Font size
WorksheetsCHALLENGE YOURSELF
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Apakah tujuan utama sesuatu perniagaan itu wujud dalam masyarakat.
Penawaran barang dan perkhidmatan
Mewujudkan peluang pekerjaan
Menambahkan pendapatan negara
Membantu masyarakat setempat
Gambar mewakili salah satu sektor perniagaan.
Gambar menunjukkan satu aktiviti dalam sektor perniagaan. Apakah sektor tersebut?
Sektor Primer
Sektor Sekunder
Sektor Tertier
Sektor Awam
Berikut merupakan maklumat Perniagaan Kilang Batik Indah.
Jualan Tahunan : 5 Juta
Bilangan Pekerja Tetap : 70 orang
Saiz perniagaan Syarikat Batik Indah ialah
Besar
Sederhana
Kecil
Antarabangsa
Apakah tujuan penubuhan organisasi bermotifkan untung ditubuhkan?
Membantu golongan berkemampuan mendapatkan perkhidmatan percuma
Mementingkan kebajikan ahli dan masyarakat setempat
Menyediakan premis perniagaan kepada usahawan
Menawarkan barang dan perkhidmatan
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri bentuk pemilikan perniagaan.
• Hal ehwal syarikat dirahsiakan
• Tidak bebas pindah milik syer
- Liabiliti terhad
Apakah bentuk milikan perniagaan tersebut?.
Usaha sama
Koperasi
Syarikat Sendirian Berhad
Syarikat Perkongsian
Apakah contoh aktiviti berasaskan perkhidmatan?
Pembuatan
Penternakan
pemasangan
pengangkutan
Kerajaan memberi subsidi minyak agar harga minyak di pasaran tidak meningkat secara berterusan. Apakah kaedah perniagaan yang digunakan?
Secara Percuma
Jualan pada harga kos
Jualan pada harga di atas kos
Jualan pada harga di bawah kos
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis bentuk pemilikan perniagaan.
Syer tidak boleh dipindah milik tanpa persetujuan daripada ahli lembaga pengarah.
Perkongsian
Syarikat Awam berhad
Syarikat jaminan berhad
Syarikat sendirian berhad
Penyataan manakah yang berkaitan dengan organisasi bermotif untung (OBU)?
Biasanya menjual barang pada harga kos
Contoh organisasi bermotif untung ialah kelab Belia 4B
Tujuan penubuhan untuk menyediakan perkhidmatan percuma
Menghasilkan barang dan perkhidmatan yang diminta oleh pengguna
Apakah maksud jualan pada harga di bawah kos?
Penetapan harga jualan barang di bawah harga pasaran
Penetapan harga jualan barang di bawah harga pesaing
Penetapan harga jualan barang di bawah harga minimum
Penetapan harga lebih rendah berbanding dengan kos sebenar
Apakah cabaran utama yang dihadapi oleh perniagaan bersaiz besar
Memotivasikan pekerja
Ketidakpastian pasaran
Masalah aliran tunai
Meningkat hasil
Manakah yang berikut merupakan kelebihan perniagaaan francais kepada francaisor
Dapat mengembangkan perniagaan secara global
Tidak terikat dengan sebarang perjanjian
Dapat menikmati keuntungan perniagaan
Dapat menjimatkan kos promosi
Pernyataan manakah yang betul tentang sektor sekunder
Melibatkan penggunaan jentera, mesin dan peralatan dalam proses pengeluaran
Merupakan penyumbang terbesar kepada KDNK negara
Merupakan aktiviti pengekstrakan sumber semula jadi
Melibatkan aktiviti penghasilan bahan mentah
Antara yang berikut, perniagaan manakah merupakan perniagaan milikan tunggal?
Dorayaki Enterprise
Klinik Kwok & Rakan-Rakan
Syarikat Gemilang Sdn. Bhd
Koperasi Kampung Kapur
Nama digunakan sebagai rakan kongsi tanpa mengeluarkan modal dan perlu menanggung liabiliti yang tidak terhad.
Rakan kongsi nominal
Rakan kongsi lelap
Rakan kongsi berhad
Rakan kongsi aktif
Antara yang berikut, yang manakah merupakan aktiviti sektor primer?
Pembuatan dan perkilangan
Pembekalan tenaga
Pembinaan
Pertanian
Pernyataan manakah berkaitan dengan OBBU?
Mengeluarkan barang dan perkhidmatan
Memaksimumkan keuntungan
Mendaftar dengan SSM
Menjaga kebaikan ahli
Manakah antara berikut merupakan skala perniagaan antarabangsa?
Zon
Tempatan
Kebangsaan
Negeri
Antara yang berikut, yang manakah merupakan pembentukan perniagaan usahasama?
Risiko perniagaan dapat disebarkan
Meningkatkan kedudukan syarikat
Menjalankan tanggungjawab sosial
Menanggung liabiliti tidak terhad
Antara yang berikut, perniagaan manakah yang memerlukan syarikat untuk berkongsi laporan kewangan kepada orang awam?
Syarikat Awam Berhad
Syarikat Sendirian Berhad
Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
Koperasi
