wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Akaun Tingkatan 5 (Modul 4)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut diperoleh daripada Perkongsian Aziz dan Azizah.


Modal Aziz pada 1 Januari 2007 ialah RM14 000. Pada 1 Julai 2007, Aziz membawa masuk modal tambahan sebanyak RM3 000. Faedah atas modal adalah 4% setahun. Tahun kewangan berakhir pada 31 Disember setiap tahun.


Berapakah faedah atas modal Aziz?

a)

RM120

b)

RM560

c)

RM620

d)

RM680

2.

Butiran manakah yang direkod di bahagian kredit Akaun Semasa pekongsi?

a)

Faedah atas pinjaman

b)

Faedah atas ambilan

c)

Kongsi rugi

d)

Ambilan

3.

Butiran manakah yang didebitkan ke Akaun Pengasingan Untung Rugi?

a)

Faedah atas modal, gaji pekongsi dan ambilan

b)

Faedah atas modal, gaji pekongsi dan bonus pekongsi

c)

Faedah atas pinjaman, gaji pekongsi dan untung bersih

d)

Faedah atas pinjaman, faedah atas ambilan dan bonus pekongsi

4.

Apakah butiran yang terdapat dalam ekuiti pemilik perkongsian?

a)

Ambilan

b)

Untung bersih

c)

Akaun semasa

d)

Faedah atas modal

5.

Butiran manakah yang terdapat dalam akaun semasa pekongsi?


I Modal

II Gaji pekerja

III Faedah atas modal

IV Faedah atas ambilan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Maklumat berikut diperoleh daripada buku Perkongsian Mulia.


Modal Murni RM30 000

Modal Alin 40 000

Faedah atas modal 5% setahun

Alin membawa masuk modal tambahan pada 1 Oktober 2009 sebanyak RM2 000.


Berapakah jumlah faedah atas modal Alin bagi tempoh perakaunan berakhir 31 Disember 2009?

a)

RM350

b)

RM525

c)

RM2 025

d)

RM2 100

7.

Akaun manakah yang tidak akan dipindahkan ke Akaun Realisasi?

a)

Akaun Inventori

b)

Akaun Bank

c)

Akaun Perabot

d)

Akaun Belum Terima

8.

Maklumat berikut diperoleh daripada buku sebuah perkongsian.


Jumlah aset RM45 000

Jumlah liabiliti RM8 400

Dalam proses pembubaran, semua aset dijual sebanyak RM42 000. Belanja realisasi RM850 manakala liabiliti dijelaskan sepenuhnya.


Berapakah rugi realisasi?

a)

RM2 150

b)

RM3 850

c)

RM4 550

d)

RM5 400

9.

Apakah dokumen yang perlu dirujuk oleh pekongsi sekiranya tiada sebarang perjanjian dibuat semasa menubuhkan perniagaan mereka?

a)

Ikatan Perkongsian

b)

Perjanjian Perkongsian

c)

Akta Perkongsian 1961

d)

Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

10.

Maklumat berikut diperoleh daripada Perkongsian Two Ah yang dimiliki oleh Ahmad dan Ah Seng.


Untung bersih RM15 800

Faedah atas modal RM1 200

Faedah atas ambilan RM2 300

Untung dibahagi sama rata


Berapakah kongsi untung bagi setiap pekongsi?

a)

RM6 150

b)

RM7 350

c)

RM8 450

d)

RM9 650

11.

Pernyataan manakah yang menunjukkan ciri sebuah milikan perkongsian?

a)

Hayat perniagaan tamat apabila salah seorang pekongsi meninggal dunia

b)

Bilangan ahli maksimum 20 orang bagi semua jenis perkongsian

c)

Keuntungan diagihkan kepada pekongsi dalam bentuk dividen

d)

Cukai dikenakan ke atas pendapatan perniagaan

12.

Tempoh perakaunan Perkongsian Kamal dan Karim berakhir pada 30 Jun setiap tahun. Maklumat berikut menunjukkan tarikh dan nilai ambilan yang dibuat oleh Kamal.


1 Oktober 2014 RM2 000

1 April 2015 RM4 000


Berapakah faedah atas ambilan bagi Kamal apabila kadar faedah atas ambilan ialah 5% setahun?

a)

RM100

b)

RM125

c)

RM175

d)

RM300

13.

Perkongsian Jujur dan Amanah telah dibubarkan. Jumlah aset RM62 000 telah direalis sebanyak RM60 000. Belanja realisasi RM1 000 dan liabiliti perkongsian RM2 600. Berapakah rugi realisasi?

a)

RM2 000

b)

RM3 000

c)

RM3 600

d)

RM4 600

14.

Maklumat berikut diperoleh daripada buku perniagaan sebuah perkongsian.


Jumlah aset RM45 000

Jumlah liabiliti RM8 400

Semasa pembubaran, semua aset dijual pada harga RM42 000. Belanja realisasi RM850 dan liabiliti dijelaskan sepenuhnya.


Berapakah rugi realisasi?

a)

RM2 150

b)

RM3 850

c)

RM4 550

d)

RM5 400

15.

Maklumat berikut diperoleh daripada Perkongsian Setiajaya.

Jumlah aset (kecuali bank) RM58 320

Jumlah liabiliti RM3 440

Belanja realisasi RM800

Semasa proses realisasi, semua aset direalis sebanyak RM51 500


Berapakah jumlah rugi realisasi ?

a)

RM3 380

b)

RM6 020

c)

RM7 620

d)

RM10 260