Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGAJIAN AM S3/2013(U)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah tindakan yang mengambarkan prinsip hubungan luar Malaysia?

a)

Menghantar bantuan ketenteraan ke negara yang bergolak

b)

Memberi pandangan terhadap sistem kerajaan sesebuah negara

c)

Menyelesaikan masalah dalaman sesebuah negara secara bersama

d)

Memberi bantuan kemanusiaan kepada negara yang ditimpa bencana

2.

Dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh

a)

objektif antarabangsa

b)

wawasan pemimpin

c)

keadaan keselamatan serantau

d)

corak kepimpinan politik serantau

3.

Masyarakat Penyayang. Jalinan perpaduan erat dalam kalangan penduduk rantau Asia Tenggara. Pernyataan ini merujuk kpd

a)

Projek Perindustrian ASEAN

b)

Komuniti Sosio-Budaya ASEAN

c)

Mesyuarat Menteri-menteri Pelajaran ASEAN

d)

Memorandum Persefahaman Pembangunan ASEAN Timur

4.

Mewujudkan kestabilan politik kawasan serantau. Mewujudkan persekitaran yang selamat. Pernyataan ini merujuk kpd

a)

ASEAN + 3

b)

Forum Serantau ASEAN (ARF)

c)

Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)

d)

Dialog Antarabangsa Langkawi (LID)

5.

Yang manakah matlamat Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8)?

a)

Memperjuangkan pasaran bebas

b)

Memperjuangkan hak asasi manusia

c)

Menyelesaikan pertikaian politik di Asia Barat

d)

Mewujudkan peluang baharu dalam perhubungan perdagangan

6.

Meningkatkan kerjasama dalam isu alam sekitar. Menyertai misi kemanusiaan dan ketenteraan ke negara yang bergolak. Pernyataan ini merujuk kepada penglibatan Malaysia dalam

a)

Pertubuhan Negara Komanwel

b)

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

c)

Pergerakan Negara Berkecuali (NAM)

d)

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

7.

Menolak dasar perlindungan dari segi perdagangan yang boleh merencatkan pemulihan ekonomi dunia. Menggalakkan kerjasama multilateral. Pernyatan ini dipersetujui oleh Malaysia semasa persidangan di

a)

Forum Serantau ASEAN (ARF)

b)

Dialog Antarabangsa Langkawi (LID)

c)

Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)

d)

Kumpulan Lapan Negara Membangun(D8)

8.

Yang manakah sektor yang dipertanggungjawabkan kepada Malaysia oleh Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8)?

a)

Pengangkutan

b)

Tenaga dan mineral

c)

Kewangan dan perbankan

d)

Pertanian dan keselamatan makanan

9.

Yang manakah pendirian Malaysia dalam organisasi antarabangsa ?

a)

Menyetujui amalan perlindungan pasaran

b)

Memperjuangkan kepentingan negara membangun

c)

Memberi taraf pemastautin tetap kepada pelarian ekonomi

d)

Menyokong langkah ketenteraan dalam membanteras jenayah transnasional

10.

Menggalakkan pertukaran idea dan pendapat. Memperjelaskan kebudayaan antara benua. Pernyataan ini merujuk kepada..

a)

Dialog Antarabangsa Langkawi (LID)

b)

Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)

c)

Mesyuarat Asia Eropah (ASEM)

d)

Forum Serantau ASEAN (ARF)

11.

Yang manakah yang menjadi isu antara Malaysia dengan negara-negara jirannya?

a)

Perairan negara

b)

Pelaburan asing

c)

Komoditi perladangan

d)

Pendatang Asing Tanpa Izin

12.

Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)?

a)

Persaingan antara negara China dengan Jepun

b)

Tuntutan bertindih terutamanya di Laut China Selatan

c)

Perubahan persekitaran antarabangsa yang mencabar

d)

Ketidakstabilan politik di beberapa buah negara ASEAN

13.

Membicarakan isu : Pertikaian Pulau Batu Putih dengan Singapura. Pertikaian Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan dengan Indonesia. Pertikaian ini telah diselesaikan melalui

a)

Mahkamah Jenayah Antarabangsa

b)

Mahkamak Keadilan Antarabangsa

c)

Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara

d)

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

14.

Yang manakah pendirian Malaysia dalam menangani isu yang melibatkan anggota Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara?

a)

Pertikaian hendaklah diselesaikan melalui perundingan

b)

Masalah domestik hendaklah diselesaikan oleh rakyat negara itu sendiri

c)

Bantuan ketenteraan hendaklah diberi jika melibatkan keselamatan Malaysia

d)

Negara anggota diberi peluang terlibat sama menyelesaikan masalah negara jirannya

15.

Yang manakah rasional Malaysia menyertai Pertubuhan Perdagangan Sedunia?

a)

Memperluas dasar perlindungan

b)

Memperoleh pinjaman pembangunan

c)

Memperjuangkan petumbuhan ekonomi yang telus

d)

Mendapatkan khidmat nasihat pembangunan tenaga buruh