wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa

Total questions: 65

Worksheet time: 26mins

Name
Class
Date
1.

Kata Nama Khas ialah kata yang digunakan unyuk menyebut sesuatu nama khusus bagi binatang, orang, benda dan tempat.

Yang mana satukah merupakan Kata Nama Khas?

a)

Cikgu Wini

b)

arnab

c)

murid-murid

d)

buku

2.

Pilih kata hubung yang sesuai untuk menggabungkan ayat-ayat di bawah.


Asni didenda oleh guru Bahasa Melayunya.

Asni tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan semalam.

a)

dan

b)

atau

c)

walaupun

d)

kerana

3.
Buah-buahan tempatan sungguh ______________ dan berpatutan pula harganya.
a)
kelat
b)
manis
c)
enak
d)
masam
4.
Air sungai itu __________ kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.
a)
kotor
b)
bersih
c)
cantik
d)
buruk
5.
Roziah yang ringan mulut itu sungguh_____________dengan semua orang
walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.
a)
takut
b)
sombong
c)
becok
d)
ramah
6.
Ketika saya sampai di rumah Amin, dia _________ makan tengah hari.
a)
dapat
b)
boleh
c)
sedang
d)
pernah
7.

Suzanna mengambil __________untuk menyikat rambut anaknya.

a)

sikat

b)

cangkul

c)

penyapu

d)

garpu

8.

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.


Faizal dan Haris ___________ basikal dengan laju ketika pulang dari sekolah.

a)

menaiki

b)

memandu

c)

menuntun

d)

menunggang

9.

Azim __________ Razi menyertai aktiviti gotong royong.

a)

dan

b)

lalu

c)

malahan

d)

serta

10.

Encik Ravi _____________ ke Singapura.

a)

angkat kaki

b)

makan angin

c)

atas angin

d)

anak angkat

11.

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.


Encik Karim membeli dua __________pisang emas di pasar raya.

a)

biji

b)

sikat

c)

tandan

d)

gugus

12.

Fairuz mendengar lagu ____________ makan karipap yang dibeli ibunya.

a)

lalu

b)

tetapi

c)

dan

d)

sambil

13.

Pilih ayat yang betul.

a)

Arsyad seorang pelajar yang terajin.

b)

Arsyad seorang pelajar yang rajin.

c)

Arsyad seorang pelajar yang berajin.

14.

Pilih ayat yang SALAH.

a)

Ibu pergi ke kedai runcit pada pagi tadi.

b)

Kucing itu sedang dimakan ikan.

c)

Itu motosikal baharu abang saya.

d)

Azhad suka makan kuih lapis.

15.

Rania tidak akan melupakan ________ semasa mengikuti lawatan ke Seoul, Korea.

a)

terkenangkan

b)

mengenang

c)

kenangan

d)

dikenang

16.

Ini Encik Musa. _________ guru besar sekolah saya.

a)

Dia

b)

Beliau

c)

encik

d)

saya

17.
Pasukan badminton sekolah saya _________ memenangi pertandingan badminton peringkat daerah petang semalam.
a)
belum
b)
masih
c)
sedang
d)
telah
18.

Semua murid _____ _____ keluar dari dewan selagi majlis belum berakhir.

a)

bukan dapat

b)

tidak dapat

c)

tidak boleh

d)

bukan boleh

19.

Buku-buku itu telah disimpan ____ bilik guru.

a)

dalam

b)

di dalam

20.

Abang saya ____ guru di sekolah itu.

a)

ialah

b)

adalah

21.
Ahmad suka ............... sekolah.
a)
ponteng
b)
poteng
22.
Program itu memberi banyak ..........
a)
manfaat
b)
manafaat
23.
Pelajar tidak dibenarkan membawa ..... ke sekolah
a)
mercun
b)
mercon
24.
Pelajar harus lulus dalam ....................... Bahasa Melayu dan Sejarah.
a)
matapelajaran
b)
mata pelajaran
25.
Untuk menetapkan tarikh perkahwinan, mereka perlu merujuk ........ dahulu.
a)
kelender
b)
kalender
26.
Drama......itu mendapat sambutan yang hangat daripada para peminat.
a)
komidi
b)
komedi
27.
Pilih ejaan yang betul.
a)
pingpong
b)
ping pong
c)
ping-pong
d)
Ping Pong
28.
Pilih ejaan yang betul.
a)
sanwich
b)
sanwic
c)
sandwic
d)
sandwich
29.

Parameswari dan adiknya_________________ kaki ke sekolah.

a)

berbasikal

b)

berjalan

30.

Jean dan Kim Seng________________baik sejak kecil.

a)

bermusuh

b)

berkawan

31.

Peter mengajar adiknya_________ piano.

a)

bersenam

b)

bermain

32.

Sejak kecil lagi, Malathy sudah pandai__________________.

a)

berkelah

b)

berenang

33.

Murid-murid itu_________________ semasa membeli makanan di kantin.

a)

berlari

b)

beratur

34.

Santhana____________ lukisan gambar buah-buahan itu.

a)

melukis

b)

mewarna

35.

Ruban__________ tempat pertama dalam pertandingan itu.

a)

mendapat

b)

memberi

36.

Datuk saya bukan sahaja pemurah_________ baik hati kerana sering membantu orang-orang miskin di kampung

a)

lantaran

b)

malahan

c)

manakala

d)

walaupun

37.

Ayah menempah _____________ untuk kami sekeluarga semasa bercuti di Melaka.

a)

rumah sakit

b)

rumah tangga

c)

rumah terbuka

d)

rumah tumpangan

38.

Rina membelek-belek beberapa __________ majalah yang ingin dibelinya di kedai itu.

a)

biji

b)

keping

c)

lembar

d)

naskhah

39.

Jam itu tergantung ___________ dinding.

a)

dari

b)

pada

c)

kepada

d)

di

40.

Ali menggaru-garu kakinya yang gatal kerana digigit ______________.

a)

kunang-kunang

b)

labah-labah

c)

pijat-pijat

d)

labi-labi

41.

Ah Meng dan kawannya sedang mengepam bola-bola yang ___________ di dalam stor sukan.

a)

kecut

b)

kemik

c)

kendur

d)

kempis

42.

Penyambut tetamu itu _____________ senyuman yang manis kepada pelanggan yang datang.

a)

berukir

b)

terukir

c)

diukirkan

d)

mengukirkan

43.

Puan Maimun __________________ sebuah dulang yang berisi beberapa gelas minuman untuk tetamu yang datang.

a)

mengelek

b)

menatang

c)

menjinjing

d)

mengusung

44.

Sultan Perak akan membuat lawatan rasmi ke Filipina. ______________ akan berada di sana selama seminggu.

a)

Baginda

b)

Beta

c)

Beliau

d)

Patik

45.

Kita hendaklah melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai. Peribahasa yang sesuai ialah __________________.

a)

alah biasa tegal biasa

b)

bagai tikus membaiki labu

c)

alang-alang mandi biar basah

d)

berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian

46.

Semasa ekspedisi berbasikal itu, mereka ___________ berkayuh sepanjang 10 kilometer.

a)

berhempas-pulas

b)

bersimpang-siur

c)

berlintang-pukang

d)

bertunggang-langgang

47.

Semua yang hadir bekerja seperti __________ untuk memastikan taman tersebut bersih.

a)

lidah biawak

b)

lipas kudung

c)

kera sumbang

d)

ayam tambatan

48.

Semua murid diarahkan supaya berkumpul di padang _____ murid tahun enam.

a)

serta

b)

tetapi

c)

kecuali

d)

manakala

49.

Cikgu Haikal menasihai kami agar tidak ____________ di dalam hutan seorang diri.

a)

berlegar-legar

b)

berputar-putar

c)

menyorok-nyorok

d)

merayau-rayau

50.

Pak Abu menjual se__________ pisang yang baru dipetiknya dari kebun pagi tadi kepada Hamdan.

a)

tandan

b)

buah

c)

bekas

d)

batang

51.

Apakah yang akan dilakukan oleh Sultan Ahmad Shah apabila sudah berada di atas singgahsana?

a)

bertitah

b)

bersantap

c)

berangkat

d)

bersemayam

52.

Pada musim panas, orang ramai dinasihati agar memakai pakaian yang longgar. Pilih perkataan antonim bagi longgar.

a)

kecil

b)

sendat

c)

labuh

d)

panjang

53.

Cikgu Sarah menegur Zainab supaya memperbaiki tulisannya yang _______________ itu

a)

berat tangan

b)

lipas kudung

c)

cakar ayam

d)

simpang siur

54.

Zakuan satu-satunya _________ Puan Lily yang terselamat dalam kemalangan yang mengorbankan keseluruhan keluarganya itu.

a)

anak emas

b)

darah daging

c)

buah hati

d)

tali barut

55.

Beberapa ________ bunga orkid segar menghiasi ruang tamu rumah Datin Mariam.

a)

biji

b)

helai

c)

jambak

d)

batang

56.

............,aktiviti berjoging dapat meningkatkan kekuatan otot seseorang.


Lain daripada itu,aktiviti berjoging dapat meningkatkan kekuatan otot seseorang.

a)

Selain daripada itu

b)

Selain itu

c)

Lain daripada itu

57.

.........., aktiviti berjoging haruslah dilakukan dengan berdasarkan prosedur yang betul agar tidak meninggalkan implikasi yang buruk terhadap kesihatan kita.

a)

Tetapi

b)

Akan tetapi

c)

Tetapi demikian

58.

..................,aktiviti berjoging haruslah dilakukan pada waktu yang sesuai agar dapat memberikan ketenangan fikiran kepada seseorang.

a)

Namun demikian

b)

Namun

c)

Namun itu

59.

Adriana seorang gadis yang berpendidikan tinggi, ................ dia senantiasa mempamerkan budi bahasa yang baik di khalayak.

a)

Tambahan itu

b)

Tambahan pula

c)

Tambahan

60.

...................... amalan berjoging dapat menyingkirkan sisa toksin daripada tubuh badan seseorang.

a)

Hal ini dikatakan demikian kerana

b)

Hal ini kerana

c)

Hal ini demikian kerana

61.

...................., aktiviti berjoging juga dapat mempertingkatkan kecergasan fizikal dan kecerdasan minda seseorang.

a)

Dengan itu

b)

Sementara

c)

Sementara itu

62.

Lengkapkan peribahasa yang disenaraikan di bawah ini.


sudah jatuh...

(a)  

63.

Lengkapkan peribahasa yang disenaraikan di bawah ini.


bagai bulan..

(a)  

64.

Lengkapkan peribahasa yang disenaraikan di bawah ini.


tepuk air di dulang...

(a)  

65.

Lengkapkan peribahasa yang disenaraikan di bawah ini.


api dalam...

(a)