wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PKSK TINGKATAN 4

Total questions: 71

Worksheet time: 36mins

Name
Class
Date
1.

Anda melihat rakan anda dibuli oleh orang lain. Apa yang akan anda lakukan?

a)

Abai sahaja kerana itu bukan urusan anda.

b)

Bantu rakan anda tanpa melibatkan guru.

c)

Lapor kepada guru dengan segera.

d)

Bincang dengan rakan anda untuk menyelesaikan isu tersebut.

2.

Rakan anda tidak hadir ke sekolah kerana masalah keluarga. Apakah tindakan terbaik yang boleh anda ambil?

a)

Biarkan sahaja kerana ia adalah perkara peribadi.

b)

Hubungi rakan anda untuk memberikan sokongan moral.

c)

Kritik rakan anda kerana tidak menjaga kehadiran.

d)

Tanya guru untuk mengambil tindakan.

3.

Anda dilantik sebagai ketua projek, tetapi ahli kumpulan tidak bekerjasama. Apa yang anda lakukan?

a)

Terus bekerja seorang diri.

b)

Bincangkan masalah dengan ahli kumpulan dan cari penyelesaian bersama.

c)

Lapor kepada guru.

d)

Hanya abaikan.

4.

Anda diminta untuk membantu seorang rakan dengan tugasan, tetapi anda sendiri sibuk. Apa yang akan anda lakukan?

a)

Menolak dengan sopan.

b)

Cuba membantu setelah menyelesaikan kerja anda sendiri.

c)

Memberi kerja itu kepada rakan lain.

d)

Memberhentikan tugasan anda sendiri untuk membantu.

5.

Anda terlepas mesyuarat penting kerana masalah kesihatan. Apa yang akan anda lakukan?

a)

Jelaskan kepada ketua selepas pulih.

b)

Biarkan sahaja dan abaikan.

c)

Mintalah maaf dan cuba dapatkan maklumat tentang mesyuarat tersebut.

d)

Beritahu rakan anda bahawa itu bukan salah anda.

6.

Seorang rakan menunjukkan kemarahan terhadap anda secara terbuka. Bagaimana anda mengendalikan situasi ini?

a)

Balas dengan kemarahan.

b)

Hanya abaikan.

c)

Cuba berbincang dengan tenang selepas rakan anda tenang.

d)

Lapor kepada pihak atasan.

7.

Anda mendengar rakan sekelas anda memburukkan guru di belakang mereka. Apakah tindakan anda?

a)

Beritahu guru tentangnya.

b)

Menyokong kata-kata rakan anda.

c)

Nasihatkan rakan anda untuk menghormati guru.

d)

Tidak peduli tentangnya.

8.

Anda diberikan peluang untuk memimpin acara besar di sekolah. Apakah tindakan pertama anda?

a)

Buat pelan terperinci dengan guru.

b)

Tanya rakan-rakan lain untuk mengendalikan semuanya.

c)

Tangguhkan perancangan sehingga saat akhir.

d)

Bekerja tanpa melibatkan orang lain.

9.

Rakan anda sedang mengalami tekanan emosi. Apa yang harus anda lakukan?

a)

Nasihatkan mereka untuk kuat menghadapi cabaran.

b)

Biarkan sahaja kerana itu masalah peribadi mereka.

c)

Ambil rakan itu untuk berjumpa kaunselor sekolah.

d)

Elakkan terlibat.

10.

Anda mempunyai masa terhad untuk menyelesaikan tugasan. Apa yang akan anda lakukan?

a)

Menangguhkan tugasan sehingga saat akhir.

b)

Mengatur jadual anda dan menyelesaikan tugasan mengikut keutamaan.

c)

Memberikan tugasan kepada orang lain.

d)

Tiada apa-apa.

11.

Anda ditugaskan untuk menguruskan aktiviti gotong-royong, tetapi cuacanya buruk. Apa yang anda lakukan?

a)

Menangguhkan aktiviti tanpa memaklumkan sesiapa.

b)

meneruskan aktiviti walaupun berisiko.

c)

Bincang.

12.

Anda ditugaskan untuk menguruskan aktiviti gotong-royong, tetapi cuacanya buruk. Apa yang anda lakukan?

a)

Menangguhkan aktiviti tanpa memaklumkan sesiapa.

b)

meneruskan aktiviti walaupun berisiko.

c)

Berbincang dengan guru untuk menangguhkan aktiviti ke hari lain.

d)

Biarkan orang lain membuat keputusan.

13.

Anda tidak setuju dengan pendapat rakan anda dalam satu mesyuarat. Apa yang anda lakukan?

a)

Mencela pendapat mereka secara terbuka.

b)

Biarkan ia kerana ia tidak penting.

c)

Nyatakan pendapat anda dengan sopan.

d)

Biarkan orang lain menyelesaikannya.

14.

Anda menemui rakan sekelas menipu dalam peperiksaan. Apakah tindakan anda?

a)

Menegur rakan sekelas di tempat.

b)

Melaporkan kepada guru secara senyap.

c)

Mengabaikannya kerana itu bukan urusan anda.

d)

Biarkan rakan sekelas bertindak sendiri.

15.

Anda terlambat ke sekolah kerana kesesakan lalu lintas. Apa yang anda lakukan?

a)

Menyalahkan orang lain atas kelewatan.

b)

Memohon maaf kepada guru dan menerangkan situasi.

c)

Tidak memberikan alasan dan menerima tindakan disiplin.

d)

Elakkan mengambil tanggungjawab.

16.

Anda adalah ketua pasukan, tetapi pasukan anda tidak mencapai sasaran. Apa yang anda lakukan?

a)

Menyalahkan ahli pasukan.

b)

Melakukan post-mortem untuk memahami kelemahan.

c)

Berhenti menjadi ketua.

d)

Mengabaikan kegagalan.

17.

Anda dijemput untuk memberikan ucapan di sebuah acara besar. Apakah persiapan pertama yang anda lakukan?

a)

Menulis teks ucapan dengan teliti.

b)

Memberikan ucapan tanpa persiapan.

c)

Meminta seorang rakan untuk menggantikan anda.

d)

Tidak menghadiri acara tersebut.

18.

Seorang rakan mendapat markah rendah dalam peperiksaan dan merasa putus asa. Apa yang akan anda lakukan?

a)

Beritahu mereka untuk berusaha lebih keras di masa depan.

b)

Nasihatkan mereka untuk tidak berputus asa dan tawarkan sokongan.

c)

Biarkan mereka sendiri kerana itu bukan masalah anda.

d)

Kritik mereka kerana tidak belajar dengan bersungguh-sungguh.

19.

Anda adalah anggota pasukan bola sepak, tetapi anda kalah dalam perlawanan akhir. Apakah tindakan anda?

a)

Menyalahkan jurulatih.

b)

Latihan lebih keras untuk pertandingan seterusnya.

c)

Menyalahkan anggota pasukan lain.

d)

Berhenti dari pasukan.

20.

Seorang guru menegur anda di hadapan kelas kerana kesilapan kecil. Apa yang anda lakukan?

a)

Menjawab teguran dengan marah.

b)

Menerima teguran dengan hati terbuka dan membetulkan kesilapan.

c)

Mengadu kepada rakan tentang guru tersebut.

d)

Mengabaikan teguran.

21.

Seorang rakan sekelas merancang untuk ponteng sekolah esok. Apa yang akan anda lakukan?

a)

Galakkan mereka untuk ponteng jika mereka mahu.

b)

Nasihatkan mereka supaya tidak ponteng kerana akan ada akibat.

c)

Bergabung dengan mereka untuk ponteng.

d)

Abai situasi tersebut.

22.

Apakah tindakan anda apabila kawan-kawan anda mempersendakan ritual keagamaan Hindu "kavadi" semasa perayaan Thaipusam?

a)

Berasa tersinggung dan terus memarahi mereka.

b)

Berasa tidak terganggu dan membiarkan sahaja mereka.

c)

Sama-sama mengetawakan ritual tersebut.

d)

Menerangkan kepada mereka keperluan menghormati budaya kaum lain demi menjaga keharmonian negara.

23.

Salah seorang rakan sekelas anda telah menulis surat mengajak anda untuk berdua-duaan di bilik simpanan sekolah selepas waktu persekolahan. Apakah tindakan anda?

a)

Menerima pelawaan tersebut dan berjumpa dengannya tanpa pengetahuan orang lain.

b)

Berasa teruja lalu mengajak rakan baik anda untuk menemani anda berjumpa dengannya.

c)

Dengan segera membuang surat tersebut dan menganggap tiada apa-apa yang berlaku.

d)

Menceritakan perkara ini kepada ibu atau bapa anda dan tidak berjumpa dengan rakan tersebut.

24.

Ayah anda sering merokok di dalam rumah dan kadang-kala di premis makanan. Bagaimanakah anda berdepan dengan situasi ini?

a)

Berasa kesal mempunyai ayah yang tidak bertimbang rasa.

b)

Tidak terkesan dengan hal ini.

c)

Mencuba untuk memujuk ibu untuk menasihati ayah untuk berhenti merokok.

d)

Menegur ayah secara terus di khalayak ramai agar tidak lagi merokok.

25.

Anda adalah seorang muslim, salah seorang rakan anda yang berbangsa cina telah membawa kek bulan yang telah dibuat oleh ibunya. Apakah reaksi anda setelah dipelawa untuk mencuba kek tersebut?

a)

Menerima pelawaan dan terus makan kek tersebut tanpa menyemak kandungannya.

b)

Mengucapkan terima kasih kepada rakan anda dan memastikan kandungan kek tersebut sebelum makan.

c)

Menolak pelawaan dan mengatakan pada rakan anda bahawa anda tidak boleh makan makanan daripada orang bukan muslim.

d)

Menerima kek tersebut dan dalam diam membuangnya.

26.

Sekiranya rakan anda sebagai ketua kelas tidak menjalani tugas dengan betul dan guru kelas tawarkan anda menggantikannya. Apa tindakan anda?

a)

Menerima tawaran itu dan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.

b)

Menolak tawaran itu dan tidak memberikan sebarang maklum balas.

c)

Mencadangkan orang lain.

27.

Apakah yang anda boleh lakukan jika ternampak pengemis di jalanan?

a)

Memerhatikannya dengan rasa simpati.

b)

Menghulurkan sedikit wang atau makanan tanda prihatin.

c)

Menasihatinya agar berubah dan tidak malas bekerja.

28.

Kamu ternampak rakan kamu dibuli oleh pelajar lain. Apa tindakan paling selamat yang harus kamu lakukan?

a)

Cuba meleraikannya seorang diri.

b)

Memberitahu secepat mungkin kepada warden atau guru.

c)

Menjerit meminta tolong.

29.

Apakah yang akan kamu lakukan jika kamu dapat tahu rakan baik kamu akan berpindah ke sekolah lain.

a)

Menerimanya dengan hati terbuka dan mengucapkan selamat maju jaya kepadanya.

b)

Berasa sedih dan cuba memujuknya untuk tidak pergi.

c)

Tidak ambil tahu dan mencari kawan baharu.

30.

Pada pendapat kamu, mengapakah rakyat Malaysia harus berdiri ketika lagu Negaraku dimainkan?

a)

Untuk menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat.

b)

Untuk menunjukkan semangat patriotik dan cintakan negara Malaysia.

c)

Untuk menunjukkan bahawa kita rakyat Malaysia.

31.

Apakah perkara yang akan anda lakukan jika orang di sebelah anda di dalam lif sedang merokok?

a)

Menutup hidung sambil memandang lelaki tersebut.

b)

Menegur dengan baik orang tersebut supaya berhenti daripada merokok.

c)

Menghalau lelaki itu keluar dari lif itu.

d)

Menunjukkan tanda di larang merokok yang tertampal sambil memarahinya.

32.

Bagaimanakah cara anda hendak meminta balik duit yang anda pinjamkan kepada kawan anda setelah sekian lama?

a)

Berjumpa dan menegurnya secara sinis.

b)

Berjumpa, mengajaknya berbual-bual lalu mengugutnya.

c)

Berjumpa dan memarahinya atas perbuatannya itu.

d)

Berjumpa, memintanya dengan sopan dan memberinya p.

33.

Apakah tindakan yang patut anda lakukan sekiranya guru yang sedang mengajar dalam talian tidak dapat didengari suara beliau?

a)

Meninggalkan kelas tanpa memberitahu beliau.

b)

Menaip di ruangan komen dengan menyatakan ada masalah untuk mendengar pengajaran beliau.

c)

Menutup kamera dan melakukan aktiviti lain tanpa pengetahuan beliau

d)

Memaklumkan terus kepada cikgu masalah yang dihadapi dengan sopan.

34.

Saya sering berprasangka terhadap rakan saya yang tidak membalas Whatsapp saya.

a)

Saya akan menjauhinya dan menganggap dia membenci saya.

b)

Saya akan mencari kawan yang lebih baik daripadanya.

c)

Saya akan bertemu dengannya dan bertanya dengan baik kenapa dia tidak membalas mesej saya.

d)

Saya akan bertemu dan memarahinya.

35.

Kawan sekelas kamu mengajak kamu pergi ke tandas sekolah untuk menonton video daripada telefon bimbit yang dibawanya. Tindakan kamu ialah

a)

Mengikutnya ke tandas sekolah lalu menonton bersama-sama.

b)

Merampas telefon bimbit itu dan menyimpannya ke dalam beg.

c)

Memarahi kawan lalu memecahkan telefon itu.

d)

Menegur sikapnya itu atau memberitahu guru kelas jika tidak dapat menyelesaikannya.

36.

Sebagai murid, apakah tindakan yang boleh kamu lakukan jika melihat ramai orang telah dijangkiti wabak Covid-19?

a)

Membantu petugas 'frontliner' menguruskan pesakit.

b)

Menjaga diri daripada terkena jangkitan seperti mematuhi SOP dan menjaga kebersihan.

c)

Memberi komen di media sosial tentang kenaikan kes.

d)

Melakukan aktiviti beriadah dan selalu bersenam.

37.

Apakah tindakan kamu jika melihat rakan sebelah kamu tidak sihat, selalu bersin dan tidak menutup mulutnya?

a)

Bangun dan duduk di tempat lain.

b)

Membersihkan tempatnya dengan cecair sanitasi kuman.

c)

Segera melaporkan kepada guru kelas untuk dihantar pulang.

d)

Memberikannya tisu untuk mengelap hingusnya.

38.

Apakah yang patut anda lakukan jika anda berasa tidak sihat semasa mengikuti pelajaran di dalam kelas?

a)

Berehat dan tidur di tempat duduk.

b)

Meminta izin guru untuk berehat di bilik rawatan.

c)

Mendapatkan ubat daripada makcik kantin sekolah.

d)

Memaklumkan kepada guru kelas dengan segera untuk mendapatkan rawatan.

39.

Apakah tindakan betul yang patut anda lakukan sewaktu berjumpa rakan di sekolah pada musim pandemik?

a)

Berjabat tangan dan memeluk rakan setelah lama tidak bertemu.

b)

Mengasingkan diri dan tidak mendekati sesiapa pun.

c)

Mematuhi SOP dengan mengekalkan penjarakan dan memakai pelitup muka.

d)

Meminta guru mengasingkan murid yang berpenyakit di bilik yang selamat.

40.

Pada pendapat kamu, mengapakah Kementerian Pendidikan Malaysia patut menawarkan kamu ke sekolah berasrama penuh?

a)

Ada keinginan untuk berdikari dan tinggal di asrama.

b)

Semangat jati diri yang kental untuk berjaya berbanding rakan yang lain.

c)

Belajar hidup sendiri dan tidak mahu bergantung hidup pada ibu-bapa selalu.

d)

Mahu mengubah masa depan agar terus cemerlang dan menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain.

41.

Apakah tindakan pertama yang anda lakukan pada hari pertama anda tinggal di asrama?

a)

Memerhatikan keadaan sekeliling dan berwaspada.

b)

Berdiam diri dan mengambil langkah berhati-hati.

c)

Menyesuaikan diri dan mencari kawan baharu untuk memotivasikan diri.

d)

Membuat perkara yang boleh menarik perhatian rakan.

42.

Jika anda merindui ibu bapa, apakah yang anda boleh lakukan jika tinggal di asrama?

a)

Menelefon mereka setiap malam.

b)

Berdoa, sedekah Fatihah dan menelefon mereka jika ada masa terluang.

c)

Menampal gambar mereka di tepi katil.

d)

Menyuruh ibu bapa datang berjumpa selalu.

43.

Apakah matlamat sebenar anda ingin bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh?

a)

Membuktikan kepada ibu bapa boleh hidup berdikari

b)

Mahu mendapatkan pendidikan yang terbaik serta mahu mengharumkan nama keluarga.

c)

Mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan

d)

Menjadi pelajar yang cemerlang serta berusaha melakukan perkara yang terbaik demi masa depan.

44.

Yang manakah bukan kelebihan belajar di sekolah berasrama penuh?

a)

Peluang mempelajari bahasa ketiga seperti bahasa Jepun atau Mandarin.

b)

Peluang aktif dalam bidang kokurikulum.

c)

Peluang pergi ke lawatan luar negara.

d)

Peluang untuk hidup berdikari tanpa mengharapkan orang lain.

45.

Apakah yang anda akan lakukan sekiranya melihat seorang kelainan upaya pergerakan (OKU) menghadapi kesukaran untuk menaiki tangga di sekolah?

a)

Berhati-hati menaiki tangga untuk mengelakkan diri dari terlanggar OKU tersebut.

b)

Bertanyakan kepada beliau sekiranya memerlukan bantuan anda untuk menaiki tangga dan membantu beliau.

c)

Berasa simpati dan beredar segera dari tempat itu.

d)

Memohon bantuan guru untuk membantu OKU tersebut.

46.

Kelas anda telah menerima seorang pelajar pertukaran daripada negara Jepun. Bagaimanakah anda menyambut pelajar ini?

a)

Mengalukan kehadiran pelajar ini dengan menegur dengan mesra dan mengajaknya berbual dan makan bersama.

b)

Memulaukan dia kerana pelajar ini tidak mampu bertutur dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dengan baik.

c)

Berpakat dengan kawan-kawan anda untuk bergurau dengan pelajar Jepun ini.

d)

Menjauhkan diri kerana risau untuk membuat sahabat baru.

47.

Apakah perkara pertama yang anda lakukan di hari pertama anda tinggal di asrama?

a)

Menelefon ibu dan ayah sepanjang hari

b)

Menziarahi rumah guru

c)

Memantau keadaan sekolah

d)

Berkenal-kenalan dengan rakan-rakan baharu

48.

Siapakah orang yang patut anda ceritakan dahulu jika anda menghadapi masalah semasa tinggal di asrama?

a)

Ibu bapa

b)

Rakan sebilik

c)

Mak cik kantin

d)

Pengetua

49.

Anda terpilih untuk mewakili sekolah bertanding di luar negara. Apakah persiapan yang paling utama yang perlu anda lakukan?

a)

Menyediakan pakaian dan peralatan secukupnya

b)

Mendapatkan sumber kewangan yang cukup

c)

Menabung dan berjimat

d)

Mendapatkan bimbingan serta latihan yang secukupnya

50.

Apakah perubahan yang anda mahu lakukan pada diri anda sejurus anda berjaya menempatkan diri sebagai pelajar sekolah berasrama penuh?

a)

Membuktikan yang saya lebih bagus daripada orang lain,

b)

Membaiki kelemahan yang ada pada diri saya,

c)

Berubah menjadi orang yang lebih baik dan sentiasa bersedia

d)

Meletakkan sasaran untuk berjaya mencapai matlamat yang tertentu

51.

Apakah impian anda sebagai seorang pelajar asrama penuh?

a)

Menjadi pelajar popular, dikenali ramai dan menjadi pelajar contoh

b)

Mempunyai reputasi yang tinggi serta menjadi pelajar nombor satu

c)

Aktif dalam setiap aktiviti yang ada di sekolah

d)

Berjaya dalam setiap apa yang diceburi serta ada visi

52.

Apakah keutamaan ciri-ciri pelajar asrama?

a)

Pandai dan berjiwa besar

b)

Berwawasan tinggi dan berinovasi

c)

Bertanggungjawab dan bermotivasi

d)

Ceria dan bertenaga

53.

Apakah cabaran besar anda harus lalui jika menjadi seorang pelajar asrama?

a)

Menguruskan waktu dengan bijak

b)

Mendapatkan rehat dan makan yang cukup

c)

Bersaing dengan rakan untuk menjadi pelajar terbaik

d)

Meningkatkan stamina untuk melakukan aktiviti fizikal

54.

Yang manakah bukan rutin pelajar asrama

a)

Mengemas katil

b)

Mencuci pinggan dan gelas

c)

Menonton televisyen di waktu senggang

d)

Bersukan pada waktu petang

55.
  1. Tabiat manakah harus dicontohi semasa tinggal di asrama

a)
  1. Berahsia masalah daripada kawan 

b)
  1. Mengadakan perjumpaan tentang aktiviti sekolah 

c)
  1. Berkongsi makanan jika terpaksa 

d)
  1. Berdebat tentang sesuatu masalah 

56.
  1. Apakah tindakan anda apabila dipulau oleh rakan. 

a)
  1. Bertanya kepada rakan apakah puncanya 

b)
  1. Mengasingkan diri 

c)
  1. Memohon pertukaran sekolah 

57.

Mengapakah sikap prihatin penting dalam membina hubungan baik dengan rakan?

a)
  1. Tidak mendapat cacian rakan 

b)
  1. Akan disenangi rakan 

c)
  1. Mudah mendapat bantuan 

58.
  1. Cara terbaik yang patut anda lakukan jika diugut atau dibuli 

a)
  1. Memberitahu ibu bapa 

b)
  1. Mendapatkan bantuan rakan dan juga warden 

c)
  1. Menuruti apa yang mereka mahukan 

59.
  1. Sikap yang tidak patut ada sebagai seorang pelajar asrama 

a)
  1. Menunjukkan kehebatan dan kekuasaan 

b)
  1. Prihatin dan senang memberi bantuan 

c)
  1. Rajin dan bertanggungjawab 

60.
  1. Apakah matlamat anda jika terpilih menjadi pelajar sekolah asrama penuh 

a)
  1. Menjadi pelajar yang hebat dan berprofil tinggi 

b)
  1. Menjadi pelajar yang disenangi dan diteladani 

c)
  1. Menjadi pelajar cemerlang dan bermoral tinggi

61.
  1. Tujuan anda mendapatkan tempat di sekolah berasrama penuh. 

a)
  1. Melarikan diri daripada keluarga. 

b)
  1. Merasai pengalaman dan kehidupan baharu. 

c)
  1. Menerima cabaran baharu untuk hidup berdikari. 

62.
  1. Anda dipilih sebagai pengerusi kelab di sekolah anda. 

a)
  1. Menolak jawatan itu kerana tidak mahu berdepan tugas yang banyak.

b)
  1. Menerima jawatan itu sebagai satu amanah dan tanggungjawab

c)

Menerima jawatan itu kerana tercabar atau dicabar

63.

Apakah yang patut anda lakukan jika dilantik sebagai ketua?

a)

Bekerja dengan penuh teliti tanpa penat lelah 

b)

Menunjukkan kehebatan dan ketokohan yang ada

c)

Menunjukkan kematangan dalam memberi arahan

d)

Menggerakan ahli dengan corak kepimpinan yang terbaik. 

64.
  1. Anda melihat rakan anda mencuri duit di kantin 

a)
  1. Dapatkan bantuan rakan dan saksİ 

b)
  1. Menegur dan mengugutnya 

c)
  1. Melaporkan kepada warden 

65.
  1. Anda ditegur oleh warden kerana melakukan kesalahan

a)

Menyatakan alasan untuk menyelamatkan diri. 

b)

Meyakinkannya serta menyatakan dengan bersungguh-sungguh

c)

Meminta maaf serta mengakui kesalahan

d)

Berdiam diri dan tidak menunjukkan reaksi

66.
  1. Sikap apakah yang tidak patut ditunjukkan semasa berada di dalam kelas 

a)
  1. Bertegur sapa secara terkawal 

b)
  1. Bergelak ketawa bersama rakan sambil menepuk-nepuk meja

c)
  1. Bercakap secara sopan dan bermaruah 

d)
  1. Menunjukkan kematangan dan disiplin yang tinggi. 

67.
  1. Apakah sikap yang perlu ada sebagai pelajar asrama penuh 

a)
  1. Berdaya saing 

b)
  1. Sentiasa melakukan penambaikan 

c)
  1. Sentiasa pasrah dengan keadaan 

d)
  1. Ada kesedaran dan keinsafan 

68.
  1. Apakah tindakan paling baik jika rakan asrama anda diserang penyakit berjangkit? 

a)
  1. Meminta kebenaran warden agar dihantar balik ke rumah 

b)
  1. Merawat dengan sendiri 

c)
  1. Mendapatkan perlindungan di tempat yang selamat 

69.
  1. Anda berasa tidak sihat dan perlukan rawatan. Apakah tindakan pertama anda 

a)
  1. Melakukan sendiri ujian pengesanan Covid-19 

b)
  1. Mendiamkan diri 

c)
  1. Mendapatkan bantuan guru untuk tindakan lanjut 

70.

Yang manakah tidak sesuai dilakukan jika anda hendak mengamalkan SOP

a)

Tidak memakai pelitup muka walaupun berada di sekitar kawasan sekolah

b)

Sentiasa memakai pensanitasi tangan jika memegang sesuatu objek

c)

Melibatkan diri dengan aktiviti yang sesak dan padat dengan orang ramai.

71.

Tindakan anda yang tidak betul jika anda demam

a)

Berbual dan berkumpul bersama rakan.

b)

Membiarkan pakaian anda bercampur dengan pakaian rakan sebilik.

c)

Berehat serta mengasingkan diri dengan rakan sebilik