WorksheetsKuiz PdPr 2 (Sains) Tingkatan 2
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Antara berikut, yang manakah merupakan bukan sifat benda-benda hidup?
Bernafas
Bergerak balas
Tumbesaran
Berjalan
Antara berikut, yang manakah pasangan yang tidak betul antara organisma dengan habitatnya?
Hidra - Dalam tanah
Luncur air - Permukaan air
Paramesium - Kolam
Spirogira - Kolam
Cacing tanah perlu hidup dalam keadaan yang lembap untuk mengekalkan kelembapan kulit luar badannya. Apakah tujuan cacing tanah berbuat begitu?
Untuk melindungi tisu-tisu dalam
Untuk mengekalkan bentuk badan
Untuk membolehkan penyerapan oksigen
Untuk memudahkan pergerakan badan yang lembut
Apakah sifat terpenting bagi haiwan vertebrata?
Bernafas dengan menggunakan peparu
Membiak dan menjaga anak sendiri
Mempunyai tulang belakang
Bergerak balas terhadap sebarang rangsangan
Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang ciri-ciri reptilia?
Ia mempunyai telur bercangkerang
Ia melakukan persenyawaan luar
Suhu badanya berubah mengikut suhu persekitaran
Ia bernafas dengan menggunakan peparu
Ciri-ciri berikut dipunyai oleh ikan kecuali
melakukan persenyawaan dalam
merupakan haiwan poikiloterma
kulit bersisik dan berlendir
bernafas dengan menggunakan insang
Semua kumpulan tumbuhan berikut adalah kumpulan tumbuhan tidak berbunga kecuali?
Lumut hati, paku pakis, ru
Pine, alga, lumut
Kulampair, lumut, paku pakis
Lengkuas, Keladi, paku gajah
Kulat mempunyai ciri-ciri berikut kecuali
membiak melalui spora.
wujud dalam bentuk unisel
sel-selnya mempunyai dinding sel.
tidak dapat membina makanan sendiri.
Antara berikut, yang manakah merupakan habitat bagi pokok kaktus?
Laut
Hutan
Gurun
Kayu reput
Burung, paus, kelawar, buaya dan kerbau mempunyai satu sifat yang sama.Apakah sifat yang dimaksudkan?
Berdarah sejuk
Mempunyai telinga bercuping
Hidup di atas darat
Melakukan persenyawaan dalam
Rajah menunjukkan seekor haiwan Antara berikut, sifat yang manakah benar tentang haiwan ini?
Sejenis ikan
Menyusukan anak
Berdarah sejuk
Bernafas dengan menggunakan insang
Antara tumbuhan berikut, yang manakah mempunyai spora dan tidak boleh membuat makanan sendiri?
Cendawan
Lumut
Paku pakis
Kaktus
Antara berikut, yang manakah benar tentang dinding sel?
Terdiri daripada selulosa
Terdapat pada tumbuhan sahaja
Terdapat pada kedua-dua sel tumbuhan dan haiwan
Katak dan berudu berbeza dari segi
rupa bentuk.
organ pernafasan
habitat
Rajah menunjukkan sejenis buah tumbuhan. Antara berikut, yang manakah benar tentang buah tumbuhan tersebut?
tumbuhan ini menyebarkan biji benih dengan cara letupan.
tumbuhan ini mempunyai kepak dan boleh diterbangkan oleh angin
tumbuhan ini merupakan tumbuhan daratan
Mengapakah arnab dikelaskan sebagai kumpulan mamalia?
Arnab mempunyai cuping telinga
Arnab menyusukan anak
Arnab berdarah panas
Apakah organ-organ yang terlibat dalam sistem pernafasan?
Trakea
Peparu
Pankreas
Antara penyataan berikut, yang manakah benar tentang yis?
Ia membiak dengan cara pertunasan.
Ia merupakan di antara unisel yang berfaedah kepada manusia
Ia boleh hidup hanya di atas darat tanpa kehadiran air.
Antara berikut, yang manakah benar tentang haiwan invertebrata?
Haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang
Haiwan ini disokong oleh kulit luar atau cecair badan
Semua haiwan jenis ini tinggal di atas darat
Ia adalah organisma yang menguraikan haiwan dan tumbuhan mati kepada bahan-bahan yang lebih ringkas atau nutrien. Ia boleh merujuk kepada _____
Tumbuhan menjalankan proses ______ dengan membebaskan _____ dan pada masa yang sama ia menjalankan _____ dengan menggunakan oksigen.
respirasi, karbon dioksida, transpirasi
fotosintesis, karbon dioksida, respirasi
fotosintesis, oksigen, respirasi
Aktiviti ini boleh mengganggu kitar nutrien KECUALI
pembakaran bahan api fosil
penebangan hutan secara terkawal
penggunaan sumber air secara berlebihan
memburu secara haram
Antara langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah gangguan kepada kitar nutrien ialah
mewujudkan sistem pertanian terancang
menggunakan kenderaan persendirian
menyimpan air hujan untuk kegunaan harian
memansuhkan undang-undang
menanam semula pokok
"Sekumpulan organisma yang sama spesies dan hidup di habitat yang sama"
Pernyataan di atas merujuk kepada
ekosistem
komuniti
populasi
spesies
Apakah hubungan organisma dalam gambar berikut
Parasitisme
Persaingan
Komensalisme
Mutualisme
Interaksi ini antara dua organisma yang memberi manfaat kepada satu organisma sahaja tanpa memudaratkan atau menguntungkan organisma yang satu lagi. Manakah gambar yang sesuai menggambarkan hubungan yang dinyatakan.
Singa dan harimau bersaing untuk mendapat semua yang di bawah KECUALI
makanan
ruang
pasangan
air
cahaya
Berikut adalah faktor-faktor yang mempengaruhi saiz populasi dalam sesuatu ekosistem KECUALI
perubahan budaya
serangan penyakit
sumber makanan
perubahan cuaca
Haiwan yang manakah mengalami migrasi?
Burung hantu
Burung Bangau kendi
Ular Sawa
Kumbang kura-kura
Kesan aktiviti perindustrian menyebabkan yang berikut KECUALI
Pencemaran air
Pencemaran udara
Kesan rumah hijau
Tanah kehilangan mineral
Apakah maksud 5R?
Refuse , Reduce, Reuse, Recycle , Repurpose
Remanage , Reduce, Reuse, Recycle , Repurpose
Refuse , Reduce, Reuse, Recycle , Rebuild
Remanage , Reduce, Reboot, Recycle , Repurpose
Manakah benar mengenai karbohidrat?
Kanji merupakan makanan yang tersimpan dalam tumbuhan.
Glikogen adalah makanan simpanan dalam haiwan di bahagian otot dan hati .
Selulosa membentuk dinding sel tumbuhan.
Asid amino membaiki tisu-tisu rosak.
Gliserol membantu mengekalkan suhu badan.
Protein mungkin terdiri daripada unsur -unsur berikut KECUALI
Natrium
Sulfur
Fosforus
Nitrogen
Tubuh memerlukan air untuk perkara berikut KECUALI
Menyingkirkan bahan kumuh seperti urea
Mengawal kepekatan darah
Mengangkut makanan tercerna ke sel-sel badan
Mengangkut oksigen ke seluruh anggota badan
Manakah pernyataan yang PALING tepat.
Pencernaan fizikal berlaku di mulut dan perut manakala pencernaan kimia berlaku di mulut, perut, duodenum dan usus.
Hasil pencernaan fizikal ialah molekul ringkas manakala hasil pencernaan kimia ialah molekul kompleks.
Pencernaan fizikal dan pencernaan kimia berlaku pemecahan makanan di saluran perncernaan.
Pencernaan fizikal melibatkan enzim manakala pencernaan kimia tidak melibatkan enzim.
Bahagian akhir usus kecil ialah ___ dan di sini berlaku penyerapan hasil akhir pencernaan.
rektum
ileum
duodenum
kolon
Jus gastrik mengandungi
Asid hidroklorik
Enzim protease
Enzim lipase
Enzim maltase
Antara yang berikut, yang manakah merupakan keperluan utama makanan kepada manusia?
Membekalkan tenaga
Menggantikan hormon dalam badan
Memanjangkan jangka hayat manusia
Membekalkan bahan untuk pertumbuhan
Rajah menunjukkan struktur yang terdapat pada dinding lumen usus kecil. Apakah keperluan mempunyai struktur tersebut?
menapis bakteria yang terdapat di dalam makanan yang melaluinya.
memudahkan pergerakan makanan dari usus kecil ke usus besar
merangsang pergerakan peristalsis usus
menambah luas permukaan hasil pencernaan
Apakah fungsi organ ini dalam sistem pencernaan.
Merembeskan jus gaster
Merembeskan jus pankreas
Merembeskan jus hempedu
Merembeskan enzim lipase
