wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

unit 15 Hak Asasi Manusia Dilindungi Bersama

Total questions: 40

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan hak wanita. kecuali...

a)

hak untuk mendapat peluang kenaikan pangkat

b)

hak untuk mendapat maklumat

c)

hak untuk mendapatkan pekerjaan

d)

hak untuk bersuara

2.

Membela nasib pekerja dalam isu seperti penyelarasan gaji, pampasan dan pemecatan pekerja tanpa sebab yang munasabah.


Pernyataan di atas merupakan sumbangan badan bukan kerajaan untuk melindungi hak?

a)

hak wanita

b)

hak pekerja

c)

hak OKU

d)

hak pengguna

3.

Kita juga boleh memainkan peranan untuk melindungi hak wanita, pengguna, OKU dan pekerja dalam menunjukkan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.


Antara peranan sebagai rakyat malaysia ialah.....

a)

berusaha memperjuangkan hak pengguna di Malaysia.

b)

menghormati hak wanita, pengguna, OKU dan pekerja

c)

membuat aduan sekiranya mengetahui penderaan dan diskriminasi dilakukan terhadap golongan wanita dan OKU.

d)

melaksanakan kewajipan untuk membantu golongan yang memerlukan seperti OKU dan wanita miskin.

4.

Mana satu merupakan hak asasi wanita?

a)

Hak untuk mendapatkan perlindungan

b)

Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat

c)

Hak untuk menikmati kehidupan yang normal

d)

Hak untuk mendapat upah dan gaji

5.

Apakah langkah badan kerajaan untuk melindungi hak OKU?

a)

Menetapkan gaji minimum

b)

Mewujudkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

c)

Menyediakan pelbagai kemudahan, peluang pendidikan dan kemahiran kepada OKU

d)

Memberikan hak untuk mendapat maklumat

6.

Berdasarkan gambar di atas, menunjukkan hak asasi manusia yang mana yang diabaikan?

a)

Hak Pekerja

b)

Hak Pengguna

c)

Hak Wanita

d)

Hak OKU

7.

Berikut merupakan peranan yang boleh diambil untuk melindungi hak asasi manusia, kecuali....

a)

Membuat laporan sekiranya ternampak penipuan yang dilakukan oleh peniaga kepada pengguna

b)

Menghormati hak wanita, pengguna, OKU dan pekerja

c)

Memukul dan menengking pekerja tanpa belas kasihan

d)

Memberi perlindungan kepada wanita yang memerlukan

8.

Berikut adalah Agensi Bukan Kerajaan yang memainkan peranan untuk meningkatkan penyertaan kaum wanita dalam bidang ekonomi dan sosial kecuali............................

a)

Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI)

b)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

c)

Wanita dalam Pembangunan (NACIWID)

d)

Perkumpulan Wanita (WI)

9.

Cara terbaik bagi menghargai wanita yang telah berbakti kepada tanah air ialah dengan..............................

(Boleh pilih TIGA jawapan)

a)

menganugerahkan pingat

b)

mengabadikan nama mereka pada nama sekolah, jalan atau bangunan

c)

mencatat nama mereka dalam Buku Catatan

d)

Mengisytiharkan Tokoh Wanita Berjaya Negara

10.

Mengapakah orang kurang berupaya

memerlukan bantuan daripada kita yang

sempurna?

a)

Agar hidup mereka selesa

b)

Untuk mengurangkan beban yang ditanggung.

c)

Boleh mengurangkan cukai

pendapatan tahunan.

d)

Supaya dikenal sebagai orang yang budiman.

11.

Mengapakah setiap pengguna perlu

mengetahui hak-hak mereka?

a)

Untuk mengelakkan pengguna daripada ditipu

b)

Bagi menakutkan penjual dan pengedar

c)

Supaya pengguna mendapat barangan yang murah

d)

Supaya penjual diberkas sekiranya menipu pengguna

12.

Hak asasi manusia terbahagi kepada ?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

e)

5

13.

Antara berikut, yang manakah memainkan peranan amat penting dalam pembangunan sesebuah negara

a)

Wanita

b)

Pekerja

c)

Pengguna

d)

OKU

e)

Semua di atas

14.

• Hak untuk mendapat pendidikan.

• Hak untuk mendapat pekerjaan.

• Hak untuk mendapat peluang kenaikan pangkat.

• Hak untuk mendapat perlindungan.

• Hak untuk bersuara.


Pernyataan di atas merujuk kepada _____________

a)

Hak Wanita

b)

Hak Pengguna

c)

Hak Pekerja

d)

Hak OKU

15.

Hak untuk dihormati. •

Hak untuk menikmati kehidupan yang normal.

• Hak untuk menjalani kehidupan tanpa sebarang diskriminasi.

• Hak untuk mendapat sokongan yang diperlukan untuk berdikari.

• Hak untuk mendapat peluang yang sama.


Pernyataan di atas merujuk kepada _____________

a)

Hak Wanita

b)

Hak Pengguna

c)

Hak Pekerja

d)

Hak OKU

16.

Apakah kepentingan melindungi hak pekerja ?

a)

Memastikan kebajikan pekerja terpelihara dan terjaga dengan baik.

b)

Mengelakkan golongan ini terpinggir

daripada masyarakat

c)

Membantu wanita untuk hidup berdikari tanpa bergantung pada orang lain.

d)

Melindungi pengguna daripada menjadi mangsa eksploitasi pengeluar

17.

Peranan Sebagai Rakyat Malaysia


Menghormati hak wanita, pengguna, OKU dan pekerja.

a)

Ya

b)

Tidak

18.

Peranan Sebagai Rakyat Malaysia


Melibatkan diri dalam aktiviti atau program badan kerajaan dan badan bukan kerajaan untuk melindungi hak wanita, pengguna, OKU dan pekerja.

a)

Ya

b)

Tidak

19.

Peranan Sebagai Rakyat Malaysia


Membuat laporan sekiranya ternampak penipuan yang dilakukan oleh peniaga kepada pengguna.

a)

Ya

b)

Tidak

20.

Peranan Sebagai Rakyat Malaysia


Melaksanakan kewajipan untuk membantu golongan yang memerlukan seperti OKU dan wanita miskin.

a)

Ya

b)

Tidak

21.

Cadangan Nilai berkaitan topik ini..

a)

Hormat

b)

Kasih Sayang

c)

Keberanian

d)

Bertanggungjawab

e)

Kesederhanaan

22.

Berikut adalah perkara yang perlu diteliti oleh seseorang pengguna semasa membeli barang keuali

a)

Tarikh luput, tarikh pembuat

b)

Kedudukan produk

c)

Berat minimum

d)

standard SIRIM

23.

Perempuan ini telah ditipu dan membayar dengan harga yang tinggi untuk dandanan rambutnya. Apakah hak yang harus dipertegakkan

a)

Hak wanita

b)

Hak kanak kanak

c)

Hak pengguna

d)

Hak Moana

24.

Nyatakan hak pengguna yang dilindungi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia apabila mendapati beberapa produk kecantikan mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan.

a)

Hak untuk mendapat pendidikan

b)

Hak untuk mendapat kenaikan pangkat

c)

Hak untuk mendapat barangan yang selamat.

25.

Mengapakah kerajaan perlu melindungi hak pengguna?

a)

Melindungi pengguna daripada menjadi mangsa eksploitasi pengeluar

b)

Membantu wanita hidup berdikari

c)

Menggalakkan pekerja bekerja dengan bersungguh-sungguh

26.

Berikut merupakan butiran yang perlu diteliti oleh pengguna semasa membeli sesuatu barang KECUALI

a)

tarikh luput

b)

kandungan bahan

c)

tarikh perayaan

d)

kekemasan pembungkusan

27.

Nyatakan tindakan yang sepatutnya anda lakukan apabila mendapati pekedai menjual barangan yang telah tamat tempoh penggunaannya?

a)

Membeli barangan tersebut

b)

Menyebarkan perkara tersebut di media sosial

c)

Memberitahu perkara tersebut kepada pekedai

28.

Haris telah membeli seterika wap secara dalam talian. Apabila menerimanya, dia mendapati seterika tersebut rosak. Dia telah membuat aduan kepada syarikat tersebut. Syarikat tersebut berjanji untuk menggantikan dengan seterika yang baharu.


Nyatakan hak pengguna yang diperoleh oleh Harry.

a)

Hak untuk memilih

b)

Hak untuk mendapatkan ganti rugi

c)

Hak untuk mendapat maklumat

d)

Hak untuk dihormati

29.
Siapakah yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan untuk golongan kurang berupaya ?
a)
Badan Bukan Kerajaan
b)
Kerajaan
c)
Masyarakat
d)
Guru
30.
Golongan kurang upaya wajar mendapat layanan yang sama rata seperti orang lain.
a)
TIDAK
b)
YA
31.

Pemotongan gaji adalah tidak dibenarkan sama sekali kecuali dalam hal-hal tertentu yang disebut dalam Akta/Ordinan biarpun pekerja telah berikan keizinan.

a)

BETUL

b)

SALAH

32.

Majikan tidak boleh membuang pekerja tanpa sebab yang munasabah. Pekerja berhak diadili terlebih dahulu dan mengetahui mengapa dia diberhentikan.

a)

BETUL

b)

SALAH

33.

berikut adalah hak - hak pengguna kecuali

a)

Hak mendapat keperluan asas

b)

Hak untuk memilih

c)

Hak untuk mendapat maklumat yang tepat

d)

Hak untuk mendapatkan pendidikan kesihatan

34.

Golongan wanita perlu ditindas supaya peranan dan kuasa mereka tidak melebihi golongan lelaki

a)

Betul

b)

Salah

35.

Orang Kurang Upaya kurang berjaya dan tiada keyakinan diri

a)

Betul

b)

Salah

36.

Kecacatan tidak menghalang seseorang individu untuk berjaya

a)

Betul

b)

Salah

37.

Pengguna diberi hak untuk memilih sesuatu barangan atau perkhidmatan

a)

Betul

b)

Salah

38.

Pengguna berhak menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan yang diterima

a)

Betul

b)

Salah

39.

Setiap majikan perlu menjaga dan melindungi hak pekerja bawahannya

a)

Betul

b)

Salah

40.

Setiap pekerja berhak mendapat pengiktirafan atas sumbangan yang telah diberikan

a)

Betul

b)

Salah