wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Fizik Ting. 4 KSSM : Bab 4 - Haba

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Rajah menunjukkan semangkuk sup panas dan segelas minuman ringan berais di dalam kotak berpenebat. Pernyataan manakah yang menerangkan dengan betul keputusan selepas beberapa jam?

a)

Sup panas kekal panas

b)

Minuman ringan berais memindahkan haba kepada sup panas

c)

Muatan haba sup panas berkurang tetapi muatan haba minuman ringan berais bertambah

d)

Kedua-dua sup panas dan minuman ringan mencapai kesimbangan terma

2.

Kepekaan termometer alkohol-dalam-kaca boleh ditingkatkan dengan

a)

mengurangkan saiz bebuli

b)

mengurangkan panjang termometer itu

c)

mengurangkan diameter tiub kapilari

d)

mengurangkan isipadu alkohol

3.

Rajah menunjukkan air panas yang ditambahkan kepada air sejuk. Pernyataan manakah benar mengenai pemindahan haba? [Andaikan bahawa sistem tersebut adalah tertutup]

a)

Haba yang hilang daripada air panas sama dengan haba yang diperolehi air sejuk

b)

Haba yang hilang daripada air panas lebih daripada haba yang diperolehi air sejuk

c)

Haba yang hilang daripada air panas kurang daripada haba yang diperolehi air sejuk

4.

Rajah menunjukkan dua objek dengan suhu yang berbeza berada dalam sentuhan terma. Pernyataan manakah yang betul apabila keseimbangan terma dicapai?

a)

Suhu objek A adalah lebih rendah daripada suhu objek B

b)

Suhu objek A adalah lebih tinggi daripada suhu objek B

c)

Suhu objek B tidak berubah

d)

Suhu objek A adalah sama dengan suhu objek B

5.

Muatan haba tentu sesuatu bahan ialah

a)

jumlah tenaga haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 kg bahan itu tanpa mengubah keadaannya

b)

jumlah tenaga haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 kg bahan itu sebanyak

1°C1\degree C

c)

jumlah haba yang disimpan oleh 1 kg bahan itu apabila suhu jatuh sebanyak 1°C1\degree C

d)

jumlah haba yang hilang ke persekitaran apabila 1 kg bahan itu berubah keadaan

6.

Muatan haba tentu aluminium lebih tinggi daripada muatan haba tentu kuprum. Apakah yang akan berlaku jika kedua-dua logam itu yang berjisim sama dibekalkan dengan jumlah haba yang sama?

a)

Kadar peningkatan suhu bagi aluminium lebih tinggi

b)

Aluminum akan mengembang lebih banyak daripada kuprum

c)

Kuprum akan panas lebih cepat

d)

Kuprum akan mengembang lebih cepat daripada aluminium

7.

1.5 kg air disejukkan dari suhu

 80°C80\degree C  sehingga  30°C30\degree C  . Cari jumlah tenaga haba yang hilang daripada ir itu. [Muatan haba tentu air =  4200 Jkg1 4200\ Jkg^{-1\ }   °C1\degree C^{-1}  ]

a)

189 kJ

b)

315 kJ

c)

504 kJ

d)

680 kJ

8.

Rajah menunjukkan air teh dengan kuantiti yang sama pada  100°C100\degree C   dituang ke dalam dua bekas X dan Y yang diperbuat daripada bahan yang berlainan. Air teh menyejuk lebih cepat di dalam Y berbanding di dalam X. Konsep manakah yang menerangkan situasi itu?

a)

Muatan haba seramik lebih besar daripada muatan haba aluminium

b)

Muatan haba aluminum lebih besar daripada muatan haba air

c)

Muatan haba seramik lebih besar daripada muatan haba air

d)

Muatan haba aluminium lebih besar daripada muatan haba seramik

9.

Dua cecair dengan isipadu yang sama X dan Y dipanaskan serentak dengan pemanas-pemanas yang serupa. Selepas 10 minit suhu cecair Y adalah lebih tinggi daripada cecair X. Perbandingan manakah adalah betul?

a)

Muatan haba tentu X > Muatan haba tentu Y

b)

Muatan haba tentu X < Muatan haba tentu Y

c)

Haba pendam tentu X > Haba pendam tentu Y

d)

Haba pendam tentu X < Haba pendam tentu Y

10.

Rajah menunjukkan suatu cecair dipanaskan menggunakan pemanas elektrik selama 5 minit. Suhu cecair akan meningkat lebih lambat dengan

a)

menggunakan cecair yang mempunyai haba pendam tentu yang lebih besar

b)

menambahkan masa pemanasan

c)

mengurangkan jisim cecair

d)

menggunakan cecair yang mempunyai muatan haba tentu yang lebih besar

11.

Mengapakah stim mengakibatkan luka terbakar lebih teruk daripada air mendidih?

a)

Haba pendam tentu stim yang lebih tinggi

b)

Muatan haba tentu stim yang lebih tinggi

c)

Suhu stim lebih tinggi daripada suhu air mendidih

d)

Molekul stim bergerak lebih laju dan menghentam kulit lebih kuat

12.

Rajah menunjukkan perubahan suhu terhadap masa bagi lilin daripada cecair kepada pepejal. Bahagian graf yang manakah menunjukkan campuran lilin pepejal dan cecair?

a)

PQ

b)

QR

c)

RS

d)

ST

13.

Satu pepejal berjisim 0.3 kg dipanaskan oleh pemanas elektrik 200 W. Graf suhu-masa bagi proses ini ditunjukkan dalam rajah. Hitung muatan haba pendam tentu pelakuran pepejal itu.

a)

4.36 x 103 4.36\ x\ 10^{3\ } Jkg1Jkg^{-1}

b)

9.44 x 1039.44\ x\ 10^3 Jkg^{-1}

c)

8.33 x 1048.33\ x\ 10^4 Jkg^{-1}

d)

2.00 x 1052.00\ x\ 10^5 Jkg^{-1}

14.

Fenomena manakah yang menunjukkan aplikasi haba pendam pelakuran dalam kehidupan harian?

a)

Mengukus ikan

b)

Menyejukkan enjin kereta

c)

Mengawet makanan dengan bongkah ais yang sedang melebur

d)

Mengambil bacaan suhu daripada termometer merkuri

15.

Sejenis bahan dipanaskan pada kadar yang tetap. Bahan tersebut berubah daripada pepejal menjadi cecair dan kemudian gas. Graf berikut menunjukkan bagaimana suhunya berubah terhadap masa. Bahagian proses yang manakah melibatkan haba pendam tentu pengewapan?

a)

Bahagian P

b)

Bahagian Q

c)

Bahagian R

d)

Bahagian S

16.

Sebuah kanister gas mengandungi gas pada tekanan p  Nm^{-2}  . Pada suhu malar, tekanan gas itu tidak berubah kerana

a)

saiz molekul gas itu kekal tidak berubah

b)

molekul gas itu bergerak pada halaju purata yang malar

c)

dinding kanister gas itu sangat kuat

17.

Graf manakah yang menunjukkan hubungan antara panjang,  l  turus merkuri di dalam termometer dengan suhu mutlak, T?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

18.

Tekanan udara di dalam tayar sebuah kereta ialah 210 kPa pada suhu  27°C27\degree C . Berapakah tekanan di dalam tayar tersebut pada suhu  47°C47\degree C  ? [Anggap isipadu udara dalam tayar adalah tetap]

a)

153 kPa

b)

203 kPa

c)

217 kPa

d)

224 kPa

19.

Rajah menunjukkan buih udara yang terbentuk oleh seorang penyelam. Isipadu buih udara itu ialah 6

 cm3cm^3  pada kedudukan Y. Tentukan isipadu buih udara pada X. [Tekanan atmosfera = 10 m air]

a)

2.4   cm3cm^3 

b)

4.8   cm^3 

c)

6.0   cm^3 

d)

7.2   cm^3 

20.

Hukum Charles menyatakan bahawa apabila tekanan suatu gas adalah malar isipadu gas adalah berkadar terus dengan suhu mutlaknya untuk suatu gas berjisim tetap. Graf manakah yang mewakili hubungan antara isipadu V dengan suhu mutlak T?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D