wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Bab 1 Tingkatan 4 KSSM

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Ciri-ciri negara bangsa Alam Melayu terdiri daripada raja, undang-undang, wilayah pengaruh dan ______________

(Buku teks m/s 4)

a)

kedaulatan

b)

rakyat

c)

kerajaan

d)

agama

2.

Raja Champa dikaitkan dengan _______________

(Buku teks m/s 4)

a)

Dewa Vishnu

b)

Dewa Siva

c)

Dewa Brahma

d)

Dewa Rama

3.

Apakah fungsi Inskripsi Telaga Batu? (Buku teks m/s 4)

a)

Digunakan dalam upacara keagamaan

b)

Digunakan dalam upacara persetiaan

c)

Digunakan sebagai barang dagangan

d)

Digunakan untuk memahami undang-undang

4.

Antara berikut yang manakah kerajaan awal Alam Melayu?

(Buku teks m/s 4)

I. Funan

II. Majapahit

III. Teluk Cam Ranh

IV. Segenting Kra

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

Antara berikut, yang manakah ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka?

(Buku teks m/s 7)

I. Raja

II. Agama

III. Kerajaan

IV. Kedaulatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Rakyat Melaka terdiri daripada

(Buku teks m/s 6)

I. orang kaya

II. orang Melayu

III. Orang Laut

IV. orang dagang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Wilayah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka merangkumi

Semenanjung Tanah Melayu dan ________________

(Buku teks m/s 7)

a)

Sabah dan Sarawak

b)

Siam

c)

Pantai Timur Sumatera

d)

Jawa Timur

8.

Wilayah taklukan adalah wilayah yang diperoleh melalui ______________.

(Buku teks m/s 7)

a)

perkahwinan

b)

persahabatan

c)

perdagangan

d)

peperangan

9.

Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka dikenali sebagai

(Buku teks m/s 8)

a)

Pembesar Empat Lipatan

b)

Pembesar Lapan Lipatan

c)

Pembesar Enam Belas Lipatan

d)

Pembesar Tiga Puluh Dua Lipatan

10.

Kawasan yang dikurniakan oleh Sultan Melaka kepada Pembesar Berempat dikenali sebagai

(Buku teks m/s 9)

a)

kawasan jajahan

b)

kawasan pentadbiran

c)

kawasan pegangan

d)

kawasan naungan

11.

Siapakah yang memainkan peranan sebagai pemangku sultan?

(Buku teks m/s 9)

a)

Penghulu bendahari

b)

Bendahara

c)

Laksamana

d)

Temenggung

12.

Siapakah yang menguruskan perbendaharaan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka? (Buku teks m/s 9)

a)

Syahbandar

b)

Laksamana

c)

Penghulu Bendahari

d)

Bendahara

13.

Tugas Syahbandar adalah mengutip cukai di ________________

(Buku teks m/s 9)

a)

Pelabuhan

b)

Kampung

c)

Sempadan

d)

Bukit

14.

Siapakah yang berperanan sebagai panglima angkatan laut Melaka?

(Buku teks m/s 9)

a)

Laksamana

b)

Syahbandar

c)

Temenggung

d)

Bendahara

15.

Kerajaan manakah yang mewariskan ciri-ciri negara bangsa kepada Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Kerajaan Srivijaya

b)

Kerajaan Majapahit

c)

Kerajaan Johor-Riau

d)

Kerajaan Kedah Tua

16.

Undang-undang manakah yang digunakan dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?


I Undang-undang Pelabuhan Melaka

II Undang-undang Adat Melaka

III Undang-undang Laut Melaka

IV Hukum Kanun Melaka

a)

A. I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

17.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pelbagai lambang kebesaran seperti nobat dan adat istiadat


Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?

a)

Membuktikan keturunan raja

b)

Menunjukkan kedaulatan raja

c)

Mengambarkan kemewahan raja

d)

Menandakan kawasan pemerintahan

18.

Berikut merupakan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu :

  • Raja
  • Undang-undang
  • Wilayah pengaruh
  • Rakyat

Apakah rumusan yang boleh dibuat tentang ciri-ciri negara bangsa tersebut?

a)

Mengamalkan kepercayaan perhambaan

b)

Mewariskan pemerintahan demokrasi

c)

Memantapkan pentadbiran kerajaan

d)

Mewujudkan sistem feudal

19.

Kemunculan dan kemasyhuran kerajaan Alam Melayu membuktikan asas negara bangsa bermula

a)

sebelum kedatangan Barat

b)

selepas kedatangan Barat

c)

semasa pemerintahan Barat

d)

sewaktu penjajahan Barat

20.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pelbagai lambang kebesaran seperti adat isitiadat penggunaan warna,nobat regalia dan cap mohor.


Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?

a)

Membuktikan keturunan raja

b)

Menunjukkan kedaulatan raja

c)

Mengambarkan kemewahan raja

d)

Menandakan kawasan pemerintahan

21.

Bendahara Tun Perak merupakan bendahara yang paling lama berkhidmat dalam Kesultanan Melayu Melaka.


Antara berikut,yang manakah merupakan tugas dan peranan


I Mengurus perbendaharaan

II Menjaga keselamatan Kota Melaka

III Ketua pentadbir

IV Pemangku Sultan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

22.

Apakah peranan nakhoda yang terdapat dalam undang-undang Laut Melaka?

a)

Melantik syahbandar

b)

Berkuasa penuh dalam pelayaran

c)

Mengawal peraturan pelabuhan

d)

Menjalankan hukuman ke atas kesalahan di pelabuhan

23.

Mengapakah rakyat Melaka tidak menderhaka kepada Sultan Melaka?

a)

Takut ditimpa tulah

b)

Akan dihukum bunuh

c)

Melanggar perintah agama

d)

Tidak mendapat keistimewaan

24.

Apabila seseorang didapati membnuh orang lain tanpa pengetahuan raja atau pembesar.

Pernyataan tersebut terdapat di dalam fasal....

a)

Fasal 5

b)

Fasal 5.1

c)

Fasal 4

d)

Fasal 13.3

25.

Fasal manakah yang mengatakan riba diharamkan?

a)

Fasal 5

b)

Fasal 30

c)

Fasal 4

d)

Fasal 13.3

26.

Mengikut Hukum Kanun Melaka, seseorang yang melakukan kesalahan membunuh akan dikenakan hukuman (Buku teks m/s 10)

a)

buang negeri

b)

bayar ganti rugi

c)

bunuh

d)

menjahi hamba

27.

Penjagaan keselamatan kota Melaka adalah tugas

(Buku teks m/s 9)

a)

Temenggung

b)

Laksamana

c)

Syahbandar

d)

Bendahara

28.

Waadat bermaksud

(Buku teks m/s 13)

a)

peranan

b)

perjanjian

c)

larangan

d)

arahan

29.

Rakyat tidak akan menderhaka kepada pemerintah kerana takut ditimpa ______________

(Buku teks m/s 13)

a)

pahala

b)

waadat

c)

tulah

d)

kejutan

30.

Di bawah Undang-Undang Laut Melaka, siapakah yang akan menentukan jumlah cukai yang dikenakan terhadap penumpang?

(Buku teks m/s 11)

a)

Syahbandar

b)

Sultan

c)

Nakhoda

d)

Laksamana

31.

Mengikut Hukum Kanun Melaka, siapakah yang tidak boleh menjadi saksi dalam pernikahan? (Buku teks m/s 10)

I. Lelaki

II. Orang tua

III. Wanita

IV. Hamba abdi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

32.

Wilayah berikut merupakan sebahagian daripada Kesultanan Melayu Melaka :

  • Inderagiri
  • Kampar

Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka menguasai wilayah tersebut?

a)

Hadiah

b)

Naungan

c)

Penaklukan

d)

Perkahwinan

33.

Antara berikut, yang manakah sumber kewangan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka?

I Cukai

II Ufti

III Zakat

IV Hadiah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

34.

Apakah peranan pembesar?

a)

Menaungi dan menjaga keselamatan rakyat negeri baginda

b)

Menjadi perantara antara sultan dan rakyat

c)

Menunjukkan taat setia kepada pemerintah

d)

Menjadi tentera

35.

Antara berikut, yang manakah golongan hamba?

I Hamba abdi

II Hamba biasa

III Hamba berhutang

IV Hamba laksamana

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

36.

Apakah peranan rakyat?

a)

Menyumbang tenaga kerja melalui kerahan tenaga

b)

Menjadi perantara sultan dan rakyat

c)

Memperkenalkan undang-undang

d)

Mengawal pentadbiran

37.

apakah kedudukan Bendahara?

a)

ketua pelabuhan

b)

ketua pentadbir

c)

ketua agama

d)

ketua hakim

38.

mengapakah kesultanan melayu melaka berkembang menjadi sebuah kerajaan yang unggul?

a)

mempunyai angkatan tentera yang kuat

b)

hubungan baik dengan negara China

c)

sistem pentadbiran yang teratur

d)

rakyat yang setia

39.

nyatakan peranan rakyat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a)

membina istana dan jalan

b)

menjaga pentadbiran

c)

menjatuhi hukuman

d)

mentadbir kawasan pegangan

40.

Apakah maksud waadat?

a)

Perjanjian

b)

Malapetaka

c)

Pembesar

d)

Tulah

41.

Undang-undang Laut Melaka diusahakan oleh beberapa nakhoda Melaka. Antaranya ialah

a)

Nakhoda Malim

b)

Nakhoda Mahmud

c)

Nakhoda Jenal

d)

Nakhoda Kassim

42.

Dalam Fasal 5, perbuatan jenayah seperti membunuh orang di atas kapal akan dikenakan hukuman...

a)

hukuman penjara

b)

ganti rugi

c)

dijadikan hamba

d)

dikenakan hukuman mati

43.

Siapakah nama Bendahara yang paling lama berkhidmat dalam Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Tun Perpatih Putih

b)

Tun Perak

c)

Tun Fatimah

d)

Tun Teja

44.

Apakah kepentingan undang-undang dalam sesebuah negara?

a)

Mewujudkan rakyat yang individualistik

b)

Mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat

c)

menjadikan pemimpin lebih berkuasa

d)

rakyat berhak bersuara dalam membuat keputusan

45.

Antara berikut adalah lambang kebesaran sultan kecuali...

a)

nobat

b)

regalia

c)

cap mohor

d)

selendang

46.

Hukum Kanun Melaka mengandungi berapa fasal?

a)

44

b)

45

c)

54

d)

34

47.

Wilayah di bawah diperolehi oleh Kesultanan Melayu Melaka melalui perkahwinan iaitu

a)

Pahang

b)

Kelantan

c)

Rokan

d)

Majapahit

48.

Sistem pentadbiran Melaka mempunyai dua peringkat

iaitu pentadbiran pusat dan

a)

Pentadbiran negeri

b)

pentadbiran wilayah

c)

pentadbiran kawasan

d)

peringkat jajahan

49.

Golongan di bawah merupakan golongan pemerintah semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka kecuali

a)

peniaga

b)

sultan

c)

ulama

d)

pembesar

50.

Dalam Hukum Kanun Melaka terdapat beberapa perkataan yang hanya boleh digunakan oleh raja seperti di bawah kecuali

a)

titah

b)

murka

c)

kurnia

d)

ingkar