wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BADAN PERUNDANGAN

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah benar tentang Dewan Rakyat?

a)

Ketua Setiausaha Negara merupakan Setiausaha Dewan Rakyat

b)

Ahli Dewan Rakyat boleh mewakili dua kawasan Dewan Rakyat

c)

Yang Dipertua Dewan Rakyat mesti dipilih dalam kalangan ahli Dewan Rakyat

d)

Rang Undang-Undang Perbekalan dikemukakan dan dimulakan di Dewan Rakyat

2.

Tempoh genap lima tahun Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bermula dari tarikh

a)

pengundian dijalankan

b)

penamaan calon pilihan raya

c)

keputusan pilihan raya diwartakan

d)

mesyuarat pertama Dewan selepas pilihan raya

3.

Dasar sesebuah negeri di Semenanjung Malaysia diluluskan oleh

a)

Dewan Undangan Negeri

b)

Jawatankuasa Tindakan Negeri

c)

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

d)

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

4.

Undang-undang hanya boleh dikuatkuasakan oleh badan eksekutif setelah

a)

diluluskan oleh Majlis Parlimen

b)

disahkan oleh Badan Kehakiman

c)

diwartakan sebagai Warta Kerajaan

d)

diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong

5.

Yang manakah cara pindaan syarat-syarat kewarganegaraan Malaysia dapat dilaksanakan?

a)

Majoriti mudah Majlis Parlimen

b)

Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara

c)

Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong

d)

Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja

6.

Yang manakah boleh menyebabkan seseorang terhenti menjadi ahli Parlimen?

a)

Beliau bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri

b)

Didakwa di Mahkamah Syariah dalam kes tuntutan perceraian oleh isterinya

c)

Tidak menghadiri persidangan parlimen enam bulan berturut-turut

d)

Tidak mengangkat sumpah jawatan dalam tempoh tiga bulan selepas pewartaan kemenangan dalam pilihan raya

7.

Peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh seorang menteri atas kuasa yang diberi oleh Akta Parlimen.

Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Ordinan

b)

Enakmen

c)

Perundangan Kecil

d)

Doktrin Duluan Kehakiman

8.

Yang manakah antara berikut benar jika terdapat percanggahan antara undang-undang Persekutuan dengan undang-undang Negeri?

a)

Undang-undang Persekutuan akan dibatalkan

b)

Undang-undang Persekutuan dan undang-undang Negeri akan dipinda untuk mendapatkan persamaan

c)

Undang-undang Persekutuan akan digunakan dan undang-undang Negeri akan terbatal setakat mana yang bercanggah sahaja

d)

Undang-undang yang bercanggahan itu akan dirujuk kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri

9.

Yang berikut menyebabkan seseorang ahli Dewan Rakyat hilang kelayakannya sebagai Ahli Dewan kecuali

a)

Ditahan kerana tidak siuman

b)

Memperoleh kewarganegaraan asing

c)

Didakwa di mahkamah atas kesalahan yang dilakukannya

d)

Tidak menghadiri persidangan Parlimen selama 6 bulan secara berturut-turut tanpa keizinan Parlimen

10.

Yang manakah benar tentang kuasa perundangan Dewan Undangan Negeri?

a)

menggubal undang-undang bagi perkara yang tidak disebutkan dalam mana-mana senarai

b)

berkuasa meminda undang-undang Persekutuan yang bercanggah dengan undang-undang Negeri

c)

menggubal undang-undang bagi perkara yang disebutkan dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama

d)

berkuasa menolak sebarang rang undang-undang atau pindaan undang-undang berkenaan perkara yang disebut dalam Senarai Negeri dan Senarai Persekutuan

11.

Antara berikut, manakah merupakan tugas Yang di-Pertuan Agong di Parlimen?

a)

menggubal rang undang-undang

b)

merasmikan persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara

c)

melantik Senator

d)

mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen

12.

Yang manakah keanggotaannya bergantung kepada keputusan sesuatu pilihan raya umum secara langsung?

a)

Ahli Dewan Rakyat

b)

Ahli Dewan Negara

c)

Ahli Dewan Undangan Negeri

d)

Ahli Kabinet

13.

Manakah tugas Yang di-Pertua Dewan

a)

memastikan perbahasan berkaitan dengan usul

b)

mengurus perjalanan persidangan Dewan

c)

menghantar notis berkaitan persidangan

d)

menyediakan handsard Parlimen

14.

Alasan yang membolehkan seseorang calon yang bertanding kerusi Dewan Rakyat membuat petisyen pilihan raya?

a)

Disyaki melakukan amalan rasuah

b)

Tidak patuh peruntukan undang-undang pilihan raya

c)

Tidak menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya

d)

Bukan permastautin kawasan Parlimen yang ditandingi

15.

Menjaga kuasa serta kepentingan dewan dan disiplin ahli-ahli Dewan merupakan tugas

a)

Jawatankuasa Dewan

b)

Jawatankuasa Hak Ahli

c)

Jawatankuasa Pemilihan

d)

Jawatankuasa Peraturan tetap

16.

Menurut perkara 119(3) Perlembagaan Persekutuan, mengapakah seseorang warganegara hilang kelayakan menjadi pemilih dalam pilihan raya umum?

a)

Dia tidak hadir ke pilihan raya tersebut

b)

Dia menghadapi kecelakaan semasa pilihan raya tersebut dijalankan

c)

Tempat pilihan raya yang jauh dari tempat kediamannya

d)

Pada tarikh kelayakan dia tidak sempurna akal

17.

Manakah merupakan bidang kuasa Speaker Dewan Rakyat?

a)

menyediakan laporan lengkap perbahasan dewan

b)

mengeluarkan penyata rasmi bagi persidangan dan prosedur

c)

mengenakan tindakan disiplin terhadap ahli yang tidak mematuhi peraturan dewan

d)

menghubungi Suruhanjaya Pilihanraya jika timbul kekosongan kerusi Dewan Rakyat

18.

Yang manakah menyebabkan seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri hilang kelayakan sebagai ahli dewan?

a)

menjalankan syarikat perniagaan sendiri

b)

menjawat jawatan sepenuh masa dalam perkhidmatan awam

c)

memperoleh kewarganegaraan asing dengan sengaja

d)

menjalani hukuman penjara selama sehari

19.

Antara berikut, manakah jawatan yang boleh disandang oleh ahli Dewan Rakyat?

a)

Speaker Dewan Negara

b)

Ahli Dewan Undangan Negeri

c)

Setiausaha Majlis Raja-Raja

d)

Hakim Mahkamah Tinggi

20.

Dewan Undangan Negeri dikira tempoh genap usianya selama lima tahun dari tarikh

a)

writ pilihan rayq dikeluarkan

b)

keputusan pilihan raya diwartakan

c)

persidangan pertama Dewan Undangan Negeri

d)

Menteri Besar atau Ketua Menteri mengangkat sumpah jawatan