wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pentaksiran BM Pemahaman Tahun 4

Total questions: 40

Worksheet time: 3585secs

Name
Class
Date
1.

1) Jamie dan rakan-rakannya beratur sebelum _______ menaiki bas untuk pergi ke pekan.

a)

saya

b)

dia

c)

mereka

d)

kami

2.

2) "______ , cantiknya pemandangan di puncak Gunung Kinabalu!" kata Farah.

a)

Amboi

b)

Cis

c)

Adui

d)

Hai

3.

3) Hamid mengutip jarum peniti yang _______ di permukaan permaidani itu menggunakan magnet.

a)

berjatuh

b)

terjatuh

c)

kejatuhan

d)

menjatuhkan

4.

4) Sisa makanan itu telah dibuang ke dalam _______.

a)

bakul kaca

b)

bakul rotan

c)

bakul plastik

d)

bakul sampah

5.

5) Kumar membersihkan longkang menggunakan penyodok longkang ______ tidak tersumbat.

a)

kerana

b)

walaupun

c)

supaya

d)

untuk

6.

6) Bolehkah ______ membantu kami membersihkan gereja hujung minggu ini?" tanya Chan Meng dan Muthu kepada Zoe.

a)

kamu

b)

mereka

c)

saya

d)

dia

7.

7) Murid-murid ______ tegak ketika menyanyikan lagu Negaraku.

a)

berbaris

b)

berdiri

c)

duduk

d)

berwarna

8.

8) Murid-murid menghias kelas supaya kelihatan ________ dan ________.

a)

kuat ... sihat

b)

gelap ... ceria

c)

cantik ... gelap

d)

cantik ... ceria

9.

9) Ibu membeli lima _________ nasi lemak pagi ini.

a)

bungkus

b)

ekor

c)

kuntum

d)

naskah

10.

10) Kita harus menyimpan wang setiap bulan sebagai dana kecemasan. Bak kata pepatah, ____________________.

a)

bersatu teguh, bercerai roboh

b)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

c)

sediakan payung sebelum hujan

d)

ukur baju di badan sendiri

11.

11) Dr. Hisham menasihati rakyat Malaysia supaya sentiasa ________ SOP mencegah penularan Covid-19.

a)

patuh

b)

kepatuhan

c)

pematuhan

d)

mematuhi

12.

12) Cikgu Chong menasihati murid-murid supaya sentiasa menjaga ________ diri.

a)

kebersihan

b)

bersih

c)

membersihkan

d)

dibersihkan

13.

13) Sinonim bagi perkataan “menziarahi” ialah

a)

memberi

b)

melawati

c)

menolong

d)

mengukur

14.

14) Sinonim bagi perkataan “mencuci” ialah

a)

memakai

b)

membasuh

c)

membaiki

d)

menggunting

15.

15) Antonim bagi perkataan “gemar” ialah

a)

benci

b)

rasa

c)

suka

d)

geli

16.

16) Isi tempat kosong dengan perkataan yang bersesuaian.


Anggota bomba telah (a)   seekor ular sawa di kandang lembu.

17.

17) Tandakan (/) bagi ayat-ayat yang betul. (Pilih 2 ayat)

a)

Kita harus menjaga alam sekitar agar sentiasa bersih, indah. dan bebas daripada pencemaran.

b)

Amin mengutip tin kosong ke dalam tong sampah.

c)

Hanif membantu ibunya mencuci pinggan mangkuk di sinki.

d)

Suhami dimakan oleh nasi goreng kampung untuk makan malam.

18.

18) Ayu tidak ____ biasiswa yang diberi oleh kerajaan semasa menuntut di luar negara.

a)

menyumbang-yumbangkan

b)

menangguh-nangguhkan

c)

menakut-nakutkan

d)

mensia-siakan

19.

19) Ibu membantu adik mengenal _______ yang terdapat di dalam buku itu.

a)

abjad-abjad

b)

habis-habis

c)

ingat-ingat

d)

kira-kira

20.

20) Mak Cik Jum membeli dua ________ sayur kangkung dari pasar pagi ini.

a)

gelung

b)

keping

c)

buah

d)

ikat

21.

21) Penduduk kampung membina se________ titi bagi menyeberangi parit untuk sampai ke kebun mereka.

a)

batang

b)

biji

c)

botol

d)

gelung

22.

22) Pilih simpulan bahasa yang paling sesuai.


Damian _________ di pantai selepas penat bekerja sepanjang hari.

a)

naik angin

b)

ambil angin

c)

minum angin

d)

tumbuk angin

23.

23) Pilih ayat tanya yang paling sesuai.


Perkhemahan keahlian pengakap tahun ini diadakan pada hujung bulan Februari.

a)

Siapakah yang menganjurkan perkhemahan keahlian pengakap tahun ini?

b)

Di manakah perkhemahan keahlian pengakap tahun ini diadakan?

c)

Bilakah perkhemahan keahlian pengakap tahun ini diadakan?

24.

24) Murid-murid berganding bahu menghias bilik darjah mereka sempena Tahun Baharu Cina.


Sila taipkan nilai murni yang terdapat berdasarkan situasi di atas ke dalam ruangan di bawah.

(a)  

25.

25) "Meiyin, mari _________ menyertai pertandingan fotografi atas talian ini bersama-sama," kata Lia kepada Meiyin.

a)

saya

b)

kamu

c)

kita

d)

dia

26.

26) Bapa saya selalu memperlahankan keretanya semasa melalui jalan yang __________ itu.

a)

bengkang-bengkok

b)

lintang-pukang

c)

kusut-masai

d)

compang-camping

27.

27) Fadli mendermakan pakaian dan kasut terpakainya yang masih elok itu ________ mangsa-mangsa kebakaran.

a)

oleh

b)

kepada

c)

pada

d)

sambil

28.

28) Xue Lin membawa bekal makanan ______ sekolah setiap hari.

a)

di

b)

oleh

c)

dari

d)

ke

29.

29) Encik Velu menghidangkan beberapa jenis makanan tradisional kaum India kepada tetamunya semasa Hari Deepavali.

a)

Semasa Perayaan Deepavali, Encik Velu dan tetamunya dihidangkan beberapa jenis makanan tradisional kaum India.

b)

Semasa Perayaan Deepavali, Encik Velu menghidangkan beberapa jenis makanan tradisional kaum India kepada tetamunya.

c)

Semasa Perayaan Deepavali, tetamu Encik Velu menghidangkan beberapa jenis makanan tradisional kaum India kepada Encik Velu semasa Hari Deepavali.

d)

Tetamu Encik Velu menghidangkan beberapa jenis makanan tradisional kaum India kepada Encik Velu semasa Hari Deepavali.

30.

30) Ibu memotong _______ ikan itu kepada empat bahagian supaya mudah dimakan.

a)

dedaun

b)

bebola

c)

dedalu

d)

cecair

31.

31) Danish membuang plastik sampah yang tersangkut pada _______ basikalnya.

a)

kekuda

b)

lelangit

c)

kekisi

d)

jejari

32.

32) Usah terburu-buru semasa memandu di jalan raya, _______. Jangan biarkan orang yang kita sayang menyambut kepulangan kita dengan tangisan.

a)

buang yang keruh ambil yang jernih

b)

biar putih tulang jangan putih mata

c)

biar lambat asal selamat

d)

direndam tidak basah

33.

33) Khair tidak _______ meninggalkan emak dan ayahnya di kampung untuk berhijrah ke luar negara.

a)

sampai hati

b)

makan hati

c)

sagu hati

d)

sakit hati

34.

34) _______ di kawasan itu subur dan sesuai untuk pelbagai jenis tanaman.

a)

Sayur-mayur

b)

Tanah-tanih

c)

Kayu-kayan

d)

Batu-batan

35.

35) Walaupun sudah _______ ditegur, Luqman masih melakukan kesilapan yang sama.

a)

berkobar-kobar

b)

beringat-ingat

c)

berpeluh-peluh

d)

berkali-kali

36.

36) Kita harus menghargai jasa para pejuang kemerdekaan yang _______ menentang penjajah.

a)

berlanggar-langgar

b)

berkejar-kejaran

c)

bermati-matian

d)

berlari-larian

37.

37) Tembikar antik itu ______ kerana selalu digilap oleh ibu.

a)

berganda-ganda

b)

berkaca-kaca

c)

berkelip-kelip

d)

berkilat-kilat

38.

38) Jasni bermain papan luncur sambil _____ di taman rekreasi itu.

a)

berhenti-henti

b)

berjalan-jalan

c)

bersiul-siul

d)

berlari-lari

39.

39) Tandakan (/) pada sinonim kepada perkataan yang digarisi.


Pak Abu memberi amaran kepada Ali yang suka mencuri buah mangga di kebunnya.

a)

ugutan

b)

nasihat

c)

teguran

d)

peringatan

40.

40) Tandakan (/) pada antonim kepada perkataan yang digarisi.


Peter mengajak saya ke rumahnya sempena majlis hari jadinya.

a)

A) mengarah

b)

B) menyuruh

c)

C) menolak

d)

D) mempelawa