wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

11.5 GAMIFIKASI SUURVIVOR PPSA

Total questions: 40

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan lambang kebesaran yang terdapat dalam kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?

a)

Memajukan bidang perdagangan

b)

Meningkatkan perbendaharaan

c)

Meluaskan empayar kerajaan

d)

Mengesahkan arahan sultan

2.

Apakah tugas Bendahara sebagai Pembesar Berempat dalam Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Mengawal kutipan cukai

b)

Menjaga keselamatan di laut

c)

Menguruskan perbendaharaan

d)

Menjadi ketua turus angkatan tentera

3.

Parti Nasionalisme Vietnam berteraskan demokrasi, nasionalisme dan sosialisme telah melancarkan pemberontakan pada tahun 1930.

Mengapakah parti tersebut bertindak sedemikian?

a)

Menubuhkan kerajaan republik

b)

Membelakangkan ahli parlimen

c)

Memperjuangkan isu kasut

d)

Menyokong dasar terbuka

4.

Maklumat berikut berkaitan kesan perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu pada abad ke-20.

Kedua-dua akhbar tersebut membangkitkan isu....

a)

mengangkat martabat wanita

b)

mengasaskan dana pendidikan

c)

membentuk identiti kebangsaan

d)

membincangkan penubuhan persatuan

5.

Rajah berikut merujuk kepada perjanjian yang ditandatangani selepas tamatnya Perang Dunia Pertama.

Apakah yang disarankan dalam deklarasi tersebut?

a)

Saiz angkatan tentera dihadkan

b)

Kuasa mutlak raja dikurangkan

c)

Sempadan negara berasaskan bangsa

d)

Pembentukan kerajaan bercorak republik

6.

Berikut adalah unit khas yang ditubuhkan oleh British.

Apakah matlamat penubuhan unit khas tersebut?

a)

Menubuhkan pasukan gerila

b)

Melatih rejimen askar tempatan

c)

Menentang penjajahan komunis

d)

Mensabotaj infrastruktur awam

7.

Mengapakah Raja-raja Melayu menentang perlaksanaan Malayan Union pada tahun 1946?

a)

Penjajahan secara mutlak

b)

Penamatan hak berpersatuan

c)

Kewarganegaraan diperketat

d)

Kedaulatan politik dipersoal

8.

Tokoh berikut berkaitan dengan peristiwa Sungkit Berdarah di Sarawak.

Apakah kesan daripada perjuangan tokoh tersebut?

a)

Penubuhan parti politik

b)

Pengiktirafan kaum minoriti

c)

Pengaruh golongan kiri terhapus

d)

Pengekalan pentadbiran tradisional

9.

Mengapakah kerajaan British bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Raja-raja Melayu, wakil UMNO dan wakil Kerajaan British pada 25 Julai 1946?

a)

Membincangkan asas Perjanjian Persekutuan

b)

Menghalang kemasukan buruh asing

c)

Menentukan kuasa Kerajaan Negeri

d)

Merangka perlembagaan

10.

Mengapakah British bersetuju untuk menggantikan perlembagaan Malayan Union 1946 dengan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Bantahan orang Melayu

b)

Masalah kewangan

c)

Kelemahan pemimpin

d)

Sokongan pentadbir British

11.

Berdasarkan maklumat berikut.

Mengapakah perjanjian tersebut diterima oleh penduduk Tanah Melayu?

a)

Zaman darurat tamat

b)

Kerjasama kaum terbentuk

c)

Jurang ekonomi dikurangkan

d)

Kemunculan pemimpin radikal

12.

Maklumat berikut berkaitan dengan rundingan bagi mendesak Parti Komunis Malaya (PKM) meletakkan senjata.

Mengapakah rundingan tersebut gagal?

a)

Perkongsian kuasa gagal dicapai

b)

Pengharaman ideologi komunis

c)

Kelonggaran syarat kerakyatan

d)

Kedudukan imigran tergugat

13.

Mengapakah kedua-dua organisasi tersebut diharamkan semasa penguatkuasaan undang-undang darurat?

a)

Merintis kerjasama kepartian

b)

Menyuarakan kebebasan hak bersuara

c)

Menyebarkan ideologi berfahaman radikal

d)

Memperkasa sistem pendidikan bumiputera

14.

Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) telah ditubuhkan pada tahun 1950 hasil tuntutan daripada Dato' Onn Jaafar.

Apakah tujuan penubuhan RIDA?

a)

Memajukan perindustrian berteknologi tinggi

b)

Memberi bantuan kemajuan luar bandar

c)

Mewujudkan masyarakat perdagangan

d)

Membantu petani menyertai koperasi

15.

Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 merupakan asas kepada pembentukan sistem pendidikan kebangsaan.

Jawatankuasa tersebut berharap masyarakat negara kita dapat....

a)

memupuk semangat perpaduan

b)

mengukuhkan keamanan negara

c)

membasmi kemiskinan penduduk

d)

memajukan ekonomi masyarakat

16.

Berikut merupakan proses pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.

Apakah X?

a)

Penggubalan perundangan

b)

Pembentukan suruhanjaya

c)

Penentuan sempadan

d)

Penamaan calon

17.

Portfolio pegawai British yang turut menyertai barisan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu merangkumi...

a)

Setiausaha Pertahanan

b)

Setiausaha Kewangan

c)

Setiausaha Perumahan

d)

Setiausaha Perindustrian

18.

Apakah perkara yang disepakati dalam Rundingan London antara Perwakilan Tanah Melayu dengan British?

a)

Sempadan negara berasaskan bangsa

b)

Bantuan pertahanan daripada Komanwel

c)

Pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan

d)

Perkongsian kos bayaran ganti rugi

19.

Perkara manakah yang berkaitan dengan inti pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?

a)

Permuafakatan parti-parti politik

b)

Pengekalan taraf naungan British

c)

Pengiktirafan hak istimewa orang Melayu

d)

Penggunaan dwi bahasa sebagai bahasa pengantar

20.

Gambar berikut merupakan ulama terkenal dari Kepala Batas, Pulau Pinang.

Apakah sumbangan beliau?

a)

Menyertai rombongan ke London

b)

Mengasas gerakan Pan-Islamisme

c)

Memberikan cadangan tarikh kemerdekaan

d)

Mengemukakan memorandum draf perlembagaan

21.

Singapura dan Sarawak menghadapi ancaman komunis pada tahun 1960-an.

Bagaimanakah Tunku Abdul Rahman menyelesaikan ancaman tersebut?

a)

Membentuk gagasan Persekutuan Malaysia

b)

Menubuhkan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

c)

Mewujudkan kerjasama ketenteraan bersama Indonesia

d)

Memperkukuhkan hubungan diplomatik dengan Filipina

22.

Rajah berikut berkaitan dengan langkah pembentukan Persekutuan Malaysia.

Apakah X?

a)

Majlis Perundangan Persekutuan

b)

Jawatankuasa Antara Kerajaan

c)

Jawatankuasa Eksekutif

d)

Suruhanjaya Reid

23.

Maklumat berikut berkaitan dengan Senarai Negeri.

Apakah perkara yang terkandung dalam Senarai Negeri?

a)

Pertahanan

b)

Kesihatan

c)

Pelajaran

d)

Tanah

24.

Mengapakah Kerajaan Persekutuan diperuntukkan kuasa yang lebih besar berbanding Kerajaan Negeri atau Kerajaan Tempatan?

a)

Mengekalkan keadilan untuk semua

b)

Mewujudkan kerajaan yang kuat

c)

Mengukuhkan perpaduan kaum

d)

Menyelesaikan masalah dalam negeri

25.

Antara berikut, perkara manakah yang menjelaskan keistimewaan amalan demokrasi berparlimen?

a)

Mengubah sempadan negeri

b)

Mengadili pertikaian pemerintah

c)

Melaksanakan pengasingan kuasa

d)

Mewujudkan kerjasama politik

26.

Apakah peranan Majlis Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia?

a)

Menggubal pindaan perlembagaan

b)

Merangka dasar pembangunan negara

c)

Menentukan perlaksanaan agihan belanjawan

d)

Memberi nasihat pelantikan jawatan penting

27.

Maklumat berikut berkaitan dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan.

Apakah X?

a)

Pemansuhan kawalan adat anak negeri

b)

Pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo

c)

Penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan

d)

Penamatan kerakyatan secara terbuka

28.

Apakah ciri sebuah negara berdaulat?

a)

Galakan kerjasama politik

b)

Terikat naungan kerajaan asing

c)

Hak melaksanakan pentadbiran

d)

Keadilan agihan pembendaharaan

29.

Maklumat berikut berkaitan dengan undang-undang yang dilaksanakan oleh British di Negeri-Negeri Selat (NNS).

Apakah rasional pengenalan undang-undang tersebut?

a)

Menghalang ketidakadilan

b)

Menyekat gerakan keagamaan

c)

Mengurangkan pengaruh sultan

d)

Melebarkan jurang sosioekonomi

30.

Maklumat berikut berkaitan peristiwa pemasyhuran kemerdekaan.

Apakah keunikan peristiwa di atas?

a)

Pengamalan sisitem republik

b)

Perjuangan melalui rundingan

c)

Kemunculan golongan intelek

d)

Keseimbangan komposisi kaum

31.

Maklumat berikut berkaitan dengan ucapan Tunku Abdul Rahman.

Mengapakah beliau berpandangan sedemikian?

a)

Ketidakseimbangan sistem pendidikan

b)

Tidak mengiktiraf parti berhaluan kiri

c)

Gagal mematuhi dasar kerajaan

d)

Peningkatan belanja mengurus

32.

Maklumat berkaitan dengan usaha mengatasi ancaman komunis antara Parti Komunis Malaya (PKM), Malaysia dan Thailand.

Apakah DUA perkara yang dipersetujui oleh PKM dalam perjanjian tersebut?

a)

Menamatkan Ganyang Malaysia

b)

Membubarkan unit bersenjata

c)

Memusnahkan jerangkap samar

d)

Membatalkan Operasi Hammer

33.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 disesuaikan daripada model Westminster

Dari negara manakah model tersebut diambil?

a)

Britain

b)

Belanda

c)

Sepanyol

d)

Amerika Syarikat

34.

Perkara yang manakah terletak dalam Senarai Negeri?

a)

Tanah

b)

Pelajaran

c)

Kesihatan

d)

Pertahanan

35.

Apakah DUA faktor yang mengukuhkan Sistem Persekutuan di negara kita?

a)

Keluhuran Perlembagaan

b)

Sistem demokrasi berparlimen

c)

Kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

d)

Penyelarasan Kerajan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

36.

Apakah konsep gagasan Malaysia?

a)

Menggabungkan negara-negara di Asia Tenggara

b)

Menyatukan negara-negara maju di Asia Tenggara

c)

Menyatukan negara-negara sedang membangun di Asia Tenggara

d)

Menggabungkan beberapa bekas tanah jajahan British di Asia Tenggara

37.

Mengapakah wilayah tersebut menyokong gagasan Malaysia?

a)

Mengelakkan dekolonisasi

b)

Menamatkan ancaman komunis

c)

Mengukuhkan benteng pertahanan

d)

Memenuhi desakan penduduk tempatan

38.

Andai kata anda menganggotai MAGERAN, apakah perkara utama yang perlu anda berikan perhatian?

a)

Perpaduan kaum

b)

Ketidakseimbangan ekonomi

c)

Kesetiaan kepada raja

d)

Masalah pendidikan

39.

Apakah kesimpulan daripada gambar tersebut?

a)

Mengadakan kunjung-mengunjung

b)

Mematuhi undang-undang negara

c)

Mengekalkan perpaduan kaum

d)

Menunjukkan keunikan negara

40.

Gambar berikut merupakan lambang kebangsaan Malaysia.

Mengapakah lambang tersebut diwujudkan?

(pilih dua jawapan yang tepat)

a)

Lambang jati diri

b)

Simbol kemegahan

c)

Lambang kedaulatan

d)

Simbol perpaduan