wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengajian Am Kuiz 1

Total questions: 20

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.
Yang manakah merupakan tugas yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam negara yang berdaulat?
I Menyediakan kemudahan ekonomi
II Menentukan arah tadbir urus baik negara
III Memastikan keselamatan setiap penduduk terjamin
IV Memastikan setiap penduduk mempunyai pendapatan tetap
a)
A. I dan II
b)
B. I dan III
c)
C. II dan IV
d)
D. III dan IV
2.
Yang manakah pernyataan yang benar tentang Perlembagaan Persekutuan?
a)
A. Semua pindaan yang dilaksanakan mesti mendapat persetujuan dua pertiga Majlis Parlimen
b)
B. Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk menolak pindaan perlembagaan
c)
C. Mahkamah berkuasa meluluskan pindaan perlembagaan
d)
D. Menjadi panduan kepada semua undang-undang
3.

Pernyataan manakah yang menepati konsep ketertinggian Perlembagaan Persekutuan?

a)

Perlembagaan tidak boleh dipinda

b)

Parlimen berkuasa mentafsir peruntukan perlembagaan

c)

Perlembagaan persekutuan menjadi asas kepada undang-undang

d)

Mahkamah tidak berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan

4.
Yang manakah benar tentang pembahagian kuasa perundangan yang disenaraikan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan?
a)
A
b)
B.
c)
C.
d)
D.
5.
Yang manakah peristiwa yang menyebabkan seseorang ahli Dewan Rakyat mengambil tindakan mengosongkan kerusinya?
a)
A. Dilantik sebagai Menteri Besar
b)
B. Dituduh terlibat dalam perlakuan rasuah
c)
C. Hilang kepercayaan daripada Perdana Menteri
d)
D. Dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara
6.
I. Proses kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara
II. Dipersetujui secara kolektif oleh Jemaah Menteri
III. Kementerian merangka dasar Rang Undang-undang
Susun perkara-perkara di atas mengikut urutan yang betul dalam proses penggubalan undang-undang negara.
a)
A. III,II,I
b)
B. I, III, II
c)
C. III, I, II
d)
D. II, I, III
7.
  • Lai Ying dilahirkan di Taiwan pada 1 September 1957
  • Bapa dan ibunya ialah warganegara persekutuan


Pernyataan di atas merujuk kepada warganegara secara

a)

A. Naturalisasi

b)

B. Kuatkuasa undang-undang

c)

C. Pendaftaran

d)

D. Percantuman wilayah

8.
**Bapa Joseph merupakan pemastautin tetap tetapi belum memperoleh kewarganegaraaan
**Ibu Joseph merupakan warga Australia
**Joseph dilahirkan di Sarawak
Apakah taraf kewarganegaraan Joseph ?
a)
A. Warganegara secara kuatkuasa undang-undang
b)
B. Warganegara secara percantuman wilayah
c)
C. Warganegara secara kemasukan
d)
D. Warganegara secara pendaftaran
9.
Yang manakah benar berkaitan hak individu terhadap harta?
I. Harta seseorang perlu diwartakan
II. Harta seseorang boleh diambil untuk negara
III. Harta seseorang tidak boleh digunakan secara paksa
IV. Harta tidak boleh diambil sewenang-wenangnya tanpa pampasan
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV
10.
Yang manakah kes sivil yang dibicarakan di Mahkamah Syariah?
a)
A. Khalwat
b)
B. Mengamalkan ajaran sesat
c)
C. Tidak berpuasa di bulan Ramadhan
d)
D. Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian
11.
Antara yang berikut, siapakah pentadbir Badan Kehakiman Malaysia?
a)
A. Ketua Hakim Negara
b)
B. Peguam Negara
c)
C. Yang di-Pertuan Agong
d)
D. Ketua Pendaftar  
12.
Yang manakah antara berikut merupakan peranan Peguam Negara dalam Mahkamah Khas Raja-Raja?
a)
A. Menjadi pemerhati
b)
B. Menjadi peguam bela
c)
C. Memulakan pendakwaan
d)
D. Mencabar keputusan mahkamah
13.
Yang manakah menentukan pembahagian persempadanan kawasan Pilihan Raya?
a)
A. Jumlah pertambahan penduduk
b)
B. Jumlah premis perniagaan
c)
C. Jumlah panjang jalan raya
d)
D. Jumlah rumah kediaman
14.

Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?


I. Menentukan calon yang bertanding dalam pilihan raya

II. Memastikan keselamatan pengundi semasa Pilihan Raya

III. Menjalankan urusan semakan daftar pemilih pilihan raya

IV. Membuat persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

15.
  • Laporan perbelanjaan Pilihan raya mestilah dihantar kepada X dalam tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan dalam Warta Kerajaan


X yang dinyatakan merujuk kepada

a)

A. Pengarah Pilihan Raya Negeri

b)

B. Setiausaha Pilihan Raya Negeri

c)

C. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya

d)

D. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya

16.
Yang manakah kesalahan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya yang boleh dipecat oleh Yang di-Pertuan Agong tanpa melalui tribunal?
I Menjadi ahli Dewan Undangan Negeri
II Menjadi Penasihat Persatuan Pesara Tentera
III Memegang jawatan Pengerusi Belia Felda Malaysia
IV Memegang jawatan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia
a)
A I dan II
b)
B I dan IV
c)
C II dan III
d)
D III dan IV
17.

Yang manakah alasan bagi sesuatu keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah? (STPM2013)

I. Perbuatan merasuah pengundi yang dilakukan oleh calon pilihan raya

II. Ketidakpatuhan calon terhadap peruntukan undang-undang pilihan raya

III. Calon gagal menurunkan poster dan bendera parti selepas hari mengundi

IV. Calon gagal menghantar penyata pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan.


a)

A I dan II

b)

B I dan III

c)

C II dan IV

d)

D III dan IV

18.

Pilihan raya kecil perlu diadakan kerana (STPM2018)

a)

A Rombakan kabinet

b)

B Kematian Setiausaha Dewan Negara

c)

C Kemuflisan Ahli Dewan Undangan Negeri

d)

D Peletakan jawatan Setiausaha Dewan Rakyat

19.
**Encik K didapati bersalah atas tuduhan membunuh di negeri Sarawak**
Pihak yang akan menjadi pengerusi bagi mengampunkan kesalahan di atas ialah
a)
A. Yang diPertua Negeri Sarawak
b)
B. Yang diPertuan Agong
c)
C. Ketua Hakim Negara
d)
D. Ketua Menteri 
20.

Yang manakah menyebabkan seseorang pemilih hilang kelayakan untuk mengundi?

a)

Disahkan tidak siuman

b)

Dikenakan hukuman penjara selama 11 bulan

c)

Didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya

d)

Dalam permohonan untuk mendapatkan kewarganegaraan asing