NEW
Font size
WorksheetsRBT T3 BAB 3 Rekabentuk dalam perniagaan [BAH A]
Total questions: 47
Worksheet time: 2hrs 34mins
Apakah maksud pemasaran?
Aktiviti mengagihkan produk dari satu tempat ke tempat yang memerlukan.
Aktiviti perniagaan yang menyalurkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna.
Aktiviti pengiklanan, promosi jualan, jualan langsung dan publisiti yang bertujuan untuk memperkenalkan produk.
Aktiviti jual beli produk dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna bertujuan mendapat keuntungan.
Pernyataan di atas merujuk kepada definisi
pasaran
pemasaran
perniagaan
pengiklanan
Apakah tujuan pemasaran dilakukan?
Mengurangkan kos pengeluaran
Mengekalkan pelanggan yang sedia ada
Mengukuhkan penjenamaan sesuatu produk
Menyampaikan maklumat tentang sesuatu produk
Susun mengikut urutan yang betul sebahagian aliran dalam bidang pemasaran.
I Nilai
II Produk
III Pertukaran
IV Permintaan
I, IV, III, II
II, I, III, IV
III, II, I, IV
IV, II, I, III
Antara berikut, elemen manakah yang terlibat dalam bidang pemasaran?
I Urus niaga
II Pengurusan
III Perkhidmatan
IV Keperluan dan kehendak pengguna
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Berikut merupakan sebahagian aliran pemasaran produk bagi sebuah syarikat pengeluaran kereta.
Apakah X?
Perniagaan
Pembuatan
Perkilangan
Pergudangan
Antara berikut aktiviti manakah yang terlibat dalam pemasaran?
I Penilaian
II Perniagaan
III Penjenamaan
IV Pengangkutan
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Antara berikut yang manakah peranan reka bentuk dalam pemasaran?
I Memenuhi kehendak dan keperluan pengguna
II Mengukuhkan penjenamaan sesuatu produk
III Meningkatkan permintaan dan penawaran sesuatu produk
IV Merupakan saluran komunikasi pengeluar kepada pengguna
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Rajah 1 menunjukkan satu reka bentuk produk di pasaran.
Apakah fungsi produk itu?
Menyimpan dokumen kerja
Menyimpan helaian tugasan
Menyimpan helaian tugasan mengikut kategori
Menyimpan sijil-sijil dan dokumen persendirian
Rajah 2 menunjukkan beberapa reka bentuk gunting yang dihasilkan mengikut keperluan dan kehendak pengguna.
Apakah ciri produk yang digunakan bagi menghasilkan produk di atas?
Nilai produk
Fungsi produk
Reka bentuk produk
Kekuatan dan kelemahan produk
Rajah 3 menunjukkan satu reka bentuk lampu siling.
Antara berikut yang manakah kekuatan produk di atas?
Memiliki reka bentuk yang menarik
Mempunyai nilai produk yang tinggi
Menawarkan harga yang jauh lebih rendah
Mempunyai pencahayaan yang sesuai untuk apa jua ruang
Rajah 4 menunjukkan dua jenis produk yang terdapat di pasaran.
Antara berikut yang manakah ciri produk bagi menghasilkan reka bentuk produk di atas?
Trend
Saiz produk
Nilai produk
Reka bentuk produk
Pernyataan berikut berkaitan justifikasi bagi satu ciri produk.
- Pengguna mendapat faedah daripada penggunaannya.
Apakah ciri produk tersebut?
Nilai produk
Trend produk
Fungsi produk
Reka bentuk produk
Antara berikut yang manakah menunjukkan contoh nilai produk berdasarkan keperluan dan kehendak pengguna?
Radio
Katil kayu
Smartphone
Meja makan kayu
Antara berikut, pernyataan manakah menerangkan tentang trend?
Berlaku dalam tempoh tertentu
Bergantung kepada luas pasaran
Mempunyai ciri reka bentuk yang terhad
Menjadi saluran komunikasi kepada pengguna
Antara berikut yang manakah merupakan jenis pengenalan diri produk?
I Nilai
II Dikenali
III Kesetiaan
IV Kefungsian
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Antara berikut yang manakah kepentingan pengenalan diri sesuatu produk?
Mengurangkan persaingan
Meningkatkan nilai produk
Menjimatkan kos pengeluaran
Menarik minat pengguna baharu
Apakah yang dimaksudkan dengan penjenamaan?
Penentuan nilai dan harga sesuatu barangan
Pengubahsuaian produk mengikut kehendak pelanggan
Pemberian jenama kepada sesuatu barang yang dihasilkan
Penyampaian maklumat mengenai barangan dan perkhidmatan yang diberikan
Rajah 5 menunjukkan suatu bentuk penjenamaan produk.
Apakah jenis penjenamaan itu?
Bentuk cap
Bentuk nama
Bentuk persendirian
Bentuk cap dagangan
Rajah 6 menunjukkan satu contoh jenama produk.
Apakah jenis penjenamaan produk yang digunakan?
Bentuk cap
Bentuk nama
Bentuk persendirian
Bentuk cap dagangan
Rajah 7 menunjukkan satu jenama produk.
Apakah jenis penjenamaan produk yang digunakan?
Bentuk cap
Bentuk nama
Bentuk persendirian
Bentuk cap dagangan
Antara berikut jenama produk manakah yang menggunakan bentuk persendirian?
Rajah 8 menunjukkan tanda yang terdapat pada suatu produk.
Apakah maksud tanda tersebut?
Hak cipta sesuatu produk
Jenama yang telah didaftarkan
Trademark dan sudah didaftarkan
Trademark dan masih belum didaftarkan
Antara berikut simbol pada cap dagangan yang manakah yang menunjukkan bahawa jenama produk telah mendapat kelulusan pendaftaran mengikut undang-undang?
Antara berikut yang manakah BENAR tentang penjenamaan produk bentuk persendirian?
Mengandungi nombor, perkataan atau huruf yang boleh disebut
Menggunakan bentuk simbol, reka bentuk warna atau huruf yang unik
Menonjolkan individu yang merupakan pelopor bagi sesuatu produk tertentu
Dalam bentuk perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi semuanya yang mempunyai simbol ™ atau ©
Antara berikut yang manakah jenis pengukuhan penjenamaan melalui rakan strategik?
I Rakan perkongsian jualan
II Rakan strategik perniagaan
III Rakan strategik pemasaran
IV Rakan perkongsian teknologi dan produk
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Maklumat berikut merupakan perkongsian teknologi dan produk yang dilakukan oleh syarikat pengeluar automotif.
- DRB-Hicom - Geely
- Proton - Mitsubishi
- Proton - Honda
Apakah tujuan usahasama tersebut?
Mengawal pengeluaran
Mengukuhkan penjenamaan
Memenuhi permintaan pasaran
Memenuhi kehendak pengguna
Antara berikut, yang manakah merupakan definisi bagi pengiklanan?
Saluran komunikasi pengeluar kepada pengguna
Aktiviti pembuatan dan pemasaran sesuatu produk kepada pengguna
Aktiviti perniagaan yang menyalurkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna
Sebarang bentuk persembahan atau komunikasi berbayar, bersifat tidak peribadi dan ditujukan kepada golongan sasaran
Antara berikut, yang manakah merupakan tujuan pengiklanan?
I Memperkenal dan mempromosi produk
II Menambahbaik kualiti produk
III Menjatuhkan pesaing produk
IV Melariskan jualan produk
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Apakah definisi reka bentuk pengiklanan?
Karya dalam bentuk audio yang dicipta dalam iklan dengan tujuan memasarkan produk
Aktiviti perniagaan yang menyalurkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna
Karya dalam bentuk visual yang dicipta serta disusun untuk digunakan dalam iklan dengan tujuan memasarkan produk
Karya dalam bentuk audio dan visual yang dicipta serta disusun untuk digunakan dalam iklan dengan tujuan untuk memasarkan produk
Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah reka bentuk pengiklanan?
Karya dalam bentuk audio dan visual yang dicipta serta disusun untuk digunakan dalam iklan dengan tujuan untuk memasarkan produk
Sebarang bentuk persembahan atau komunikasi berbayar, bersifat tidak peribadi dan ditujukan kepada golongan sasaran
Cara maklumat tentang sesuatu produk disampaikan oleh pengeluar kepada pengguna
Saluran, cara atau perantaraan yang digunakan untuk menyampaikan iklan kepada pengguna
Maklumat berikut menerangkan ciri-ciri satu kaedah reka bentuk pengiklanan.
- Menunjukkan kelebihan dan cara pengendalian produk dalam keadaan yang sebenar
- Disampaikan melalui rakaman yang ditayangkan di media massa atau secara langsung
Apakah kaedah reka bentuk pengiklanan tersebut?
Demonstrasi
Perbandingan
Penyampaian fakta
Kenyataan merangsang
Berikut adalah pernyataan mengenai satu kaedah reka bentuk pengiklanan.
- Iklan menggunakan maklumat produk yang terperinci dan lengkap untuk memperkenalkan produk kepada pengguna
Apakah kaedah reka bentuk pengiklanan itu?
Demonstrasi
Perbandingan
Matlamat produk
Kenyataan merangsang
Antara berikut, produk manakah yang sesuai diiklankan menggunakan kaedah demonstrasi?
I Buku
II Alatan senaman
III Aneka makanan
IV Alatan memasak
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Rajah 9 menunjukkan pengiklanan produk X.
Apakah kaedah reka bentuk pengiklanan yang digunakan oleh produk X?
Perbandingan
Matlamat produk
Penyampaian fakta
Kenyataan merangsang
Rajah 10 menunjukkan satu kaedah reka bentuk pengiklanan.
Apakah kaedah reka bentuk pengiklanan tersebut?
Perbandingan
Gambar pegun
Matlamat produk
Penyampaian fakta
Antara berikut, kaedah reka bentuk pengiklanan yang manakah merupakan contoh iklan penerangan?
I Demonstrasi
II Matlamat produk
III Perbandingan
IV Penyampaian fakta
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Apakah yang dimaksudkan dengan media pengiklanan?
Aktiviti perniagaan yang menyalurkan barang dan perkhidmatan kepada pengguna
Saluran, cara atau perantaraan yang digunakan untuk menyampaikan iklan kepada pengguna
Sebarang bentuk persembahan atau komunikasi berbayar yang ditujukan kepada golongan sasaran
Karya dalam bentuk audio dan visual yang dicipta untuk menyampaikan maklumat kepada pengguna
Rajah 11 menunjukkan sejenis bahan cetakan untuk mengiklankan produk.
Apakah nama bahan cetakan tersebut?
Brosur
Katalog
Majalah
Helaian edaran
Aminah mempunyai perniagaan yang bersaiz besar serta bajet yang banyak untuk tujuan pengiklanan.
Antara berikut, media pengiklanan manakah yang harus digunakannya untuk menarik jumlah pengguna yang maksimum?
I Radio
II Brosur
III Televisyen
IV Surat khabar
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri pengiklanan yang berkesan?
I Kreatif
II Inovatif
III Memberikan impak
IV Unsur unik dan tersendiri
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri pengiklanan memberikan impak?
Rajah 12 menunjukkan salah satu ciri pengiklanan yang berkesan.
Apakah ciri pengiklanan berkesan tersebut?
Mesej yang jelas
Memberikan impak
Maklumat yang tepat
Unsur unik dan tersendiri
Rajah 13 menunjukkan kaedah pengiklanan suatu produk.
Apakah kelebihan kaedah pengiklanan produk tersebut?
Mempunyai maklumat yang tepat dan telus untuk mendapatkan kepercayaan pengguna
Membuat pengguna terpukau dan teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk
Mempunyai visual yang menarik dan mudah diingati oleh pengguna
Cara pengendalian produk dalam keadaan yang sebenar
Bagaimanakah warna pada latar belakang iklan mempengaruhi sesuatu reka bentuk pengiklanan?
Warna latar belakang yang sesuai membantu cara sesuatu produk berfungsi
Warna latar belakang yang sesuai membantu mengurangkan pesaing produk
Warna latar belakang yang sesuai membantu menyampaikan matlamat produk
Warna latar belakang yang sesuai membantu menonjolkan produk dan menarik perhatian pengguna
Rajah 14 menunjukkan pengiklanan sebuah produk.
Apakah fungsi maklumat yang bertanda X?
Memudahkan pengguna memahami matlamat produk
Memudahkan pengguna membandingkan fungsi produk
Memudahkan pengguna menghubungi pengeluar produk
Memudahkan pengguna membayangkan produk yang sebenar
Rajah 15 menunjukkan keadah reka bentuk pengiklanan yang dihasilkan oleh Yee Mei.
Antara berikut, apakah penambahbaikan yang sesuai dilakukan ke atas reka bentuk pengiklanan tersebut?
I Memperbaiki reka bentuk tajuk
II Menambah lebih banyak gambar produk
III Menambah mesej berkenaan cara penggunaan produk
IV Menambah maklumat tentang kaedah pembuatan produk
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
