NEW
Font size
WorksheetsKUIZ DALAM TALIAN BAHASA MELAYU
Total questions: 55
Worksheet time: 2hrs 49mins
Syahmie sering mengulang kaji pelajaran terutamanya dalam subjek ____________kerana dia amat meminati bidang kira-kira.
Bahasa Melayu
Fizik
Sains
Matematik
Burung ________ mengembangkan bulu ekornya lalu memperlihatkan bulunya yang sangat cantik.
nuri
merak
cenderawasih
merpati
“Ibu telah mendaftarkan nama __________ untuk menyertai kelas pengajian al-Quran dengan Ustaz Karim,” beritahu Puan Anita kepada anak-anaknya.
saya
dia
kamu
kalian
Majlis perkahwinan Tunku Iskandar akan diadakan secara besar-besaran memandangkan _________ merupakan bakal pewaris takhta.
(a) baginda
(b) beliau
(c) patik
(d) dia
Persembahan wayang kulit itu mengisahkan tentang kehidupan golongan _____________ pada zaman dahulu.
(a) olahragawan
(b) bangsawan
(c) jutawan
(d) sukarelawan
_________ itu sering memikirkan cara dan alternatif untuk melariskan produk jualannya di pasaran agar mendapat keuntungan berganda.
(a) Sukarelawan
(b) Jutawan
(c) Usahawan
(d) Olahragawan
Mereka tidak sempat menyiapkan tugasan itu kerana masa yang diperuntukkan agak _________.
(a) suntuk
(b) lampau
(c) pantas
(d) lewat
Wajah Anzalna yang ________ sirih itu kelihatan berseri-seri apabila mengenakan solekan.
(a) bulat
(b) bujur
(c) hijau
(d) cantik
Pemandu pelancong itu bertutur dalam bahasa Korea dengan ________ kerana dia sudah biasa bergaul dengan masyarakat setempat.
(a) cekap
(b) fasih
(c) perlahan
(d) tangkas
Firdaus selalu menghabiskan masanya di masjid kerana jarak masjid dengan rumahnya sangat _________.
(a) jauh
(b) rapat
(c) hampir
(d) dekat
Guru itu kelihatan sungguh kacak apabila mengenakan baju kemeja rekaan pereka fesyen terkenal tanah air.
Apakah jenis kata adjektif pada perkataan bergaris dalam ayat di atas?
(a) sifatan
(b) warna
(c) pancaindera
(d) ukuran
“Kami terpaksa menaiki bas kerana destinasi yang ingin dituju agak jauh.”
Apakah jenis kata adjektif pada perkataan bergaris dalam ayat di atas?
(a) sifatan
(b) ukuran
(c) jarak
(d) waktu
Balqis menasihati Ariana ________ sentiasa bertenang walaupun ketika menghadapi situasi panik.
(a) lalu
(b) supaya
(c) namun
(d) bagi
Julia lewat tiba di acara itu ______ terperangkap dalam kesesakan jalan raya.
(a) manakala
(b) kecuali
(c) maka
(d) kerana
Malek berharap _______ kertas kerja yang dihantar itu akan segera diluluskan.
(a) lalu
(b) agar
(c) kecuali
(d) untuk
“Kedai kami dibuka pada setiap hari _______ hari Isnin,” beritahu pemilik restoran itu apabila ditanya oleh seorang pelanggan.
(a) lalu
(b) agak
(c) kecuali
(d) apabila
Ibu bapa pengantin perempuan merenjiskan air mawar ________ pasangan pengantin di atas pelamin.
(a) pada
(b) kepada
(c) untuk
(d) di
Hujan lebat yang berterusan _______ beberapa hari lalu menyebabkan kampung itu ditenggelami air.
(a) pada
(b) di
(c) akan
(d) sejak
Pasukan bola sepak kebangsaan yang dipimpin ______ ketua jurulatih negara itu telah berjaya meraih kejayaan.
(a) oleh
(b) dengan
(c) demi
(d) daripada
Sekarang ini, sudah _______ kaum wanita yang menceburi bidang kejuruteraan mekanikal.
(a) setiap
(b) semua
(c) banyak
(d) beberapa
Antara nilai murni yang terdapat dalam cerita itu _______ baik hati, kejujuran dan rasional.
(a) ialah
(b) adalah
(c) oleh
(d) iaitu
Anak-anak _________ digalakkan terdedah kepada pelbagai jenis gajet kerana dapat mengakibatkan impak negatif kepada kesihatan mereka.
(a) tidak
(b) amat
(c) bukan
(d) sangat
Indah ______ pemandangan di Cameron Highland pada waktu pagi
(a) bukan
(b) begitu
(c) nian
(d) makin
“________ pedulikan kata-kata abang kamu yang gemar mengusik itu,” pujuk Puan Dahlia kepada anaknya.
(a) Tolong
(b) Usah
(c) Jangan
(d) Harap
______, rupa-rupanya kalian bersembunyi di sini!
(a) Cis
(b) Aduh
(c) Amboi
(d) Oh
_______, berani engkau menghalau aku dari rumah ini!
(a) Cis
(b) Aduh
(c) Amboi
(d) Oh
Puan Rossa memujuk anaknya yang sedang _______.
(a) menangis
(b) memasak
(c) bermain
(d) menyanyi
Zarina segera _______ ambulans sejurus melihat kemalangan itu.
(a) memanggil
(b) menghubungi
(c) melaporkan
(d) menahan
Penyanyi terkenal itu ________ dua buah lagu ciptaannya sendiri.
(a) membacakan
(b) memberikan
(c) menyuarakan
(d) mendendangkan
Zahiril ingin _________ wanita yang baru dikenalinya di laman sosial.
(a) mengahwinkan
(b) mengahwini
(c) dikahwini
(d) dikahwinkan
Sekumpulan pekerja sedang berusaha untuk ______ parit di kawasan sawah padi itu.
(a) didalami
(b) mendalam
(c) mendalamkan
(d) mendalami
Pengawas sekolah ditugaskan untuk ________ bendera pada acara perhimpunan mingguan.
(a) dinaikkan
(b) menaikkan
(c) menaiki
(d) ternaik
Marsha sering ________ e-mel kepada kakaknya yang belajar di United Kingdom.
(a) menyimpan
(b) menyebarkan
(c) mengirimi
(d) mengirimkan
“_______ isi tersurat dan isi tersirat yang perlu disenaraikan, cikgu” tanya Qaseh kepada Cikgu Shahrul.
(a) Bagaimanakah
(b) Berapakah
(c) Siapakah
(d) Bilakah
“_________ kita perlu memakan ubat cacing?” tanya Halim kepada Doktor Arif
(a) Bagaimanakah
(b) Berapakah
(c) Siapakah
(d) Mengapakah
“Harga kasut ini _______?” tanya kakak kepada jurujual itu.
(a) bagaimana
(b) berapa
(c) siapa
(d) bila
“________ sukan itu dikhaskan untuk pelajar lelaki sahaja?” tanya Amani kepada pegawai sukan itu.
(a) Mengapakah
(b) Berapakah
(c) Siapakah
(d) Bilakah
“Kamu tinggal di rumah banglo itu dengan ______” tanya Mak Munah kepada Riezman.
(a) Bagaimana
(b) Berapa
(c) Siapa
(d) Bila
“Cara untuk menyampaikan pidato yang baik semasa pertandingan nanti ________?”
(a) Bagaimana
(b) Berapa
(c) Siapa
(d) Bila
“________ kamu akan mendirikan rumah tangga bersama Sarah?” tanya Salim kepada Firdaus.
(a) Bagaimanakah
(b) Berapakah
(c) Siapakah
(d) Bilakah
Anak-anak arwah Tok Rahmat berpecah belah gara-gara berebut _______ milik keluarga mereka di kampung.
(a) harta karun
(b) harta pusaka
(c) rumah terbuka
(d) rumah kebajikan
Para pelajar bersalaman dengan Cikgu Aisyah pada hari terakhir ______ berkhidmat di sekolah ini.
(a) dia
(b) beliau
(c) anda
(d) mereka
Pekerja di syarikat penerbangan itu perlu _____ dengan keputusan yang dibuat oleh pihak atasan.
(a) akur
(b) jelas
(c) setia
(d) Ikhlas
Lalu lintas di jalan utama itu ______ berjalan lancar kerana terdapat kemalangan walaupun dikawal oleh polis.
(a) sudah pasti
(b) akan pernah
(c) masih belum
(d) sedang hendak
Seminar itu wajib dihadiri oleh _______ pelajar SMK Seri Aman.
(a) segenap
(b) banyak
(c) segala
(d) semua
“Baiklah, tuanku. _______ tuanku akan patik laksanakan segera,” sembah Bendahara Tun Perak kepada sultan.
(a) Titah
(b) Santap
(c) Mangkat
(d) Daulat
Pada masa kini, telah berlakunya pertambahan istilah baharu dalam bahasa Melayu daripada pelbagai ________ termasuk sains, perubatan dan kejuruteraan.
(a) jenis
(b) sektor
(c) peringkat
(d) bidang
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan
Wartawan itu menanyakan soalan dengan tertib dan sopan kepada tokoh tersebut.
Tokoh dan wartawan itu ditanyakan soalan dengan tertib dan sopan
Soalan ditanyakan oleh wartawan yang tertib dan soapan itu kepada tokoh tersebut
Soalan ditanyakan oleh wartawan itu kepada tokoh yang tertib dan sopan tersebut
Soalan ditanyakan oleh wartawan itu dengan tertib dan sopan kepada tokoh tersebut.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Sekumpulan pemuda yang merokok di dalam kedai makannya ditegur oleh peniaga itu.
Peniaga yang merokok di dalam kedai makannya ditegur oleh sekumpulan pemuda
Peniaga itu menegur sekumpulan pemuda yang merokok di dalam kedai makannya
Sekumpulan peniaga menegur pemuda yang merokok di dalam kedai makan mereka.
Pemuda itu menegur sekumpulan peniaga yang merokok di dalam kedai makan mereka.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
“Wah, kebetulan saya dan Izuni mahu membuka butik pakaian juga!” kata Anita.
Anita dengan terujanya memberitahu bahawa kebetulan Izuni dan dirinya mahu membuka butik pakaian juga
Anita dan Izuni begitu teruja apabila saya memberitahu bahawa mereka akan membuka butik pakaian juga.
Anita memberitahu Izuni dengan teruja bahawa dirinya mahu membuka butik pakaian juga.
Anita memberitahu Izuni yang teruja bahawa mereka akan membuka butik pakaian.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Nora menyuruh Siti mengikis krayon pelbagai warna ke dalam adunan minyak untuk dijadikan lilin.
“Untuk menjadikan lilin, krayon dikikis ke dalam adunan minyak pelbagai warna,” arah Nora kepada Siti
“Kikiskan krayon pelbagai warna ke dalam adunan minyak untuk dijadikan lilin,” arah Siti kepada Nora.
“Kikiskan krayon pelbagai warna ke dalam adunan minyak untuk dijadikan lilin,” arah Nora kepada Siti
“Adunkan krayon pelbagai warna yang sudah dikikis ke dalam minyak untuk dijadikan lilin,” arah Nora kepada Siti.
Pilih peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.
(a) Bagai bulan dipagar bintang
(b) Bagai pinang dibelah dua
(c) Bagai bulan jatuh ke riba
(d) Bagai aur dengan tebing
Pilih peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.
Bagai anjing menyalak bukit
Bagai anjing dengan bayang-bayang
Bagai anjing dengan kucing
Bagai kucing lepas senja
Pilih peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.
(a) Seperti kelapa ditebuk tupai
(b) Untung sabut timbul, untung batu tenggelam
(c) mati katak
(d) katak di bawah tempurung
Pilih peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.
(a) bagai murai tercabut ekor
(b) bagai kera mendapat bunga
(c) bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
(d) mulut tempayan
