wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH T4 K1 PPT Set 2

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut berkaitan Undang-undang Laut Melaka.


* Fasal 13.1 -->> Nakhoda perlu diberikan keutamaan untuk berniaga selama 4 hari


Mengapakah keistimewaan tersebut diperoleh nakhoda kapal?

a)

Dianggap wakil kerajaan

b)

Dikhuatiri berlaku penipuan

c)

Diibaratkan raja dalam pelayaran

d)

Dihormati pedagang di pelabuhan

2.

Raja Mongkut & Raja Chulalongkorn memodenkan negara Thailand dan mengamalkan dasar terbuka


Mengapakah tindakan tersebut diambil oleh baginda berdua?

a)

Menyaingi kuasa besar

b)

Mengekalkan kedaulatan negara

c)

Memantapkan kuasa pemerintah

d)

Memodenkan sistem pendidikan

3.

Berikut berkaitan usaha British mengubah status Tanah Melayu


**Negeri Naungan -->> Negeri Jajahan


Bagaimanakah usaha tersebut berjaya dilakukan?

a)

Melaksanakan dasar dekolonisasi

b)

Memperkenalkan Malayan Union

c)

Menggubal perlembagaan merdeka

d)

Membentuk Persekutuan Tanah Melayu

4.

Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan bagi membantu Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.

Manakah antara berikut merupakan DUA bidang kuasa majlis tersebut?

a)

Hal ehwal luar

b)

Ketenteraman awam

c)

Pelantikan pemerintah

d)

Syarat kewarganegaraan

5.

Mengapakah Parti Komunis Indonesia (PKI) berusaha menyebarkan pengaruh mereka di Tanah Melayu?

a)

Kegagalan menguasai Pulau Jawa

b)

Penubuhan Patti Komunis Nanyang

c)

Keinginan rnenguasai bahan mentah

d)

Peluasan pengaruh Parti Komunis China

6.

Apakah idea kemerdekaan yang diperjuangkan oleh Kesatuan Melayu Muda?

a)

Melayu Raya

b)

Kerjasama kaum

c)

Pemerintah sosialis

d)

Raja Berperlembagaan

7.

Apakah peranan kabinet tersebut?

a)

Menamatkan pentadbiran British

b)

Membincangkan hubungan diplomatik

c)

Mengubah sistem berasaskan Westminster

d)

Membincangkan isu keselamatan dalam negeri

8.

Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 8 Mac 1956.


Mengapakah suruhanjaya ini di bentuk?

a)

Menyusun perlembagaan

b)

Menubuhkan negara baharu

c)

Membuat rundingan di London

d)

Melanjutkan tarikh kemerdekaan

9.

Apakah tujuan Rancangan Buku Merah yang dilancarkan pada 25 Januari 1961?

a)

Membuka tanah secara besar-besaran

b)

Memantau projek pembangunan

c)

Menyediakan peluang pekerjaan

d)

Menstabilkan kewangan negara

10.

Maklumat berikut berkaitan peranan rakyat dalam mempertahankan kedaulatan negara.

• Menganggotai pasukan keselamatan

• Memberikan maklumat tentang pencerobohan sempadan negara

Apakah aspek yang ditekankan dalam dasar tersebut?

a)

Meningkatkan kewibawaan pemimpin

b)

Membawa kesejahteraan hidup

c)

Mengukuhkan pertahanan

d)

Melicinkan pentadbiran

11.

Terdapat pengasingan kuasa dalam pemerintahan negara.


Yang di Pertuan Agong ->>

* Badan Eksekutif

* Badan Perundangan

* X


Apakah peranan X?

a)

Membuat pindaan perlembagaan

b)

Mentafsirkan undang-undang

c)

Melaksanakan dasar-dasar

d)

Menggubal perlembagaan

12.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa budi bicara pada Yang di-Pertuan Agong.

Apakah tindakan yang membuktikan kuasa tersebut?

a)

Melakukan pindaan perlembagaan

b)

Menyelesaikan perisytiharan sempadan

c)

Pengisytiharan undang-undang darurat

d)

Pelantikan ketua kerajaan persekutuan

13.

Rakyat akan meminum air tadahan Inskripsi Telaga Batu dalam upacara persetiaan rakyat kepada pemerintah kerajaan Srivijaya.

Apakah tujuan upacara tersebut dilakukan?

a)

Meluaskan pengaruh

b)

Mengangkat sumpah

c)

Menunjukkan kesetiaan

d)

Melambangkan pemerintahan

14.

Laksamana berperanan dalam membantu kegemilangan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Apakah peranan laksamana?

a)

Menetapkan kadar cukai

b)

Menjadi penasihat sultan

c)

Mengawal keselamatan pedagang

d)

Menguruskan perbendaharaan kerajaan

15.

Mengapakah gerakan nasionalis di Burma digerakkan oleh golongan kelas pertengahan yang berpendidikan Barat?

a)

Menuntut hak rakyat

b)

Menggugat penganut Buddha

c)

Penentangan golongan Mandarin

d)

Perkembangan fahaman komunis

16.

Maklumat berikut berkaitan corak perjuangan nasionalisme di Tanah Melayu.

Apakah persamaan isu dalam karya tersebut?

a)

Membela nasib bangsa

b)

Pengukuhan hukum adat

c)

Mengangkat martabat wanita

d)

Pembaharuan pendidikan vernakular

17.

Perjanjian Versailles ditandatangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman pada 28 Jun 1919.

Apakah DUA isi kandungan perjanjian tersebut?

a)

Mengehadkan saiz angkatan tentera

b)

Menamatkan sekatan ekonomi

c)

Mewujudkan negara baharu

d)

Menyerahkan tanah jajahan

18.

Tokoh berikut berkaitan perjuangan gerakan anti-Jepun.

Apakah sumbangan beliau?

a)

Melancarkan pemberontakan Jesselton

b)

Menentang Parti Komunis Malaya

c)

Menggerakkan Operasi Semut

d)

Menubuhkan Force 136

19.

Pentadbiran Tentera British (British Military Administration atau BMA) di Tanah Melayu gagal melaksanakan tugasnya?

Apakah DUA bentuk kegagalan tersebut?

a)

Menyatukan pelbagai kaum

b)

Mengiktiraf hak peribumi

c)

Menghalang peningkatan inflasi

d)

Mengawal wabak penyakit

20.

Gagasan Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu bagi menggantikan British Military Administration (BMA).

Perkara manakah yang terkandung dalam Perlembagaan Malayan Union pada 1 April 1946?

a)

Taraf naungan

b)

Dasar Dekolonisasi

c)

Raja Berperlembagaan

d)

Syarat kewarganegaraan

21.

Maklumat berikut merupakan gabungan yang mencadangkan Perlembagaan Rakyat bagi menentang cadangan Jawatankuasa Kerja yang dipersetujui oleh British.

  • - Nasionalis Melayu Radikal

  • - Gabungan PUTERA-AMCJA

Apakah DUA sebab kedua-dua gabungan tersebut bertindak demikian?

a)

Pandangan ditolak

b)

Proses tidak demokratik

c)

Gagal menyatukan persekutuan

d)

Hak kerakyatan dinafikan

22.

Gerakan Komunis Antarabangsa telah menganjurkan dua persidangan di Calcutta, India pada tahun 1948.

  • - Persidangan Kongres Belia Asia

  • - Persidangan Parti Komunis India

Apakah kesan persidangan tersebut terhadap Parti Komunis Malaya?

a)

Kerjasaman menentang Jepun

b)

Penubuhan pasukan keselamatan

c)

Perjuangan bersenjata dilancarkan

d)

Rundingan penyatuan parti politik radikal

23.

Maklumat berikut berkaitan dengan usaha British menangani ancaman komunis di Tanah Melayu.

17 Jun 1948 => Undang-Undang Darurat diisytiharkan

Apakah peristiwa yang menyebabkan undang-undang tersebut diisytiharkan?

a)

Pembukaan cawangan Parti Kuomintang

b)

Pembunuhan pengurus ladang Eropah

c)

Perubahan dasar pentadbiran British

d)

Penentangan Kesatuan Sekerja

24.

Maklumat berikut berkaitan dengan penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum pada Januari 1949.

Apakah X ?

a)

Menetapkan hala tuju pentadbiran negara

b)

Mencadangkan pilihan raya secara berperingkat

c)

Memberikan pengiktirafan terhadap pemerintahan beraja

d)

Mengekalkan sistem pentadbiran tradisional

25.

Pembentukan Sistem Ahli oleh British di Tanah Melayu adalah selari dengan dasar dekolonisasi yang disarankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berdasarkan Piagam Atlantik.

Bagaimanakah British menyokong dasar tersebut?

a)

Menghalang pengaruh luar

b)

Memperkukuh kerjasama politik

c)

Memberi kuasa autonomi kepada kerajaan

d)

Melatih pemimpin tempatan dalam pentadbiran

26.

Apakah kepentingan pilihan raya dalam konteks negara yang berdaulat?

a)

Membentuk sebuah kerajaan

b)

Menggalakkan penubuhan parti politik

c)

Menjamin ketelusan pentadbiran

d)

Mengekalkan warisan negara

27.

Gambar berikut merupakan Kabinet Kerajaan Persekutuan 1955.

Bagaimanakah kabinet tersebut berperanan dalam perkembangan sejarah kemerdekaan tanah air?

a)

Mengukuhkan kuasa Raja-raja

b)

Mengkaji semula syarat kerakyatan

c)

Menetapkan hala tuju kerajaan negeri

d)

Mengurangkan kuasa pentadbiran British

28.

Maklumat berikut berkaitan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Apakah DUA peranan suruhanjaya tersebut?

a)

Memperuntukkan hak sama rata untuk semua kaum

b)

Mengadakan referendum dalam kalangan penduduk

c)

Memastikan sistem persekutuan yang kuat

d)

Menerima memorandum daripada pelbagai pihak

29.

Parti berikut telah menolak syarat kewarganegaraan yang longgar dalam draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

  • - Parti Negara

  • - UMNO

Apakah alasan yang diberikan oleh parti tersebut?

a)

Kedudukan orang Melayu tergugat

b)

Kemerdekaan negara sukar dicapai

c)

Institusi pemerintahan beraja terhapus

d)

Semua sekolah mempelajari bahasa Inggeris

30.

3 (1) Agama di Negeri Persekutuan ialah agama Islam, akan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dalam mana-mana jua negeri dalam Persekutuan.

Apakah rumusan anda tentang peruntukan tersebut?

a)

Tolak ansur

b)

Sedia berkorban

c)

Kerjasama

d)

Prihatin

31.

Bagaimanakah kerajaan berperanan dalam menangani isu antarabangsa di peringkat awal kemerdekaan?

a)

Menyusun strategi ketenteraan

b)

Menggalakkan penglibatan swasta

c)

Menyelaras perundangan serantau

d)

Memperkukuh hubungan luar negara

32.

Apakah peranan rakyat dalam mempertahankan kedaulatan negara Malaysia?

a)

Memastikan keberkesanan pendidikan

b)

Menggubal dasar perundangan

c)

Menyanjungi adat dan warisan

d)

Membentuk dasar pentadbiran

33.

Maklumat berikut berkaitan sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan.

Pentadbiran British di Negeri-Negeri Selat memperkenalkan Charter of Justice.

Apakah kepentingan undang-undang tersebut?

a)

Menghalang campur tangan luar

b)

Menyekat ideologi bersifat radikal

c)

Melindungi kepentingan penduduk

d)

Mengutamakan golongan imigran

34.

Apakah DUA perkara yang terkandung dalam pindaan Perlembagaan Persekutuan 1965?

a)

Imigresen

b)

Kewangan

c)

Struktur Mahkamah Atasan

d)

Jawatan Yang di-Pertua Negeri

35.

Penyataan manakah yang menerangkan fungsi Majlis Raja-Raja Melayu?

a)

Memperkenan perubahan sempadan negeri

b)

Mencadangkan rang undang-undang

c)

Menentukan draf belanjawan negara

d)

Menyemak sistem pengasingan kuasa

36.

Mengapakah konsep pengasingan kuasa penting dalam amalan demokrasi berparlimen?

a)

Mengelakkan campur tangan luar

b)

Meningkatkan mobiliti penduduk

c)

Mewujudkan pemerintahan yang adil

d)

Mendapatkan pengiktirafan antarabangsa

37.

Senarai Persekutuan memperuntukkan kuasa Kerajaan Persekutuan.

Perkara yang manakah terletak dalam Senarai Persekutuan?

a)

Tanah

b)

Biasiswa

c)

Pelajaran

d)

Perumahan

38.

Antara berikut, manakah DUA majlis yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bagi menyelaraskan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri?

a)

Majlis Keselamatan Negara

b)

Majlis Air Negara

c)

Majlis Tanah Negara

d)

Majlis Kewangan Negara

39.

Maklumat berikut berkaitan dengan perjuangan nasionalisme di Tanah Melayu.

Konsep Melayu Raya diperjuangkan untuk menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia.

Mengapakah konsep tersebut tidak dapat dilaksanakan?

a)

Penguasaan tentera Bersekutu

b)

Kemerdekaan Indonesia diisytiharkan

c)

Ancaman ideologi komunis

d)

Reaksi masyarakat peribumi

40.

Pilih DUA penyataan yang berkaitan dengan intipati Perjanjian Malaysia 1963.

a)

Tarikh Pembentukan Malaysia adalah pada 16 September 1963

b)

Pembahagian kerusi parlimen bagi semua wilayah adalah setara

c)

Kuasa menubuhkan kabinet negeri diberikan kepada Sarawak dan Sabah

d)

British mengiktiraf kedaulatan Sarawak, Sabah dan Singapura dalam Malaysia