Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Kata Penegas & Kata Nafi

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Aimi ___________ sahaja cemerlang dalam kurikulum, tetapi juga aktif dalam kokurikulum.

a)

bukan

b)

tidak

2.

Walaupun perkara itu telah diputuskan, namun Han Meng masih _________ berpuas hati.

a)

bukan

b)

tidak

3.

Pemuda itu ________ yang menghalang projek pembinaan jambatan ke kampung.

a)

-kah

b)

-lah

4.

Nora menolak ajakan kawannya yang mempelawanya makan di restoran makanan segera kerana dia ________ menggemari makanan yang berminyak.

a)

tidak

b)

bukan

5.

Apa-apa ____________ yang dilakukannya tidak kena pada pandangan ibu tirinya.

a)

sahaja

b)

lagi

6.

Gerai Pak Hassan hanya tinggal beberapa longgok buah manggis yang ________ habis dijual pada hari ini.

a)

bukan

b)

tidak

7.

Pengetua ____________ akan bersara pada bulan hadapan.

a)

memang

b)

hanya

8.

Farid menjelaskan bahawa dia ________ tahu-menahu tentang perkara itu.

a)

bukan

b)

tidak

9.

Hanya tinggal dua soalan yang __________ dijawab oleh Aiman.

a)

bukan

b)

tidak

10.

"____________ saya yang mengambil buah mangga Pak Mail," kata Ishad kepada emaknya.

a)

Tidak

b)

Bukan

11.

Selain dijadikan ulam, pegaga ________ dapat menyembuhkan luka.

a)

juga

b)

hanya

12.

Hasil kerja tangannya ____________ bagus.

a)

memang

b)

sahaja

13.

"Bukan __________ rumah besar itu kepunyaan wakil rakyat kawasan ini?" tanya Sani kepada Adam.

a)

tah

b)

kah

14.

"Apa ________ dayaku yang miskin ini," keluh lelaki tua itu sendirian.

a)

lah

b)

kah

15.

"Menaiki kereta pun aku sudah mabuk, apa __________ lagi jika menaiki kapal terbang," kata Aiman kepada Suhaimi.

a)

lah

b)

tah

16.

Isi tempat kosong dengan kata penegas yang sesuai.


Maklumat yang lengkap dan benar (a)   akan diproses.

17.

Isi tempat kosong dengan kata penegas yang sesuai.


Apa (a)   daya saya untuk menghalang tindakan tegasnya.

18.

Isi tempat kosong dengan kata penegas yang sesuai.


Di mana (a)   perlu saya letakkan kotak ini?

19.

Isi tempat kosong dengan kata penegas yang sesuai.


Buku itu (a)   yang dicari-carinya.

20.

Isi tempat kosong dengan kata penegas yang sesuai.


Pau Lin (a)   anak yang taat kepada ibu bapa.

21.

Isi tempat kosong dengan kata penegas yang sesuai.


"Walau apa-apa (a)   yang berlaku, kita mesti bersatu hati," kata Anas kepada ahli pasukannya.

22.

Isi tempat kosong dengan kata penegas yang sesuai.


Majlis kesyukuran itu bukan sahaja untuk meraikan anaknya yang berjaya memperoleh ijazah, tetapi (a)   untuk meraikan kepulangan anaknya dari luar negara.

23.

Isi tempat kosong dengan kata penegas yang sesuai.


Pesakit yang terlantar di wad Unit Rawatan Rapi itu tiada harapan untuk hidup (a)   .

24.

Tulis kesalahan bahasa yang terdapat dalam ayat berikut.


Walaupun Fauzi tidak anak kandung Puan Maria, Puan Maria melayan Fauzi seperti anak kandung sendiri.

(a)  

25.

Tulis kesalahan bahasa yang terdapat dalam ayat berikut.


Puan Maria memberi kasih sayang yang bukan berbelah bahagi kepada Fauzi.

(a)