wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Menyenaraikan maklumat daripada petikan

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Kenal pasti usaha-usaha untuk memajukan industri batik di Malaysia berdasarkan petikan.


Masa depan batik masih ada sinarnya jika pihak kerajaan memberikan bantuan kewangan kepada penggiat batik. Pemberian pinjaman ini hendaklah dipermudah tanpa memberikan tekanan kepada penggiat batik semasa memohon atau membayar balik pinjaman tersebut.

(a)  

2.

Kenal pasti usaha-usaha untuk memajukan industri batik di Malaysia berdasarkan petikan.


Selain itu, kerajaan perlu mewujudkan institusi khas untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan tentang industri batik. Program ini merangkumi pemnyelidikan tentang kualiti kain, penggunaan warna asli, ketahanan warna dan reka corak.

(a)  

3.

Kenal pasti usaha-usaha untuk memajukan industri batik di Malaysia berdasarkan petikan.


Dalam usaha memastikan industri batik terus berkembang, promosi dan pemasaran batik secara agresif haruslah dilakukan. Kerajaan bukan sahaja boleh mengadakan promosi di dalam negara malah hingga ke peringkat antarabangsa. Hal ini dapat membantu menaiktarafkan batik tempatan secara meluas.

(a)  

4.

Kenal pasti usaha-usaha untuk memajukan industri batik di Malaysia berdasarkan petikan.


Seterusnya, pereka-pereka fesyen digalakkan menggunakan batik dalam menghasilkan rekaan mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat memberikan ruang kepada pereka muda menonjolkan bakat dan kreativiti mereka.

(a)  

5.

Kenal pasti usaha-usaha untuk memajukan industri batik di Malaysia berdasarkan petikan.


Para pengusaha juga haruslah berusaha untuk menghasilkan batik yang lebih menarik dan bermutu tinggi. Usaha ini penting bagi memastikan batik tempatan dapat bersaing dengan batik dari negara-negara luar.

(a)  

6.

Berdasarkan petikan berikut, apakah idea utama petikan?


Industri inap desa sememangnya mempunyai potensi yang tidak kurang pentingnya kepada pembangunan negara. Oleh itu, terdapat beberapa kepentingan industri inap desa kepada negara kita.

(a)  

7.

Kenal pasti isi penting yang terdapat dalam petikan.


Antara kepentingan industri inap desa adalah mampu membantu meningkatkan ekonomi negara. Apabila inap desa ditubuhkan dengan giat, maka keuntungan yang diperoleh daripada sektor ini akan menyumbang kepada pendapatan negara. Hal ini akan membantu negara memperoleh keuntungan dan dapat memajukan negara.

(a)  

8.

Kenal pasti isi penting yang terdapat dalam petikan.


Selain itu, industri inap desa dapat memperkenalkan sektor pelancongan Malaysia di mata dunia. Pelancong yang menginap di inap desa dapat melakukan pelbagai aktiviti terancang yang disediakan oleh pihak inap desa. Hal ini dapat memperkenalkan kepelbagaian budaya Mlaaysia yang terdapat di kawasan inap desa tersebut.

(a)  

9.

Kenal pasti isi penting yang terdapat dalam petikan.


Di samping itu, industri inap desa juga berpotensi memajukan sektor pelancongan negara. Penubuhan inap desa di kawasan luar bandar mampu menarik minat ramai pelancong ke kawasan tersebut. Hal ini menyebabkan penduduk setempat memperoleh pendapatan yang lumayan berikutan kehendak pelancong menyewa inap desa.

(a)  

10.

Kenal pasti isi penting yang terdapat dalam petikan.


Seterusnya, industri inap desa juga berpotensi mewujudkan peluang pekerjaan. Apabila inap desa ditubuhkan di kawasan luar bandar maka banyak peluang pekerjaan tersedia. Hal ini akan membantu penduduk setempat untuk bekerja di inap desa. Walaupun industri ini tidak membuka peluang pekerjaan yang banyak namun mampu membantu golongan penganggur mencari rezeki.

(a)