wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa & Peribahasa

Total questions: 50

Worksheet time: 38mins

Name
Class
Date
1.

"_______ tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak terlalu cepat," kata ketua kampung kepada wartawan itu.

a)

kita

b)

kami

c)

saya

d)

mereka

2.

Pokok yang tumbang itu telah _______ beberapa buah kereta di tempat letak kereta itu.

a)

menghempap

b)

menghempas

c)

menghenyak

d)

menghimpit

3.

Apabila ____________ sahaja peristiwa ngeri itu, Pak Mail akan menangis sendirian.

a)

terkenang

b)

terngiang

c)

terimbas

d)

termangu

4.

Haryati ____________ selepas pengacara majlis mengumumkan namanya sebagai penerima Tokoh Pelajar Cemerlang di sekolahnya.

a)

terpegun

b)

terpukau

c)

tergamam

d)

tercengang

5.

Habis pakaiannya ________ akibat digigit oleh anjing yang garang itu.

a)

compang-camping

b)

comot-momot

c)

koyak-rabak

d)

serbah-serbih

6.

"Bilakah __________akan berangkat ke Indonesia?" tanya Hamdan kepada Raju.

a)

dia

b)

kami

c)

kamu

d)

dikau

7.

Samad rajin belajar ______________ abangnya malas.

a)

tetapi

b)

dan

c)

sejak

d)

kecuali

8.

Kerusi itu diperbuat _______________ rotan.

a)

dari

b)

daripada

c)

oleh

d)

dengan

9.

Kerana sering kali _________dirinya sebagai anak orang berada, dia kini dipulaukan oleh beberapa orang rakan sekelasnya.

a)

membesar

b)

memperbesarkan

c)

memperbesar

d)

membesar-besarkan

10.

Fenomena El-Nino telah menyebabkan ____________ di negara kita mengalami jerebu yang teruk.

a)

lalu lintas

b)

jalan raya

c)

suhu panas

d)

ruang udara

11.

Para penyokong pasukan bola sepak SMK Padang Kemunting berasa cemas kerana peluang pasukan mereka untuk memenangi pertandingan itu semakin ___________.

a)

getir

b)

runcing

c)

tipis

d)

genting

12.

Razak __________ dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh gurunya.

a)

akan

b)

cuba

c)

belum

d)

sedang

13.

Ikram _____________ sebaldi air untuk disiram pada pokok bunganya yang kekeringan akibat cuaca panas.

a)

menjunjung

b)

menjinjing

c)

mengelek

d)

memikul

14.

Puteri raja itu akan ______________ untuk bersiram di tepi sungai sambil ditemani oleh dayang istana.

a)

bertolak

b)

bergerak

c)

berjalan

d)

berangkat

15.

Kaki Sally digigit pacat, darah _____ meleleh di kakinya.

a)

cair

b)

putih

c)

pekat

d)

merah

16.

Semua seluarnya sudah menjadi ______ kerana badannya sudah berisi.

a)

ketat

b)

besar

c)

singkat

d)

longgar

17.

Sekolah saya __________ menganjurkan perkhemahan pasukan beruniform pada bulan hadapan.

a)

akan

b)

telah

c)

pernah

d)

sedang

18.

Ayah saya __________ mengajar di salah sebuah sekolah di Selangor selama dua tahun.

a)

belum

b)

telah

c)

sudah

d)

pernah

19.

Ibu dan kakak tidak suka ____________ ulam-ulaman seperti petai dan jering.

a)

akan

b)

dengan

c)

kepada

d)

terhadap

20.

"Saya tidak berani berdepan dengan guru disiplin yang garang _________ singa itu," kata Sunita.

a)

dengan

b)

seperti

c)

pada

d)

tentang

21.

Kevin dibesarkan oleh ibu dan bapa angkatnya _________ umurnya dua tahun sehingga sekarang.

a)

hingga

b)

sejak

c)

apabila

d)

kecuali

22.

"Aku akan terus mengusahakan dusun itu ___________ terdaya," kata Wak Pairan kepada anaknya.

a)

kecuali

b)

jika

c)

selagi

d)

sampai

23.

Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau _____ ikan air tawar.

a)

hapak

b)

hanyir

c)

tengik

d)

hancing

24.

Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam ______ pagi tanpa berputus asa.

a)

kedinginan

b)

kegelapan

c)

kemalapan

d)

kepanasan

25.

Dahi adik kelihatan ___ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.

a)

bengkok

b)

bengkak

c)

botak

d)

lekuk

26.

Jalan di Bandaraya Kuala Lumpur menjadi ___ apabila menjelang Hari Raya Aidilfitri.

a)

lengang

b)

senyap

c)

muram

d)

suram

27.

Itik itu mempunyai bulu yang ___ air menyebabkan bulunya sentiasa kering walaupun berada lama di dalam air.

a)

kesat

b)

telap

c)

telus

d)

kalis

28.

Pak Kassim begitu ___ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah lagi hari sudah larut malam.

a)

terkilan

b)

runsing

c)

murung

d)

sengsara

29.

Nora tergelincir semasa melalui jalan yang ____ itu.

a)

becak

b)

lembik

c)

lembap

d)

bengkok

30.

Ibu ...................... perca-perca kain pada selimut yang koyak itu supaya boleh digunakan lagi

a)

melekatkan

b)

mengoyakkan

c)

menampalkan

d)

menanggalkan

31.

Puan Fatihah ........................... rempah-ratus hingga lumat sebelum dimasukkan ke dalam kuah sup

a)

menggilis

b)

mengguling

c)

menggelek

d)

menggiling

32.

Tuan Halim akan .............................. ruang dapur sebelum menyewakan rumah itu kepada penyewa

a)

memperinci

b)

memperluas

c)

memperbesar

d)

memperlebar

33.

Encik Iman Harith akan menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur pada minggu hadapan ______ bulan hadapan?

a)

atau

b)

lalu

c)

dan

d)

maka

34.

Penduduk Taman Ara Ria diminta untuk .......................... arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Seremban tentang pengasingan sampah

a)

menepati

b)

mematuhi

c)

melaksanakan

d)

mengendahkan

35.
Irene sentiasa ingat akan pesanan ibunya supaya menjaga __________ 
a)
nama baik
b)
nama pena
c)
nama samaran
d)
tanda hati
36.
Penduduk kampung menyambut kedatangan rombongan pelancong dari Korea itu dengan ___________ .
a)
bekas tangan
b)
tangan terbuka
c)
buah tangan
d)
panjang tangan
37.

Berita yang dibawa oleh Fasya itu tidak boleh dipercayai kerana hanya ___________ semata-mata.

a)

khabar angin

b)

mulut murai

c)

alas cakap

d)

buah mulut

38.
Pemuda itu sudah __________ setelah syarikatnya mengalami kerugian yang besar.
a)
hutang darah
b)
hilang akal
c)
gila talak
d)
lintah darat
39.
Tulisan Raj yang ___________ itu amat sukar dibaca oleh Cikgu Khairul.
a)
cangkul angin
b)
embun jantan
c)
cakar ayam
d)
getah bawang
40.

Keadaan dalam hutan ini ................ menyebabkan kami terpaksa berjalan dengan menggunakan lampu suluh.

a)

takut macam tikus

b)

hangat macam api

c)

pantas macam kijang

d)

gelap macam malam

41.

Saya berasa .......... meninggalkan ibu seorang diri di rumah.

a)

iri hati

b)

ada hati

c)

berat hati

d)

jatuh hati

42.

Kami menemui peguam itu untuk menandatangani surat ........... bagi pembelian rumah tersebut.

a)

kata putus

b)

janji manis

c)

harga mati

d)

hitam putih

43.

Nasibnya umpama .............. kerana kehilangan kereta dan motosikalnya pada hari yang sama.

a)

sudah terhantuk baru terngadah

b)

sudah jatuh ditimpa tangga

c)

retak menanti belah

d)

tikus membaiki labu

44.
Arash Amirul ____________ mendengar perbualan ayahnya dan ketua kampung itu.
a)
pasang telinga
b)
angkat kaki
c)
kacang hantu
d)
panas darah
45.
Berikan peribahasa yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa berikut:-
"Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"
a)
Ibarat mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
b)
Burung terbang dipipiskan lada
c)
 Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan.
d)
Rusa masih di hutan, kancah sudah dijerang
46.
Orang ramai begitu ___________ melihat pelbagai barangan yang dijual semasa jualan murah itu.
a)
mata duitan
b)
rabun mata
c)
putih mata
d)
rambang mata
47.
Nyatakan peribahasa yang berkaitan gambar berikut?
a)
Malas berdayung, perahu hanyut.
b)
Biduk lalu, kiambang bertaut.
c)
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
d)
Seperti mencurah air ke daun keladi.
48.
Jelaskan maksud peribahasa, "Bagai buluh ditarik songsang"?
a)
Seseorang yang mendapat harta pusaka yang banyak, tidak tahu menggunakan harta itu.
b)
Orang yang mendapat sesuatu barang yang disukai akan bersifat tamak dan tidak akan memberikan barang itu kepada orang lain.
c)
Orang yang tidak mahu mengikut perubahan masa, pada hal keadaan di sekelilingnya telah berubah.
d)
Menunjukkan kesukaran mempengaruhi seseorang atau sesuatu kumpulan mengikut seperti yang dikehendaki.
49.
Jelaskan maksud peribahasa  berikut:-
Ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya
a)
Makin kaya (berilmu) makin sombong
b)
Orang besar atau mulia tidak akan hilang atau jatuh martabatnya.apabila merendah diri
c)
Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.
d)
Orang yang jahat, jika bergaul dengan orang yang baik-baik tidak akan berubah tabiatnya.
50.
Keluarga Encik Afiqri ___________ di tepi pantai.
a)
angin makan
b)
makan angin
c)
atas angin
d)
ada angin