wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Jawab soalan dengan betul.

Total questions: 60

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Pilih perkataan sinonim bagi sunyi.

a)

bahagia

b)

senyap

c)

suram

d)

ceria

2.

Sejak ditukarkan ke pedalaman, Encik Sarji sering _____________ isterinya di kota.

a)

diingatkan

b)

teringatkan

c)

mengingati

3.

Ibu mengangkat pakaian yang __________________ diampaian kerana hari hendak hujan.

a)

bersidai

b)

penyidai

c)

tersidai

4.

Pemain bola sepak itu ___________ keluar padang kerana mengalami kecederaan dalam pertandingan itu.

a)

dipapah

b)

diusung

c)

dikandar

d)

dijunjung

5.

Novel “Kasih Ibu” yang ___________ oleh penulis terkenal itu mendapat sambutan hangat di pasaran.

a)

dibuat

b)

dicetak

c)

digubah

d)

dikarang

6.

Puan Halimah berasa cemas kerana anak perempuannya masih belum pulang ____________ hari sudah senja.

a)

jikalau

b)

malahan

c)

sehingga

d)

sedangkan

7.

Aiman menggunakan __________ joran semasa memancing di tasik itu.

a)

sebilah

b)

selaras

c)

sebatang

d)

sepuntung

8.

“___________, guru-guru di sekolah ini berdoa agar ___________ berjaya dalam UPSR nanti,” kata guru besar kepada muridmurid tahun enam.

a)

Kita … anda

b)

Saya … kamu

c)

Kami … kalian

d)

Beliau … mereka

9.

Bapa mengadakan majlis kenduri kesyukuran ___________ menyambut kepulangan abang yang tamat pengajiannya di luar negara.

a)

bagi

b)

pada

c)

sejak

d)

supaya

10.

Nizam menjadi ______________ apabila terpaksa menggantikan Sazuan secara tiba-tiba sebagai pengacara majlis.

a)

bidan terjun

b)

batu loncatan

c)

ayam tambatan

d)

tulang belakang

11.

Amin __________ nota ringkas berpandukan petikan yang terdapat dalam buku teks.

a)

menulis

b)

mencatat

c)

mengarang

d)

melukis

12.

Encik Yazid ___________ sebuah calet di Pantai Seri Tujuh untuk bercuti bersama keluarganya pada minggu hadapan.

a)

membeli

b)

membayar

c)

menempah

d)

mengambil

13.

Kamal sedang berlatih___________ gambar pemandangan untuk menyertai pertandingan yang akan diadakan pada minggu hadapan.

a)

melukis

b)

menekap

c)

menghias

d)

mengecap

14.

Amalina menerima hadiah ___________ Pegawai Pelajaran Daerah kerana menjadi johan dalam pertandingan bercerita

a)

dari

b)

kepada

c)

dengan

d)

daripada

15.

Guru-guru menasihati kami supaya rajin membaca buku untuk menambahkan pengetahuan. Jangan jadi seperti __________.

a)

Katak di bawah tempurung

b)

Embun di hujung rumput

c)

Melukut di tepi gantang

d)

Kerbau dicucuk hidung

16.

Setiap pagi, Encik Masron ____________ kasut kulitnya sehingga berkilat sebelum ke pejabat.

a)

mengesat

b)

mengecat

c)

mengelap

d)

menggilap

17.

Pak Samad meletakkan dua _________ rotan di sudut rumahnya.

a)

laras

b)

berkas

c)

batang

d)

lingkar

18.

Para penonton ___________ ketika hendak memasuki stadium bagi menyaksikan perlawanan akhir pertandingan bola sepak.

a)

berasak-asak

b)

berlegar-legar

c)

berkejar-kejar

d)

bertindih-tindih

19.

Osman sentiasa mengingati pesanan ibunya agar makan dengan __________, lebih-lebih lagi ketika berada dalam majlis jamuan.

a)

cepat

b)

tertib

c)

lembut

d)

gelojoh

20.

Pak Cik Yusof sedang __________ papan untuk dijadikan lantai rumah.

a)

memahat

b)

mengukir

c)

mengetam

d)

menggerudi

21.

Hujah yang disampaikan oleh pihak pencadang dalam perbahasan itu sangat bernas. Perkataan seerti bagi bernas ialah

a)

tetap

b)

berisi

c)

penuh

d)

berguna

22.

Syahirah berasa gelisah kerana bapanya belum tiba. Perkataan berlawan bagi gelisah ialah

a)

yakin

b)

sedih

c)

berani

d)

tenang

23.

Gempa bumi itu menyebabkan kemusnahan tempat tinggal dan beribu-ribu nyawa terkorban. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.

a)

Di manakah gempa bumi itu berlaku?

b)

Bagaimanakah gempa bumi itu berlaku?

c)

Apakah kesan daripada gempa bumi itu?

d)

Siapakah yang terkorban akibat gempa bumi itu?

24.

Mengapakah Mak Cik Senah merungut- rungut sejak semalam? Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.

a)

Kami tidak tahu sejak bila Mak Cik Senah merungut.

b)

Mak Cik Senah akan merungut kerana kambingnya hilang.

c)

Ya, Mak Cik Senah merungut-rungut kerana kambingnya hilang semalam.

d)

Mak Cik Senah merungut-rungut sejak semalam kerana kambingnya hilang.

25.

I Pada musim hujan, paras air sungai akan meningkat.

II Tukang kebun itu paras pokok bunga agar kelihatan cantik.

III Jangan menilai seseorang berdasarkan rupa paras sahaja.

IV Pada musim sejuk yang melampau, suhu berada di bawah paras beku.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

26.

Pilih ayat yang betul.

a)

Jalan raya di kawasan perumahan itu bersimpang-siur.

b)

Sebuah bom lama telah dijumpai di kawasan semak itu.

c)

Rosliza mengutusi sepucuk surat kepada sahabat penanya.

d)

Sepasukan lanun telah menyerang kapal di perairan itu.

27.

Pada Hari Raya ramai kaum lelaki memakai baju Melayu dan mereka kelihatan amat ______.

a)

cantik

b)

tampan

c)

hodoh

d)

comot

28.

Kura-kura telah kalah dalam pertandingan itu kerana ia bergerak amat ______.

a)

deras

b)

laju

c)

perlahan

d)

pantas

29.

Buah cempedak itu sudah _____ kerana telah dimakan ulat.

a)

hodoh

b)

lemau

c)

layu

d)

busuk

30.

Sebaik-baik sahaja tiba di rumah, ________dimarahi bapanya kerana bermain hujan sehingga basah kuyup.

a)

dia

b)

beliau

c)

mereka

d)

kalian

31.

“Kedatangan ............................. ini besar hajatnya,” kata Mak Limah kepada Datuk Temenggung.

a)

saya

b)

hamba

c)

patik

d)

pancar

32.

Pihak polis melepaskan tujuh __________tembakan ke arah penceroboh itu.

a)

das

b)

laras

c)

butir

d)

pucuk

33.

Zakuan memancing dengan menggunakan se_______ joran yang baru dibelinya.

a)

potong

b)

buah

c)

batang

d)

kaki

34.

Marlina tidak membuat apa-apa keputusan__________untuk menyokongnya __________membantah keputusan itu.

a)

atau…dan

b)

lalu…bahkan

c)

sama ada…atau

d)

walhal…inikan pula

35.

..................... kereta, basikal ..................... dia tidak mampu memilikinya.

a)

Sama ada…atau

b)

Baik…mahupun

c)

Sedangkan…inikan pula

d)

Jangankan…pun

36.

Kata-kata orang yang ____________ memang senantiasa berubah-ubah.

a)

berat mulut

b)

mulut murai

c)

lidah bercabang

d)

banyak mulut

37.

Puan Aminah sedang ________ dengan jiran baharunya.

a)

berbual

b)

bersalam

c)

berbalah

d)

bertengkar

38.

Kamal bekerja di syarikat itu ______ tahun lalu.

a)

dari

b)

sejak

c)

daripada

d)

antara

39.

Suhana terkenang ____ orang tuanya yang masih berada di Makkah.

a)

oleh

b)

dengan

c)

akan

d)

tentang

40.

...................... gasing amat popular di pantai timur Semenanjung Malaysia.

a)

Pemain

b)

Permainan

c)

Dimainkan

d)

Memainkan

41.

Aminah sangat tertarik akan ......................... anak kecil itu.

a)

cantik

b)

tercantik

c)

kecantikan

d)

mencantikkan

42.

Muka Hilmi _______ apabila ternampak lembaga hitam itu.

a)

comot-momot

b)

licin-licau

c)

kering-kontang

d)

pucat-lesi

43.

Harun bermain _____ untuk mengalahkan pemain yang hebat itu.

a)

tungkus-lumus

b)

mati-matian

c)

gotong-royong

d)

pontang-panting

44.

Rumah setinggan banyak dibina di bandar-bandar akibat penghijrahan penduduk desa ke bandar. Peribahasa yang sesuai ialah

a)

Seperti anjing menyalak bukit

b)

Seperti melukut di tepi gantang

c)

Seperti cendawan tumbuh selepas hujan

d)

Seperti kerbau dicucuk hidung

45.

Adik bongsu saya yang berusia empat bulan baru belajar __________________.

a)

merangkak

b)

meniarap

c)

mengiring

d)

mengesot

46.

“Bagaimanakah __________membahagikan masa antara belajar dan bersukan,” tanya Nurul kepada Umairah.

a)

saya

b)

anda

c)

kalian

d)

awak

47.

“_______________ jangan lengah-lengahkan kerja yang cikgu beri tadi.” kata Cikgu Amin kepada murid-muridnya.

a)

Sila

b)

Harap

c)

Tolong

d)

Minta

48.

Beberapa __________pokok pandan tumbuh subur di belakang rumah nenek.

a)

kelompok

b)

jambangan

c)

rumpun

d)

karangan

49.

Cikgu Amirul berdiri di __________Amar sambil memujuknya supaya berhenti menangis.

a)

dekat

b)

antara

c)

hadapan

d)

belakang

50.

Pak Cik Sharul sedang mengambil ___________ daripada kotak alat pertukangan.

a)

pepahat

b)

sesiku

c)

penukul

d)

pelantak

51.

Sebelum ke sekolah Syahmi akan ____________lencana sekolah pada bajunya.

a)

menyemat

b)

menampal

c)

meletak

d)

melekat

52.

Seekor anak ikan paus ditemui mati _____________ di Pantai Seri Tujuh.

a)

terhampar

b)

terkapar

c)

terdampar

d)

terpapar

53.

Pak Latif _____________ kelapa yang diminta oleh pelanggannya.

a)

mengupas

b)

menarah

c)

memarut

d)

memerah

54.

________________ terbang pulang ke sarang apabila hari menjelang senja.

a)

Beburung

b)

Lelabah

c)

Rerama

d)

Kekunang

55.

Bangunan Kasturi dibina indah oleh ____________ tempatan dengan bercirikan senibina Melayu.

a)

juruhias

b)

jurubina

c)

jurusolek

d)

juruteknik

56.

Jazmin belajar bersungguh-sungguh __________________mencapai cita-citanya menjadi doktor.

a)

sampai

b)

dalam

c)

akan

d)

demi

57.

Umar mengikat _______________mata kali di penghujung tali jorannya.

a)

sebentuk

b)

segelung

c)

seutas

d)

sebilah

58.

Alia __________________ kerana dapat menjawab dengan tepat semua soalan Kuiz Sains itu.

a)

alah biasa tegal biasa

b)

bijak bagai pendeta

c)

cepat macam kilat

d)

betul macam bendul

59.

Peribahasa yang sesuai atau berkaitan dengan sikap kanak-kanak dalam gambar ialah ______________________ .

a)

putih tulang

b)

ringan tulang

c)

bekas tangan

d)

campur tangan

60.

Kerajaan akan membina ________ untuk mengatasi kesesakan lalu lintas pada musim perayaan.

a)

jejantas

b)

jejambat

c)

lebuh raya

d)

jalan rentas