wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

moral tingkatan 1

Total questions: 60

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Moral berasal daripada perkataan Latin 'mores' yang membawa maksud...

a)

Tingkah laku baik, betul dan diterima

b)

Tingkah laku cermat dan berhati-hati

c)

Tingkah laku yang diamalkan oleh masyarakat

d)

Tingkah laku mengikut peraturan dan perasaan

2.

"Tingkah laku yang sesuai dibuat dan diterima oleh masyarakat."

Pernyataan berikut merupakan definisi bagi perlakuan...

a)

Benar

b)

Baik

c)

Bijak

d)

Patut

3.

Gambar menunjukkan contoh tingkah laku bermoral. Namakan tingkah laku tersebut.

a)

Memuliakan ibu bapa

b)

Menghormati guru

c)

Menziarahi jiran

d)

Membantu rakan

4.

Antara yang berikut yang manakah merupakan kepentingan bertingkah laku baik, benar dan patut dengan tepat.

i) Hubungan dengan orang lain akan menjadi mesra.

ii) Dipercayai dan diyakini oleh orang lain.

iii) Membantu untuk membuat keputusan yang betul dan tepat.

iv) Dapat mencapai cita-cita yang diimpikan.

a)

i dan ii

b)

i,ii dan iii

c)

i dan iii

d)

i,iii Dan iv

5.

Tingkah laku benar berasaskan __________ dan diterima oleh masyarakat.

a)

Cakap-cakap

b)

Khabar angin

c)

Fakta

d)

Uanggapan

6.

Ranjeet Singh didenda oleh gurunya kerana keluar kelas tanpa mendapat kebenaran. Tindakan gurunya itu merupakan tingkah laku yang ___________.

a)

Benar

b)

Baik

c)

Sesuai

d)

Patut

7.

Amir menghulurkan derma sempena Hari Pahlawan. Tindakan Amir merupakan tingkah laku yang __________.

a)

Sahih

b)

Baik

c)

Benar

d)

Luhur

8.

Seseorang yang mengamalkan tingkah laku bermoral akan berasa _________ dalam kehidupan.

a)

Sedih

b)

Ragu-ragu

c)

Gelisah

d)

Tenang

9.

Murid yang bertingkah laku baik akan _______ oleh orang lain.

a)

Ditakuti

b)

Disenangi

c)

Dilindungi

d)

Dipulaukan

10.

Setiap individu perlu sentiasa ______ kepada Tuhan agar menjadi orang yang baik.

a)

Berdoa

b)

Berserah

c)

Bergembira

d)

Bertenang

11.

Pilih tingkah laku bermoral.

a)

Berebut ketika menaiki bas.

b)

Berbuat baik untuk dipuji.

c)

Makan dengan gelojoh.

d)

Bercakap dengan sopan.

12.

Rakan anda ponteng kelas. Apakah tindakan yang anda patut anda ambil?

a)

Merahsiakan daripada guru.

b)

Mengikutnya ponteng kelas.

c)

Membiarkan tindakannya.

d)

Menasihatinya agar tidak ponteng.

13.

Kita dianggap tidak bercakap benar apabila kita _________.

a)

Melaporkan salah laku rakan

b)

Melaporkan maklumat yang palsu

c)

Menjadi saksi salah laku orang lain.

d)

Mendiamkan diri walaupun mengetahui salah laku rakan.

14.

Berdasarkan gambar yang ditunjukkan, tingkah laku tersebut dikenali sebagai tingkah laku ________.

a)

Hormat

b)

Membantu guru

c)

Baik

d)

Patut

15.

Tindakan Jefri melaporkan kesalahan rakannya menconteng dinding sekolah kepada guru disiplin merupakan perbuatan yang ____________.

a)

Berani

b)

Baik

c)

Benar

d)

Patut

16.

APAKAH TIGA (3) IMPLIKASI JIKA TIDAK MENGAMALKAN NILAI AMANAH KEPADA DIRI SENDIRI?

a)

Kehilangan kepercayaan masyarakat – susah mendapat pekerjaan

b)

Mengalami trauma emosi dan psikologi seperti murung

c)

Menjejaskan nama baik

diri/menjatuhkan maruah diri

d)

Dihormati oleh ahli keluarga dan

masyarakat

17.

BERIKUT MERUPAKAN TIGA (3) LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH PIHAK KERAJAAN UNTUK MENGATASI GEJALA RASUAH DARIPADA TERUS BERLELUASA...

a)

Mengurangkan kadar denda atau hukuman / memberi Pengampunan kepada pelaku rasuah

b)

Mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjauhi rasuah

c)

Memberikan pendidikan pencegahan rasuah kepada masyarakat

d)

Membentuk institusi pencegahan rasuah-menyiasat kes rasuah

18.

APAKAH AKTA YANG DIGUBAL UNTUK MEMERANGI GEJALA RASUAH?

a)

Akta Pencegahan Rasuah 1977

b)

Akta Pencegahan Rasuah 1987

c)

Akta Pencegahan Rasuah 1997

d)

Akta Pencegahan Rasuah 1167

19.

BADAN PENCEGAH RASUAH (BPR) TELAH DIBUAT PENJENAMAAN SEMULA IAITU SPRM.


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SPRM?

a)

Suruhanjaya Majlis Pencegahan Rasuah Malaysia

b)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

c)

Suruhanjaya Pembasmi Rasuah Malaysia

d)

Suruhanjaya Kementerian Dalam Negara Malaysia

20.

BERIKUT MERUPAKAN TIGA (3) KEPENTINGAN MENGURUSKAN MASA DENGAN BAIK

a)

Dapat mengelakkan pembaziran masa – masa dapat diguna secara optimum

b)

Dapat mengelakkan kerja tertangguh – kerja siap dalam tempoh masa yang ditetapkan

c)

Dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah contohnya bersukan

d)

Dapat melakukan semua aktiviti yang disukai tanpa mengira masa

21.

BERIKUT MERUPAKAN MATLAMAT UTAMA DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK), KECUALI

a)

Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara

b)

Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan

c)

Mempertingkat kualiti kehidupan manusia

d)

Membolehkan negara lain menghormati Malaysia

22.

ANTARA YANG BERIKUT, SIAPAKAH SALAH SEORANG WIRA NEGARA YANG TELAH BERJAYA MENDAKI GUNUNG EVEREST?

a)

N. Mohandas

b)

V. Saravanan

c)

K. Mohan

d)

G. Shanti

23.

ANTARA PERIBAHASA BERIKUT, YANG MANAKAH TIDAK SESUAI DENGAN NILAI KERAJINAN?

a)

Belakang parang kalau diasah lagikan tajam

b)

Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

c)

Sikit-sikit lama-lama menjadi bukit

d)

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

24.

BERIKUT ADALAH TIGA (3) JENIS CUKAI YANG PERLU DIBAYAR OLEH RAKYAT

a)

Cukai jalan

b)

Cukai perkhidmatan

c)

Cukai tanah

d)

Cukai perbelanjaan

25.

APAKAH TUJUAN UTAMA KERAJAAN MENGENAKAN CUKAI?

a)

Mendapatkan sumber kewangan untuk membiayai projek pembangunan negara

b)

Untuk mengaut keuntungan

c)

Membayar gaji pemimpin negara

d)

Membayar / menjelaskan hutang negara

26.

APAKAH MAKSUD SUHAKAM?

a)

Suruhanjaya Hak Asasi Masyarakat Malaysia

b)

Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia

c)

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia

d)

Suruhanjaya Hak Kebajikan Manusia

27.

TIGA (3) PERANAN / FUNGSI PENUBUHAN SUHAKAM ADALAH

a)

Menyiasat aduan tentang kes pelanggaran hak asasi manusia di Malaysia

b)

Memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubungan dengan hak asasi manusia

c)

Menasihati dan membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan berkaitan

d)

Memastikan masyarakat dunia mendapat bantuan makanan secukupnya

28.

BERIKUT MERUPAKAN JENIS-JENIS PENDERAAN TERHADAP KANAK-KANAK, KECUALI

a)

Penderaan seksual

b)

Penderaan fizikal

c)

Penderaan hati

d)

Penderaan emosi

29.

BERIKUT MERUPAKAN FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA KES PENDERAAN TERHADAP KANAK-KANAK, KECUALI

a)

Panas baran

b)

Faktor kemiskinan / kewangan

c)

Didorong oleh pasangan

d)

Tekanan dengan sikap anak yang sukar dikawal

30.

NILAI KESEDERHANAAN DAPAT DIAMALKAN DALAM PERLAKUAN / TINGKAH LAKU BERIKUT, KECUALI

a)

Melalui pertuturan

b)

Melalui pemilihan kawan

c)

Melalui pemikiran

d)

Melalui perbelanjaan

31.

Berikut merupakan individu yang perlu menjaga kesejahteraan warga sekolah kecuali

a)

pengusaha restoran

b)

pengusaha kantin

c)

pengetua

d)

murid

32.

Mengapakah kesejahteraan sekolah perlu dijaga?

a)

supaya dapat mengumpulkan sumber kewangan

b)

supaya warga sekolah berasa selesa dan dapat mewujudkan suasana yang harmoni

c)

supaya guru dinaikkan pangkat

d)

supaya dipuji oleh orang ramai

33.

Berikut ialah sikap yang ditunjukkan oleh warga sekolah yang sejahtera kecuali

a)

saling menyayangi antara satu sama lain

b)

saling bekerjasama antara satu sama lain

c)

saling menghormati antara satu sama lain

d)

saling tidak mengenali antara satu sama lain

34.

Tugas menjaga dan memastikan suasana sekolah ceria, bersih, cantik dan selesa adalah merupakan tugas

a)

tukang kebun

b)

pekerja kantin

c)

pengusaha kantin

d)

pembantu makmal

35.

Antara penyataan berikut yang manakah bukan akibat yang mungkin berlaku jika kesejahteraan sekolah tidak dijaga

a)

keselamatan murid terjejas

b)

wabak penyakit akan merebak

c)

keputusan akademik meningkat

d)

suasa pembelajaran tidak kondusif

36.

Penyataan berikut merupakan usaha meningkatkan kesejahteraan warga sekolah

"Mewujudkan suasana bilik darjah yang lebih kondusif"

Apakah kepentingan usaha tersebut?

a)

mengatasi jenayah di sekolah

b)

udara menjadi lebih segar dan nyaman

c)

mengeratkan hubungan antara warga sekolah

d)

murid dapat menumpukan perhatian pada pelajaran

37.

warga sekolah yang _____________berusaha untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang harmoni.

a)

sibuk

b)

prihatin

c)

matang

d)

bermasalah disiplin

38.

Berikut merupakan warga sekolah kecuali

a)

murid

b)

kerani sekolah

c)

Menteri Pelajaran Malaysia

d)

Persatuan Ibu bapa dan Guru

39.

Sejak kebelakangan ini, sekolah menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Bagaimanakah pihak sekolah dapat mengatasi masalah ini?

a)

menyerahkan tugas tersebut kepada majlis perbandaran

b)

murid dan guru diberikan cuti khas sehingga masalah selesai

c)

semua warga sekolah melibatkan diri dengan segala aktiviti untuk membasmi pembiakan nyamuk aedes

d)

masalah ini akan selesai dengan sendirinya

40.

Bagaimnakah caranya untuk menjaga keselamatan murid sekiranya sekolah berada berdekatan dengan jalan raya yang sibuk?

a)

menyerahkan aspek keselamatan kepada ibu bapa

b)

pentadbir sekolah turut menjaga lalu lintas

c)

murid perlu mempelajarai cara untuk melintas jalan raya

d)

pengawal keselamatan mengawal keselamatan murid dengan membantu mereka menyeberangi jalan dan menaiki bas

41.

kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab tukang kebun sahaja

a)

BETUL

b)

SALAH

42.

Kita perlu menghormati pengawal yang mengawal keselamatan di sekolah

a)

BETUL

b)

SALAH

43.

Jika makanan yang disediakan oleh pengusaha kantin tidak bersih, murid tidak boleh melaporkannya kepada pentadbir sekolah.

a)

BETUL

b)

SALAH

44.

Murid tidak perlu meletakkan kembali pinggan yang kotor di dalam besen yang telah disediakan di kantin

a)

BETUL

b)

SALAH

45.

Kita haruslah bertolak ansur sesama warga sekolah demi kesejahteraan sekolah dan penghuninya

a)

BETUL

b)

SALAH

46.

Julia mengucapkan terima kasih kepada pengawal keselamatan selepas membantunya melintas jalan raya

a)

BETUL

b)

SALAH

47.

Anggota PIBG tidak perlu menyumbangkan tenaga dalam melaksanakan aktiviti gotong - royong

a)

BETUL

b)

SALAH

48.

murid perlu membantu mengumpulkan dana untuk disumbangkan kepada pihak sekolah

a)

BETUL

b)

SALAH

49.

Kita harus berterima kasih kepada pentadbir sekolah yang sentiasa memastikan warga sekolah berasa selamat, gembira dan selesa

a)

BETUL

b)

SALAH

50.

Apakah kelebihan menggunakan internet dengan berhemah?

a)

Mendapat maklumat yang sahih

b)

Hubungan kekeluargaan renggang

c)

Maruah diri dan keluarga tidak dipelihara

d)

Mengisi masa lapang dengan permainan atas talian

51.

Apakah tindakan anda, apabila melihat rakan anda yang berkelakuan seperti di gambar ini?

a)

Memujuk rakan anda

b)

Mengajak rakan anda untuk bermain

c)

Meluangkan masa dengan rakan untuk mengetahui masalahnya

d)

Tidak menghiraukan rakan anda

52.

Apakah kepentingan menjadi Insan bermoral kepada alam?

a)

Alam dicemarkan

b)

Imej negara terpelihara

c)

Hidup bermuafakat dan harmoni

d)

Alam terpelihara

53.

Antara yang berikut, yang manakah bukan ciri insan bermoral dari aspek perasaan?

a)

Prihatin

b)

Kecewa

c)

Simpati

d)

Rasional

54.

Apakah kepentingan mempelajari Moral?

a)

Menambah ilmu pengetahuan

b)

Mengukuhkan pertahanan negara

c)

Mempunyai nilai sejagat

d)

Mengurangkan integriti

55.

Antara yang berikut, tingkah laku yang manakah anda tidak patut lakukan semasa menghadiri rumah terbuka?

a)

Makan semua makanan dengan sopan

b)

Salam dengan semua orang

c)

Memakai pakaian ikut keselesaan diri

d)

Tidak menganggu majlis dengan membuat bising

56.

Janice membeli makanan di kantin yang sibuk pada waktu rehat. Selepas membeli, juruwang memberikan baki yang berlebihan kepada Janice. Apakah tindakan yang sepatutnya Janice lakukan?

a)

Simpan baki tersebut untuk membeli makanan lain

b)

Anggap baki yang berlebihan untuk tuhan yang memberikan

c)

Memulangkan baki berlebihan kepada juruwang

d)

Tidak buat apa-apa tindakan

57.

Apakah sambutan keagamaan Ng Siew Chai yang beragama Buddha?

a)

Tahun Baharu Cina

b)

Hari Wesak

c)

Vaisakhi

d)

Pesta Kaamatan

58.

Keluarga Puan Amrita Kaur di dalam gambar ini beragama?

a)

Hindu

b)

Kadazan

c)

Murut

d)

Sikh

59.

Apakah perayaan yang disambut oleh Orang Asli Semai?

a)

Kinorohingan

b)

Nyenang

c)

Hari menuai

d)

Upacara Magavau

60.

Apakah perasaan berterima kasih kepada tuhan?

a)

Bersalam

b)

Bersyukur

c)

Bergembira

d)

Sembahyang