan pembangunan dan kemajuan negara yang tidak terkawal menjadi penyebab utama peningkatan suhu dunia.

c)

Kenaikan suhu dunia yang tidak terkawal untuk tujuan pembangunan menjadi penyebab utama penebangan hutan.

d)

Kenaikan suhu dunia boleh dielakkan sekiranya penebangan hutan untuk tujuan pembangunan dan kemajuan negara yang menjadi punca utama dikawal.

30.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang diberi.


Encik Harun sanggup mempelajari kaedah pertanian moden untuk melipatgandakan pengeluaran sayur-sayurannya.

a)

Pengeluaran sayur-sayuran yang ditanam oleh Encik Harun bertambah sejak dia sanggup mempelajari kaedah pertanian moden.

b)

Encik Harun sepatutnya sanggup menjalankan kaedah pertanian moden agar pengeluaran sayur-sayurannya bertambah.

c)

Kaedah pertanian moden perlu dipelajari oleh Encik Harun untuk menambahkan pengeluaran sayur-sayurannya.

d)

Untuk meningkatkan pengeluaran sayur-sayurannya Encik Harun sanggup mempelajari kaedah pertanian moden.

31.

Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Pilih jawapan yang sesuai.


Sikapnya yang keanak-anakan masih belum berubah-ubah lagi sehingga sekarang.

a)

masih tidak lagi berubah

b)

masih lagi tidak berubah

c)

masih lagi bukan berubah

d)

masih belum berubah-ubah lagi

32.

Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Pilih jawapan yang sesuai.


Sebanyak RM500 berjaya dikumpulkan oleh saya untuk disumbangkan kepada mangsa gempa bumi di Indonesia.

a)

saya kumpulkan

b)

dikumpulkan saya

c)

saya mengumpulkan

d)

dikumpulkan oleh saya

33.

Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Pilih jawapan yang sesuai.


Penduduk Kampung Sireh saling bantu-membantu apabila mengadakan sesuatu kenduri.

a)

saling membantu bila

b)

bantu-membantu apabila

c)

saling bantu-membantu bila

d)

saling bantu-membantu apabila

34.

Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Pilih jawapan yang sesuai.


Pemanduan secara merbahaya bukan sahaja mengancam nyawa sendiri tetapi juga nyawa orang lain.

a)

Memandu berbahaya

b)

Memandu secara merbahaya

c)

Pemanduan secara berbahaya

d)

Pemanduan secara merbahaya

35.

Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Pilih jawapan yang sesuai.


Entah murid lelaki entah murid perempuan bersama-sama menggembleng tenaga untuk menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada mereka.

a)

Baik murid lelaki mahupun murid perempuan

b)

Sama ada murid lelaki ataupun murid perempuan

c)

Sedangkan murid lelaki inikan pula murid perempuan

d)

Entah murid lelaki entah murid perempuan

36.

Pilih peribahasa yang paling sesuai.


Peribahasa yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran mempunyai maksud yang sama ataupun hampir sama dengan

a)

harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

b)

tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata

c)

air tenang jangan disangka tiada buaya

d)

sudah terhantuk baru tengadah

37.

Pilih peribahasa yang paling sesuai.


Peribahasa yang membawa maksud orang yang memberikan nasihat kepada seseorang tetapi dia sendiri tidak melakukan seperti yang dinasihatkannya itu ialah

a)

bapa borek, anak rintik

b)

rambut sama hitam, hati lain-lain

c)

ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

d)

seperti ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul

38.

Pilih peribahasa yang paling sesuai.


Pengarah syarikat itu menjadi muflis disebabkan oleh sikap pengurus kewangan yang mengkhianatinya.

a)

seperti kaduk naik junjung

b)

seperti kacang lupakan kulit

c)

seperti gunting dalam lipatan

d)

seperti belut pulang ke lumpur

39.

Pilih peribahasa yang paling sesuai.


Anak-anak jutawan itu mendapat harta yang sangat banyak setelah kematian ayah mereka. Pernyataan tersebut sesuai dengan peribahasa

a)

garam jatuh di air

b)

enggang lalu ranting patah

c)

gajah mati, tulang setimbun

d)

burung terbang dipipiskan lada

40.

Pilih peribahasa yang paling sesuai.


Puan Julia seorang yang sangat komited dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengurus pemasaran. Beliau berusaha dengan bersungguh-sungguh sehingga tugasannya dapat diselesaikan dengan jayanya. Pernyataan di atas sesuai dengan peribahasa

a)

alah bisa, tegal biasa

b)

genggam bara api biar sampai jadi arang

c)

biar putih tulang, jangan putih mata

d)

sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain