wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGAJIAN AM SEM 3 EKONOMI MALAYSIA & ANTARABANGSA

Total questions: 76

Worksheet time: 38mins

Name
Class
Date
1.

Yg manakah ant. Urutan2 berikut yg paling tepat menggambarkan perkembangan Dasar Luar M’sia?

I. Dasar berkecuali.

II. Dasar mengeratkan hubungan ekonomi dengan negara-negara kecil.

III. Dasar yang bercorak probarat dan antikomunis.

IV. Dasar mengeratkan hubungan dengan negara-negara Islam dan serantau.

a)

I, III, IV, II

b)

III, I, IV, II

c)

II, IV, III, I

d)

II, III, I, IV

2.

Antara penyataan-penyataan yang berikut, yang manakah yang benar tentang skema di atas?

I. Peringkat pertama melibatkan industri yang berasaskan pertanian dan bahan makanan

II. Peringkat kedua tertumpu kepada perkembangan industri elektronik dan tekstil

III. Peringkat ketiga memajukan industri komoditi utama.

IV. Peringkat ketiga melibatkan industri yang berasaskan intensif buruh.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

3.

Ant. yg berikut, yg manakah yg benar ttg langkah krjn memulihkan ekonomi negara drpd kegawatan?

I. MTEN (Majlis Tindakan Ekonomi Nasional) ditubuhkan

II. Danamodal Berhad membantu bank yang menghadapi masalah hutang tak terbayar (NPL)

III. Danaharta Berhad menutup syarikat-syarikat yang menghadapi masalah kewangan.

IV. Kadar tukaran Ringgit Malaysia dgn mata wang asing ditentukan oleh pasaran antarabangsa.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

4.

X ditubuhkan khas utk berfungsi sbg badan penasihat kpd kabinet bg menghadapi krisis kewangan mll tindakan2 jangka pendek yg sewajarnya.


Yang manakah mewakili X?

a)

Majlis Perunding Negara

b)

Majlis Pembangunan Negara

c)

Majlis Tindakan Ekonomi Negara

d)

Majlis Kewangan Negara

5.

X ialah strategi jangka pendek yg diambil utk mengatasi masalah kegawatan ekon. negara pd akhir thn 1990-an.


Antara tindakan yang berikut, yang manakah yang berkaitan dengan strategi X?

I. Mengawal aliran pasaran saham.

II. Menggalakkan perdagangan mata wang bebas.

III. Menubuhkan syarikat Dana Harta dan Dana Modal.

IV. Menggabungkan institusi-institusi kewangan tempatan.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

6.

* Memulihkan keyakinan pelabur asing terhadap perkembangan ekonomi Negara

* Memperkukuh asas ekon. negara agar mampu bersaing di peringkat antarabangsa


Pernyataan di atas merujuk kepada peranan

a)

Majlis Kewangan Negara

b)

Majlis Pembangunan Negara

c)

Majlis Tindakan Ekonomi Negara

d)

Majlis Perundingan Ekonomi Negara

7.

Ant. yg berikut, yang manakah strategi yg digunakan utk meransang pertumbuhan ekon. negara dlm Program Transfomasi Ekonomi Negara?

I Memperkukuh daya saing negara

II Penerapan nilai tambah dan inovasi

III Memiliknegarakan syarikat-syarikat asing

IV Menyekat kemasukan pelaburan langsung asing

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang Rancangan Lima Tahun Malaysia?

a)

Menjadi garis panduan pelaksanaan pembangunan negara

b)

Merupakan rangka rancangan pembangunan jangka panjang

c)

Menggariskan punca perolehan sumber pendapatan kerajaan

d)

Merangkumi dasar pembangunan sektor awam dan sektor swasta

9.

Yg manakah strategi utk membangunkan sektor perkhidmatan sbg punca baru pertumbuhan ekonomi negara?

I. Mempromosikan pelancongan kesihatan

II. Menggalakkan pengeluaran komoditi pertanian

III. Menyediakan tapak bagi kegiatan perindustrian berat

IV. Menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Yang manakah ciri ekonomi berasaskan pengetahuan?

I. Tumpuan yag lebih banyak kepada pasaran tempatan

II. Peningkatan produktiviti dalam ekonomi

III. Pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi

IV. Tenaga buruh yang berpendidikan tinggi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

* Mengubah ekonomi Malaysia kepada negara maju berpendapatan tinggi

* Memperkukuh asas ekonomi negara agar mampu bersaing di peringkat antarabangsa


Pernyataan di atas merujuk kepada peranan

a)

Majlis Kewangan Negara

b)

Majlis Pembangunan Negara

c)

Program Transformasi Ekonomi

d)

Majlis Perundingan Ekonomi Nasional

12.

Yang manakah tujuan pelancaran Model Ekonomi Baru (MEB)?

I. Mengukuhkan sistem kewangan negara

II. Meningkatkan pendapatan per kapita rakyat

III. Memudahkan prosedur kemasukan pelaburan luar

IV. Melonjakkan ekonomi negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

13.

Yang manakah antara yang berikut yang menjejaskan kejayaan kerjasama ekonomi di ASEAN?

a)

Negara-negara anggota kurang berjaya mewujudkan pasaran bersama

b)

Undang-undang imigresen menghalang pertukaran kepakaran di kalangan negara-negara anggota.

c)

Negara-negara anggota lebih mengutamakan kepentingan kebangsaan dpd kepentingan serantau.

d)

Sistem pemerintahan yang berbeza-beza melemahkan persefahaman di kalangan anggota.

14.

Yang manakah di antara berikut merupakan strategi kerjasama ekonomi ASEAN?

I. Memperuntukkan projek-projek perindustrian dalam kalangan negara anggota.

II. Mengadakan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).

III. Menyatakan pendirian bersama atas isu-isu politik antarabangsa.

IV. Menggalakkan pelaburan bersama di negara maju.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

15.

Antara yang berikut, yang manakah rancangan kerjasama ASEAN yang telah dilaksanakan?

I. Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)

II. Penubuhan Pusat Kewangan Persisiran Pantai Labuan

III. Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)

IV. Pewujudan Skim Tarif Keutamaan Sama Rata (CEPT)

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

16.

Berdasarkan jadual di bawah ini, padankan projek2 usahasama ASEAN dengan negara2 anggota yang diberi tugas untuk melaksanakan projek tersebut di negara masing-masing.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

17.

Ant. yg berikut, yg manakah yg menjelaskan memorandum persefahaman bg memajukan kawasan untuk pembagunan serantau?

I. Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN(AFTA)

II. Projek-projek usahasama perindustrian ASEAN (AIP)

III. Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia, dan Singapura (IMS-GT)

IV. Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia, dan Thailand (IMT-GT)

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

18.

Antara yg berikut, yg manakah merupakan mekanisme ke arah menjayakan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)?

a)

Perjanjian Berbaik-baik dan Kerjasama

b)

Skim Usaha Sama Perindustrian ASEAN

c)

Perjanjian Am Perdagangan dan Tarif (GATT)

d)

Skim Keutamaan Tarif Sama Rata Berkesan (CEPT)

19.

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)

* Wujudkan perdagangan bebas & terbuka dgn menghapuskan halangan perdagangan.


Implikasi pelaksanaan prinsip perdagangan bebas AFTA ke atas industri tempatan ialah

a)

pengecilan pasaran eksport

b)

peningkatan harga produk tempatan

c)

persaingan dengan produk luar negara

d)

penurunan daya saing bagi produk tempatan

20.

Yang manakah matlamat Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)?

I. Menjadi pesaing kepada Komuniti Eropah dalam menguasai pasaran dagangan dunia

II. Meningkatkan daya saing ASEAN sebagai hab pengeluaran antarabangsa

III. Mengelakkan persaingan pasaran antara negara ASEAN

IV. Menggalakkan kemasukan pelaburan asing ke ASEAN

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

21.

Ant. yg berikut, yg manakah bidang yg menjadi tumpuan kerjasama Pertumbuhan Segi Tiga ASEAN?

I. Tenaga nuklear

II. Pelancongan

III. Infrastruktur

IV. Perkapalan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

22.

Yg manakah strategi kerjasama pembangunan wilayah kecil Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)?

a)

Wawasan Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand

b)

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN

c)

Komuniti Ekonomi ASEAN

d)

Dialog Serantau ASEAN

23.

Ant. yg berikut, yg manakah organisasi yg mengeratkan hubungan ekonomi mll kerjasama serantau?

a)

Kumpulan 15 (G15)

b)

Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO)

c)

Kumpulan Lapan Negara Membangun(D-8)

d)

Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

24.

* Mewujudkan pasaran kompetitif melalui penghapusan halangan tarif dan bukan tarif

* Menarik kemasukan pelaburan langsung asing ke pasaran serantau

Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Forum Serantau ASEAN

b)

Dialog Antarabangsa Langkawi

c)

Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik

d)

Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN

25.

Yang manakah kerjasama ekonomi Malaysia dengan negara-negara serantau?

a)

Forum Serantau ASEAN

b)

Wilayah Ekonomi Koridor Utara

c)

Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali

d)

Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand

26.

" Dasar luar Malaysia kini lebih condong utk merapatkan hubungan & memupuk kerjasama Selatan2". Sebab utama Malaysia mengamalkan dasar tersebut ialah kerana .

a)

Dialog Utara-Selatan tidak begitu bermanfaat kepada negara- negara sedang membangun.

b)

Pertubuhan2 serantau tidak banyak membawa manfaat kepada negara-negara anggota.

c)

PBB gagal mengekalkan kestabilan di negara-negara mundur.

d)

Kuasa2 besar gagal membangunkan ekonomi negara-negara mundur.

27.

Yg manakah ant. berikut merupakan tujuan utama negara sedang membangun spt Malaysia menyokong Dialog Selatan-Selatan?

a)

Utk mewujudkan satu bentuk kerjasama ekonomi & teknikal di kalangan negara Dunia Ketiga

b)

Utk membentuk satu kesatuan ekonomi di kalangan negara Dunia Ketiga.

c)

Utk menguatkan pertahanan untuk tujuan keselamatan di kalangan negara Dunia Ketiga.

d)

Utk menyelesaikan masalah imbangan perdagangan di kalangan negara Dunia Ketiga

28.

Masalah

· pendapatan per kapita yang rendah

· Kadar syarat perdagangan yang tidak seimbang

· Beban hutang yang tinggi

· Perdagangan yang menguntungkan negara maju

Masalah-masalah di atas dialami oleh sekumpulan negara-negara di dunia. Untuk mengatasi masalah-masalah di atas, negara-negara tersebut menubuhkan

a)

Pertubuhan Komanwel

b)

Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC)

c)

Suruhanjaya Selatan-Selatan

d)

Majlis Perundingan Ekonomi Asia Timur(EAEC)

29.

* Membetulkan ketidaksamaan dalam struktur ekonomi antarabangsa

* Menghapuskan jurang perbezaan antara Negara2 membangun dgn negara-negara perindustrian.

a)

Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO)

b)

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)

c)

Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Antarabangsa (OECD)

d)

Persidangan mengenai Kerjasama Ekonomi Antarabangsa (CIEC)

30.

Tujuan Dialog Selatan-Selatan diwujudkan adalah untuk

I. menghapuskan masalah dadah di negara-negara sedang membangun.

II. mengurangkan pergantungan ekonomi negara2

membangun pd negara-negara maju.

III. memperjuangkan kepentingan negara-negara maju. IV. Kuatkan kuasa negara-negara Selatan dalam rundingan ekonomi dengan negara-negara maju.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

31.

* Mengadakan dialog dengan negara-negara maju tentang isu-isu ekonomi semasa.

* Membentuk satu kerjasama ekonomi yang lebih berkesan di kalangan negara anggota.

* Membantu mengatasi masalah negara Selatan seperti beban hutang & kadar pertukaran wang.

Yang di atas merupakan usaha yang dijalankan oleh Malaysia dengan

a)

ASEAN

b)

Pertubuhan Komanwel

c)

PBB

d)

Suruhanjaya Selatan-Selatan

32.

Pusat pertukaran Data Pelaburan, Perdagangan, dan Teknologi Selatan (SITTDEC) telah ditubuhkan pada tahun 1991. Fungsi utamanya ialah

I memantapkan kedudukan ekonomi

II menjalin kerjasama urus niaga

III mengimbangi keluaran komoditi utama

IV menyebarkan maklumat ekonomi

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

33.

Yang manakah matlamat penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan, Perdagangan, dan Teknologi Selatan (SITTDEC)?

I Menyebarkan maklumat ekonomi

II Mempelbagaikan kegiatan ekonomi

III Menjalinkan kerjasama perdagangan

IV Mengimbangkan keluaran komoditi utama

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

34.

Antara yang berikut, yang manakah yang benar mengenai kumpulan negara-negara G-15?

I. Kumpulan ini diketuai oleh negara Jepun.

II. Kumpulan ini berusaha menstabilkan politik dunia.

III. Mesyuarat pertamanya berlangsung di Kuala Lumpur (1990).

IV. Malaysia, Venezuela, dan Argentina merupakan antara negara-negara anggota.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

35.

Antara yg berikut, yg manakah yg merupakan matlamat utama negara Dunia Ketiga membentuk Kumpulan Selatan-Selatan?

a)

Untuk menyelaraskan sistem tarif

b)

Untuk menyelaraskan eksport komoditi

c)

Untuk membentuk kerjasama ekonomi

d)

Untuk meningkatkan pasaran barangan industry

36.

* Mengadakan dialog dengan negara-negara maju tentang isu-isu semasa

* Membentuk satu kerjasama ekonomi yang lebih berkesan di kalangan negara anggota

* Membantu mengatasi masalah negara-negara anggota dari segi beban hutang dan kadar pertukaran wang asing yang tidak menentu

Yang di atas merupakan usaha yang dijalankan oleh Malaysia dengan

a)

Suruhanjaya Selatan-Selatan

b)

Pertubuhan Komanwel

c)

Bank Perdagangan Asia

d)

ASEAN

37.

Aktiviti di atas dikendalikan melalui

a)

Rancangan Colombo

b)

Kerjasama Utara-Selatan

c)

Rancangan Kerjasama Teknikal Malaysia

d)

Rancangan Usahasama Perindustrian ASEAN

38.

Mengapakah Malaysia kini lebih berminat dengan kerjasama Selatan-Selatan?

a)

Meluaskan pasaran komoditi Malaysia

b)

Mengatasi kegagalan Dialog Utara-Selatan

c)

Menjadi jurucakap negara-negara Selatan

d)

Mengembangkan konsep ASEAN ke rantau lain

39.

* Kumpulan 15

* Kumpuan 77

* Suruhanjaya Selatan-Selatan


Aspek utama yang diberi perhatian oleh pertubuhan-pertubuhan di atas ialah

a)

memulaukan barangan import dari negara-negara barat

b)

mendapatkan pelupusan hutang dari negara-negara maju

c)

mewujudkan kerjasama sosial dan politik antara negara-negara anggota

d)

mewujudkan kerjasama ekonomi dan meningkatkan produktiviti antara negara-negara anggota

40.

* Syarikat2 Malaysia telah meluaskan pelaburannya di Uganda, Kenya, Zimbabwe, dan Tanzania.

* Pelaburan dlm sektor perladangan, hiburan, hartanah, & telekomunikasi adalah scr usaha sama.


Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan

a)

Dasar Sogoshosha

b)

Pertubuhan Komanwel

c)

Kerjasama Sekatan-Selatan

d)

Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO)

41.

X merujuk kepada

a)

Kumpulan 15 (G15).

b)

Kumpulan 8 Negara negara Maju (G8).

c)

Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

d)

Kumpulan 8 Negara negara Membangun (D8).

42.

Yang manakah merupakan masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara-negara membangun?

I Kekurangan tenaga kerja.

II Kawasan yang terhad untuk dimajukan.

III Kerjasama ekonomi dengan negara maju.

IV Beban hutang kalangan negara membangun.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

43.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang peranan Suruhanjaya Selatan-Selatan?

I. Mengakui persamaan kaum

II. Menjadi pusat bantuan kewangan

III. Membincangkan masalah tentang hutang negara anggota

IV. Memecahkan monopoli negara maju dalam bidang maklumat dan berita

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

44.

* Merealisasikan matlamat Kerjasama Selatan-Selatan

* Sidang kemuncak yang pertama diadakan di Kuala Lumpur


Pernyataan di atas berkaitan dengan mesyuarat

a)

Kumpulan Lima Belas (G15)

b)

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

c)

Pertubuhan Negara-Negara Komanwel

d)

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)

45.

Ant. yg berikut, yg manakah usaha yg dilakukan oleh Malaysia ke arah mengukuhkan Kerjasama Selatan-Selatan?

I. Menganggotai Kumpulan Lima Belas(G15)

II. Memulaukan barangan import dari negara-negara utara

III. Menjadi tuan rumah Persidangan kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)

IV. Menempatkan ibu pejabat Pusat Pertukaran Data Pelaburan, Perdagangan, dan Teknologi Selatan (SITTDEC) di Kuala Lumpur.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

46.

* Mengurangkan pergantungan ekonomi negara-negara membangun pada negara- negara maju

* Memperjuangkan kepentingan bersama negara-negara membangun

Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Dialog Utara Selatan

b)

Kerjasama Selatan-Selatan

c)

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali

d)

Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara

47.

* Membetulkan ketidaksamaan dlm susunan ekonomi antarabangsa

* Menghapuskan jurang perbezaan yg semakin meluas ant. Negara2 membangun dgn negara2 maju


Antara yang berikut, yang manakah yang berkaitan dengan pernyataan di atas?

a)

Kerjasama Selatan-Selatan

b)

Oder Baru Ekonomi Dunia

c)

Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO)

d)

Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)

48.

Bentuk bantuan:

* Khidmat Perunding

* Kursus Jangka Pendek

* Projek Pembangunan

Negara penerima: Pakistan, Sudan, Bosnia Herzegovina, Malawi, Timur Leste


Komitmen Malaysia dalam pemberian bantuan kepada negara-negara di atas dilakukan melalui

a)

Mesyuarat Asia-Eropah

b)

Dialog Antarabangsa Langkawi

c)

Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik

d)

Program Kerjasama Teknikal Malaysia

49.

Yang manakah yang dapat mengeratkan Kerjasama Selatan-Selatan?

a)

Mesyuarat Asia-Eropah

b)

Dialog Antarabangsa Langkawi

c)

Kerjasama ekonomi Asia-Pasifik

d)

Sidang Kemuncak Ekonomi Asia Timur

50.

* Membangun keupayaan negara2 membangun melalui perkongsian pengalaman pembangunan Malaysia di bawah kerangka Kerjasama Selatan-Selatan


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Rancangan Colombo

b)

Warisan Bersama Dunia

c)

Dialog Antarabangsa Langkawi

d)

Program Kerjasama Teknikal Malaysia

51.

Mengapakah Malaysia berminat dengan Kerjasama Selatan-Selatan?

a)

Meluaskan pasaran komoditi negara

b)

Menggalakkan kemasukan sumber manusia

c)

Membentuk kerjasama ekonomi dan teknikal

d)

Menjadi jurucakap bagi negara-negara Selatan

52.

Yang manakah rasional Malaysia menyertai Pertubuhan Perdagangan Sedunia?

a)

Memperluas dasar perlindungan

b)

Memperoleh pinjaman pembangunan

c)

Memperjuangkan pertumbuhan ekonomi yang telus

d)

Mendapatkan khidmat nasihat pembangunan tenaga buruh

53.

Yang manakah pendirian Malaysia dalam organisasi antarabangsa?

a)

Menyetujui amalan perlindungan pasaran

b)

Memperjuangkan kepentingan negara membangun

c)

Memberi taraf pemastautin tetap kepada pelarian ekonomi

d)

Menyokong langkah ketenteraan dalam membanteras jenayah transnasional

54.

Yang manakah yang menunjukkan komitmen Malaysia dalam hubungan antarabangsa?

a)

Menjadikan ASEAN sebagai tonggak dasar luar negara Malaysia

b)

Memperjuangkan pasaran terbuka dalam Kerjasama Selatan-Selatan

c)

Menghantar tentera pemerhati di bawah naungan Pertubuhan Persidangan Islam

d)

Menyalurkan bantuan kewangan kepada pejuang Palestin dalam menuntut hak mereka

55.

* Malaysia memberikan bantuan untuk membangunkan keupayaan negara-negara membangun melalui perkongsian pengalaman pembangunan.


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Rancangan Colombo

b)

Dialog Antarabangsa Langkawi

c)

Program Kerjasama Teknikal Malaysia

d)

Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand

56.

Malaysia menyertai Kerjasama Selatan-Selatan untuk

a)

menggalakkan kerjasama antara benua

b)

meluaskan pasaran barangan Malaysia

c)

menjadi peneraju bagi negara-negara Selatan

d)

mengatasi masalah ekonomi yang dialami negara-negara Selatan

57.

Yang manakah benar tentang Mesyuarat Asia-Eropah?

I. Mewujudkan kerjasama ketenteraan

II. Bertukar-tukar pandangan tentang isu serantau dan globalisasi

III. Dianggotai oleh negara-negara Asia, Eropah, dan Amerika Utara

IV. Meneroka kerjasama baru dalam bidang ekonomi, politik, dan sosial

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

58.

* Dialog politik, kerjasama ekonomi, dan interaksi budaya diadakan.

* Hubungan pelbagai hala antara negara dua benua ditingkatkan.


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Mesyuarat Asia-Eropah

b)

Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik

c)

Persidangan Ekonomi Asia Timur

d)

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali

59.

* Dialog politik, kerjasama ekonomi, dan interaksi budaya antara benua

* Malaysia pernah mengetengahkan idea bahawa Islam sbg agama yg tdk menghalang kemajuan & pemodenan dlm forum yg disertai


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)

b)

Kumpulan 8 Negara Membangun (D8)

c)

Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)

d)

Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM)

60.

Yang manakah benar tentang tentang D-8 (8 Negara Islam Sedang Membangun)

I. Persidangan pertama diadakan di Kuala Lumpur.

II. Bidang kerjasama termasuk membasmi kemiskinan dan buta huruf.

III. Satu badan yang terlibat dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan.

IV. Negara2 Asia Pasifik yg menjadi ahli Pertubuhan Negara-negara Islam menganggotainya

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

61.

Yg manakah yg benar ttg peranan yang dimainkan oleh Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8)?

I. Meningkatkan hubungan perdagangan antara negara anggota

II. Memberikan bantuan kemanusiaan kepada negara-negara Islam

III. Meningkatkan kedudukan negara-negara Islam dalam ekonomi dunia

IV. Menganjurkan persidangan untuk membincangkan konflik di Timur Tengah dan isu Palestin

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

62.

Yg manakah sektor yg dipertanggungjawabkan kpd Malaysia oleh Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8)?

a)

Perdagangan

b)

Perbankan dan Kewangan

c)

Pembangunan Luar Bandar

d)

Pembangunan Sumber Manusia

63.

Yang manakah matlamat Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8)?

a)

Memperjuangkan pasaran bebas

b)

Memperjuangkan hak asasi manusia

c)

Menyelesaikan pertikaian politik di Asia Barat

d)

Mewujudkan peluang baharu dalam hubungan perdagangan

64.

Yg manakah sektor yg dipertanggungjawabkan kpd Malaysia oleh Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8)?

a)

Pengangkutan

b)

Tenaga dan mineral

c)

Kewangan dan perbankan

d)

Pertanian dan keselamatan makanan

65.

· Komuniti Eropah (EC)

· Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)

· Kesatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)


Antara yg berikut, yg manakah merupakan kesamaan objek­tif bagi pertubuhan-pertubuhan di atas?

I. Mewujudkan kerjasama ekonomi yang bersifat serantau

II. Menyuarakan pendapat bersama isu ekonomi pada peringkat antarabangsa

III. Menarik pelabur-pelabur asing untuk menanam modal di negara-negara anggota

IV. Menyeragamkan sekatan tarif perdagangan di kalangan negara-negara anggota

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

66.

· Kesatuan Eropah (EC)

· Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

· Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA)


Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri yang sama bagi pertubuhan-pertubuhan di atas?

I. Mewujudkan kerjasama ekonomi serantau II. menarik pelaburan asing ke negara anggota

III. Merealisasikan satu pakatan ekonomi yang dominan

IV. Menyuarakan pendapat bersama di peringkat antarabangsa tentang isu ekonomi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

67.
a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

68.

Yg manakah yg diperjuangkan oleh Malaysia untuk menangani isu-isu sosioekonomi antarabangsa?

I. Beban hutang negara membangun disemak semula

II. Negara-negara maju mengurangkan rintangan perdagangan

III. Perundingan Eknomi Asia Timur menjadi blok perdagangan

IV. Mewujudkan kerjasama ekonomi di kalangan negara Eropah Timur

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

69.

* Menggalakkan perdagangan bebas dalam kalangan negara anggota

* Memperjuangkan sistem perdagangan pelbagai hala

Penyataan di atas merujuk kepada

I Kesatuan Eropah (EU)

II Forum Serantau ASEAN(ARF)

III Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)

IV Pertubuhan Pakatan Atlantik Utara (NATO)

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

70.

* Mesyuarat Asia-Eropah

* ASEAN+ 3


Kerjasama di atas membawa kepada

I. peningkatan dialog Kerjasama Selatan-Selatan

II. peningkatan kerjasama ekonomi antara rantau

III. peningkatan pelaburan dari negara-negara maju IV. peningkatan pembangunan wilayah di kawasan sempadan antarabangsa

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

71.

Kesan utama "dasar perlindungan" yg diamalkan oleh negara2 perindustrian ke atas Malaysia ialah

I. pasaran bagi barangan eksport negara menjadi terhad.

II. harga barangan eksport negara turun ke paras yang lebih rendah.

III. produktiviti sektor perusahaan negara terjejas.

IV. imbangan dagangan antarabangsa negara mengalami lebihan dagangan.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

72.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan masalah-masalah yang sering dihadapi oleh negara-negara membangun dalam usaha memperdagangkan komoditi utamanya?

I. pengeluaran barangan teknologi maklumat

yang berlebihan

II. Sekatan oleh negara-negara maju

III. Harga yang rendah dan tidak stabil

IV. Persaingan dengan negara maju

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

73.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)?

I. Mengurangkan halangan perdagangan

II. Mentadbir perjanjian perdagangan bebas global

III. Membangunkan sistem perdagangan multilateral

IV. Mewujudkan peraturan perdagangan antarabangsa

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

74.

* Menolak dasar perlindungan dr segi perdagangan yg boleh merencatkan pemulihan ekonomi dunia

* Menggalakkan kerjasama multilateral


Pernyataan di atas dipersetujui oleh Malaysia semasa persidangan di

a)

Forum Serantau ASEAN (ARF)

b)

Dialog Antarabangsa Langkawi (LID)

c)

Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)

d)

Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8)

75.

Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh negara sedang membangun?

a)

Kemiskinan

b)

Tenaga kerja

c)

Kualiti alam sekitar

d)

Kawasan pembangunan yang terhad

76.

Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh sektor ekonomi Malaysia di peringkat antarabangsa?

I. Globalisasi

II. Kualiti barangan

III. Keganasan antarabangsa

IV. Perubahan cuaca yang drastik

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV