wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Moral

Total questions: 50

Worksheet time: 1hrs 10mins

Name
Class
Date
1.

Setiap hari Jumaat, penganut agama Islam akan bersembahyang di ___________ .

a)

Pondok

b)

Masjid

c)

Rumah

d)

Padang

2.

Penganut agama Buddha melepaskan burung merpati ketika menyambut Hari Wesak sebagai tanda ________________ .

a)

kebebasan

b)

kesyukuran

c)

keimanan

d)

kerajinan

3.

Rakan kamu secara tidak sengaja telah menumpahkan air minuman ke atas baju kamu. Apakah yang patut kamu lakukan ?

a)

Memaafkannya kerana tidak disengajakan

b)

Memarahinya dengan kata-kata yang tidak sopan

c)

Tidak memaafkannya

d)

Melaporkan kepada guru disiplin

4.

Kamu pernah gagal dalam ujian Matematik baru-baru ini. Pada bulan hadapan kamu akan menghadapi ujian Matematik lagi. Apakah yang patut kamu lakukan ?

a)

Meminta bantuan ibu bapa.

b)

Mengulangkaji dan membuat latihan Matematik dengan tekun.

c)

Membuat ulangkaji di saat-saat akhir.

d)

Tidak membuat apa-apa persediaan.

5.

Kamu akan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Bagaimanakah kamu dapat memastikan kamu mengulangkaji pelajaran dengan betul ?

a)

Menyediakan jadual waktu belajar.

b)

Belajar hanya pada waktu malam.

c)

Belajar hanya pada waktu siang sahaja.

d)

Menyediakan jadual waktu belajar seminggu sebelum peperiksaan.

6.

Walaupun sedar dia sering gagal dalam ujian Matematik, Rahmat tetap berusaha tanpa berputus asa. Rahmat seorang yang ________ berusaha .

a)

gigih

b)

bijak

c)

rajin

d)

gemar

7.

Munirah menjadi pelajar cemerlang di sekolahnya setiap tahun kerana dia mempunyai semangat ____________ dalam apa jua perkara yang dilakukannya.

a)

tolong menolong

b)

kesukanan

c)

berdaya maju

d)

toleransi

8.

Siew Meng sentiasa menjaga ______________ ketika berbual dengan rakan-rakan sekelasnya.

a)

tingkahlakunya

b)

pertuturannya

c)

kesopanannya

d)

kecantikannya

9.

Senaman menolong mencergaskan badan dan __________ kita.

a)

hati

b)

minda

c)

jiwa

d)

perasaan

10.

Antara yang berikut, yang manakah perlu dimakan dengan sedikit sahaja ?

a)

mentega

b)

ayam

c)

ikan

d)

sayur

11.

Pilih mereka yang mengamalkan sikap sederhana dalam kehidupan .

a)

Leela makan empat pinggan nasi pada waktu tengahari

b)

Lazam memukul anaknya sehingga pengsan kerana bermain permainan video

c)

Julia menghabiskan semua wang sakunya untuk membeli permainan

d)

Peter makan mengikut waktu

12.

Azalia dan Leha merupakan dua orang sahabat baik. Mereka sentiasa mengamalkan _______________ dan ______________ yang sederhana dalam pergaulan seharian.

a)

tingkahlaku , tutur kata

b)

sikap terbuka , bebas

c)

sikap bebas , perasaan benci

d)

tutur kata , sikap terbuka

13.

Wan menyerahkan dompet yang dijumpainya di sekolah kepada guru disiplin. Dia mengamalkan sikap ___________ .

a)

sederhana

b)

belas kasihan

c)

kejujuran

d)

terima kasih

14.

Norseh terambil buku Matematik Remoi . Dia patut ________________ .

a)

memberitahu Remoi

b)

beritahu apabila ditanya Remoi

c)

membuang buku itu

d)

tidak perlu beritahu sesiapa

15.

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan sikap ikhlas ?

a)

Saroja menderma sebahagian wang tabungnya kepada mangsa banjir

b)

Saroja menderma kerana rakan-rakannya menderma

c)

Saroja memberitahu rakan-rakannya bahawa dia merupakan penderma terbanyak

d)

Saroja tidak menderma langsung

16.

Sumbangan yang ikhlas akan sentiasa ______________ .

a)

dikenang

b)

disebut

c)

dicaci

d)

diragui

17.

Carmen mengucapkan _____________ kepada jirannya yang menolong menjaga rumahnya semasa ketiadaanya.

a)

syabas

b)

terima kasih

c)

tahniah

d)

selamat jalan

18.

Mengamalkan sikap _________________ akan mengeratkan lagi perhubungan dengan orang lain.

a)

berterima kasih

b)

pentingkan diri

c)

suka

d)

marah

19.

Kita hendaklah _____________ terhadap anggota keluarga kita .

a)

benci

b)

tidak peduli

c)

sayang

d)

kurang ajar

20.

Kasih sayang ialah ciri terpenting bagi melahirkan sebuah keluarga ___________ .

a)

berkonflik

b)

bahagia

c)

besar

d)

berdikari

21.

Kasih sayang antara anak dan ibu bapa merupakan hubungan yang ___________ .

a)

kekal

b)

sementara

c)

bahaya

d)

tidak dihargai

22.

Setiap anak perlu ___________ ketika bertutur dengan ibu bapa dan saudara mara.

a)

berseronok

b)

berdiri

c)

bersopan

d)

berlagak

23.

Anak yang menghormati ibu bapa akan _______________ .

a)

menegur ibu bapa

b)

mendengar teguran ibu bapa

c)

tidak mengendahkan teguran ibu bapa

d)

melupakan teguran ibu bapa

24.

Sikap menghormati anggota keluarga ______________ perlu sama seperti menghormati anggota keluarga asas.

a)

kecil

b)

besar

c)

sederhana

d)

kembangan

25.

Satu cara menjaga imej keluarga ialah ______________________________ .

a)

memikirkan kesan perbuatan diri terhadap keluarga

b)

melakukan apa sahaja yang menyeronokkan diri sendiri

c)

bergaul dengan rakan yang mempunyai tingkah laku yang kurang baik.

d)

berkonflik dengan setiap anggota keluarga

26.

Keluarga yang harmoni wujud apabila anggota keluarga ___________ setiap anggota keluarga yang lain.

a)

memarahi

b)

mencaci

c)

menegur

d)

memuliakan

27.

Ibu bapa yang _________________ akan mendidik anak-anak dengan baik demi menjaga maruah keluarga.

a)

lalai

b)

peka

c)

bertanggungjawab

d)

kaya

28.

Kita perlu sentiasa berkelakuan ______________ supaya nama baik keluarga tidak tercemar.

a)

kurang ajar

b)

jahat

c)

degil

d)

baik

29.

Apakah yang patut kita lakukan apabila jiran kita ingin mengadakan sesuatu majlis ?

a)

memberikan pertolongan

b)

mendiamkan diri

c)

mementingkan diri

d)

menghindarkan diri

30.

Antara yang berikut, yang manakah perlu ada pada anggota masyarakat setempat?

a)

bekerjasama

b)

memencilkan diri

c)

tidak bertegur sapa

d)

menjauhkan diri

31.

Setiap agama dalam dunia ini menggalakkan penganutnya hidup tolong-menolong dan (a)   antara satu sama lain .

32.

Makan dengan menggunakan penyepit adalah amalan kaum (a)  

33.

Ajman mengucapkan (a)   kepada Selen kerana membelikannya sebungkus nasi lemak.

34.

Ipon menegur sikap adiknya yang nakal dengan suara yang (a)   .

35.

Tong Seng membuat kerja yang diberikan dengan (a)   .

36.

Tuiskan BETUL atau SALAH pada pernyataan di bawah.


Setiap cabaran haruslah dihadapi dengan tabah.

(a)  

37.

Tuiskan BETUL atau SALAH pada pernyataan di bawah.


Kita tidak digalakkan untuk mencuba perkara baru yang berfaedah.

(a)  

38.

Tuiskan BETUL atau SALAH pada pernyataan di bawah.


Suatu usaha yang bersungguh-sungguh akan mencerminkan maruah diri seseorang .

(a)  

39.

Tuiskan BETUL atau SALAH pada pernyataan di bawah.


Encik Jogan memarahi pekerjanya dengan kata-kata kesat kerana gagal menyiapkan kerja yang diarahkannya .

(a)  

40.

Tuiskan BETUL atau SALAH pada pernyataan di bawah.


Walaupun marah dengan tindakan adiknya, Biau tetap menegur adiknya dengan bahasa yang sopan .

(a)  

41.

Pilih jawapan yang betul berdasarkan ayat di bawah.


Hodin sentiasa ( mencuci , mengelap ) tangan sebelum menyentuh sebarang makanan.

(a)  

42.

Pilih jawapan yang betul berdasarkan ayat di bawah.


Kita perlu mandi sekurang – kurangnya ( dua , satu ) kali dalam sehari.

(a)  

43.

Pilih jawapan yang betul berdasarkan ayat di bawah.


Samaon selalu mengamalkan sikap ( boros , sederhana ) semasa berbelanja .

(a)  

44.

Pilih jawapan yang betul berdasarkan ayat di bawah.


Pek Wei bercakap ( bohong , benar ) walaupun tahu dia tahu yang dia akan dihukum kerana tidak sengaja memecahkan pasu bunga ibunya .

(a)  

45.

Pilih jawapan yang betul berdasarkan ayat di bawah.


Apabila menderma , kita hendaklah sentiasa ( angkuh , ikhlas ) memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan .

(a)  

46.

Pilih jawapan yang betul berdasarkan ayat di bawah.


Ucapan terima kasih selepas mendapat pertolongan dari orang lain dapat ( mengeratkan , memecahkan ) lagi hubungan persaudaraan .

(a)  

47.

Pilih jawapan yang betul berdasarkan ayat di bawah.


Ibu bapa perlu ( dihormati , diderhakai ) sepanjang masa kerana mereka membesarkan kita dan mengajar kita nilai – nilai yang baik .

(a)  

48.

Pilih jawapan yang betul berdasarkan ayat di bawah.


Endol sentiasa ( berbuat baik , berbuat jahat ) dengan jiran tetangga demi menjaga maruah keluarganya.

(a)  

49.

Pilih jawapan yang betul berdasarkan ayat di bawah.


Setiap anggota masyarakat perlu ( bermusuhan , bekerjasama ) untuk mewujudkan suasana hidup berjirang yang harmoni.

(a)  

50.

Pilih jawapan yang betul berdasarkan ayat di bawah.


Penduduk Taman Paya Keladi telah ( memulaukan , menghadiri ) Majlis Hari Keluarga di padang rekreasi di kawasan kediaman mereka .

(a)