Font size
WorksheetsBahasa Melayu Tahun 4
Total questions: 20
Worksheet time: 12mins
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberikan.
1. ________ asingkan dan buangkan sampah di tempat yang telah pihak kami sediakan.
Tolong
Jangan
Jemput
2. "________ lah kamu mengingati perkara yang sudah berlaku itu," kata Maryam kepada Tasya.
Tolong
Usah
Sila
3. Dalam kalangan adik-beradik Shahrul _______ dia yang belajar dan tinggal di asrama penuh.
bahawa
memang
hanya
4. Suasana yang mendamaikan di pulau itu membuatkan kami akan pergi ke sana ________ nanti.
harap
lagi
sahaja
Nyatakan betul atau salah bagi ayat-ayat di bawah.
5. Pemuda itu meletakkan keretanya rapat sekali dengan kereta di sebelahnya.
Betul
Salah
6. Juadah itu ibu tutup dengan tudung saji kecuali tidak dapat dimasuki lalat atau habuk.
Salah
Betul
7. Puan Anita mengadun bahan-bahan kek di dalam besen itu sehingga sebati.
Salah
Betul
8. Tandakan ✅ bagi penjodoh bilangan yang paling sesuai.
Helai
Pucuk
Lembar
9. Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai dengan gambar.
Cubit
Jemput
Genggam
10. Kata sepakat yang terhasil daripada perbincangan pekerja-pekerja itu dapat memuaskan hati semua pihak seperti kata peribahasa ______________.
bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
bagai aur dengan tebing.
sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
11. Kumpulan Jamhuri ________ apabila gagal menjadi juara dalam Kuiz Kesihatan di sekolah mereka.
angkat kaki
Keras kepala
buah tangan
putih mata
12. Kumpulan remaja itu tidak bersikap _________ kerana mereka menerima teguran Pak Cik Musa agar tidak melepak di simpang jalan dengan hati yang terbuka.
angkat kaki
keras kepala
buah tangan
putih mata
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
13. "Terima kasih kerana mengajar saya tentang cara menulis ulasan dengan betulnya," kata Daniel kepada Ziana.
Ziana berterima kasih kepada Daniel kerana mengajarkan cara menulis ulasan dengan betulnya.
Daniel mengucapkan terima kasih kepada Ziana kerana mengajarkan cara menulis ulasan dengan betulnya.
14. "Murid-murid, dondang sayang ialah lagu tradisional Melayu untuk menghibukan hati,"kata Cikgu Jazila.
Cikgu Jazila memberitahu murid-muridnya bahawa dondang sayang ialah lagu tradisional Melayu untuk menghiburkan hati.
Cikgu Jazila meminta murid-muridnya menghiburkan hati dengan lagu tradisional Melayu, iaitu dondang sayang.
15. Senaman sangat penting agar tubuh badan kita sentiasa sihat dan terhindar daripada pelbagai penyakit kronik.
Pilih perkataan sinonim bagi terhindar.
terlepas
terbuang
tersingkir
tertanggal
16. Murid-murid diingatkan oleh Cikgu Shamsul bahawa sikap cuai adalah antara punca berlakunya kemalangan di jalan raya.
Pilih perkataan antonim bagi cuai.
wasangka
waspada
waswas
warak
17. Nadia merakamkan gambar beberapa ekor _______ yang hinggap di atas kelopak bunga raya di taman.
kunang-kunang
riang-riang
kelip-kelip
rama-rama
18. Mereka sudah lama tidak _______ kerana masing-masing keluar pada awal pagi dan pulang pada lewat malam.
puji-memuji
sapa-menyapa
usik-mengusik
ejek-mengejek
19. Dua orang dayang mengiringi Puteri Kesuma Sari yang keletihan ke bilik ____ yang terletak di tingkat pertama istana itu.
santapan
peraduan
persalinan
persiraman
20. Semua bawang dan cili itu ________ oleh ibu di dalam lesung batu sebelum ditumis di dalam kuali.
disiat-siat
digigit-gigit
diketuk-ketuk
ditumbuk-tumbuk
