Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA BM SPM TINGKATAN 5D

Total questions: 22

Worksheet time: 6hrs 30mins

Name
Class
Date
1.

Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan.


Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud yang diberikan di atas.

a)

air dicencang tiada putus

b)

seperti anjing dengan kucing

c)

seperti kacang melupakan kulit

d)

bagai isi dengan kuku

2.
Nyatakan peribahasa yang berkaitan gambar berikut?
a)
Malas berdayung, perahu hanyut.
b)
Biduk lalu, kiambang bertaut.
c)
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
d)
Seperti mencurah air ke daun keladi.
3.

Berikan maksud peribahasa "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing"

a)

bekerjasama melakukan pekerjaan

b)

Mengalami susah senang bersama-sama.

c)

bersepatu padu dalam masyarakat.

4.

berikan maksud peribahasa "duduk sama rendah berdiri sama tinggi"

a)

Dua orang atau dua pihak yang sama darjat dalam adat.

b)

dua pihak mempunyai kedudukan yang tinggi

c)

dua pihak yang saling berebut pangkat

5.

berikan maksud peribahasa "Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas"

a)

sesuatu yang terdedah kepada panas dan hujan

b)

sesuatu yang tidak akan rosak walaupun ditimpa hujan.

c)

Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

6.

berikan maksud simpulan bahasa "lintah darat"

a)

menjual dengan harga yang mahal

b)

sikap penindasan orang kaya terhadap orang miskin

c)

Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

7.

berikan maksud peribahasa "Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang"

a)

Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

b)

sesuatu yang datang tanpa perlu berusaha

c)

sesuatu yang telah ditakdirkan menjadi rezeki kita

8.

berikan maksud peribahasa "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri"

a)

banyak kekayaan yang boleh diperoleh dinegeri orang berbanding negeri sendiri.

b)

Walau bagaimana baik pun keadaan di tempat atau negara lain, tempat atau negara kita tetap lebih baik dan selesa.

c)

lebih mudah mencari kekayaan di negara orang berbanding negara sendiri

9.

berikan maksud peribahasa "Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak"

a)

Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

b)

mengikut telunjuk orang di tempat tersebut

c)

tidak tahu arah dan tujuan kerana tidak biasa dengan tempat tersebut.

10.

berikan maksud peribahasa "Biar mati anak, jangan mati adat"

a)

orang yang sanggup membunuh anak demi kepentingannya

b)

Orang yang kuat berpegang kepada adat.

c)

adat yang perlu dikekalkan sepanjang zaman.

11.

berikan maksud peribahasa "Seperti lembu dicucuk hidung"

a)

orang bodoh yang sentiasa dipermainkan

b)

lembu kesayangan yang dicucuk hidung oleh tuannya.

c)

Orang yang selalu menurut kemahuan orang.

12.

berikan maksud peribahasa "Melentur buluh biarlah dari rebungnya"

a)

Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

b)

kalau nak betulkan buluh perlulah dari rebungnya supaya tidak mudah patah

c)

mendidik anak dengan kassih sayang yang secukupnya

13.

Jamal menjual barang-barang di kedainya dengan harga yang tinggi demi mengaut keuntungan yang berlipat ganda.


peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas adalah ?

a)

menangguk di air yang keruh

b)

mencurah air ke daun keladi

c)

lintah darat

14.

Masyarakat dahulu sering menasihatkan anak-anak mereka supaya merantau ke negeri orang untuk mencari rezeki dan menuntut ilmu.


situasi di atas sesuai dengan peribahasa ?

a)

seperti belut pulang ke lumpur

b)

jauh perjalanan luas pemandangan

c)

hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik negeri sendiri

15.

Kehadiran Encik Rashid sebagai pengetua baru di sekolah itu disenangi kerana sikap beliau yang dapat menyesuaikan diri dengan budaya sekolah.


Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi yang diberikan di atas.

a)

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

b)

seperti lembu dicucuk hidung

c)

biar mati anak jangan mati adat

16.

Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.


peribahasa yang sesuai bagi maksud di atas adalah ?

a)

bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

b)

ukur baju di badan sendiri

c)

usaha tangga kejayaan

17.

peribahasa yang mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa "bagai dakwat dengan kertas" adalah

a)

bagai isi dengan kuku

b)

bagai cincin dengan permata

c)

bagai bulan di pagar bintang

18.

peribahasa lain yang mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa "burung terbang dipipiskan lada" adalah ?

a)

sudah terhantuk baru nak terngadah

b)

mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

c)

bagai melepaskan batuk di tangga

19.

peribahasa lain yang mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa "Sudah jatuh ditimpa tangga" adalah ?

a)

Antah patah lesung hilang

b)

seperti pahat dengan penukul

c)

berat mata memnadang berat lagi bahu memikul

20.

Adila menolak tawaran kerja daripada sebuah syarikat kerana dia berharap untuk memperoleh gaji yang lebih lumayan daripada syarikat yang lain.


peribahasa yang paling sesuai dengan keadaan di atas ialah

a)

mendengar guruh di langit air ditempayan dicurahkan

b)

alang-alang berdakwat biar hitam

c)

kuman di seberang laut nampak gajah depan mata tidak nampak

21.

"mengambil kesempatan dalam suasana gawat atau atas kesusahan orang lain" . apakah peribahasa yang sesuai ?

a)

kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

b)

menangguk di air yang keruh

c)

seperti pahat dengan penukul

22.

peribahasa manakah yang tidak menunjukkan maksud pasangan yang sepadan

a)

bagai pinang di belah dua

b)

bagai cincin dengan permata

c)

tanduk bersendi gading

d)

embun di hujung rumput