NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu Kertas 1 (UPSR)
Total questions: 20
Worksheet time: 40mins
Alice tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran kerana ___________ stres.
kalian
beliau
dia
"Ibu menegur abang yang __________ dengan wajah yang muram di ruang tamu.
ulang-alik
mundar-mandir
serbah-serbih
bolak-balik
Kita tidak harus kecewa _________ mudah mengalah ________ ingin berjaya dalam pelajaran.
dan ... jika
serta ... ketika
dengan ... serta
sekiranya ... dan
"________ harus menceritakan masalah kepada ibu bapa atau guru agar tidak kemurungan," kata Ali kepada Mutu.
Kami
Kalian
Dia
Kamu
Para murid ________ mengikuti ceramah mengatasi stres di dalam dewan.
akan
sedang
patut
pernah
Peserta harus __________ anak sungai itu untuk sampai di tapak perkhemahan bagi program Kem Motivasi.
meredah
menyeberangi
mengharungi
menjelajah
Kita akan menghadapi masalah dengan ____________ sekiranya minda sihat.
selesa
baik
tenang
elok
Cikgu Teh mengarahkan __________ murid tahun 6 berkumpul di dewan selepas waktu rehat.
semua
sekalian
segala
seluruh
Wajah Lina muram. Semalam buku teksnya hilang. Hari ini, dia terlupa membawa dompet.
Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
sudah jatuh ditimpa tangga
hilang di mata di hati jangan
sudah terhantuk baru tengadah
harapkan pagar, pagar makan padi
Saya akan mengikuti Kem Motivasi Hebat yang diadakah di Kampung Koh.
Pilih perkataan sinonim bagi mengikuti
menjalani
menuruti
menyertai
menyusuri
Wajah Mariam agak murung selepas mendapat keputusan peperiksaan tadi.
Pilih perkataan antonim bagi murung
ceria
selesa
cerdas
segar
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Kita dapat membuat pertimbangan yang baik apabila minda sihat.
Mengapakah kita perlu membuat pertimbangan yang baik?
Bagaimanakah kita dapat membuat pertimbangan yang baik?
Apakah yang dapat dilakukan apabila minda sihat?
Bilakah minda kita sihat untuk membuat pertimbangan yang baik?
Pilih ayat yang betul
Pengawas itu melarang mereka agar tidak berebut-rebut kerana membeli makanan di kantin.
Junaidah berasa gembira semenjak dia memperoleh keputusan yang cemerlang.
John akan menyertai kem motivasi sekiranya dibenarkan oleh ibu bapanya.
Bilik tidurnya agak besar kecuali tidak dikemas dengan baik.
Pilih ayat yang betul.
Kelab Alumni selalu pergi sekolah lama mereka untuk memberikan sumbangan.
Guru besar berpesan kepada murid agar menumpukan perhatian kerana berada di kelas bimbingan itu.
Pelbagai aktiviti yang amat menarik telah diadakan semasa Program Sarana,
Baju kemeja batik itu ialah guru besar sekolah lama ayah.
Chef RIta sentiasa menggunakan _________ yang berkualiti untuk menyediakan hidangan di restorannya.
rumput-rampai
rempah-ratus
kayu-kayan
lauk-pauk
James telah memenangi pertandingan bacaan pantas yang diadakan di dewan.
Pilih perkataan antonim bagi pantas.
lembut
lemah
lembik
lembab
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I. Kami mendapat pelbagai bekas melalui pengalaman tokoh negara itu.
II. Bekas tentera itu sedang menceritakan pengalamannya menentang musuh negara.
III. Ibu sudah mengisi makanan di dalam bekas itu untuk adik.
IV. Nama pemimpin negara yang terkorban itu masih bekas dalam hati rakyat.
I dan II
II dan III
I dan IV
III dan IV
Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.
Dua orang perompak yang merompak kedai emas itu _____________ apabila berjaya diberkas olah polis.
patah kaki
putih mata
bulat hati
putih tulang
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Anggota tentera itu sedang bergotong-royong memasak makanan untuk mangsa banjir di pusat pemindahan.
Mangsa banjir di pusat pemindahan sedang bergotong-royong memasak makanan untuk anggota tentera itu.
Anggota tentera dan mangsa banjir di pusat pemindahan banjir sedang memasak makanan bersama-sama.
Makanan untuk mangsa banjir di pusat pemindahan sedang dimasak oleh anggota tentera itu secara bergotong-royong.
Bergotong-royong anggota tentera itu untuk memasak makanan untuk mangsa banjir di pusat pemindahan.
Pilih ayat yang betul.
Tolong pastikan Jalur Gemilang digantung dengan kemas.
Jangan menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat.
Harap para hadirin duduk di tempat masing-masing kerana acara akan bermula sebentar lagi.
Sila abang kamu sihat seperti sediakala.
