Font size
Worksheets900/3 bahagian I
Total questions: 15
Worksheet time: 11mins
- Berbaik-baik tanpa mengira ideologi
- Mematuhi Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
1.Pernyataan di atas merujuk kepada
dasar luar Malaysia
ideologi pemimpin Malaysia
pegangan politik Malaysia
sistem pentadbiran Malaysia
2. Dalam melaksanakan dasar luar, Malaysia
mengutamakan pertumbuhan ekonomi dunia
melaksanakan hubungan berasaskan fahaman
menghormati kedaulatan negara luar
mengambil kira kepentingan ketenteraan
3. Pendirian Malaysia terhadap penyelesaian isu keganasan antarabangsa adalah dengan
membenarkan kuasa besar bertindak secara unipolar
menyokong penggunaan ketenteraan dalam menangani sesuatu isu
memusnahkan gerakan ekstrem agama dan bangsa
menyelesaikan punca masalah wujudnya isu
4. Dalam melaksanakan dasar luar, Malaysia berpegang kepada prinsip
menghormati kedaulatan negara lain
mementingkan pertahanan dan ketenteraan
mengutamakan kestabilan ekonomi serantau
mengambil kira pegangan ideologi sesebuah negara
5. Matlamat Malaysia menyertai kerjasama dalam ASEAN+3 adalah untuk mewujudkan kerjasama dalam
keselamatan
pendidikan
perdagangan
politik
*MENYELESAIKAN PERGESERAN KUASA AKIBAT PERKEMBANGAN EKONOMI
6. Pernyataan di atas merujuk kepada
Sidang Kemuncak Asia Timur
Forum Serantau ASEAN
Mesyuarat ASEAN+3
Dialog Antarabangsa Langkawi
7. Faedah yang diperoleh Malaysia dengan menyertai Komuniti Ekonomi ASEAN adalah dapat
mengukuhkan pertumbuhan industri halal
mempercepat pembangunan sumber alam
meningkatkan kemasukan pelabur asing ke Malaysia
menghadapi cabaran ekonomi dunia secara bersama
*MEMBOLEHKAN BARANGAN ANGGOTA ASEAN MENEMBUSI PASARAN NEGARA ANGGOTA
*MENGHAPUSKAN SEKATAN PERDAGANGAN DUA HALA
8. Faedah di atas dinikmati oleh Malaysia melalui penyertaan dalam
Komuniti Ekonomi ASEAN
Kerjasama ASEAN+3
Pembangunan Segi Tiga Pertumbuhan ASEAN
Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
9. Dialog Utara-Selatan telah diadakan bagi mengatasi masalah
kebanjiran tenaga kerja negara Selatan ke negara Utara
pemindahan teknologi dari negara Utara ke negara Selatan
kualiti alam sekitar yang semakin merosot
iklim dan cuaca dunia yang tidak menentu
10. Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh negara sedang membangun ?
kualiti alam sekitar
tenaga kerja
kawasan pembangunan
kemiskinan
11. Malaysia menerima pakai teknologi hijau kerana dapat
membantu melestarikan kehidupan
menjimatkan penggunaan sumber
mengekalkan kesuburan tanah
meningkatkan produktiviti negara
12. Malaysia dapat mengukuhkan jalinan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara-negara Selatan melalui
penubuhan kawasan pertumbuhan pembangunan wilayah
pertukaran data perdagangan, pelaburan dan teknologi
pembentukan pasaran bersama
perjanjian kawasan perdagangan bebas
13. dalam menyelesaikan isu pemerdagangan orang, Malaysia telah
menutup semua sempadan dengan pemasangan pagar elektrik
meminta bantuan kuasa besar untuk mengawal perairan negara
meningkatkan bilangan pasukan keselamatan bagi mengawal sempadan
menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi
14. Yang manakah bentuk kerjasama dalam kalangan anggota ASEAN+3?
I. KERJASAMA TEKNIKAL
II. KERJASAMA POLITIK
III. KERJASAMA KETENTERAAN
IV. KERJASAMA KEWANGAN
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
15. Berikut merupakan pernyataan yang benar tentang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
I. MENGURANGKAN HALANGAN PERDAGANGAN
II. MEMBANGUNKAN SISTEM PERDAGANGAN MULTILATERAL
III. MENTADBIR PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS GLOBAL
IV. MEWUJUDKAN PERATURAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
