NEW
Font size
WorksheetsPEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2, 2020 SEJARAH TINGKATAN 4
Total questions: 50
Worksheet time: 50mins
1 Apakah ideologi yang diasaskan oleh tokoh berikut?
· Karl Marx
· Friedrich Engels
Legalisme
Sekularisme
Komunisme
Kapitalisme
Jadual berikut berkaitan aktiviti Gerakan Komunis Antarabangsa selepas Perang Dunia Kedua.
Februari 1948 Kongres Belia Asia
Mac 1948 Persidangan Parti Komunis India
Apakah tindakan Parti Komunis Malaya selepas persidangan tersebut?
Melaksanakan dasar dekolonisasi
Melancarkan perjuangan bersenjata
Menjalankan kerjasama dengan barat
Menjadi sebuah parti politik yang sah
Peristiwa berikut berkaitan tindakan komunis yang menggugat keamanan di Tanah Melayu.
Pada 16 Jun 1948, komunis telah membunuh 3 orang pengurus ladang Eropah di Sungai Siput, Perak.
Apakah kesan peristiwa tersebut?
Pembinaan kubu pertahanan
Pembubaran kesatuan sekerja
Pelaksanaan Pentadbiran Tentera
Perisytiharan Undang-Undang Darurat
Rajah berikut berkaitan pasukan keselamatan sukarelawan yang ditubuhkan untuk membanteras kegiatan komunis di Tanah Melayu.
X
* Pasukan pengawal kampung
* Melindungi pekerja lombong bijih timah
* Menyekat pergerakan bekalan makanan dan ubatan
Apakah X?
Senoi Praaq
Home Guard
Auxilliary Police
Special Constables
Kempen berikut telah dianjurkan oleh British pada tahun 1950-an.
Memenangi hati dan fikiran penduduk
Apakah kesan pelaksanaan kempen tersebut?
Kestabilan ekonomi diwujudkan
Taraf hidup rakyat dipertingkat
Penubuhan pelbagai parti politik
Kerjasama menentang komunis
Gambar 1 merujuk kepada tindakan Sir Gerald Templer semasa perang saraf dilaksanakan di Tanah Melayu.
Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada tindakan tersebut?
Berdikari
Berdaya saing
Berketerampilan
Bertanggungjawab
Bagaimanakah Malayan Chinese Association (MCA) membantu memerangi komunis di Tanah Melayu?
Menjalankan kutipan derma
Menyertai pasukan keselamatan
Menyebarkan risalah pengampunan
Menurunkan harga bekalan makanan
Semasa zaman darurat, pengeluaran tanaman padi dan makanan lain semakin berkurangan.
Apakah implikasi situasi tersebut?
Kenaikan harga barang
Kawalan barangan import
Kemasukan buruh asing dihadkan
Kemudahan pinjaman diperkenalkan
Apakah matlamat perjuangan pertubuhan berikut?
· Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS)
· Pergerakan Pemuda Melayu Sibu (PPM)
Mewujudkan negara Islam
Menubuhkan kerajaan sendiri
Memperjuangkan Melayu Raya
Menggalakkan perpaduan kaum
Apakah objektif Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) memperjuangkan moto berikut?
“Kesamaan dan Keadilan untuk Penduduk Tanah Melayu”
Mencapai kemerdekaan
Meningkatkan etika kerja
Menggalakkan pelaburan
Memartabatkan undang-undang
Senarai berikut adalah hasil rundingan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) di Tanah Melayu pada tahun 1949.
· Penubuhan RIDA
· Keistimewaan orang Melayu diiktiraf
· X
Apakah X?
Agama Islam diiktiraf
Pilihan raya diadakan
Kemerdekaan dicapai
Bahasa Melayu dimartabat
Mengapakah British memperkenalkan Sistem Ahli pada tahun 1951?
Melaksanakan proses dekolonisasi
Menyelaras sistem pendidikan
Menjalankan kempen pilihan raya
Membentuk sistem jemaah menteri
Gambar 2 : Dato Onn Jaafar
Gambar 2 adalah Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri dalam Sistem Ahli pada tahun 1951.
Apakah tanggungjawab beliau dalam portfolio tersebut?
I Menyelia kesihatan penduduk
II Memajukan hasil bumi
III Menjaga hal ehwal imigran
IV Menguruskan pendaftaran kerakyatan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan Laporan Jawatankuasa Pelajaran di Tanah Melayu sebelum merdeka.
· Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
· Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Cadangan tersebut dikemukakan oleh
Laporan Barnes 1951
Laporan Fenn-Wu 1951
Ordinan Pelajaran 1952
Penyata Razak 1956
Apakah cadangan Laporan Woodhead 1955 tentang pendidikan di Sarawak dan Sabah?
Sekolah Jenis Umum diwujudkan
Sekolah aneka jurusan diperkenalkan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
Pendidikan berorientasikan etnik
Konvensyen Kebangsaan diadakan pada Ogos 1954.
Apakah resolusi konvensyen tersebut?
Membendung pengaruh komunis
Menerima syor satu kewarganegaraan
Mengadakan pilihan raya persekutuan
Mengemukakan manifesto kemerdekaan
Maklumat berikut berkaitan undang-undang yang terdapat di Tanah Melayu pada
tahun 1950.
Ordinan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan
Berdasarkan ordinan tersebut, apakah badan yang diberi kuasa untuk mengadakan pilihanraya?
Kerajaan Negeri
Majlis Tempatan
Kerajaan Persekutuan
Suruhanjaya Pilihanraya
Maklumat berikut berkaitan pilihan raya peringkat negeri di Tanah Melayu pada tahun 1954.
Perikatan Umno - MCA telah memenangi 226 kerusi daripada 268 kerusi yang dipertandingkan
Apakah kepentingan peristiwa tersebut?
Penubuhan kabinet pertama
Pengenalan parti pelbagai kaum
Pengukuhan kerjasama antara kaum
Pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen
Apakah syarat menjadi calon pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 di Tanah Melayu?
I Berumur 21 tahun ke atas
II Mahir berbahasa Melayu dan Inggeris
III Cemerlang dalam perkhidmatan
IV Berpendidikan tinggi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Rajah berikut berkaitan proses pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955.
Pendaftaran pengundi
X
Kempen pilihan raya
Apakah X?
Pengiraan undi
Penamaan calon
Pembuangan undi
Penetapan sempadan
Maklumat berikut merujuk kepada institusi pemerintahan di negara kita sebelum merdeka.
Majlis Perundangan Persekutuan 1955
Apakah kepentingan institusi tersebut?
Membasmi kemiskinan
Memajukan prasarana
Memerangi komunis
Menggubal undang-undang
Petikan berikut berkaitan ucapan Tunku Abdul Rahman ketika merasmikan Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
Sumber : Malaysia. Arkib Negara Malaysia, 2007.
Merintis Denai Demokrasi.
Apakah yang dimaksudkan dengan “hari yang amat penting dalam sejarah Majlis ini”?
Pengumuman keputusan pilihanraya
Pemilihan ahli oleh rakyat
Pengunduran British
Perisytiharan kemerdekaan
Antara berikut, apakah isu yang dibincangkan dalam kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu 1955?
I Kerakyatan
II Kewangan
III Pertahanan
IV Hubungan luar
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Gambar 3 menunjukkan ahli Kabinet Kerajaan Persekutuan 1955.
Mengapakah pembentukan kabinet tersebut penting kepada negara kita?
Menggubal rang undang-undang
Menunjukkan kompromi antara kaum
Mengukuhkan kuasa Raja-raja Melayu
Memantapkan kuasa Pesuruhjaya Tinggi
Rajah berikut menerangkan cara perjalanan rombongan kemerdekaan ke London pada tahun 1956.
Kuala Lumpur - Singapura
(Kapal terbang)
Singapura - Pakistan (Kapal laut)
Pakistan - London (Kapal terbang)
Mengapakah perjalanan rombongan tersebut dari Singapura ke Pakistan menggunakan kapal laut?
Menjimatkan kos perjalanan
Memastikan kerahsiaan dokumen
Menjamin keselamatan rombongan
Mendapat peluang untuk berbincang
Apakah yang dipersetujui dalam Perjanjian London 1956?
Penetapan tarikh kemerdekaan
Pembangunan kawasan luar bandar
Penggabungan dengan Sarawak dan Sabah
Penggiliran jawatan Yang DiPertuan Agong
Apakah peranan Surahanjaya Reid yang ditubuhkan pada Mac 1956?
Merangka perlembagaan
Meluluskan undang-undang
Membentuk kabinet pertama
Menetapkan tarikh kemerdekaan
Maklumat berikut menerangkan gerak kerja Suruhanjaya Reid pada tahun 1956.
Suruhanjaya Reid
· Meminta cadangan daripada semua penduduk
· Menerima memorandum daripada pelbagai pihak
· Mengadakan persidangan membincangkan pelbagai isu
Apakah nilai yang boleh diteladani daripada usaha tersebut?
Berani
Pemurah
Toleransi
Berhemah tinggi
Apakah perkara yang diusulkan oleh Raja-raja Melayu kepada Suruhanjaya Reid pada tahun 1956?
Pendidikan kebangsaan
Pembahagian kuasa autonomi
Kelonggaran syarat kerakyatan
Kedudukan istimewa orang Melayu
Parti politik berikut memberikan reaksi terhadap draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957.
Parti Politik di Tanah Melayu
· United Malays National Organisation (UMNO)
· Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)
Apakah persamaan yang dipersetujui oleh parti tersebut?
Penetapan warna bendera
Penubuhan negara republik
Kawalan keselamatan diperketatkan
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
Berikut adalah kaedah mendapatkan kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu.
· Penguatkuasaan Undang-undang
· Permohonan
· X
Apakah X?
Perkhidmatan cemerlang
Suaka politik
Naturalisasi
Perkahwinan
Apakah inti pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
I Kedudukan agama Islam
II Syarat kewarganegaraan
III Hal ehwal imigresen
IV Pendidikan kebangsaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Gambar 4 : Nelson Mandela
Gambar 4 merupakan seorang pejuang kemanusiaan di Afrika Selatan.
Apakah takrif kemerdekaan dari sudut pandangan tokoh tersebut?
Kebebasan selama-lamanya
Kuasa menentukan hala tuju
Penghapusan penindasan
Menyayangi negara sepenuh hati
Jawatankuasa Persediaan Fizikal dibentuk sebagai persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan negara pada tahun 1957.
Apakah peranan jawatankuasa tersebut?
Membaik pulih Padang Merdeka
Menubuhkan Muzium Negara
Membina Stadium Merdeka
Membina Tugu Negara
Senarai berikut berkaitan dengan persediaan sambutan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
· Menghias pintu gerbang
· Menyediakan ‘baju muskat’
· Menyediakan 75 ribu bendera
Apakah badan yang berperanan merealisasikan perkara tersebut?
Jawatankuasa Sambutan
Jawatankuasa Protokol
Jawatankuasa Keceriaan
Jawatankuasa Tugas Khas
Gambar berikut merujuk kepada peristiwa penurunan bendera Union Jack pada malam
30 Ogos 1957.
Apakah simbolik peristiwa tersebut?
Berakhirnya pentadbiran British
Bermulanya gagasan Malaysia
Perasmian Sukan Komanwel
Pemansuhan Malayan Union
Bagaimanakah sistem Demokrasi Berparlimen diamalkan di negara kita?
Yang di-Pertuan Agong berkuasa mutlak
Perdana Menteri sebagai Ketua Negara
Jemaah Menteri mengetuai kerajaan
Ahli Parlimen dipilih oleh rakyat
Maklumat berikut adalah usaha kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara.
Kementerian Pembangunan Luar Bandar ditubuhkan pada 17 November 1959
Apakah peranan kementerian tersebut?
Membuka tanah baru
Memasarkan hasil tanaman
Mewujudkan bandar baharu
Membangunkan infrastruktur
Apakah usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita?
Mewujudkan Jabatan Penerangan
Menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka
Memperkenalkan Rancangan Buku Merah
Melaksanakan Rancangan Malaya Pertama
Gambar 6 merujuk kepada Jata Negara yang merupakan lambang kebangsaan.
Apakah kepentingan lambang tersebut?
Menunjukkan ketelusan
Mempamerkan kemasyhuran
Melahirkan semangat perpaduan
Menzahirkan semangat berdikari
Siapakah yang menyandang jawatan Menteri Pelajaran dalam Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu?
H. S. Lee
V.T Sambanthan
Dato' Abdul Razak Hussein
Dr. Ismail Abdul Rahman
Kabinet pertama Tanah Melayu 1948 adalah berasaskan Model
Portfolio
Veto
Westminister
King's House
"Hak atau kuasa penuh yang diberi kepada pihak tertentu sahaja."
Pernyataan tersebut merujuk kepada maksud
Kuasa veto
Model Westminister
Sistem pemerintahan demokrasi
Portfolio
Berdasarkan keputusan Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955, 51 kerusi dimenangi oleh Perikatan manakala satu kerusi dimenangi oleh
Parti Negara
Parti Buruh
Calon Bebas
Parti Islam se-Tanah Melayu
Gambar di atas menunjukkan peristiwa pengumuman tarikh kemerdekaan. Di manakah peristiwa tersebut berlangsung
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Padang Banda Hilir, Melaka
Lapangan Terbang Batu Berendam
Kepala Batas, Pulau Pinang
Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu juga dikenali sebagai
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Suruhanjaya Reid
Suruhanjaya Cobbold
Suruhanjaya Pilihan Raya
Siapakah yang menganggotai Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?
I. Tunku Abdul Rahman
II. Lord Reid
III. Hakim B. Malik
IV. V. T. Sambanthan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Draf perlembagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merangkumi
I. Kewarganegaraan jus soli kepada semua yang lahir di Tanah Melayu
II. Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan
III. Kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh
IV. Menjaga kepentingan sah kaum lain
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah UMNO menentang penubuhan Malayan Union?
Memelihara status quo orang Melayu
Menentang kemasukan orang dagang
Menjayakan gagasan Melayu Raya
Membentuk kerajaan sendiri
Apakah iktibar daripada peristiwa pemberontakan komunis di negara kita?
Berhati-hati memilih pemimpin
Bersatu menghadapi ancaman
Berwaspada dengan negara luar
Bersikap terbuka menerima ideologi luar
