Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 9 : PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

Total questions: 46

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang berlaku di negara Mesir, India, Burma dan Filipina selepas Perang Dunia Kedua berlaku?

a)

Usaha membebaskan negara

b)

Memartabatkan kedudukan bangsa

c)

Membina perlembagaan negara

d)

Mengadakan pilihan raya umum

2.

Tunku Abdul Rahman dan wakil Raja-Raja Melayu berpendapat perlu berbincang dengan British berkenaan hal keselamatan dan perlembagaan negara merdeka. Bagaimakah mereka memastikan perbincangan tersebut berhasil?

a)

Mengadakan perjanjian damai

b)

Mengadakan Rundingan London

c)

Membentuk Suruhanjaya Reid

d)

Menubuhkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

3.

Isu apakah yang akan diperjuangkan oleh Tunku Abdul Rahman dan wakil Raja-Raja Melayu semasa mengadakan misi rundingan ke London?

a)

Kerjasama Britian-Tanah Melayu

b)

Perpaduan kaum

c)

Perlembagaan negara yang merdeka

d)

Kedudukan Melayu sebagai penduduk asal

4.

E.E.C.Thuraisingam

Ahmad Boestaman

Apakah peristiwa yang boleh dikaitkan dengan tokoh di atas?

a)

Mengadakan rapat umum

b)

Menjadi wakil pilihan raya

c)

Membentuk Pakatan Murni

d)

Menyokong usaha rombongan London

5.

Tokoh berikut merupakan wakil Parti Perikatan yang mengikuti rombongan ke London kecuali

a)

Encik Abdul Aziz Majid

b)

Tunku Abdul Rahman

c)

H.S.Lee

d)

Dr. Ismail Abdul Rahman

6.

Menteri Besar Perak

Menteri Besar Selangor

Menteri Besar Johor

Menteri Besar Kelantan

Apakah yang boleh dikaitkan dengan pernyataan di atas?

a)

Wakil Parti Perikatan

b)

Wakil Raja-Raja Melayu

c)

Wakil orang Ceylon

d)

Wakil Parti Buruh

7.

Tunku Abdul Rahman berangkat dari Kuala Lumpur ke Singapura -----> Rombongan menaiki kapal laut --------> X ---Rombongan tiba di London


Peristiwa di atas adalah perjalanan rombongan rundingan kemerdekaan ke London. Apakah X?

a)

Rombongan ke Tanjung Pagar Singapura

b)

Rombongan menaiki M.V. Asia

c)

Rombongan singgah di Karachi

d)

Rombongan bergerak ke India

8.

Rombongan kemerdekaan Tanah Melayu telah singgah ke Karachi dengan menaiki kapal laut. Apakah tujuan Tunku Abdul Rahman berbuat demikian?

a)

Membentuk Pakatan Murni

b)

Merangka isi perlembagaan kemerdekaan

c)

Perjalanan lebih selamat dan cepat

d)

Mengadakan perbincangan dengan Raja Melayu

9.

Rundingan antara Kerajaan British dan Perwakilan

Tanah Melayu telah mencapai kata sepakat

Apakah langkah seterusnya yang dilakukan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu?

a)

Membentuk Suruhanjaya Reid

b)

Mengadakan Pilihan Raya umum

c)

Memulangkan kuasa Raja-Raja Melayu

d)

Memberi latihan pentadbiran kepada pemimpin tempatan

10.
  • Sir William Ivor Jennings
  • Sir William Mckell
  • Hakim Abdul Hamid

Apakah persamaan ketiga-tiga tokoh tersebut?

a)

Pesuruhjaya Tinggi British yang terakhir di Tanah Melayu

b)

Merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka

c)

Menyertai rombongan rundingan kemerdekaan ke London

d)

Wakil kerajaan British dalam rundingan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

11.

Berikut merupakan memorandum yang dihantar oleh sebuah parti politik

Sekolah Aliran bahasa Inggeris dan sekolah

vernakular perlu diteruskan

Apakah kesan yang dapat dilihat pada masa itu?

a)

Rakyat menguasai lebih daripada satu bahasa

b)

Ekonomi negara dikuasi oleh satu kaum sahaja

c)

Perpaduan kaum secara menyeluruh sukar dicapai

d)

Bahasa Inggeris dijadkan sebagai bahasa kebangsaan

12.

Mengapakah Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menerima memorandum dari semua pihak tanpa mengira latar belakang?

a)

Mengelakkan pertumpahan darah

b)

Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu

c)

Menghormati permintaan Yang Dipertuan Agong

d)

Berusaha mengambil kira kepentingan pelbagai kaum dan pihak

13.

Apakah asas yang membolehkan penduduk Persekutuan Tanah Melayu membentuk perlembagaan ke arah berkerajaan sendiri?

a)

Suruhanjaya Reid

b)

Perang Dunia Kedua

c)

Pilihan Raya Umum 1955

d)

Perkembangan politik di Asia

14.

Dimanakah lokasi diadakan Rundingan Kemerdekaan pada 18 Januari - 6 Februari 1956?


Boston Manor House

Buckingham Palace

a)

Padang Bandar Hilir

b)

Lancaster House

c)

Boston Manor House

d)

Buckingham Palace

15.

UMNO dan PAS telah membuat beberapa tuntutan selepas draf Perlembagaan Persekutuan diumumkan. Apakah tuntutan yang dibuat oleh parti berkenaan?

a)

Raja memegang jawatan Yang Dipertuan Agung

b)

Hak istimewa orang Melayu ditambah

c)

Raja memgang jawatan Yang Dipertuan Agong

d)

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

16.

Apakah hak istimewa orang Melayu yang diperuntukkan dalam perlembagaan?

I) Biasiswa

II)Jawatan dalam kerajaan

III) Perkhidmatan kesihatan

IV) Kebal terhadap undang-undang

a)

I, dan II

b)

I, dan IV

c)

II,dan III

d)

III, dan IV

17.

Apakah peranan Tunku Abdul Rahman dalam rombongan tersebut?

a)

Menjadi juru bahasa

b)

Pemerhati rundingan

c)

Mengetuai rombongan

d)

Setiausaha rombongan

18.

Apakah persamaan sumbangan tokoh-tokoh berikut?

H.S.Lee

Dato Panglima Bukit Gantang

a)

Menubuhkan sistem Jemaah Menteri

b)

Menyertai misi rundingan kemerdekaan

c)

Menganjurkan Konvensyen Kebangsan

d)

Memenangi pilihan raya Majlis Perbandaran

19.

Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 8 Mac 1956.

Mengapakah suruhjaya tersebut dibentuk?

a)

Merangka sebuah perlembagaan

b)

Mencadangkan tarikh pilihan raya

c)

Melantik pegawai pentadbiran baru

d)

Menganjurkan Kongres Kebangsaan

20.

Apakah persetujuan yang dicapai dalam Rundingan London ?

a)

Pengenalan Sistem birokrasi barat

b)

Pelaksanaan pilihan raya Persekutuan

c)

Penentuan corak pemerintahan negara

d)

Melucutkan jawatan Setiausaha Kewangan

21.

Bagaimanakah penglibatan rakyat dalam proses penggubalan Perlembagaan Kemerdekaan?

a)

Dilantik sebagai ahli suruhanjaya

b)

Memberi cadangan memorandum

c)

Diminta menyokong isu-isu hangat

d)

Mendapat persetujuan Raja-Raja Melayu

22.

Berikut merupakan jenis kerakyatan yang dipersetujui dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

Kuatkuasa Undang-Undang -----> Permohonan

----- > X


Apakah X?

a)

Sementara

b)

Naturalisasi

c)

Pemindahan

d)

Perkahwinan

23.

Perjanjian kemerdekaan ini ditandatangani antara Raja-Raja Melayu dengan Sir Donald MacGillivray bagi pihak Queen Elizabeth II. Di manakah perjanjian tersebut ditandatangani?

a)

King House, Kuala Lumpur

b)

Lancaster House, London

c)

Padang Banda Hilir, Melaka

d)

Tanjung Pagar, Singapura

24.

Antara berikut merupaka inti pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 kecuali

a)

Kedudukan agama Islam

b)

Kedudukan Bahasa Melayu

c)

Kedudukan istimewa orang Melayu

d)

Pengamalan sistem monarki

25.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu. Apakah kepentingan yang diperoleh daripada peristiwa berkenaan?

a)

Perlembagaan Rakyat 1941 diluluskan

b)

Mengukuhkan kuasa rakyat dan raja Melayu

c)

Sikap permuafakatan dan tolak ansur

d)

Malayan Union diteruskan dengan adil

26.

Apakah peristiwa yang berlaku sekembalinya rombongan kemerdekaan ke tanah air?

a)

Istiadat mengangkat sumpah di Balairong Seri

b)

Nafiri dimainkan

c)

300 orang pemuda membentuk perbarisan

d)

Diraikan di Padang Bandar Hilir Melaka

27.

Sebanyak 131 memorandum bertulis telah diterima daripada pihak Raja-raja Melayu, parti politik, badan awam, dan orang perseorangan dipertimbangkan. Apakah yang terkandung dalam memorandum berkenaan?

a)

Penerimaan Status Quo orang Melayu

b)

Tempoh jawatan Perdana Menteri

c)

Pengiktirafan parti politik

d)

Pendidikan

28.

Bagaimanakah Raja-Raja Melayu memilih Yang Dipertuan Agong semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Prinisp Kekananan

b)

Dipersetujui ramai

c)

Mendapat sokongan Pegawai Tinggi British

d)

Dicalonkan oleh Queen Elizabeth II

29.

Memorandum Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu juga telah diterima daripada parti politik dan orang awal. Apakah intipati yang terkandung dalam soal kewarganegaraan?

a)

Persatuan Dewan Perniagaan Cina se-Malaya inginkan kewarganegaraan secara Sukarela

b)

Masyarakat Serani memohon jawatan dalam pentadbiran

c)

UMNO bersetuju dengan pemberiaan kewarganegaraan jus soli

d)

Dewan Perniagaan Melayu memohon mengetatkan sial kewarganegaraan

30.

Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengeluarkan draf perlembagaan yang mengandungi perkara berikut kecuali

a)

Sistem Kewarganegaraa berasaskan prinsip jus soli kepada semua yang lahir di Tanah Melayu

b)

Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan

c)

Raja-Raja Melayu diterima dengan konsep Raja Berperlembagaan

d)

Yang Dipertuan Agong tidak boleh meletakkan jawatan walaupun mendapat persetujuan MRR

31.

Parti MCA telah membuat memorandum berkaitan dengan pendidikan. Apakah yang dituntut oleh parti berkenaan?

a)

Sekoah Vernakular diteruskan

b)

Sekolah kebangsaan mempelajari bahasa Inggeris

c)

Sekolah aliran Cina diperbanyakkan

d)

Sekolah Vernakular ditutup dan diganti sekolah kebangsaan

32.

Mengapakah terdapat ahli UMNO yang tidak bersetuju dengan konsep jus soli?

a)

Bimbang bahasa Melayu terpinggir

b)

Kedudukan agama Islam terjejas

c)

Tidak mendapat persetujuaan pemimpin

d)

Bimbang kedudukan orang Melayu tergugat

33.

Apakah kesan yang berlaku selepas Dato Onn Jaafar dan Parti Negara menolak syarat kewarganegaraa yang longgar?

a)

Prinsip jus soli tidak dibenarkan

b)

Parti Rakyat, Parti Negara dan PAS membuat kongres

c)

Raja-Raja Melayu berbincang di Balairong Seri

d)

MCA dan MIC membuat Pakatan Murni

34.

Apakah yang dituntut oleh pertubuhan masyarakat Cina terhadap draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Penggunaan bahasa Melayu dikekalkan sebagai bahasa kebangsaan

b)

Kedudukan agama Buddha dan agama lain diiktiraf

c)

Menjadikan bahasa Mandarin sebagai bahasa kebangsaan

d)

Kedudukan Raja-Raja Melayu diterima dan disahkan

35.

Masyarakat India turut memberikan reaksi terhadap draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Apakah yang dimahukan oleh parti utama India iaitu MIC?

a)

Penggunaan bahasa Tamil diberi perhatian

b)

Meneruskan sekolah Vernakular

c)

Sekolah Aliran Tamil dibina di kawasan bandar

d)

Hak istimewa orang India dipertahankan sebagai kaum Melayu

36.

Apakah iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka?

a)

Negara aman tanpa perbezaan darjat

b)

Pemerintah dan rakyat seia sekata

c)

Pertahankan hak sama rata tidak kira bangsa

d)

Sikap keterbukaan dalam masyarakat

37.

Apakah perkara yang dituntut oleh perwakilan Tanah Melayu dalam rundingan kemerdekaan di London?

a)

Jawatankuasa Setiausaha Kewangan dihapuskan

b)

Menteri Pertahanan daripada rakyat British

c)

Kemerdekaan diberikan dengan serta merta

d)

KerajaanTanah Melayu memberikan pampasan kepada British

38.

Apakah isu dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menimbulkan perbezaan pendirian dalam kalangan Parti Perikatan?

a)

Peruntukan jawatan dalam kabinet

b)

Sistem pendidikan kebangsaan

c)

Pengagihan kekayaan negara

d)

Kewarganegaraan jus soli

39.

iapakah yang memperkenankan pindaan Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Majlis Raja-Raja

c)

Majlis Mesyuarat

d)

Parlimen British

40.

Apakah peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Lord Reid?

a)

Membentuk Kabinet Persekutuan Tanah Melayu

b)

Merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

c)

Merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

d)

Menetapkan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

41.

Apakah hasil yang dipersetujui dalam rundingan kemerdekaan?

a)

Kemerdekaan dengan serta merta

b)

Perjanjian Kemerdekaan ditandatangani

c)

Kerajaan British bersedia menyerahkan kuasa

d)

Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu dibentuk

42.

Apakah yang dapat dikaitkan dengan Sheikh Abdullah Fahim?

a)

Rundingan kemerdekaan

b)

Anggota Suruhanjaya Perlembagaan

c)

Rombongan kemerdekan

d)

Penetapan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu

43.

Sambutan pemimpin pelbagai kaum terhadap rombongan Kemerdekaan di Bandar Hilir,Melaka.Apakah simbolik daripada sambutan tersebut?

a)

Semangat kerjasama penduduk

b)

Sokongan terhadap kemerdekaan

c)

Keyakinan penduduk terhadap rombongan

d)

Kebanggaan terhadap Tunku Abdul rahman

44.

Wakil Cina yang berucap di Padang Bandar Hilir,di Melaka?

a)

Ong Chew Huat

b)

H.S.Lee

c)

Leong Yew Koh

d)

Ong Yoke Lim

45.

Siapakah pemimpin Parti Rakyat yang menyokong rundingan kemerdekaan ke London?

a)

Ahmad Boestaman

b)

Tunku Abdul Rahman

c)

Dr Ismail Abdul Rahman

d)

Dato Panglima Bukit Gantang

46.

Apakah yang terkandung dalam isi kandungan draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu berkenaan Kedudukan agama Islam

a)

Agama Islam agama Persekutuan dan agama lain bebas diamalkan

b)

Setiap agama berhak membina pusat ibadat tanpa persetujuan kerajaan Persekutuan

c)

Yang di-Pertuan Agong memastikan semua penduduk menerima Islam

d)

Semua penduduk Tanah Melayu diberi pilihan untuk memeluk agama Islam