wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIH TUBI KATA KERJA (TING-1)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.


1 Amir ________kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.

a)

merintih

b)

mengeluh

c)

mengenang

d)

mengerang

2.

2. Badan Nabilah__________kerana ketakutan.

a)

menggeliat

b)

menggeletar

c)

menggelupur

d)

menggelepar

3.

3. Pengemis itu ___________oleh pekerja restoran tersebut.

a)

dihalang

b)

dibuang

c)

dihalau

d)

ditindas

4.

4. Mak Cik Hasnah sedang ___________bawang di dapur.

a)

menumbuk

b)

mengetuk

c)

memukul

d)

memalu

5.

5. Ibu ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.

a)

memicit

b)

melenyek

c)

memerah

d)

menindih

6.

6. Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba ____________.

a)

merenggut

b)

menyambar

c)

merampas

d)

mengambil

7.

7. Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Seri Langkap akan ______pameran lukisan.

a)

melaksanakan

b)

menjalankan

c)

mengadakan

d)

melahirkan

8.

8. Kampung Berlian dan Kampung Permata _________oleh sebatang sungai.

a)

terbelah

b)

terpisah

c)

terpecah

d)

terbahagi

9.

9. Ular sawa itu __________ seekor kambing.

a)

melulur

b)

meneguk

c)

mengunyah

d)

menghisap

10.

10. Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan kita perlulah _________nya terlebih dahulu.

a)

merancang

b)

menimbang

c)

melaksana

d)

melihat

11.

11 Lili ________________ buku novel yang ditulis olehnya kepada Tan.

a)

menghadiahkan

b)

menyerahkan

c)

memulangkan

d)

menghulurkan

12.

12. Peniaga itu ____________________ keuntungan dengan mengenakan harga jualan yang tinggi kepada pelanggan-pelanggannya.

a)

meraih

b)

mencapai

c)

mengumpul

d)

mengais

13.

13. Mulut adik _____________ semasa mendengar cerita yang disampaikan oleh nenek.

a)

tertutup

b)

tersengih

c)

terlopong

d)

terkatup

14.

14. Fauzan _____________ kedatangan Encik Azam ke rumahnya dengan ramah.

a)

menunggu

b)

menyambut

c)

mengajak

d)

menanti

15.

15. Banduan itu terpaksa _____________ di penjara selama lima tahun akibat kesalahan mencuri.

a)

menetap

b)

menginap

c)

meringkuk

d)

menumpang

16.

16. Syarikat Tonggak Maju mampu___________________projek kerajaan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit.

a)

menganjurkan

b)

melaksanakan

c)

meningkatkan

d)

mengadakan

17.

17. Adik ___________ kerana memakai kasut tumit tinggi ibu.

a)

terjatuh

b)

tertimpa

c)

terhantuk

d)

terhempas

18.

18. Elina _____________ perca-perca kain itu pada selimut yang koyak.

a)

melekatkan

b)

menampalkan

c)

mencantumkan

d)

meletakkan

19.

19. Sang Kancil yang cerdik itu berjaya _________________ sungai yang dalam dengan tipu helahnya.

a)

melepasi

b)

melangkahi

c)

mengharungi

d)

menyeberangi

20.

20. Lidahnya melecur kerana _____________ air yang masih panas itu.

a)

terhisap

b)

tertelan

c)

tersedut

d)

terhirup