wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RBT T1 BAB 4 Lakaran [BAH A]

Total questions: 27

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut yang manakah definisi lakaran?

a)

Gambaran awal bagi menunjukkan rupa atau bentuk sesuatu produk

b)

Contengan berbentuk garisan gambar dan simbol bahasa yang menerangkan sesuatu perkara

c)

Satu lukisan awal atau lukisan draf yang dihasilkan menggunakan teknik lakaran bebas tanpa bantuan alat menulis

d)

Lukisan seni visual atau lukisan kejuruteraan yang dipersembahkan daripada pelbagai pandangan atau secara piktorial

2.

Susun mengikut urutan yang betul berkenaan proses lakaran.


I Contengan idea

II Perincian visual

III Lakaran lengkap

IV Perincian konsep asas

a)

I, IV, II, III

b)

I, II, III, IV

c)

III, I, IV, II

d)

IV, II, III, I

3.

Melalui laakaran pereka dapat menunjukkan imej secara terus dengan lebih mudah kepada pelanggan untuk pertimbangan


 Apakah peranan lakaran dalam reka bentuk berdasarkan pernyataan di atas?

a)

Asas komposisi untuk ilustrasi

b)

Ekplorasi visual perkembangan idea

c)

Mempercepatkan pembangunan konsep

d)

Medium komunikasi antara pereka dengan pelanggan

4.

Apakah yang dimaksudkan dengan lakaran bebas?

a)

Lakaran yang dihasilkan dengan menggunakan komputer

b)

Lakaran yang boleh diperhalusi dengan menggunakan lakaran digital

c)

Lakaran yang spontan, ringkas dan cepat untuk tujuan melahirkan idea

d)

Lakaran yang boleh digunakan sebagai catatan aktiviti dan ekplorasi pereka

5.

Antara berikut pernyataan manakah adalah mengenai lakaran peribadi atau contengan?

a)

Lakaran tidak kemas, tidak tersusun dan dilukis di dalam buku lakaran

b)

Membantu pelanggan memahami konsep rekaan yang ingin disampaikan oleh pereka

c)

Dilakar untuk dibuat perbandingan dengan produk yang sedia ada dalam pelbagai aspek evolusi

d)

Lakaran digunakan untuk menunjukkan kesemua lakaran objek bermula daripada idea pertama hingga ke objek terakhir

6.

Rajah 1 menunjukkan lakaran sebuah objek.


Apakah nama lakaran itu?

a)

Lakaran isometrik

b)

Lakaran oblik kavalier

c)

Lakaran perspektif dua titik

d)

Lakaran perspektif satu titik

7.

Rajah 2 merupakan satu kaedah asas lakaran.


Apakah kaedah tersebut?

a)

Kaedah oblik

b)

Teknik melakar elips

c)

Teknik garisan pendek

d)

Teknik melakar garisan terus dua titik

8.

Rajah 3 menunjukkan sebuah bongkah.


Antara berikut yang manakah merupakan pandangan dari arah X?

a)
b)
c)
d)
9.

Apakah yang dimaksudkan dengan proses rendering?

a)

Teknik melakar menggunakan alatan (gadjet) dan aplikasi terkini

b)

Proses memperhalusi lakaran dengan menggunakan lakaran digital

c)

Satu kaedah ilustrasi objek yang menyamai pandangan mata manusia

d)

Teknik yang digunakan untuk menghasilkan gaya visual lakaran objek agar lebih menarik dan realistik

10.

Rajah 4 merupakan sebuah bongkah.


Antara berikut, yang manakah merupakan pandangan atas bagi bongkah tersebut?

a)
b)
c)
d)
11.

Antara berikut yang manakah merupakan lakaran 3D?

a)
b)
c)
d)
12.

Antara berikut yang manakah merupakan pernyataan yang betul mengenai lakaran?


I Merupakan satu lukisan draf

II Menggunakan teknik lukisan geometrik

III Lukisan yang menggunakan pembaris atau jangka lukis

IV Lakaran yang menunjukkan rupa atau bentuk sesuatu produk

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

13.

Antara berikut yang manakah merupakan kelemahan lakaran peribadi?

a)

Lakaran tersebut dibuat dalam pelbagai saiz

b)

Lakaran tersebut tidak kemas dan tidak tersusun

c)

Lakaran tersebut merupakan lakaran ceraian atau keratan rentas

d)

Lakaran tersebut tidak menggunakan pembaris dan jangka lukis

14.

Berikut merupakan maklumat mengenai sejenis lakaran.


Lakaran ini mempunyai perincian dimensi yang dapat membantu pereka menggambarkan rekaan produk yang akan dihasilkan


Jenis lakaran yang dimaksudkan ialah

a)

lakaran teknikal

b)

lakaran penerokaan

c)

lakaran persembahan

d)

lakaran perkembangan idea

15.

Antara berikut jenis lakaran manakah yang boleh digunakan untuk menghalusi hasil lakaran yang telah ditambah dengan pelbagai elemen berasaskan prinsip reka bentuk?

a)

Lakaran digital

b)

Lakaran teknikal

c)

Lakaran peribadi

d)

Lakaran penerokaan

16.

Apakah yang dimaksudkan dengan lakaran piktorial?

a)

Lakaran yang menggunakan lakaran digital untuk mendapatkan hasil yang lebih menarik

b)

Lakaran yang menggunakan pelbagai jenis lakaran untuk menggambarkan sesuatu produk yang akan dihasilkan

c)

Lakaran yang memaparkan imej 2D yang memudahkan pereka untuk menggambarkan bentuk atau mentafsir lukisan

d)

Lakaran yang memaparkan imej 3D yang memudahkan pereka untuk menggambarkan bentuk atau mentafsir lukisan

17.

Rajah 5 menunjukkan sejenis teknik melakar garisan lurus.


Teknik tersebut ialah

a)

teknik garisan pendek

b)

teknik garisan panjang

c)

teknik garisan putus-putus

d)

teknik garisan terus dua titik

18.

Pilih padanan yang betul mengenai lakaran secara oblik dan isometrik

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

19.

Rajah 6 menunjukkan sejenis lakaran.


Antara berikut yang manakah merupakan jenis lakaran itu?

a)

lakaran isometrik

b)

lakaran oblik kavalier

c)

lakaran perspektif dua titik

d)

lakaran perspektif satu titik

20.

Rajah 7 menunjukkan salah satu langkah dalam melakar objek.


Apakah bentuk lakaran yang akan terhasil?

a)

Kon

b)

Elips

c)

Bulatan

d)

Segi tiga

21.

Rajah 8 merupakan lakaran produk yang menggunakan sejenis teknik.


Mengapakah teknik tersebut digunakan?

a)

Menjadikan lakaran lebih realistik dan menimbulkan bentuk objek

b)

Menunjukkan lakaran objek lebih menarik dan menampakkan kesan pantulan cahaya

c)

Menunjukkan lakaran tersebut tidak terapung di udara dan terlindung daripada cahaya matahari

d)

Menghasilkan gaya visual lakaran objek agar lebih menarik dan supaya kelihatan melengkung atau membonjol keluar

22.

Antara berikut yang manakah merupakan kepentingan borang penilaian pelanggan yang diedarkan kepada pelanggan atau pengguna?

a)

Menentukan jenis lakaran yang sesuai digunakan dalam melakar produk yang ingin dihasilkan

b)

Mengenal pasti kekurangan dan kelebihan produk yang dihasilkan melalui mock-up atau model

c)

Maklumat yang diperoleh akan digunakan oleh pereka bentuk untuk memilih lakaran produk yang terbaik

d)

Mendapatkan maklumat mengenai pelanggan atau pengguna yang telah menggunakan produk yang dihasilkan

23.

Apakah tujuan penambahbaikan dilakukan terhadap lakaran yang telah dipilih sebagai lakaran terbaik?

a)

Memberi peluang kepada pelanggan untuk memberikan idea atau pendapat

b)

Menyaingi produk-produk yang ada dalam pasaran dan mengikut kehendak semasa

c)

Memastikan produk yang bakal dihasilkan hanya merangkumi tiga jenis elemen sahaja

d)

Memberi kepuasan kepada pelanggan yang telah memberikan maklum balas melalui borang penilaian

24.

Rajah 9 menunjukkan sebuah lakaran.


Apakah gaya visual lakaran yang digunakan?


I Rendering

II Bayangan

III Highlighter

IV Kesan cahaya dan bayang

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

25.

Antara berikut istilah manakah benar?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

26.

Antara berikut yang manakah betul tentang penerangan jenis lakaran.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

27.

Rajah 10 menunjukkan satu teknik lakaran piktorial.


Antara berikut yang manakah teknik lakaran di atas?

a)

Lakaran oblik

b)

Lakaran isometrik

c)

Lakaran perspektif dua titik

d)

Lakaran perspektif satu titik