Font size
WorksheetsEKONOMI : Pengenalan Kepada Ekonomi
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Ilmu ekonomi mengkaji bagaimana manusia menggunakan sumber ekonomi yang....... 1(SPM 2007)
Terhad untuk memenuhi kehendak yang terhad
Tidak terhad untuk memenuhi kehendak yang terhad
Terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad
Tidak terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad
Ilmu ekonomi mengkaji tentang bagaimana manusia ..................... 1(SPM 2012)
Menggunakan wang bagi meningkatkan tabungan pada masa hadapan
Menyeimbangkan pelbagai kehendak dengan sumber ekonomi yang ada
Mengurangkan jurang perbezaan antara golongan kaya dengan miskin
Menghasilkan keluaran dengan menggunakan faktor pengeluaran secara maksimum
Ilmu ekonomi mengkaji bagaimana manusia.................. 1(SPM 2013)
Memenuhi keinginan untuk memiliki sesuatu barang
Memaksimumkan kepuasan daripada penggunaan sumber yang tidak terhad
Memenuhi kehendak yang tidak terbatas dengan menggunakan sumber pengeluaran yang tidak terhad
Mengagihkan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad
Apakah yang dikaji dalam ilmu ekonomi? 1(SPM 2014)
Mengimbangi tingkat keuntungan dengan kos pengeluaran
Menjalankan projek pembangunan untuk kebajikan rakyat
Menyelesaikan masalah kehendak dan keperluan dalam kehidupan
Menggunakan faktor pengeluaran yang terhad bagi memenuhi kehendak yang tidak terhad
Pernyataan berikut merujuk kepada suatu masalah kos lepas.
Output kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan akibat memilih output yang paling menguntungkan.
Unit ekonomi yang manakah mengalami masalah kos lepas itu? 1(SPM 2004)
Seorang suri rumah
Tuan punya sebuah kilang
Kementerian Pertanian Malaysia
Perbadanan Pembangunan Infrastruktur Negara
Jadual 1 menunjukkan dua barang X dan Y keluaran suatu firma.
Tingkat pengeluaran bergantung kepada kaedah pengeluaran yang digunakan. Jika pengurusan firma itu mengambil keputusan mengubah kaedah pengeluaran daripada kaedah P kepada kaedah Q, berapakah unit barang X terpaksa dilepaskan untuk mengeluarkan 75 unit barang Y? 3(SPM 2004)
15
20
30
45
Apakah tujuan membuat pilihan apabila melaksanakan sesuatu projek? 1(SPM 2005)
Meminimumkan kos pengeluaran.
Memaksimumkan kepuasan pengguna.
Memaksimumkan kebajikan masyarakat.
Mengikut keutamaan dan dilaksanakan apabila perlu.
Pernyataan berikut berkaitan dengan satu masalah ekonomi.
Kekurangan faktor pengeluaran mewujudkan pilihan
Matlamat pilihan tersebut dibuat untuk memaksimumkan ...... 2(SPM 2007)
Keluaran
Kepuasan
Kebajikan
Keuntungan
Apakah tujuan individu membuat pilihan dalam menyelesaikan masalah ekonomi? 1(SPM 2008)
Mengutamakan barang kehendak
Memaksimumkan perbelanjaan
Memaksimumkan kepuasan
Mengutamakan keselesaan
Pernyataan manakah yang menerangkan maksud kos lepas bagi firma? 1(SPM 2010)
Kos yang dibayar walaupun proses pengeluaran tidak dijalankan
Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
Keluaran kedua terbaik yang dilepaskan bagi mendapatkan keluaran terbaik
Input yang ditambah dalam proses pengeluaran bagi meningkatkan output
Apakah tujuan isi rumah membuat pilihan dalam menyelesaikan masalah ekonomi? 2(SPM 2013)
Mengutamakan kehendak
Mengutamakan keselesaan
Memaksimumkan kepuasan
Memaksimumkan perbelanjaan
Maklumat diatas berkaitan dengan masalah ekonomi yang dihadapi oleh firma NQA.
Berapakah kos lepas sekiranya firma NQA menukar teknik pengeluaran dari A ke B? 3(SPM 2014)
50 unit telefon bimbit
160 unit telefon bimbit
40 unit komputer peribadi
55 unit komputer peribadi
Apakah kos lepas bagi firma? 1(SPM 2015)
Bayaran untuk mengeluarkan seunit output
Pilihan input yang digunakan dalam proses pengeluaran
Output yang tidak dipilih bagi mendapatkan output terbaik
Perbelanjaan yang ditanggung untuk menghasilkan barangan
Maklumat diatas menunjukkan pilihan teknik pengeluaran Syarikat X.
Apakah kos lepas yang dihadapi oleh Syarikat X sekiranya teknik intensif modal digunakan? 3(SPM 2018)
40 unit baju
60 unit baju
100 unit seluar
160 unit seluar
Rajah 1
Rajah 1 menunjukkan sumber-sumber ekonomi yang diperlukan untuk mengeluarkan barang-barang dan perkhidmatan.
Y ialah suatu daripada sumber tersebut.
Apakah ganjaran yang diberi kepada penyumbang Y? 2(SPM 2004)
Upah
Sewa
Faedah
Untung
Usahawan menerima ganjaran untung kerana ....... 2(SPM 2008)
Membenarkan orang lain menguruskan untung
Menangguhkan perbelanjaannya pada masa sekarang
Kecekapannya menyelaraskan sumber ekonomi
Sanggup menanggung risiko
Pasangan manakah yang betul tentang sumber ekonomi? 2(SPM 2014)
Modal....Input produktif yang digunakan dalam proses pengeluaran
Tanah....Sumber yang diperlukan dalam pengeluaran dan penawarannya tidak terhad
Buruh Individu yang menggabungkan sumber ekonomi untuk menghasilkan output
Usahawan Individu yang memberi sumbangan produktif sama ada dalam bentuk fizikal dan mental
Untung adalah ganjaran yang diterima oleh usahawan kerana ..... 5(SPM 2015)
Menangguhkan perbelanjaan pada masa sekarang
Membenarkan orang lain mengurus perniagaannya
Menabung dalam institusi kewangan Islam
Menyelaras faktor-faktor pengeluaran
Rajah 1 berkaitan dengan faktor pengeluaran.
Faktor X menerima ganjaran ...... 1 (SPM 2016)
Upah
Sewa
Faedah
Untung
Pernyataan manakah yang betul tentang sumber ekonomi? 1(SPM 2018)
Tanah merupakan sumber yang di ekstrak dari bumi dan lautan
Modal mempunyai penawaran yang terhad yang menyebabkan harganya meningkat secara berterusan
Buruh merupakan individu yang menggabungkan faktor pengeluaran untuk menghasilkan output
Usahawan adalah individu yang memberikan hasil pengeluaran secara produktif sama ada secara fizikal dan mental
Encik Yusuf membuka sebuah kilang perabot berasaskan kayu getah di kampung Teluk Enas. Beliau mampu memberi peluang pekerjaan kepada 20 orang penduduk di kampung tersebut.
Pernyataan manakah yang betul tentang Encik Yusuf? 2(SPM 2018)
Mendapat ganjaran dalam bentuk sewa
Menggabungkan input-input pengeluaran bagi menghasilkan output
Menyumbangkan tenaga mental dan fizikal dalam proses pengeluaran
Merupakan sumber ekonomi yang diperlukan untuk melicinkan proses pengeluaran
Antara yang berikut yang manakah betul? 1(SPM 2019)
A
B
C
D
Antara yang berikut yang manakah betul? 1(SPM 2019)
A
B
C
D
Maklumat berikut berkaitan satu faktor pengeluaran.
Encik Hamzah adalah pembekal lemang periuk kera di Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Awalnya, usaha Encik Hamzah kurang mendapat sambutan. Setelah setahun beroperasi barulah beliau menerima pulangan yang lumayan.
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang faktor pengeluaran tersebut? 2(SPM 2019)
Berani menanggung risiko
Kreatif dan inovatif dalam pemasaran
Menyumbang tenaga dalam proses pengeluaran
Memiliki sumber hasil hutan yang boleh diperbaharui
1. Ilmu ekonomi didefinisikan dengan dengan tepat sekali sebagai sains sosial yang mengkaji
bagaimana meningkatkan kebajikan masyarakat
bagaimana kestabilan dan pertumbuhan ekonomi tercapai
bagaimana manusia memperoleh kekayaan dan menggunakannya
bagaimana menggunakan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terbatas
Yang manakah antara berikut bukan sumber ekonomi ?
Tanah dan sumber asli
Usahawan
Teknologi
Modal
Faktor pengeluaran ini menyumbangkan tenaga fizikal dan mental untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
Apakah pulangan yang diterima olehnya?
Sewa
Upah
Bunga
Faedah
Antara yang berikut, yang manakah tidak tergolong sebagai faktor pengeluaran dalam ekonomi?
Sumber galian
Membeli saham
Pengurus kilang
Buruh tidak mahir
Antara yang berikut,yang manakah merupakan sumber
ekonomi dalam kategori buruh mahir ?
Petani
Siswazah
Tapak kilang
Pengurus kilang
Mengapakah usahawan penting dalam aktiviti ekonomi?
Menjimatkan pendapatan bersih
Meningkatkan pendapatan individu
Meningkatkan taraf hidup masyarakat
Menggabungkan faktor - faktor pengeluaran
Apakah objektif utama penggunaan faktor
pengeluaran oleh firma ?
Mencapai agihan saksama
Memaksimumkan kepuasan
Memakimumkan keuntungan
Memenuhi kehendak manusia
Pernyataan di bawah menunjukkan suatu masalah
ekonomi.
" Gaji terhad tetapi kehendak tidak terhad"
Siapakah yang mungkin menghadapi masalah ekonomi
di atas ?
Firma
Encik Syafiq
Kerajaan
Pengusaha Tesco
Apakah sistem ekonomi yang menggunakan
mekanisme pasaran untuk menentukan jenis
barang yang dikeluarkan?
I Sistem ekonomi pasaran bebas
II Sistem ekonomi campuran
III Sistem ekonomi sosialis
IV Sistem ekonomi perancangan pusat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Bagaimanakah kerajaan campur tangan bagi
menyelesaikan masalah “apa yang hendak
dikeluarkan” dalam sistem ekonomi campuran ?
Mengawal tingkat harga barang
Mengeluarkan barang awam
Menghadkan pengeluaran lesen perniagaan
Menggalakkan penggunaan teknologi moden
Amerika Syarikat menyelesaikan masalah
“bagaimana hendak dikeluarkan” melalui kaedah
pengeluaran paling cekap dan meminimumkan kos
meningkatkan penawaran dan permintaan
pengeluaran barang ditentukan oleh kerajaan
persaingan antara firma dan kerajaan
Pernyataan yang manakah tepat menjelaskan sumber
ekonomi buruh dalam ekonomi ?
Mobiliti geografi yang rendah
Berfikir secara kreatif dan inovatif
Menerima ganjaran upah wang
Berusaha mencapai pengeluaran output yang
paling maksimum
Antara yang berikut, yang manakah ciri persamaan
antara sistem ekonomi campuran dengan sistem
ekonomi pasaran bebas?
I Keputusan ekonomi dibuat oleh kerajaan
II Harga ditentukan oleh mekanisme harga
III Pihak swasta bebas memiliki faktor pengeluaran
IV Kerajaan menyediakan barang awam
untuk masyarakat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat di bawah berkaitan dengan masalah
ekonomi
" Aini menggunakan wang saku untuk membeli
sepinggan nasi goreng di kantin sekolah. Aini tidak
memesan air minuman kerana tidak mempunyai wang
saku yang mencukupi.
Apakah kos lepas yang dihadapi oleh Aini ?
Air minuman
Wang saku
Kantin sekolah
Nasi Goreng
Masalah ekonomi adalah?
Sumber, pilihan , buruh
kekurangan, pilihan dan kos lepas
sumber, kekurangan dan kos lepas
kekurangan , modal dan pilihan
Kegiatan individu tertakluk kepada akidah, syariat islam dan akhlak. Pernyataan ini adalah benar untuk sistem ekonomi?
Kapitalis
Sosialis
Campuran
Islam
