WorksheetsKIMIA F5 Cg. Rita-Trial Melaka 2020
Total questions: 50
Worksheet time: 1hrs 10mins
Siapakah yang menjumpai neutron?
Neils Bohr
John Dalton
J.J. Thompson
James Chadwick
Yang manakah antara berikut adalah molekul?
Neon
Ammonia
Natrium klorida
Kalium heksasianoferrat(III)
Antara berikut, yang manakah pasangan sebatian dan formulanya betul?
Natrium sulfat : Na2(SO4)2
Kuprum(II) oksida : CuO2
Ferum(III) klorida : Fe2Cl3
Zink nitrat : Zn(NO3)2
Rajah menunjukkan susunan bagi mengkaji Proses 1. Apakah Proses 1?
Kondensasi
Resapan
Sejatan
Pemeljawapan
Ciri manakah yang sama bagi semua unsur Kumpulan 17 dalam Jadual Berkala?
Membentuk sebatian berwarna
Takat lebur dan takat didih yang tinggi
Wujud sebagai gas pada suhu bilik
Larut dalam air untuk membentuk larutan berasid
Gas argon digunakan untuk mengisi mentol elektrik kerana sifat lengainya. Antara yang berikut, penerangan manakah yang paling baik mengenai sifat itu?
Mempunyai ketumpatan yang rendah
Wujud sebagai gas monoatom
Mencapai susunan elektron yang stabil
Berada dalam kumpulan 18 dalam Jadual Berkala
Antara yang berikut, yang manakah betul mengenai perubahan sifat unsur merentasi kala dalam Jadual Berkala Unsur?
Jejari atom meningkat
Jisim atom relatif berkurang
Bilangan proton dalam setiap atom meningkat
Bilangan elektron valens dalam setiap atom berkurang
Z terletak dalam kumpulan yang sama dengan neon dalam Jadual Berkala Unsur. Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri bagi Z?
I Lengai secara kimia
II Zarah monoatom
III Mengkonduksi elektrik
IV Cecair pada suhu bilik
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Rajah menunjukkan susunan radas bagi eksperimen untuk menentukan formula empirik magnesium oksida. Mengapa penutup mangkuk pijar dibuka secara berkala semasa pemanasan?
Untuk mencegah letupan
Untuk menyejukkan magnesium
Untuk membenarkan gas oksigen memasuki mangkuk pijar
Untuk melihat apakah yang berlaku di dalam mangkuk pijar
Kadar resapan bergantung kepada jisim zarah-zarah gas. Gas yang manakah mempunyai kadar resapan yang paling tinggi? [Jisim atom relatif: H=1, C=12, N=14, O=16, Cl=35.5, S=32]
CO
HCl
NH3
SO2
Antara pasangan yang berikut, yang manakah sifat natrium klorida, NaCl?
Keterlarutan : Larut dalam air
Kekonduksian elektrik dalam leburan : Mengkonduksi
Keterlarutan : Larut dalam pelarut organik
Kekonduksian elektrik dalam leburan : Tidak mengkonduksi
Keterlarutan : Tidak larut dalam air
Kekonduksian elektrik dalam leburan : Mengkonduksi
Keterlarutan : Tidak larut dalam pelarut organik
Kekonduksian elektrik dalam leburan : Tidak mengkonduksi
Ion manakah yang terdapat dalam leburan natrium klorida?
Na+, Cl-
H+, OH-
Na+, Cl-, OH-
Na+, Cl-, H+, OH-
Antara berikut, bahan manakah yang sesuai digunakan sebagai elektrolit?
Larutan sukrosa
Leburan naftalena
Asid hidroklorik
Sikloheksana
Antara berikut, pasangan tindakbalas yang manakah akan membentuk air dan garam sahaja?
Asid sulfurik cair dan magnesium
Asid hidroklorik cair dan kalsium karbonat
Asid nitrik cair dan kalium klorida
Asid sulfurik cair dan natrium hidroksida
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang semua bes?
Larut dalam air
Mempunyai sifat alkali
Bertindak balas dengan asid
Mengandungi ion-ion hidroksida
Formula bagi ion sulfat adalah SO42- dan ion nitrat NO3-. Jika formula garam sulfat bagi M ialah MSO4, apakah formula garam nitrat bagi M?
MNO3
M2NO3
M(NO3)2
M(NO3)3
Apabila serbuk garam P dipanaskan, pemerhatian berikut diperolehi.
- serbuk hijau menjadi hitam
- gas yang terbebas mengeruhkan air kapur
Apakah garam P?
Kuprum(II) karbonat
Kuprum(II) oksida
Zink karbonat
Natrium karbonat
Rajah menunjukkan kaca fotokromik yang boleh melindungi mata daripada sinar ultraungu (UV) yang berbahaya. Antara berikut, yang manakah bahan kimia yang digunakan dalam kaca itu?
Boron oksida
Plumbum(II) oksida
Plumbum(II) klorida
Argentum klorida
Komunikasi digital memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan moden. Penghantaran data, suara dan imej secara berkesan dalam format digital memerlukan satu bahan yang sesuai. Apakah bahan itu?
Kuprum
Silikon
Gentian optik
Superkonduktor
Antara berikut, yang manakah mempunyai kadar tindak balas paling tinggi?
Pengaratan besi
Penapaian gula
Penguraian makanan
Pembakaran alkohol
Rajah menunjukkan satu sebatian organik. Antara berikut, yang manakah siri homolog bagi sebatian ini?
Alkana
Alkena
Alkohol
Asid karboksilik
Pernyataan manakah yang betul mengenai lemak dan minyak?
Lemak dan minyak berbeza dari segi kimia
Lemak dan minyak adalah campuran asid organik dan gliserol
Lemak dan minyak tidak penting kerana membawa masalah kesihatan
Lemak berasal daripada tumbuhan manakala minyak berasal daripada haiwan
Apakah jenis ubat bagi barbiturat?
Antibiotik
Antidepresan
Stimulan
Analgesik
Apakah fungsi lesitin dalam pembuatan aiskrim?
Menjadikannya bertahan lebih lama
Sebagai penstabil
Sebagai perisa tiruan
Elakkan daripada teroksida
Rajah menunjukkan lengkung pemanasan bagi bahan N. Yang manakah dibawah ini menunjukkan keadaan jirim bahan N yang betul pada X, Y dan Z?
X : Pepejal
Y : Cecair
Z : Gas
X : Pepejal
Y : Pepejal dan cecair
Z : Gas
X : Pepejal
Y : Pepejal dan Cecair
Z : Cecair
X : Cecair
Y : Cecair dan gas
Z : Gas
Rajah menunjukkan maklumat bagi bahan X. Apakah formula molekul bagi bahan X?
C2H4
C2H6
C3H6
C3H8
Rajah menunjukkan susunan elektron bagi sebatian kovalen yang terbentuk antara atom P dan atom Q. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar mengenai sebatian itu?
Mempunyai takat didih yang rendah
Sebatian itu terbentuk melalui pemindahan elektron
Mengalirkan elektrik dalam keadaan cecair
Ikatan kimia yang terbentuk adalah ikatan ionik
Rajah menunjukkan susunan elektron bagi atom P dan Q. Antara berikut yang manakah benar apabila P bertindak balas dengan Q?
Atom P menerima elektron
Atom Q menerima elektron
Sebatian terbentuk mempunyai formula PQ2
Sebatian terbentuk terdiri daripada molekul
Elektrolisis larutan X menghasilkan larutan perang di anod. Larutan ini mengubah larutan kanji kepada biru gelap. Apakah larutan X?
Larutan natrium bromida
Larutan natrium iodida
Larutan natrium klorida
Larutan natrium fluorida
Rajah menunjukkan suatu contoh pembungkus makanan. Antara yang berikut, yang manakah menerangkan mengapa pembungkusan itu mencemarkan alam sekitar?
I Tidak terbiodegradasi dengan mudah
II Membebaskan gas beracun
III Menyebabkan pembentukan alga
IV Menyebabkan sistem perparitan tersumbat dan banjir kilat
I dan II
II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
Tindak balas antara magnesium, Mg dan asid sulfurik, H2SO4 diwakili oleh persamaan berikut :
Mg + H2SO4 -----> MgSO4 + H2
Seorang murid ingin menentukan kadar tindak balas itu di makmal sekolah. Antara kaedah berikut, yang manakah paling sesuai?
Menentukan perubahan suhu larutan dengan masa
Menentukan perubahan kepekatan magnesium sulfat dengan masa
Menetukan isipadu gas hidrogen yang terbebas dengan masa
Menentukan perubahan asid sulfurik dengan masa
Formula struktur yang manakah adalah isomer bagi butana.
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Persamaan berikut mewakili tindak balas penguraian hidrogen peroksida.
4H2O2 -----> O2 + 2H2O
Kaedah manakah yang paling sesuai untuk meningkatkan kadar tindak balas?
Mengurangkan kepekatan hidrogen peroksida
Mengurangkan suhu hidrogen peroksida
Meningkatkan isipadu hidrogen peroksida
Menambah Mangan(IV) oksida
Persamaan ion berikut mewakili satu tindak balas redoks
Mg + Cu2+ -----> Mg2+ + Cu
Pernyataan manakah yang betul?
Ion kuprum(II) dioksidakan
Ion kuprum(II) adalah satu agen penurunan
Atom Magnesium mengalami pengoksidaan
Atom magnesium menerima elekrron
Berikut adalah satu rajah aras tenaga. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada rajah itu?
Hasil tindak balas mengandungi lebih banyak tenaga daripada bahan tindak balas
Ion OH- mempunyai lebih banyak tenaga daripada ion H+
Ion OH- mempunyai lebih banyak tenaga daripada ion H+
Haba dibebaskan dalam tindak balas ini.
Pasangan manakah yang dipadankan dengan betul ?
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Berapakah jisim minimum zink yang diperlukan untuk bertindak balas dengan asid nitrik cair yang berlebihan untuk menghasilkan 2400 cm3 hidrogen pada keadaan bilik? [Isipadu molar gas = 24dm3mol-1 pada keadaan bilik, Jisim atom relatif : Zn = 65]
0.33 g
0.65 g
1.30 g
6.50 g
Persamaan berikut mewakili tindak balas penguraian pepejal kuprum(II) nitrat.
2Cu(NO3)2 ----> 2CuO + 4NO2 + O2
Apakah isipadu gas oksigen yang terhasil pada keadaan bilik apabila 1.89 g pepejal kuprum(II) nitrat terurai? [Isipadu molar bagi gas = 24 dm3mol-1 pada keadaan bilik]
0.06 dm3
0.12 dm3
0.24 dm3
0.48 dm3
Persamaan kimia berikut menunjukkan tindak balas antara kuprum(II) oksida dan asid nitrik
CuO + 2HNO3 ---> Cu(NO3)2 + 2H2O
Sekiranya 10 g serbuk kuprum(II) oksida ditambahkan kepada 50 cm3 asid nitrik 2.0 moldm-3, hitung jisim kuprum(II) oksida yang tidak bertindak balas.
[Jisim formula relatif CuO = 80]
2 g
4 g
5 g
6 g
Unsur M merupakan suatu logam dengan nombor pengoksidaan +1 dan boleh bertindak balas dengan oksigen untuk menghasilkan sebatian dengan formula M2O. Apakah unsur yang mungkin bagi M?
I Natrium
II Argentum
III Kalsium
IV Aluminium
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Rajah menunjukkan perbualan antara dua orang murid semasa menjalankan satu eksperimen. Apakah yang boleh dilakukan oleh murid itu untuk mengatasi masalah tersebut ?
Gantikan elektrod karbon dengan elektrod kuprum
Tuangkan etanol ke dalam serbuk sabun
Tuangkan air ke dalam serbuk sabun
Gantikan serbuk sabun dengan serbuk detergen
Rajah menunjukkan kaedah menyimpan satu unsur. Antara yang berikut, yang manakah menerangkan mengapa kaedah ini digunakan?
Unsur itu adalah toksik dan berbahaya
Unsur itu adalah reaktif dan mudah meruap
Untuk mengelakkan daripada tindak balas dengan air dan oksigen dalam udara
Untuk mengelakkan daripada tindak balas dengan cahaya matahari
Rajah menunjukkan struktur molekul air. Manakah antara berikut adalah salah tentang molekul tersebut?
I Tiap atom hidrogen menderma satu elektron valens
II Oksigen atom berkongsi dua elektron dengan dua atom hidrogen
III Satu ikatan kovalen tunggal terbentuk dalam molekul
IV Atom-atom hidrogen dan oksigen mencapai elektron oktet yang stabil
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV
Gas etana, C2H6 terbakar lengkap dengan kehadiran oksigen menghasilkan gas karbon dioksida dan air.
C2H6 + 7/2 O2 ---> 2CO2 + 3H2O
Kira isipadu gas karbon dioksida yang dihasilkan untuk pembakaran lengkap bagi 30 g gas etana pada STP. [Jisim atom relatif: H=1, C=12. 1 mol gas memenuhi isipadu 22.4 dm3 pada STP]
22.4 dm3
44.8 dm3
67.2 dm3
89.6 dm3
Seorang murid ingin mengenalpasti kation yang hadir dalam suatu larutan garam. Apakah larutan natrium hidroksida ditambah ke dalam larutan garam itu, mendakan perang terbentuk. Apakah kaedah yang perlu dilakukan seterusnya dan apakah pemerhatian yang dijangkakan untuk mengesahkan kehadiran kation itu?
Kaedah : Hangatkan larutan
Pemerhatian : Gas yang terbebas menukarkan kertas litmus merah kepada biru
Kaedah : Panaskan larutan
Pemerhatian : Gas yang terbebas mengeruhkan air kapur
Kaedah : Tambahkan larutan kalium tiosianat
Pemerhatian : Larutan merah darah dihasilkan
Kaedah : Tambahkan larutan kalium manganat(VII) berasid
Pemerhatian : Larutan ungu dinyahwarnakan
Persamaan termokimia mewakili tindak balas antara asid nitrik dan larutan kalium hidroksida. Berapakah haba yang terbebas apabila 50 cm3 asid nitrik 2.0 moldm-3 ditambahkan kepada 25 cm3 larutan kalium hidroksida 2.0 moldm-3 ?
2.85 kJ
5.70 kJ
11.40 kJ
57.00 kJ
Rajah menunjukkan susunan radas bagi pentitratan proses peneutralan antara asid dan alkali. 25.0 cm3 asid sulfurik meneutralkan 50.0 cm3 larutan natrium hidroksida 0.1 moldm-3. Apakah kemolaran asid sulfurik?
0.10 moldm-3
0.15 moldm-3
0.20 moldm-3
0.40 moldm-3
Jadual menunjukkan bilangan elektron dan bilangan neutron bagi ion G2-, H+, L-, M2+.Huruf-huruf ini bukanlah simbol sebenar bagi unsur itu. Antara berikut, yang manakah menunjukkan nombor nukleon yang betul bagi ion ?
Ion : G2-
Nombor nukleon : 21
Ion : H+
Nombor nukleon : 21
Ion : L-
Nombor nukleon : 35
Ion : M2+
Nombor nukleon : 36
Unsur X bertindak balas dengan unsur Y untuk membentuk suatu sebatian kovalen yang mempunyai formula XY2. Susunan elektron bagi atom Y ialah 2.8.7. Antara berikut, yang manakah susunan elektron yang mungkin bagi atom X?
2.8.1
2.8.2
2.8.4
2.8.6
Antara berikut, yang manakah isomer bagi butena?
I dan III
II dan IV
I, II dan III
I, II, III dan IV
