wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Tamadun Islam V2

Total questions: 43

Worksheet time: 37mins

Name
Class
Date
1.

Apakah kesan semangat assabiyah dalam kalangan masyarakat Arab sebelum Islam?

a)

Keruntuhan akhlak

b)

Kemerosotan perdagangan

c)

Kerap berlaku peperangan

d)

Kemunculan pelbagai agama dan kepercayaan

2.

Bila kemerosotan ekonomi dan sosial berlaku dalam masyarakat Arab Jahiliyah?

a)

Selepas runtuhnya empangan Maarib

b)

Sebelum runtuhnya empangan Maarib

c)

Selepas zaman Kegelapan

d)

Semasa hidup mereka senang lenang

3.

Masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam hidup dalam kelompok kumpulan kabilah iaitu

a)

kaum Hadhari dan kaum AD

b)

kaum Yahudi dan kaum Ansar

c)

kaum Hadhari dan kaum Badwi

d)

Kaum Badwi dan kaum Quraisy

4.

Di kawasan tengah atau wilayah Hijaz terdapat tiga ibu kota penting iaitu ..

a)

Makkah, Madinah, Yaman

b)

Makkah, madinah, Syam

c)

Makkah, Madinah, Taif

d)

Makkah, Madinah, Basra

5.

Laluan perdagangan merentasi benua yang dikenali sebagai __________ telah menghubungkan pedagang Arab dengan China, India dan Asia.

a)

Laluan Rempah

b)

Laluan Rahsia

c)

Laluan Sutera

d)

Laluan Emas

6.

Kaum ____________ ialah kaum yang menyembah api

a)

Wathani

b)

Majusi

c)

Yahudi

d)

Nasrani

7.

Nama ibu Nabi Muhammad SAW ialah .....

a)

Siti Khadijah

b)

Amira

c)

Aminah

d)

Siti Soleha

8.

Detik permulaan Tamadun Islam, ialah peristiwa menerima wahyu di _______________

a)

Gua Thur

b)

Gua Niah

c)

Gua Kelam

d)

Gua Hira'

9.

Wahyu kedua dari ____________ merupakan pengisytiharan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah untuk sampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia.

a)

Al-Mudassir

b)

Al-Fatihah

c)

Al-Alaq

d)

Al-Taubah

10.

Nabi Muhammad SAW melakukan dakwah secara rahsia selama _______

a)

2 tahun

b)

3 tahun

c)

4 tahun

d)

5 tahun

11.

Sumbangan terbesar Khulafa al-Rasyidin, Abu Bakar al-Siddiq ialah....

a)

membuka wilayah baru.

b)

memperkenalkan sistem cukai

c)

memerangi golangan AL-Riddah (murtad - keluar dari Islam)

d)

melantik gabenor

12.

Ketokohan nabi Muhammad terserlah apabila baginda berjaya merangka perlembagaan iaitu..............

a)

Piagam Taif

b)

Piagam Madinah

c)

Piagam Makkah

d)

Piagam Syam

13.

Strategi bertahan dengan menggali parit adalah berkaitan dengan __________

a)

Perang Khandak

b)

Perang Badar

c)

Perang Kalinga

d)

Perang Uhud

14.

Tokoh Islam yang bernama Ibn Sina pakar dalam bidang.........

a)

Sains

b)

Kejuruteraan

c)

Perubatan

d)

Matematik

15.

Tokoh yang bernama Al-Khawarizmi mahir dalam bidang

a)

Inggeris

b)

Sains

c)

Geografi

d)

Matematik

16.

Zaman Khalifah Abu Bakar memerangi golongan ?

a)

murtad

b)

nabi palsu

c)

tidak membayar zakat

d)

tidak berpuasa

17.

Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada .............

a)

12 Rabiulawal Tahun Hijrah

b)

12 Rabiulawal Tahun Awal Hijrah

c)

12 Rabiulawal Tahun 11 Hijrah

d)

12 Rabiulawal Tahun Gajah

18.

Nabi Muhammad menerima wahyu yang pertama di gua ...

a)

Tsur

b)

Hira'

c)

Haram

d)

Nabawi

19.

Salah satu sikap Nabi Muhammad SAW yang patut di contohi adalah...

a)

pembohong

b)

jujur

c)

munafik

d)

khianat

20.

Apakah 2 sumbangan bagi Saidina Abu Bakar?

a)

Memerangi golongan murtad

b)

Menghancurkan sembahan orang kafir

c)

Zaman pemerintahan yang memulakan penulisan al-Quran.

d)

Menubuhkan majlis syura

21.

Hubungan Abdul Muttalib kepada Nabi Muhammad S.A.W adalah

a)

Bapa

b)

Datuk

c)

Bapa Saudara

22.

Wahyu ke dua yang diterima oleh Nabi Muhammad S.A.W merupakan perisytiharan Nabi sebagai

a)

Penyebar Agama Islam di Tanah Arab

b)

Pemimpin masyarakat Arab

c)

Pesuruh Allah S.W.T

23.

Dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W mempunyai berapa peringkat?

a)

Satu

b)

Dua

c)

Tiga

24.

Dakwah Islam secara rahsia telah dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W selama berapa tahun?

a)

Satu

b)

Dua

c)

Tiga

25.

Nabi Muhammad S.A.W memulakan dakwah terang-terangan kepada kaum keluarganya dengan mengadakan pertemuan di ...

a)

Bukit Nur

b)

Bukit Uhud

c)

Bukit Safa

26.

Apakah maksud 'Siddiq'?

a)

Benar

b)

Amanah

c)

Bijaksana

27.

Selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, penyebaran agama Islam diteruskan oleh ..

a)

Uthman bin Affan

b)

Abu Bakar al-Siddiq

c)

Umar bin al-Khattab

28.

Kerajaan ini berpusat di Anatolia..

a)

Umaiyah

b)

Abbasiyah

c)

Uthmaniyah

29.

Antara faktor penyebaran Islam adalah Islam tidak menolak kemajuan dunnia dan mendidik akhlak yang baik atau disebut juga sebagai

a)

Hubungan diplomatik

b)

Kesyumulan Islam

c)

Prinsip syura

30.

Namakan ayahanda Nabi Muhammad SAW.

a)

ABDULLAH BIN ABDUL MUTTALIB

b)

ABDUL MUTTALIB BIN ABDULLAH

c)

ABU TALIB BIN ABDUL MUTTALIB

d)

ABDULLAH BIN ABU TALIB

31.

Namakan perlembagaan yang dibentukoleh Nabi Muhammad SAW bagi membentuk sebuah negara Islam yang adil dan maju di Madinah.

a)

PIAGAM MAKKAH

b)

PIAGAM BERSATU

c)

PIAGAM PERLEMBAGAAN

d)

PIAGAM MADINAH

32.

Jahiliah berasal daripada perkataan Arab iaitu jahala yang membawa maksud .....

a)

Daif

b)

Jahil

c)

Degil

d)

Kejam

33.

Antara berikut, yang manakah menerangkan cara hidup masyarakat Arab Jahiliah?

a)

Menghindarkan ancaman musuh

b)

Mengamalkan semangat assabiyah

c)

Mengembangkan kemajuan sistem ekonomi

d)

Mengeratkan semangat perpaduan antara suku

34.

Apakah kesan Nabi Muhammad SAW menerima wahyu kedua, Surah al-Mudassir (ayat 1 - 7)?

a)

Penyebaran agama Islam

b)

Tamatnya zaman Jahiliah

c)

Kemunculan kerajaan baharu Islam

d)

Berlaku peristiwa hijrah ke Madinah

35.

Bagaimanakah Al-Aqram bin Abu Arqam membantu dalam penyebaran Islam?

a)

Mengumpulkan ayat al-Quran

b)

Mengetuai umat Islam berhijrah ke Madinah

c)

Mewakafkan rumah sebagai pusat kegiatan dakwah

d)

Mengetuai tentera Islam menentang golongan Quraisy

36.

Apakah sumbangan Nabi Muhammad SAW semasa berada di Madinah?

a)

Menggubal Piagam Madinah

b)

Mendirikan Masjid al-Nabawi

c)

Melantik pegawai yang berpengalaman

d)

Mengislamkan semua penduduk Madinah

37.

Apakah sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dalam usaha penyebaran agama Islam?

a)

Menghapuskan golongan murtad

b)

Menewaskan kerajaan Byzantium

c)

Mengembangkan ilmu pengetahuan

d)

Mengasaskan kerajaan Bani Umaiyah

38.

Senarai berikut tentang masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam.


• Hidup secara nomad

• Memelihara binatang ternakan


Apakah kaum yang dimaksudkan?

a)

Badwi

b)

Hadhari

c)

Mozarab

d)

Muhajirin

39.

Apakah agama yang dianuti oleh Bani Israel?

a)

Yahudi

b)

Nasrani

c)

Kristian

d)

Animisme

40.

Apakah sumbangan Khalifah Umar bin al-Khattab?

a)

Membuka wilayah baru

b)

Memerangi golongan murtad

c)

Membentuk tentera laut Islam

d)

Menjalin hubungan dengan Rom

41.

Pilih urutan yang betul tentang zaman kerajaan Islam.

a)

Umaiyah ➡️ Abbasiyah ➡️ Turki Uthmaniyah

b)

Abbasiyah ➡️ Turki Uthmaniyah ➡️ Umaiyah

c)

Umaiyah ➡️ Turki Uthmaniyah ➡️ Abbasiyah

d)

Turki Uthmaniyah ➡️ Umaiyah ➡️ Abbasiyah

42.

Apakah pendekatan berdakwah yang digunakan untuk menarik masyarakat lain memeluk Islam?

a)

Syura

b)

Paksaan

c)

Diplomasi

d)

Psikologi

43.

Senarai berikut merujuk kepada sumbangan ilmuan Islam.


• Tokoh matematik

• Pengasas ilmu algebra


Siapakah ilmuwan yang dimaksudkan?

a)

Ibn Sina

b)

Al-Kindi

c)

Al-Biruni

d)

Al-Khwarizmi