wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KSSM SEJARAH TINGKATAN 5 BAB 4

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Malaysia adalah sebuah negara Persekutuan. Apakah maksud Persekutuan?

a)

Pemerintahan secara demokrasi

b)

Penyatuan beberapa buah negeri

c)

Pembentukan sistem Jemaah Menteri

d)

Pentadbiran oleh YDPA

2.

Apakah unsur penting dalam sebuah negara Persekutuan?

a)

Pilihan raya

b)

Kerajaan Pusat

c)

Kerajaan Negeri

d)

Majlis Raja-raja

3.

- Melaka

- Pulau Pinang

- Semua negeri Melayu


Bagaimanakah British menyatukan pentadbiran negeri-negeri berikut pada tahun 1946?

a)

Penubuhan Kesatuan Malaya

b)

Pembinaan konsep negara bangsa

c)

Penetapan sempadan antara negeri

d)

Pembentukan Persekutuan Malaysia

4.

Mengapakah Malayan Union hanya dapat dilaksanakan dalam tempoh terhad sahaja?

a)

Menolak unsur penyatuan antara negeri

b)

Menghadapi ancaman daripada komunis

c)

Menerima bantahan daripada orang Melayu

d)

Mengalami kekurangan peruntukan kewangan

5.

Siapakah yang dilantik sebagai ketua Persekutuan pada tahun 1948?

a)

Residen

b)

Yang di-Pertuan Agong

c)

Pesuruhjaya Tinggi British

d)

Sultan

6.

Apakah asas kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka?

a)

Penubuhan PTM 1948

b)

Perjanjian PTM 1957

c)

Permeteraian pengisytiharan kemerdekaan

d)

Penggubalan Perlembagaan Persekutuan

7.

Apakah jawatan YDPA dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka?

a)

Ketua Kerajaan

b)

Ketua pentadbiran

c)

Ketua Persekutuan

d)

Ketua Pemerintahan

8.

" Penyatuan beberapa buah negeri dan membentuk sebuah negara"


Apakah sistem kerajaan tersebut?

a)

Sistem kerajaan naungan

b)

Sistem kerajaan jajahan

c)

Sistem kerajaan persekutuan

d)

Sistem kerajaan Demokrasi

9.

Mengapakah kerajaan berbentuk kesatuan 1946 gagal diteruskan oleh British?

a)

Pindaan perlembagaan negara

b)

Bantahan daripada Raja-raja Melayu

c)

Meletusnya Perang Dunia Kedua

d)

Pengisytiharan Undang-undang Darurat

10.

Bagaimanakah kerajaan melakssanakan pemuliharaan khazanah laut di kepulauan negara kita?

a)

Memajukan sektor perikanan

b)

Membaiki sistem perhubungan

c)

Mewartakan sebagai taman laut

d)

Menyediakan panduan laluan kapal

11.

Kerajaan Negeri memberi kerjasama kepada Kerajaan Persekutuan untuk membina perumahan kos rendah. Bagaimanakah kerjasama tersebut dilaksanakan?

a)

Pembekalan bekalan buruh yang ramai

b)

Penyediaan bahan binaan yang mencukupi

c)

Penyelarasan harga rumah yang berpatutan

d)

Penyediaan tanah dengan harga yang murah

12.

Mengapakah kerajaan berusaha membina rumah untuk rakyat berpendapatan rendah selepas tahun 1970?

a)

Menjamin keselamatan

b)

Memajukan sosioekonomi

c)

Memudahkan pentadbiran

d)

Menghapuskan kemiskinan

13.

Kerajaan Negeri elah memperkenalkan program untuk membantu rakya berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri. Apakah program tersebut?

a)

Rumah Mesra Rakyat

b)

Program Perumahan Rakyat

c)

Perumahan Awam Kos Rendah

d)

Perbadanan Perumahan 1Malaysia

14.

Apakah pihak yang terlibat dalam merangka strategi menyediakan perumahan mampu milik?

a)

Majlis Gerakan Negara

b)

Majlis Perumahan Negara

c)

Jabatan Perangkaan Negara

d)

Jabatan Perancangan Bandar

15.

Apakah kementerian yang berperanan untuk menjamin ketenteraman awam di negara kita?

a)

Kementerian Dalam Negeri

b)

Kementerian Pertahanan Negara

c)

Kementerian Penerangan Negara

d)

Kementerian Perancangan Bandar

16.

Siapakah yang dilantik menjadi Pengarah Operasi Negeri dalam RASCOM?

a)

Perdana Menteri

b)

Ketua Menteri Sarawak

c)

Yang Dipertuan Agong

d)

Menteri Pertahanan Negara

17.

Apakah agensi keselamatan yang terlibat dalam ESSCOM?

a)

Angkatan Tentera Malaysia

b)

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

c)

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia

d)

Jabatan Imigresen Negara

18.

Apakah kesimpulan terhadap kerajaan melalui penubuhan ESSCOM di Sabah?

a)

Pemberian kuasa autonomi kepada kerajaan Negeri

b)

Pengukuhan kerjasama antara agensi kerajaan

c)

Kesungguhan menjamin kesejahteraan rakyat

d)

Kesepakatan dalam membangunkan ekonomi negara

19.

Apakah sumbangan Kerajaan negeri membantu pembangunan sosioekonomi kepada Kerajaan Persekutuan?

a)

Memberi modal

b)

Membuka agensi

c)

Menyediakan tanah

d)

Memberikan kepakaran

20.

Pada peringkat awal kemerdekaan, kerajaan telah melancarkan program 'In-Situ' . Apakah maksud In-Situ?

a)

Membangunkan fizikal desa

b)

Memajukan kawasan bandar

c)

Menyusun semula masyarakat

d)

Meningkatkan ekonomi negara

21.

Kerajaan telah menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pada tahun 1956. Mengapakah agensi tersebut ditubuhkan?

a)

Menyusun semula masyarakat

b)

Mempelbagaikan hasil pertanian

c)

Meningkatkan kemajuan ekonomi

d)

Membangunkan tanah baharu

22.

Bagaimanakah kerjasama diwujudkan anatar kerajaan dalam pemuliharaan khazanah negara?

a)

Memperluas pasaran

b)

Meluluskan perundangan

c)

Membangunkan koperasi

d)

Menjalankan penyelidikan

23.

Apakah pihak yang menguruskan taman negara di Sabah?

a)

Jabatan Hidupan Liar Sabah

b)

Perbadanan perhutanan Sabah

c)

Jabatan Taman Negara Malaysia

d)

Perbadanan Pemuliharaan Hidupan

24.

Kerajaan Persekutuan --> Kerajaan Negeri --> X


Apakah X?

a)

Kerajaan pusat

b)

Kerajaan Wilayah

c)

Kerajaan tempatan

d)

Kerajaan bersekutu

25.

Pembahagian kuasa

- Kerajaan Persekutuan

- Kerajaan Negeri


Mengapakah pembahagian kuasa tersebut dilakukan?

a)

Menjaga hak asasi rakyat

b)

Mengukuhkan institusi beraja

c)

Melicinkan sistem pemerintahan

d)

Memantapkan pertahanan negara

26.

Apakah bidang kuasa bagi Kerajaan Persekutuan?

a)

Tanah

b)

Pertanian

c)

Pertahanan

d)

Undang-undang Islam

27.

Maklumat berikut berkaitan dengan pembahagian kuasa dalam Perlembagaan Persekutuan.


- Senarai Negeri


Apakah perkara yang terdapat dalam senarai tersebut?

a)

Kewarganegaraan

b)

Hari kelepasan negeri

c)

Sistem pengangkutan

d)

Kebajikan awam

28.

Akta Imigresen 1963 diperkenalkan untuk memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah.


Apakah kuasa tersebut?

a)

Menyekat kuasa kawalan

b)

Menyediakan pusat perlindungan

c)

Mengehadkan jumlah kemasukan

d)

Memperkenalkan permit kemasukan

29.

Bagaimanakah tindakan untuk mengatasi perkara yang bercanggah dalam Senarai Bersama?

a)

Menukar anggota Jemaah Menteri yang baharu

b)

Mendapatkan nasihat daripada YDPA

c)

Mematuhi undang-undang yang diluluskan Parlimen

d)

Melakukan pembatalan terhadap perkara yang ditolak

30.

Antara berikut yang manakah merupakan senarai yang terkandung dalam Senarai Bersama?

a)

Perumahan

b)

Hal ehwal luar negeri

c)

Undang-undang Islam

d)

Perlindungan haiwan liar

31.

Kerajaan Tempatan merupakan kerajaan peringkat ketiga. Apakah kawasan yang menjadi tanggungjawab kerajaan tersebut?

a)

Negeri

b)

Kampung

c)

Daerah Kecil

d)

Perbandaran

32.

- Majlis Daerah

- majlis Perbandaran

- Majlis Bandaraya


Apakah persamaan sumbangan majlis berikut?

a)

Memajukan sektor pelancongan

b)

Menyediakan kemudahan awam

c)

Mengukuhkan kemajuan ekonomi

d)

Menyediakan perkhidmatan pendidikan

33.

Apakah kerajaan yang menjalankan peranan berikut?


- mengindahkan kawasan

- Menyenggara jalan raya

- Menyediakan kemudahan awam

a)

Kerajaan Pusat

b)

Kerajaan Negeri

c)

Kerajaan Tempatan

d)

Kerajaan Persekutuan

34.

Agensi tersebut ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1956 bagi rancangan pembukaan ___________

a)

tanah baharu

b)

bandar baru

c)

pemasaran hasil pertanian

35.

Agensi tersebut ditubuhkan pada 1966 bagi __________

a)

memulihkan tanah negeri yang terbiar

b)

memasarkan hasil pertanian

c)

membuat penyelidikan pertanian

36.

Apakah TUJUAN UTAMA Pembangunan Koridor Wilayah diwujudkan ?

a)

Mewujudkan keseimbangan pembangunan negeri dan wilayah

b)

Mewujudkan bandar bandar baru di pendalaman

37.

Mengapakah negeri pantai barat Semenanjung Malaysia tidak termasuk dalam Rancangan Koridor Wilayah?

a)

kerana negeri maju

b)

kerana tiada peruntukkan

38.

Pilih Negeri-negeri yang terlibat dalam WILAYAH EKONOMI KORIDOR UTARA (NCER) yang ditubuhkan pada tahun 2007.

a)

PERLIS

b)

PULAU PINANG

c)

KEDAH

d)

UTARA PERAK

39.

KEDA/PERDA/KESEDAR/KETENGAH/DARA/KEJORA

Kerajaan Persekutuan telah membuka wilayah tersebut di bawah rancangan _________

a)

Pembangunan Wilayah

b)

Pembangunan Koridor Wilayah

40.

Apakah nama lama bagi agensi tersebut?

a)

Jabatan Haiwan

b)

Jabatan Mergastua

41.

Agensi manakah yang telah mengiktiraf Taman Negara Kinabalu sebagai Tapak Warisan Dunia pertama di Malaysia ?

a)

UNESCO

b)

UHNCR

c)

WHO

42.

4 daripada spesies penyu dunia boleh dijumpai di perairan Malaysia.

Gambar penyu tersebut merupakan spesies ___________

a)

Penyu Karah

b)

Penyu Hijau

c)

Penyu Bertelor

43.

Flat Jalan Pekeliling tersebut dibina oleh Kerajaan Persekutuan bagi golongan berpendapatan ________

a)

rendah

b)

sederhana

c)

tinggi

44.

Apakah matlamat utama penubuhan Majlis Perumahan Negara yang ditubuhkan pada tahun 2014?

a)

Menyediakan rumah mampu milik

b)

Menyediakan rumah yang berkualiti

c)

Membina kawasan perumahan baru yang sistematik

45.

Pilih contoh Perumahan Mampu Milik yang diwujudkan oleh Kerajaan NEGERI

a)

Rumah Selangorku

b)

Rumah Mampu Milik Johor

c)

PR1MA

d)

Rumah Mesra Rakyat

46.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) berfungsi menjadi penyelaras antara _____________ dan _________________

a)

Kementerian Dalam Negeri

b)

Kementerian Pertahanan

c)

Kementerian Pelancongan

d)

Kementerian Kesihatan

47.

Mengapakah Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sabah menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) pada tahun 2013?

a)

Pencerobohan pengganas dari Kepulauan Sulu

b)

Pencerobohan Komunis

48.

ESSCOM bertanggungjawab mengawasi keselamatan 10 daerah di Pantai Timur Sabah yang dikenali sebagai

a)

ESSZONE

b)

RASCOM

c)

ESSCOM

49.

Siapakah yang menjadi PENGERUSI dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ?

a)

Perdana Menteri

b)

Yang di-Pertuan Agong

c)

Menteri Besar

d)

Sultan

50.

Jawatan SETIAUSAHA PERSEKUTUAN bagi Sarawak dan Sabah diwujudkan sejak tahun 1963.

Apakah fungsi utama jawatan tersebut?

a)

Mengeratkan hubungan Kerajaan Persekutuan dan Negeri

b)

Menguruskan Majlis Negeri Sarawak dan Sabah

c)

Menjalin hubungan diplomatik dengan negara asing