wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

6 Aspirasi 3

Total questions: 62

Worksheet time: 47mins

Name
Class
Date
1.

Semua peserta pertandingan itu dipakaikan pakaian berwarna-warni. Pakaian tersebut cantik sekali.


Perkataan yang berhuruf condong dalam wacana di atas merupakan penanda

a)

elipsis

b)

rujukan

c)

leksikal

d)

penggantian

2.

Yang manakah penanda wacana yang membawa fungsi tambahan?


I Iaitu

II Malahan

III Selanjutnya

IV Sesuai dengan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Pelajar harus gigih belajar. Kegigihan pelajar menentukan kecemerlangan akademik diri sendiri.


Wacana di atas mempunyai hubungan semantik dari segi

a)

kesimpulan dan syarat

b)

kesimpulan dan latar

c)

sebab dan tujuan

d)

syarat dan hasil

4.

Yang manakah berkaitan dengan kohesi?

a)

Kesinambungan buah fikiran

b)

Keserasian hubungan ketatabahasaan

c)

Kekemasan isi dan susunan yang teratur

d)

Makna yang jelas atau tidak mengelirukan

5.

Yang manakah terdiri daripada wacana?

a)

Judul sebuah lagu

b)

Satu frasa kerja transitif

c)

Sebuah novel berunsur sejarah

d)

Beberapa patah perkataan dalam binaan satu ayat

6.

Penanda wacana yang menerangkan punca sesuatu perkara dipanggil

a)

penghubung tempoh

b)

penghubung musabab

c)

penghubung tambahan

d)

penghubung kesimpulan

7.
  • Mengulang kata yang maknanya sama
  • Mengulang kata yang berhiponim
  • Perkataan yang saling berkait


Ciri di atas adalah mengenai

a)

penanda elipsis

b)

penanda leksikal

c)

penanda rujukan

d)

penanda penghubung

8.

Kohesi nahuan terdiri daripada yang berikut, kecuali

a)

elipsis

b)

rujukan

c)

penghubung

d)

pengulangan

9.

I - Perkaitan - Sehubungan dengan ini; dalam hal ini

II - Pertentangan - Namun begitu; akan tetapi

III - Tambahan - Dengan kata lain; selain itu

IV - Harapan - Semoga; lain halnya


Yang manakah padanan yang betul antara fungsi penanda wacana dengan contohnya?

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Wacana bermaksud

a)

unit bahasa yang melangkaui batas ayat

b)

bahasa dalam konteks hubungan sosial

c)

penggunaan bahasa dalam situasi yang betul

d)

bahasa yang berfungsi untuk melahirkan fikiran

11.

Yang manakah ciri teknik analogi?

a)

Pernyataan umum mendahului pernyataan khusus

b)

Pernyataan khusus mendahului pernyataan umum

c)

Membandingkan dua hal yang ada persamaan tertentu secara kiasan

d)

Menggabungkan dua teknik supaya khalayak dapat melihat perbandingannya

12.
  • Gaya bahasanya menarik
  • Boleh bersifat fakta atau fiksyen
  • Mempunyai permulaan, perkembangan dan penyelesaian


Pernyataan di atas adalah tentang

a)

retorik pemujukan

b)

retorik penceritaan

c)

retorik pendedahan

d)

retorik penghujahan

13.

Yang manakah ciri yang utama bagi retorik pemujukan?

a)

Fakta diulang-ulangkan kepada sasaran

b)

Menunjukkan bukti tentang kesahihan dakwaan

c)

Mempunyai matlamat untuk mempengaruhi khalayak

d)

Mempengaruhi khalayak dengan menggunakan dalil dan bukti

14.

Buku itu menyingkap, memaparkan dan menghuraikan hal sebenar yang terjadi pada zaman keganasan komunis di negara kita.


Dalam penulisan buku di atas, penulis menggunakan

a)

retorik pemerian

b)

retorik pemujukan

c)

retorik pendedahan

d)

retorik penghujahan

15.

Yang berikut ialah ciri-ciri retorik pendedahan, KECUALI

a)

menyangkal pendapat orang lain

b)

memberiktan takrif tentang konsep

c)

menjelaskan kebaikan dan keburukan

d)

menerangkan cara-cara menghuraikan sesuatu

16.

Dalam sesuatu wacana, retorik pendedahan dapat dikenal pasti daripada


I pentakrifan

II propaganda

III jalinan cerita

IV pencerakinan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Pasangan retorik yang manakah mempunyai persamaan dari aspek tujuan penggunaannya?

a)

Penceritaan - pemujukan

b)

Pemujukan - penghujahan

c)

Pendedahan - penghujahan

d)

Pemerian - penceritaan

18.

Teknik analogi sesuai sekali digunakan semasa penyampaian

a)

kajian sains

b)

ceramah agama

c)

taklimat pembelajaran

d)

ulasan pertandingan sukan

19.

Hasni tidak mahu melanjutkan pelajaran di luar negara. Baginya, ilmu boleh dituntut di mana-mana sahaja. Selain itu, dia mahu menjimatkan kos.


Petikan di atas mengandungi ciri retorik

a)

pemerian

b)

penceritaan

c)

pendedahan

d)

penghujahan

20.

Yang manakah persamaan yang wujud antara retorik pemujukan dengan retorik penghujahan?

a)

Mempengaruhi sasaran

b)

Teknik pengaruh dilakukan

c)

Menggunakan unsur perasaan

d)

Mengubah fikiran pelanggan dengan bukti

21.

Yang manakah TIDAK termasuk dalam kajian tentang variasi bahasa?


I Bahasa sains

II Bahasa turun

III Bahasa istana

IV Bahasa basahan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

22.

Yang manakah tiada unsur bahasa halus?

a)

Silakan duduk dahulu.

b)

Bawakan buku ke sini.

c)

Tuan Haji Ali baru sampai.

d)

Adik mahu buang air besar.

23.

Bahasa pijin ialah bahasa yang

a)

mempunyai penutur jati

b)

tiada bahasa ibunda sendiri

c)

digunakan di kawasan tertentu

d)

menggunakan gaya bahasa formal

24.

Antara satu dialek dengan satu dialek yang lain mempunyai perbezaan dari segi


I tulisan

II sebutan

III kosa kata

IV kesahihan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

25.

Yang manakah contoh bahasa slanga?

a)

Gua

b)

Ambo

c)

Banyak baik

d)

Awek cun giler

26.

Yang manakah ciri bahasa istana?

a)

Menggunakan kata singkatan

b)

Boleh berubah mengikut perkembangan masa

c)

Ayatnya mudah dan tidak mementingkan tatabahasa

d)

Menggunakan unsur pemulukan dan pendinaan dalam komunikasi

27.

Pilih pernyataan yang tepat berkenaan dengan pengertian laras bahasa.

a)

Laras merupakan gaya bahasa yang digunakan di dalam bilik kuliah

b)

Laras merupakan variasi bahasa yang wujud berdasarkan penggunanya.

c)

Laras ialah pola penggunaan bahasa yang lazim digunakan dalam situasi formal sahaja.

d)

Laras ialah suatu variasi bahasa yang terbentuk berdasarkan konteks penggunaannya dalam masyarakat.

28.

Berikut merupakan faktor yang membezakan jenis laras, kecuali

a)

gaya wacana

b)

tajuk wacana

c)

struktur ayat

29.

Berikut merupakan ciri-ciri gaya bahasa lisan, kecuali

a)

dikenali juga sebagai ‘gaya buku’

b)

tidak perlu memikirkan ketenunan teks

c)

mewujudkan suasana yang kurang formal dan bersifat peribadi

d)

menekankan faktor luaran (non-linguistic)

30.

Petikan struktur ayat berikut merupakan_____________ : (Proses globalisasi ekonomi terus menjadi fokus perdebatan dalam kalangan negara-negara membangun).

a)

Struktur ayat kompleks

b)

Struktur ayat pendek dan ringkas

31.

Apakah ciri-ciri laras bahasa bagi berita ?

a)

Menggunakan bentuk dialog atau kata bual

b)

Struktur dan gaya formal

c)

Tiada istilah teknikal dan khusus

d)

Menggunakan struktur ayat aktif dan ayat pasif

32.

Apakah ciri-ciri laras bahasa yang digunakan bagi cerpen ?

a)

Maklumat disampaikan secara sistematik dan objektif

b)

Menggunakan bunga bahasa, bahasa perlambangan dan kiasan

c)

Isi tulisan tepat

d)

Struktur dan gaya normal

33.

Semantik ialah satu bidang kajian tentang

a)

pembentukan kata

b)

cara bunyi bahasa dihasilkan

c)

penggunaan kata berdasarkan geografi

d)

makna yang terdapat pada kata, frasa dan klausa

34.

Perkataan yang manakah tidak mengandungi sinonim?

a)

Musuh

b)

Kertas

c)

Bangun

d)

Perempuan

35.

Sirip, mata, insang, ekor


Perkataan-perkataan di atas tergolong sebagai

a)

kolokasi

b)

hiponim

c)

meronim

d)

homofon

36.

Yang manakah pasangan yang berhomofon?

a)

Massa - masa

b)

Anjur - unjur

c)

Rela - reda

d)

Itu - ini

37.

Yang manakah lingkungan makna bagi laut?

a)

Sungai

b)

Ombak

c)

Gunung

d)

Pelampung

38.

Apakah maksud "rujukan"?

a)

Bunyi yang diucapkan

b)

Gagasan dalam fikiran

c)

Benda yang konkrit atau tampak

d)

Punca sesuatu yang hendak dinyatakan

39.
  • Kail
  • Bubu
  • Pukat


Aspek leksikal yang berkaitan dengan senarai di atas ialah

a)

Hiponim

b)

Holonim

c)

Meronim

d)

Homonim

40.

I. Hasnah membuka bungkusan itu.

II. Pendapatnya membuka jalan ke arah persetujuan itu.


Perkataan yang bergaris di atas memperlihatkan makna

a)

polisemi

b)

sinonim

c)

antonim

d)

homonim

41.

Yang manakah TIDAK benar tentang makna?

a)

Bersifat arbitrari

b)

Mempunyai medan makna

c)

Ada hubungan mutlak dengan kata

d)

Terdapat makna konotasi dan denotasi

42.

Perkataan yang mempunyai persamaan ejaan tetapi berlainan sebutan dan maksud dikenali sebagai

a)

antonim

b)

polisemi

c)

homonim

d)

homograf

43.

Pasangan perkataan yang manakah memperlihatkan kewujudan nilai rasa?

a)

Jaun - rindu

b)

Kaya - mewah

c)

Laki-laki - jantan

d)

Kacak - mempesona

44.

Manakah yang tepat tentang maksud Taksa

a)

kata yang tidak pasti maknanya

b)

Kata atau ayat yang kabur maknanya

c)

Ayat yang banyak maknanya

d)

Ayat yang tiada makna

45.

Manakah penggunaan lewah

a)

Saling bersalam-salaman di pagi hari raya

b)

Saling bersalam di pagi hari raya

c)

Bersalam-salaman di pagi hari raya

d)

Bersalaman di pagi hari raya

46.

Ungkapan yang manakah yang menggambarkan wujudnya kesantunan berbahasa?

a)

Kurang ajar betul kamu!

b)

Humbankan sahaja di situ!

c)

Kalau tak suka, pintu sudah terbuka!

d)

Silalah duduk dahulu sementara menunggunya.

47.

Yang manakah sapaan yang sesuai untuk menteri dalam kabinet kerajaan?

a)

Yang Berusaha

b)

Yang Berhormat

c)

Yang Amat Berusaha

d)

Yang Amat Berhormat

48.

Ayat yang manakah yang mengandungi gelaran ikhtisas?

a)

Mereka mahu ke rumah datuk di Melaka.

b)

Prof. Dr. Firdaus menangguhkan kuliahnya hari ini.

c)

Kumpulan itu mahu berjumpa dengan Hajah Alisah.

d)

Rumah baharu kepunyaan Tan Sri Kamarul di atas bukit.

49.

(i) - Sudah menunaikan haji

(ii) - Baru dilantik sebagai Ahli Dewan Negara

(iii) - Mendapat anugerah daripada sultan


Apakah rujukan kehormat berdasarkan ciri di atas?

a)

Yang Berbahagia Dato' Haji Hasnan

b)

Yang Berusaha Senator Dato' Haji Hasnan

c)

Yang Berhormat Senator Dato' Haji Hasnan

d)

Yang Berhormat Mulia Senator Dato' Haji Hasnan

50.

Rujukan hormat kepada Ramlah yang berketurunan raja dan memiliki ijazah doktor falsafah ialah

a)

Yang Mulia Dr. Raja Ramlah

b)

Yang Berhormat Dr. Raja Ramlah

c)

Yang Berbahagia Dr. Raja Ramlah

d)

Yang Berhormat Mulia Dr. Raja Ramlah

51.

Apakah rujukan kehormat kepada isteri Timbalan Menteri?

a)

Yang Berhormat

b)

Yang Berbahagia

c)

Yang Berhormat Mulia

d)

Yang Amat Berbahagia

52.

Datuk Kamarudin ialah mufti di sebuah negeri. Apakah rujukan kehormat yang sesuai untuk beliau?

a)

Al-Fadil Datuk Kamarudin

b)

Sahibul Fadilah Datuk Kamarudin

c)

Sahibus Samahah Datuk Kamarudin

d)

Al-Fadil Sahibul Fadilah Datuk Kamarudin

53.

Yang manakah gelaran keturunan orang-orang besar?

a)

Raja

b)

Engku

c)

Megat

d)

Sharifah

54.

Yang manakah BUKAN gelaran warisan dari Nusantara?

a)

Raden

b)

Daeng

c)

Dayang

d)

Mas Ayu

55.

Yang manakah bidalan?

a)

Indah khabar dari rupa

b)

Umpama si amang kurang kayu

c)

Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

d)

Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan

56.

Yang manakah peribahasa yang mempunyai maksud selapis?

a)

Kiasan

b)

Pepatah

c)

Perbilangan

d)

Perumpamaan

57.

Jenis peribahasa yang manakah isinya tentang peraturan yang menjadi panduan dalam hidup bermasyarakat?

a)

Perbilangan

b)

Perumpamaan

c)

Madah pujangga

d)

Simpulan bahasa

58.

Yang manakah terdiri daripada kiasan melompat?

a)

Datang bulan

b)

Panjat rambutan

c)

Demamnya meringan

d)

Tersenyum dalam duka lara

59.

Ayat yang manakah mengandungi kiasan sandar?

a)

Dia serkap jarang sahaja tentang peristiwa itu.

b)

Ibu bapa umpama pelita demi kehidupan anak-anak.

c)

Dia ditemukan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan di situ.

d)

Orang rumah Haji Bakhtiar melahirkan cahaya mata mereka yang kedua.

60.

Apakah maksud peribahasa neraca berbatu intan?

a)

Orang yang sangat kaya

b)

Orang yang berlagak kaya raya

c)

Undang-undang yang sangat adil

d)

Peraturan yang memerlukan bukti yang kukuh

61.

Simpulan bahasa otak kapur bermaksud

a)

Orang yang lembam

b)

Orang yang cepat lupa

c)

Orang yang kurang berfikir

d)

Orang yang mudah diperdaya

62.

Jamilah sangat ingin berkhidmat sebagai pegawai polis tetapi tidak terpilih. Akhirnya dia berpuas hati walaupun dapat berkhidmat sebagai polis bantuan sahaja.


Situasi di atas sesuai untuk peribahasa

a)

Tiada rotan akar pun berguna

b)

Bagai kain menunjukkan corak bangsanya

c)

Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih

d)

Dari telaga yang jernih tak akan mengalir air yang keruh